Pages

13 May 2013

Edisi Masak Weekend : Mi Kari

MI ya. Bukan MEE. (rujukan : DBP)

This is my 1st attempt masak mee kari. Eh. Mi kari.
Selama ni rasa cam susah jer. Di tambah me not like mi kari. Hihi.
Kureng sket nak makan mi kari. Tatau apsal.

Tapi, semalam, tetiba macam rasa nak masak mi. Sempena MyDH balik dari Langkawi.
A ah. Beliau sebenarnya ke Langkawi. Course. 3 ari gak la aku duk sorang2.
Phew... dah jarang duk sorang. Dah jarang drive sendiri. Agak berpeluh tiak juga bila kena drive. Huhu. Walau pun sepelaung cuma rumah ngan ofis. Eh. Dulu sepelaung. Skrg 2,3 laung gak lah.

Oke. Nak try buat mi kari.
Senang je rupanya. Ada mi ada kari. Dah jalan. Haha.


Gitu la 'ghoman' nyer Mi Kari pertama kali aku.
Not bad lah. Kah kah kah. Awww... sekius me.. terpuji diri sendiri plak. Haha.

Takde lah. Tp aku takde la rasa teruk sgt. Oke oke je.
Lagipun, pembuatan kari aku dah agak improve. No more berbijik2 santan tu cam dulu. Dulu mmg rasa down sgt kalo masak kari kekari nasik kadar papadom nih. Aku tatau sbb guna induction cooker atau pun sbb aku da tau bajet pecah minyak segala tu. Tp entah. Aku rasa sbb induction cooker. Kepanasan dia kan sekata. Tak macam dapur gas yg tak sepenuhnya ada api.

Utk peringatan, aku perlu letak resepi ni. Next time kalo nak masak, senang. Sbb aku campur2 resepi nih. Dari sini pun ada aku amik. Dari buku 1 Hari 1 Resepi pun aku amik.


Jadilah begini :
Bahan-bahan

a) Bawang merah - sederhana besar 1 setgh bijik - blend
b) Bawang putih - 2 ulas sederhana besar - blend
c) Udang kering (setgh genggam) - blend
d) Cili kisar ( 2 sudu)
e) Bunga lawang, kulit kayu manis
f) Serbuk kari daging (3 sudu besar) - sbb semua orang sajes Babas - so aku pun guna Babas - 3 sudu ni sepaket setgh kecik aku guna - bancuh dengan air.
g) Daging (aku guna sket je. Suku kilo pun tak smpai. Ate..mkn 2 orang je) - sila rebus dulu kalau bukan daging fresh. Air rebusan tu boleh masuk buat kuah.
h) Santan - sekotak kecik. Nak pakai yg fresh pun buleh. Takde hal.
i) Halia - dititik
j) Tauhu siap goreng. Aku tatau la apa nama dia. Tp mmg ada jual kan yg dah siap goreng tu. Aku tgk kat plastik dia tulis Tauhu Goreng Bentong.
k) Garam, gula. Dan kalo suka, buleh letak sesuku kiub ayam.
l) Mi (sebungkus) - celur dlm air panas


Garnishing
a) Lada merah
b) Limau kasturi
c) Bawang goreng
d) Telur rebus (sekiranya suka. Aku malas. Tak bubuh pun)
e) Daun bawang, daun sup.
f) tauge, sawi (celur)

Cara-cara.
a) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar. Campak jugak bunga lawang, kulit kayu manis. Masuk cili kisar.
b) Biar seketika. Masuk serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Masukkan halia. Tunggu smpai pecah minyak.
c) Masukkan daging. Air jangan dulu.
d) Masuk santan.
e) Tunggu smpai pecah minyak juga. Masuk air rebusan daging tu. If tak cukup tambah air lagi.
f) Masuk fish cake, tauhu siap goreng. Aku suka tauhu ni. Selambak aku buh. Haha.
g) Rasakan dengan garam n gula.
h) Tunggu smpai menggelegak. Settle.

Itu je. Senang banget kan. Dia lagi sedap kalo buh kerang. Aku carik2 kerang takde plak. Jadi, hadap la apa yg ada tu je. Pun bolehh...
Yg udang kering tu kalo suka bubuh, tak suka pun takpe. Aku tgk kat buku 1H1R tu takde pun chef hanieliza bubuh. Oleh krn aku takde masalah ngan udang kering, taruk je lah.
Tp mostly ada buh serai. Aku tak buh pun sbb aku rasa cam, eh, ada serai ke. Aku rasa cam tak suka je. Jadi tak buh.

Memasak sendiri ni senang kan. Ikut la lidah kita (juga suami kita). Apa yg kita suka kita taruk, tak suka tak payah. 

Itu saja masakan saya weekend ini setelah berbulan kot tak masa beria -ia nih. Haha. Pemaleshhhhh...!

Edisi Kegilaan : Hunger Games

Salam Monday (blues). Hoho.
2 ari cuti kat rumah. Duk sengsorang. Tak bukak internet kat netbook pun. Syabas. Hanya tgk Instagram n FB kat phone ja. Igt ada la nak buat entry gak. Tp tiada. Eh. Suppose aku gunakan lah peluang duk sorang2 tu utk ngadap internet. Tu mmg aku nyer feveret tu. Berejam2 pun boleh... Tapi apa aku buat? Haaaa......

Kegilaan menghabiskan novel ini.
Yeiihaaa....
Tak pernah aku se gila ini nak menghabiskan buku citer omputih sederhana tebal dalam masa 2 hari woih. Ini la pertama kali kot dalam idup. Yerp. Aku suka baca novel. Tp novel omputih jarang amat aku abiskan. Haha. Malas. Mmg ada beli. Tapi tak pernahnya abis. Tu sbb aku tak ghairah dgn apa tu. Book wolf, bad wolf, eh, whateva it names. Sbb situ kat mostly buku omputih. Maklum ler.. mak tak pandai omputih2 ni. Hahaha.

Oke. Sebenarnya byk menda nak ditulis ujung minggu tu ari. Masa duk bawah shower dah terpikir nak tulis itu ini. (Haha. Mmg aku dpt byk idea masa dok bawah shower. Hoho). Tp dek kerana Hunger Games ni abis semua terbengkalai. 

Kerana aku terminat citer Hunger Games lps tgk kat Fox (Astro Channel 433) tu ari, lantas di google dan baru aku tahu ia adalah adaptasi buku cerita. So, nak download e-book je memula tu. Tp cam payah ja. Google lagi, terjumpa MPH ada jual. Kat Pesta Buku tu ari ada gak aku riki2. Tp tiada. So, the solution - MPH Online. Tapi...tapi... yg aku merimau tu ari pasal TAC tu, langsung lambat transaksi pembelian di buat. Bila dah settle baru lah beli dan ari jumaat tu ari sampai.
Happy.
Trilogy ini berada dlm tangan ku skg. Hahhahhah!
Walau ia tak se glamer (atau pun mungkin tak sehebat) Twilight series, Harry Porter etc.etc. aku tak kesah pun. Lantak ah. Tak glamer lagi bagus. Sok kuar yg Catching Fire tu kat wayang, senang je aku nak beli tiket. Takde rebut2. Hahhahhah!!

So, skang on book 2 (catching fire). Yg Hunger Games (book 1) tu aku baca sambil bayangkan orang2 yg ada dlm tu sbb dah tgk citer dia which is aku rasa mmg better kita tgk citer dulu, baru baca novel. Sbb ada yg dlm novel takde dlm citer. So, rasa puas hati sket di situ.

Catching fire pun bes. Sbb kita tatau apakah Katniss dgn bf lama dia, Gale atau pun stay ngan rakan sepasukan dia masa kat game tu - Pete. Tapi, aku cam suka je Pete tu lagi walau dia tak sehensem Gale. Oh. Tetiba rasa tak sabau nak tgk movie dia yg release ujung tahun ni. Insyaallah, aku akan tgk. Kalo ada yg 3D punya lagi best.

Apa yg buat aku suka sgt citer ni - sbb Katniss. Watak dia sbg perempuan yg tak pernah berputus asa. Semangat dia aku suka. Cuma... dia susah nak berterus terang je. 

p/s : Ada satu lagi buku di beli online. Tgh tggu. Lambat la plak. Lenkali malas dah la beli situ. Beli terus kat tpt aku biasa beli tu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign