Pages

18 February 2009

~Aku sUka~

Sejak aku survey2 menda2 utk kawen aku dulu, aku jd sker suma yg berkaitan ngan kawen ni. Contoh cam gambar2 kawen yg PG amik, mekap, aksesori, gift dan suma yg berkaitan lah. Minat sungguh aku. Hingga aku dh 2 bulan lebey aku kawen ni pun sibuk lagi masuk FP yg ada gambo kawen smpai bebudak opis aku tegur.
Entah ek' aku dh smpai ter minat.
Smpai aku dh bercita2 nak jd wedding planner, nak bukak butik pengantin sendiri.
Tp macam nak hancus je cita2 tu.
Sbb per??
Sbb aku ada cuma ANGAN-ANGAN MINAT je.
Aku takde skill lelain yg berkaitan utk merealisasikan impian aku tu.
Tp..aku rasa bila dh ada MINAT, yg lelain tu will come gak kan.

Kalo nak bukak butik pengantin kena tau menjahit, make up kan org, walo kita leh hired org tp kita kena tau gak. Mana leh bulat2 serah kat org lain kan.
Bes la.
Tingin sgt rasanya.
Dan butik yg aku nak bukak tu kat kawasan umah aku kat perak nun.
Sbb aku masa aku survey retu susahnya aku nak carik pakej yg memenuhi impian aku.
Kalo ikutkan pakej yg aku amik tu jauh dr umah aku.
Yg memerlukan tambahan smpai Rm50-Rm100 hanya utk transportation which aku leh buatmenda2 lain dgn duit tu.
Aku berangan kalo aku buat butik tu aku buleh bukak FP ke blog ke utk org luar survey dulu.
Lepas tu baru pi kedai.
Mcm aksesori pelamin ke baju ke buleh carik kat KL. Baru up-to-date (sbb aku survey kwsn dkt ngan umah aku baju2 dia mmg tak up-2-date, ngan tudung nyer aci sebat je tudung bwl)
Angan-angan aku je tu. Kalo la dpt direalisasikan..heemmmmm.....

Apa pun,utk wedding aku retu mmg aku puas hati la. Alhamdullilah sumanya nampak elok pada pandangan aku. Pelamin kubah (kan..outdated dh weh pelamin kubah tu,tp kat tpt aku ok je lagi), mekap (walo tak se vouge dan se tebal mekap di KL ni, napak la muka aku berubah) meja makan penuh ngan makanan sedap, baju pun ok (walo baju tak french lace n baju my dear besau) dan paling aku puas ati tudung..aku mmg nak tudung yg aku pakai selesa, jenis ciffon,anak tudung terletak dan veil yg labuh. Suma tu aku dpt. Paling penting selesa bila pakai sbb kalo tudung tak selesa mesti muka jadi 'ketat' je.

Dan akhir sekali meh aku nak poyokan diri tempek gambo sendiri.



pnstoberi: apahal tah tetiba lak tingin nak jadi wedding planner ni.

12 February 2009

~IsTEri~

Ai tak nak jd Isone(1)
Ai tak nak jd Istwo(2)
Ai nak jd Isthree (3) u, baru lah complete
Lebey kuang camtu la ayat dlm citer Rozana 2 ari lps.Yg masa si fazurina ckp ngan Rahim Razali tu yg dia nak jd isteri ketiga tu.cam best lak ayat tu.Isthree=isteri.Bagus.Bijak.Kretip.

Esuk genap 2 bulan aku bergelar isthree.Hehe.Isteri lah.Org lain dh berthn2,berbulan2, aku baru 2 bulan.Tkpe la kan. At least merasa gak dgn gelaran isteri tu.

Dan tugas & tjwab aku makin bertambah-anak,adik,pekerja dan skang isteri. (tak masuk la t/jwb lelain e.g:kawan,poremer mesra,ahli f.book,fster,bla.bla.bla tu kan)
Susah ke jd isteri. Nak kata susah tu idak la sgt. Cam life biasa aku dulu.

Rutin aku mcm belum jd Isteri gak.
Balik keja-masak.
Cuma bezanya kalo dulu, mls masak, goreng je la fries ke, msk megi ke, mkn roti ke.
Tp skang tak leh la. Kena la msk proper sket.

Ckp pasal masak ni, dh byk masakan yg aku tak penah try aku buat.
Last wiken aku msk tempoyak,gulai lemak ketam (which, aku kena call my mom utk tnya resepi.haha.lantak la.aku mmg tak penah masak.kang ada yg kurang bhn dia tak syok la)
Sabtu tu aku msk gulai lemak ketam ngan nenas.Ok gak la.CUma pedas sket.
Isnin yg cuti gantian Thaipusam tu tempoyak.Seb baik la masak tempoyak Perak ni sama mcm Pahang which yg MIL aku buat.Takyah santan2.Ok gak.CUma aku tak beli kunyit idup.Aku pakai kunyit serbuk je.Tk la sdp sgt kut.Aku pun tatau. Aku bukan sker makan tempoyak pun kalo mak aku buat.Sbb laki aku sker, aku buat la.Tempoyak campo tauge kasar. Org lain aku tatau biasa ke tak buat ngan tauge, tp aku tau mak aku buh.So, aku pun buh la.

Aku gak penah buat kari ikan yg amat pekat (haha.Giler!)
Ketam goreng lada itam yg masin(resepi dr mesra.net aku amik, tp masin tu aku pnya hal ter buh garam byk sgt)
Aku tak la pandai masak.Tp aku suka masak utk asben aku.
Aku rasa puas je kalo dia makan bertambah2 tu.

Tp..yg tak besnya, berat badan aku pun bertambah2 ni.
Kalo dulu setiap kali timbang naik dlm 0.05 kg je.Tu pun seksa,kengkdg turun.
Tp last 3 week aku timbang tetiba je jadi 42kg, lepas tu last 2 week 43kg (aku mmg tulis kat diari berat aku pd ari yg aku timbang).Lepas tu aku tak brani timbang dh.Kang dia tulis 45kg..ha, pengsan aku kat timbang tu (aku guna timbang kat opis ni je.Timbang elektrik yg guna utk timbang barang utk di pos tu.huhu..bukan aku je guna yer,suma staff termasuk bos aku slalu guna timbang tu)
Eh.bkn ke aku nak citer pasal jd isteri.Apahal melalut smpai ke berat suma ni.
Tah.Lenkali lah citer pasal isteri tu.

Pnstoberi: Kdg seronok gak bila betul2 menjalankan tanggungjawab sbg isteri. Hemm...

4 February 2009

~HaDiAH~

Korang mesti pernah/selalu dpt/bagi adiah kan?
Paling byk kita dpt adiah mesti masa kawen kan.
Dan aku pun tak terkecuali la kan. Smpai la sebulan lebey kawen ni pun still ada org kasik adiah.



adiah masa kawen belah lelaki

Aku ni mmg sker bagi adiah kat org. Tatau kenapa tapi kalo org yg aku bg adiah tu dpt/bukak adiah dpn aku, aku rasa puas dan seronok.Dulu ex2 bf aku mmg kerap la dpt adiah dr aku. Kalo tak adiah, kad ucapan mesti ada setiap bulan.

Nak lagi bes, bebaru ni aku nak beli baju kat my dear. Kat jusco AU2. AKu nak belikan T-Shirt POLO tu. Dia taknak. Boleh??? Kat dlm jusco tu gak aku majuk. Haha. Agaknya dia taknak la aku buang2 duit kan. Lepas tu dia pilih la baju. Tp bukan POLO la. Takat t-shirt kolar je. Puas ati!

Tu kesah aku bagi adiah kat org kan. Ni ada kisah org lak bagi adiah kat aku.

Cam biasa,kalo org kawen adiah paling glamer adalah “set gelas”-yg 6 bijik ngan jug tu. Mmg ber set2 aku dpt. Tp ada gak kengkawan yg call aku tnya apa aku nak. Derang ckp la bajet derang berapa. Itu ok. Aku sker. Bukan meminta. Tp kang dpt adiah yg sama byk2. Nak buat apa kan. Ex-osmet aku, Elly call aku tnya nak apa-aku ckp nak kipas angin.So, dia pun belikan kipas angin.Tup2, sorang lagi kawan opis aku belikan kipas gak. Kan..ha.tu la takmo tanya. Yelah kan, bukan adat org melayu ni tanya2 ni.Kang dikata meminta2.

kelihatan kipas meja adiah dari elly

Jadi brg2 umah, Alhamdulillah, complete la kiranya. Apa yg aku wishlist nak beli lepas kawen dh tercapai dgn bantuan derang ni. Dapo gas kaca yg aku idam2 kan pun dpt hasil dr pemberian unit aku. Juga mikrovawe yg dibagi oleh TKP aku (ha..sapa suh tnya “ida nak apa lagi hadiah?”) Mueheheheh. Ala, yg 17 liter tu je. Tp syukur sgt la. Berapa byk dh save.

Pd kengkawan yg bg adiah suma tu terima kasih la bebyk. Korang dh byk membantu. Saving byk dh tu.

Cumanya, ada la satu adiah ni. Set glass tu la. Bila bukak dr kotak, tgk jug dia dh pecah. Nak kata pecah dlm kotak tu aku carik serpihan kaca tu takde. Makna kata org tu tau menda tu dh pecah. Tp aku piker tentah org yg bagi tu bagi adiah kawen dia gak yg tak bukak lagi. Takkan dia nak kasik adiah dh pecah kan. Aku assume dia tak bukak kotak tu-samada dia balut lain atau terus je bagi dgn pembalut yg sama. Tp tu lah dia. Pengajaran yer-kalo nak ‘recycle’ adiah korang tu, please ok, bukak dulu kotak tu, check elok ke tak. Kalo jd cam aku dpt ni cemna. Walo aku tak ckp la semula kat org yg bg adiah tu (takkan aku nak drop her waterface kan) tp mesti aku dh rasa tak berapa bes kan. Mcm dpt adiah ter buang la pulak. Jdnya…harap2 jgn la bagi adiah recycle kat org.

Dan kalo nak carik adiah kawen kat org, jgn le carik set glass tu. Mangsa keadaan jadinya pengantin baru tu. Haru nak kena beli cabinet baru utk set glass yg ber dozen2 tu. Dulu unit aku pun kalo beli adiah kat kawan2 opis yg kawen ni, aku carikan glass. Tp dh terkena kat aku,aku tak mo dh. Sian derang. So, aku belikan cadar-which aku rasa lebih berbaloi dan berguna. Mcm aku, aku mmg ganti cadar every each 2 week. Aku sker tul tgk cadar bertukar2. So, aku perlukan byk cadar.

Dan aku tk sker nak recycle adiah bagi ke org. Aku simpan je la berderet2 set glass tu. Buat kenangan hingga ke anak cucu

cikstoberi : Nak bagi adiah pun susah,tak bagi adiah pun susah..haii...

3 February 2009

TaG : Google gmbr

Tag by Ayang again

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results and post it as your answer...then tag 6 other blogger/reader/people....

I'm (wahh...bes nih..tp apsal kuar gmbo ida nerina yg panas..panas..panas tu bila aku google nama aku yer..haiya!..talak sopan)


I really want to go to (Ini tpt sedari kecik aku nak pi..tatau leh pi ke tak)


My favourite place (apa ni yer..haha.soping kompleks lah)





My favourite things (my enpon lah)






My favourite food





My favourite colour






I live in (aku sker gambo ni..aku rasa aku tau kat mana kedai ni)



I was born in






My school (ni gambo Raja Chulan..jd pikir2kan lah sekolah aku tu)






My favourite series/story (ada ke cite non..haha..pikir2 kan la gak)


My hobby (surf internet-cewah!)




I wish (to love n b loved)




pnstoberi:sapa nak buat..buat ler yer.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign