Pages

2 February 2015

Relax, Chill Dan Sebarkan Aura Positif

Hai.
Selamat bercuti buat warga Wilayah Persekutuan.
Cuti yang panjang, kan. Makanya berbondong2 lah warga wilayah (esp KL n Putrajaya) ambil peluang tinggalkan KL. Dan penuh la highway.

So,
meh la ai nak story mory sket.
Last few days, ai ada la tempek kat FB status berkaitan hal hal lapuk nih.
Alah, mmg biasa dah ai royan kan status camtu.
Sejak dari tahun 2008 kot.
Biasa dah.
Biasa. Tapi bukan lah selalu.
Ai pun sendiri rasa cam ulang tayang. Sampai dak Cha pun kata "lagi.."
Ha, begitu lah. Mmg lagi dan lagi dan lagi.
Kenapa tak abaikan saja?
Kadang kita boleh abaikan. Kadang tak boleh. Tambah lagi faktor2 PMS ke stress segala kan.
Ala, semua orang tak suka pun kot kalau kita dok meroyan dalam FB ke IG ke apa ke kan. Lepas tu ada yang sokong, ada yang tak. Itu normal. 

Baik.
Sebenarnya ai takde la kurang sabar ke apa.
Tapi, kalau menda tu asyik berulang dan ulang dan ulang. Sampai kadang kita pun fed up jugak kan. Terpaksa zahirkan. Menda tak abis. Sampai tahun 2020 pun menda tu takkan abis.
Bukan mudah ya. Being TTC'ian for more than 6th years. Kadang kita terkhilaf juga. Tapi tidak lah sehingga menggugat ketenteraman orang lain. Kadang ada rasa tergelincir juga sabar tu.

Aku boleh faham menda tu. Cumanya tak perlu lah acap kali pun nak cakap berkaitan itu. Kita buat entry sket, nak kaitkan hal itu. Aku cuma tunjukkan rasa annoying. Tapi, ye lah, bukan semua setuju dengan kita dan bukan kita pun setuju dengan semua orang. Kan?

Jadi, 
tu lah. 

Aku ingat lagi apa yang ustaz Kazim cakap tu.
Dan aku mmg dah buat entry pun beberapa minggu lepas.
Memasing ada bahagian dan rezeki memasing.
Jadi, kita teruskan lah dengan "bahagian" memasing tu.

Baik lah. Lepas ni cuba lebih rileks dan chillax aja lah kan.
Lantak lah apa orang nak kata. 


p/s :
Entry autopublish.
Nak buat entry lain sebenarnya.
Tup2 buka FB ada cerita lain yang mengundang sebak di dada.
Sampai nya hati, kan?
Padahal kita tak usik pun dia.
Tak sangka sampai gitu sekali respond nya.Kita cuma berkawan, bukan nak cari lawan.
Kalau ye pun tak setuju, tak perlu lah menempelak membodohkan orang.
Tapi, kita ambik sebagai iktibar je lah.
Mungkin itu salah satu jalan Allah nak tunjuk supaya next time pikir2 dulu sebelum update. Okeyh. 

Lepas tu kebetulan scroll FB lagi, nampak pulak page Tabung Haji post gambar.
Memang sesuai sgt lah. Ada problem sket nak letak gambar tu kat sini. Kat i.g ada.
Kandungan gambar tu mengajak kita sebagai Muslim untuk jaga lisan dan jaga penulisan supaya tidak menyakiti hati orang lain.
Beristighfar sekejap. Post aku buat tu mungkin ada menyakiti hati orang lain.
Jadi, aku mohon maaf atas keterlanjuran emosi semasa update status tu.
Untuk itu, status tu telah di edit privacy utk "view by me only" (kenapa tak delete? Sbb nanti buleh tgk balik, berapa kali tulis status macam tu. Kan?).

Di instagram, terus delete. Tu pun tgh fikir, nak kurangkan gambar yang dah hampir 2k kat i.g tu.

Dah la. Taknak la sebar2 aura negatif nih. Sbb bila orang respond..pastu bagi harsh respond, kita pula terhiris hati.
Jadi, jaga lisan, jaga penulisan. Sebarkan aura positif saja :)


Chill!

30 January 2015

#puanstoberikeKuching : Kuching to Kuala Lumpur

12 Januari 2015.
Tamat lah sudah percutian di Kuching, Sarawak.
Lepas ni nak ke mana pulak ya. 
Till April, kami hold dulu kot any percutian.
Lepas tu buleh plan balik. Rasa cam nak p Singapore lah. Ye, jgn gelak. Saya tak pernah pegi Singapore lagi (T____T).

Oraits. Lepas breakfast, naik bilik kemas2 jap pastu dalam kul 9 lebih check out.
Amik teksi yang ada depan hotel tu je lah.
Jadi, pepaham lah kan rate dia.
Mula tanya kat kaunter tu katanya RM30/person.

Terus rasa nak pitam dengar. Haha.
Pastu gi tanya.
Rupanya RM30 satu teksi. Teksi yang besar macam keta Exora tu. Tp bukan Exora, entah apa namanya. Lupa plak. Kalau teksi kecik Iswara tu dalam 20 camtu lah kot.

RM30 tu pun mahal sebenarnya kan. Sbb tu hari masa hotel 360 pick up dari airport baru RM12 utk dua orang. Satu van tu. Huhu.
Tapi, dah kau duduk di Pullman kan. Takkan lah nak kira rate macam butik hotel 360.

Jadi, pasrah je lah. Bayar.
Sampai airport dalam kul 10.
Terus check in kat kiosk check in tu sbb tak buat web check in. 

Flight kul 12.30
Lepak2 jap pastu masuk boarding. Alhamdulillah takde delay apa.
Kali ni tgk movie "What We Did On Our Holiday"


Mula aku dah duduk kat tepi tingkap. Tapinya rosak pulak mendalah skrin aku tu.
Jadi, tukau tempat duduk ngan myDH. Dia bukan nak tgk pun. Dia nak tido je kan.

Pastu yang duduk hujung tu sorang perempuan. Agaknya student U camtu lah.
Sure dia suspect aku nak tukar sebab aku jeles myDH duk sebelah dia.
Takde makna  ya adik. Ai tukar sbb ai nak tengok movie.

Tapi tak sempat habis lah. Kejap2 announcement la, iklan la, apa la.
Pastu nak landing tu, aku cam pening. Eh. Apa hal. Agaknya minum coke masa makan nasik tu. Aku rasa cam teringin plak nak minum coke. Jadi, mintak la air coke. Patut mintak jus oren je. Mengong terus pening.

Landed safely as scheduled.
Ambik beg - naik ERL (terus masuk ERL yang nak p KLIA2 sbb kang penuh pulak kat KLIA2 tu. Baik naik dulu. Mmg ramai pun buat camtu) - pastu amik kereta kat Putrajaya Sentral - parking fee RM14.


Sampai rumah belum pukul 5. Sebbaik. Sbb kalau kul 5 harus la jammed kan. Tapi tak jammed lah sbb kan masa tu 1st day buka sekolah. Ramai masih cuti. Malam baru lah unpack segala menda yang dibeli. Unpack kotak kek lapis semua tu.

Ha! Aku ada cerita pasal kek lapis aku yang dihantar ke hotel tu kan.
Cerita nya begini.
Kami order dulu kek lapis 2 hari sebelum balik. Dia bagi kertas, so kita tick la kat kertas tu. Aku ambik 10 kek dan dapat 1 free. Maknanya 11 kek lah patut dapat kan. Ada 2 jenis kek yang kuantitinya 2.
So, bila sampai hotel, aku pun percaya lah ada 11 kek aku dalam tu.
Tup tup bila balik KL, dah bukak kotak tu, tgk ada 9 je.

Ha. Ayok. Ayok.
2 lagi tu yang aku ambik sama jenis tu lah. Kompem dia tak perasan yang aku tanda kat kuantiti tu 2 bagi setiap 2 jenis kek tu. Cis.

Terus myDH call jam jam tu jugak.
Jadi, myDH bagi gmbr w.app apa yang kami dapat. Serta resit sekali.


So, dia check katanya mmg salah derang. Kek yang lagi 2 tu derang tak masukkan.
Makanya, dia kata dia akan pos laju lagi 2 bijik tu.
Ha..kan dah susah.
Derang pos FOC lah. Kami cakap, kami nak cepat sbb kek tu kiriman orang (padahal tak pun, itu just nak bagi ke orang je).

Apa pun, salute jugak lah. Cepat juga depa hantar. Kami call malam kami sampai KL tu (Isnin). Selasa dia pos, Rabu dapat. Sokay lah kan. Tp cam leceh la.
Moralnya, kalau nak beli kek - terus je pilih - terus bayar - terus pack - dah, habis citer. Takyah la hantar hotel bagai. Kadang yg dia pack tu pun kita tak tahu kondisi nya kan. Dalam kes aku ni, Alhamdulillah lah, semua kek tu elok.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign