Pages

12 May 2009

~kELirU sUdAH~

NIZAR ADALAH MB YANG SAH

May 11, 2009 · Print This Article


Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah tinggi hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh MB Kudeta Zambry akan dikaji semula.

“Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah. Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009.”

>>>>> artikel from here

>>>>>Tup2 aku masuk utusan online ada lak citer ni..terkini la kiranya kut

Mahkamah Rayuan tangguh sementara perintah Mahkamah Tinggi isytihar Nizar MB Perak yang sah

12/05/2009 1:44pm

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Ramli Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu. - Utusan


Apa nak dikata kome' oii..

Aku speechless. Tak phm pun ada. Confius pun ada. Kalo tak kerana negeri tanah tumpah darah aku mmg aku malas nak pikir.

Tk sangka lak berlanjutan smpai gini gayanya.

Buleh tak kalo aku amik pendekatan nih 'lantak kome la situ..yg penting keja aku,gaji aku jalan gak' Haha.

Yg nyata..keadaan negeri aku tu sama je..ni ujung minggu ni cdg nak balik sana.

Entah. Aku tatau nak komen apa. Cuma aku nak tempek kat blog aku ni supaya leh jadikan kenang-kenangan suatu hari nati atau hari ini dalam sejarah.

Nak kata aku pro 'kanan' atau pro 'kiri' aku pun tatau. Yg nyata hari tu..pada 08 Mac 2008 aku telah menunaikan tanggungjawab aku sbg rakyat Mesia khususnya dan sebagai pengundi amnya. Pepandai la org yg diberi tanggungjawab oleh org yg menunaikan tanggungjawab ni menjalankan tanggungjawabnya. Kalo tidak nati..tak terjawab lak di 'sana' nati.

puanstoberi : sekali sekala membincangkan soal negara la plak kan..haha :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign