Aku ni idak la pakai skincare yg d'bomb. Yg biasa2 ajer which kalo nak carik pun kat guardian/watson tu kompem ado lah. Tp aku ni kalo pakai satu2 product mmg aku jd loyal customer lah pada produk tu utk beberapa thn. Takat ni, da hampir 20thn aku menggunakan skincare, baru 3 brand je aku guna.
Ok, aku wat summarize sket la. Aku start pakai skincare [pencuci muka je] bermula form 1. Masa tu duk hostel n muka aku da start berminyak [maklum la..dah start peyed kan] Lalu mak aku belikan Hazeline Snow [wahh..mcm cumil je sebut snow tu]. So, aku pun jadilah pengguna setia Hazeline walau masa form 2 ke form 3 tah tetiba suma org pakai Fair n Lovely.
Lepas itu masuk UiTM aku rasa aku masih menggunakan Hazeline hingga bila aku tak pasti. Tp rasanya sblm grad dip aku da tukar kpd Pond's. Harus la kan ada peningkatan sket. Aku pakai produk Pond's yg kaler pink. Masa ni da pakai pencuci muka n krim dia n toner [ konon mcm da complete la set penjagaan masa tu] Aku pakai smpai la aku menang grand prize peraduan pond's tu [yg suh teka penyudah iklan pop corn yg zizan n melissa mauren makan kat dlm wayang tu].
Dan masa keja aku start pakai "Kerana Dirimu Begitu Berharga". Kali ni aku pakai complete lah suma. Mcm ini.
Aku guna White Perfect nyer set. Dulu dia buat muka kita 'cerah biru'. Skang dia buat muka 'cerah pink' lak. Dan setiap pagi ini lah yg ku tempek di muka sblm gi keja. Haha. Kalo tgk mesti kata aku siap berejam kan. Tkpe..kang aku bitau berapa lama aku duk dpn cermin utk menempek suma bahan kimia ni kat muka aku nih
Aku mulakan dgn ini.
Step 1 - Cleanse
Ini Pencuci muka. Aku pakai 2 kali sehari. Pagi n Malam.
Step 2- Tone
Lepas pakai pencuci muka kena la pakai toner [oh! my dear kata amik je toner[ink printer] kat stor opis tu bila aku ajak dia pi Watson utk beli toner nih..buat lawak pula my dear aku ni]
Aku tenyeh toner ni pagi je. Toner ni utk ilangkan kekotoran yg tk dpt dihilangkan oleh pencuci muka td. Maklum la..duk KL kan. Penuh dgn abuk,asap,debu,pencemaran,kulat,kulapuk [woi..woi..ko ingat iklan cat ke hapa nak kulat, kulapuk bagai]. Toner loreal ni ada vit. c n pro-exfoliante utk meratakan tone kulit dan mencerahkan kulit.
Step 3 - Eye care [step ni aku skip sbb aku tak pakai. AKu penah beli mendalah utk cerahkan mata ni..tp aku tak pakai..sudahnya buang je]
Step 4 - Special Treatment
Lepas tenyeh toner sapukan la mendalah ini.
White Perfect Double Essence. Baru ni [transparent rosy whitening] Dulu dia kaler biru n putih. Skang da pink n putih. Secara peribadi aku paling sker product ini lah dlm Loreal ni. Aku tatau la berkesan ke tak ke atas kulit aku tp takat ni mmg la kulit aku takde la hitam melegam kalo berjemur ke apa ke sbb dia ada Advanced Melano Block n skang utk napak rosy tu dia tmbah tourmaline gemstone. Tp masa memula aku pakai dulu, ramai la yg tegur kulit napak cerah. Skang takde dah la sbb da immune kat kulit aku kut. Tp aku sker je sbb takde la berjelaga muka atau kulit jd mengelupas tu. Gerun oih tgk muka org yg mengelupas2 tu.. [tp kalo da panas mcm kat Jom Heboh tu napak berjelaga jugak-tapi..ha..ada tapi..tapi still tidak berminyak]
Step 5 - Moisturize
Lps Double Essence tu aku tempek lagi dgn moisturizer ni. Ini pakai siang. Dia ada 2, gentle moisturizer SPF 20 ngan Day Cream SPF15. Aku pakai Day Cream tu je. Pilih je memana 1, sama lebey kuang je. Ini utk melembap lah.
And malam aku pakai lak night cream. Juga utk melembap [dulu aku tak pakai..tp sejak2 umo menginjak 30 nih harus lah menjaga dgn lebih teliti muka ni kan..kang kusam plak].
Tp utk ke opis aku teruskan dgn ini.
Ini adalah foundation. Liquid foundation. Tp dia takde white perfect punya range. Jd aku amik True Match. Sgt bes dan menjimatkan. Aku rs aku pakai dlm sethn baru habis. Takan nak tepek mcm tepung gomak lak kut kat muka kan. Tp pakai pg leh la thn smpai ke ptg. Kalo tak basuh muka lah. Kalo dah basuh muka nak solat tu ilang gak la kan. Tp aku idak la tempek balik. Kuasa..
Dan last skali aku tempek ini dimuka-Ini dlm white perfect range. White Perfect Pearl Duo Powder Foundation. Ini pun long lasting. Aku amik Nude Vanilla. Aku sgt menjaganya sbb kalo pecah..ha..mmg ke tong sampah la sbb mmg takkan leh pakai [penah terjadi aku baru beli 2 minggu, jatuh, pecah berderai, rs nak nangis time tu sbb udah la nak kena tggu gaji nxt mthnya]
Oh..ada lagi product loreal yg aku guna.
Lipstick dia. Aku tidak lah secara khusus guna lipstick loreal. Tp saja nak cukup kan set loreal maka aku pun membeli dan menggunakannya. Tp not bad juga lipstick dia. Cocok aja di bibir ku ini. Ngeee.ge.ge.
Lepas tu kalo siap ke opis ada la aku buh eye-shadow sket,blusher. Dan masa utk aku merapikan diri dgn suma tu adalah dlm 5-10min shj. Huhu. Idak la aku mengambil masa smpai setgh jam utk menata rias tu. Kdg tu dlm kul 7pg tu aku baru kalut2 iron baju, buat air [nescafe segera],mandi smpat lagi kuar kul 7.30pg.
Itu je lah nak citer. Haha. Mcm la nak iklan kat product Loreal nih kan. Kalo nak tau lebey lanjut buleh la masuk web dia ni ha - lorealwhiteperfect.my
Dulu aku ada gak plan nak tukar product lain sbb kata Loreal ni produk Israel. Tp bila pikir2 balik takpe lah. Kalo nak boikot, boikot suma..ini dulu ramai je tak makan Mekdi..skang tgk da berduyun. Kalo nak boikot..boikot trus la kan..wat pe nak ikut2 org. So, aku amik keputusan-pakai je. Lagipun tk semestinya duit aku tu mengalir pada tabung Israel tu. Entah. Terpulang lah pada memasing nyer pendirian kan.
Smpai bila aku nak pakai Loreal ni pun aku tatau. Mcm ada plan nak pakai Clarins lak. Tp tgk la dulu. Nk pakai pun kena la 'ukur baju badan sendiri' gak kan.
Pnstoberi : Jgn lupa cuci muka dgn air wuduk juga.
6 juta komen
yeaaay...aku suka baca review camgini...
rasa2 teruja nak try plak...hohoho
sesungguhnya aku bkan pengguna setia sesuatu produk... T_T
foundation dia ok x?
amboi... kemain lagi ko ek. hehehe...
hazeline snow dulu kalau tak silap aku glamor gak. aku pun pernah pakai sebab harganya murah :)
SHAH : Try la. Aku rs ok kut. Tp tatau la kalo kulit sensitif. Aku ni taruk apa pun aku rs ok je ngan kulit muka aku nih.Hehehe.
ESCA @ RIENA : Takat ni ok la. Thn lama je. Dan tak berminyak. [tu pun ikut jenis kulit kut]
KOPI @ AZNI : Agagaga..ini namanya terlebih rajin nak wat review. Masa sekolah takat2 hazeline je la mampu kan. Haha. Eh..ada lagi ke hazeline tu ek. Lama tk dgr dah citer dia.
aku pun dolu guna hazeline snow...bedak plak johnson..ekekekeke!!!
ZAWI : Eh. ko pun pakai hazeline ek.. cemna aku leh lupa nih, pdhal sebelah2 je locker kita kan
Terima kasih atas komen anda :)