Pages

30 October 2019

3 Dinner di Tahun 2019

Okeh. I rangkumkan sekali cerita 3 dinner I hadiri untuk tahun ni ya.

Dinner pertama
Dinner anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA).
Bulan Ogos. 24.8.2019.
Ini adalah dinner bersama rakan kaunselor penyusuan (PC).
Bertempat di Dewan Tentda Merah, Cyberjaya.
Temanya Vogue.



I siap order baju dari Zalora (konfiden masih saiz S. Pastu tak muat. Kena bukak dat. Kuikuikui).
I join sbb I nak gather dgn kawan2 yang bukan dari bidang I.
Pergi dgn 2 lagi PC yang duduk dkt area rumah I. Intan n Rathika.
Intan dr Sg Buluh, parking rumah I and myDH hantar pi kat Petronas Batu Caves, then naik kereta Rathika pi Cyberjaya.
Best la.
Ada tukar2 hadiah, ada games apa semua.

I suka camni. I dapat mix around with chinese, indian.
Kat office I takkan dapat environment gini :)
With doc Ning. Otai MBFPCA ni.
Dapat gift ni (smpai ari ni tak gantung lagi. Hehe).



Dinner kedua.
Dinner sempena Pesta Sukan di Sarawak.
1.9.2019
Bertema kan Aloha.
Kena pakai baju ala-ala aloha pulak.
So, takyah pening2. Pakai tshirt putih n letak la bunga2 kat tangan.

Ayah Rizq duk meja lain. I duduk meja skali ngan penerima sbb urusetia khen.. haha.

Kawan lama dari Semenanjung. Tahniah dpt APC.
Tahniah dapat baby girl :)



Masa dinner ni ada sekali pemberian sijil utk penerima APC Sabah n Sarawak. Pastu orang yang bersara then 25 tahun perkhidmatan.
Masa ni me n my team ada buat kesilapan besar. Allahu. 
Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.
Entah lah. Salah I lah yang tak semak semula. Tak berhati hati.
I jadikan pengajaran sgt.
Memang lah menda tu bkn I sediakan, tapi suppose I kena semak bebetul.
So, I mengaku je pada my superior, my top mgt, ya, memang salah I. I minta maaf banyak2. And am very very upset with myself.
Tapi, ramai yang support me n my team. Thank you friends.
Ada yang kecam. I tahu. Tapi takpe lah. Kecam lah. Like u don't make a mistake, kan?
I buat salah. And Allah sedarkan yg cara kerja I selama ni agak cuai. So, I boleh betulkan. Tapi, orang yang kecam2 ni, agaknya memang tak pernah buat salah lah kot kan. 
Menda ni mmg pengajaran betul pada I (dan juga my team. Walo I upset dengan derang, tapi I tak boleh marah derang sbb I sbg penyelia derang, harus I yang kena semak. So, I tanggung lah semua kesalahan ni).

Dinner ketiga
Malam Anugerah - Triumph & Glory. A Night to Remember 
27.9.2019
Di Impiana Hotel, KL.
Tema - vintage.


Ni pun I siap pi beli baju kat butik. Bukan la butik designer apa bagai. Tapi best lah baju ni. Memang ngam2 ja walau napak la babat2 berlebihan. Haha.

Yang banyak membantu I. Tqvm
Orang kuat I. Yang tidak berkira tenaga. Lps tu I belanja depa kt spa :D

We're HRIENs.




Yang ni malam untuk meraikan penerima APC Semenanjung, pesara n 25 tahun perkhidmatan.
This one mmg me n my team la main coordinator.
Fuhh... memang cabaran betul kali ni.
Di tambah pula kita pernah buat kesilapan tu kan.
Memang my team akan semak berpuluh, beratus kali dengan semua dokumen yang nak di print, yang nak di publish. Semua macam takut dah. Ha...kan.. tu lah hikmahnya. Kalau tak jadi kesilapan, kita tak sedar cara kerja kita.
Dan, disudahi dengan penghargaan dari semua pihak utk kami para urusetia. Alhamdulillah. Cuma, ada jugak la yang tak kena here n there. Tapi, tak nampak lah sangat.
Semua orang gembira.
Bcoz ni 1st time kami uruskan. Dulu majlis anugerah ni buat kat Kementerian. Skrg ni kena buat sendiri. So, next year boleh bersedia dari awal dah.

So, ini lah dinner2 yang I attend utk tahun ni.
Semua nya enjoy!

29 October 2019

Impian Memasuki Umur 40 Tahun

Merudum nya entry blog bulan ni.
Dah nak hujung bulan baru 2 entry.
Sebenarnya byk menda nak diceritakan dalam blog ni.
Orang tak baca pun takde hal. I nak tulis untuk reference I sendiri. Untuk kenangan I sendiri. Mana tahu di masa depan anak cucu I boleh baca balik :)

Tapi tu lah. Macam takde masa nak menulis.
Cerita di Sarawak pun tak habis.
Pastu cerita dinner malam anugerah pun tak buat.
Belum lagi citer kursus kt JB.

Pastu skrg ada cerita pi bercuti kat Genting pulak.
I pun tak tahu mana satu I nak buat dulu.
Tgk pada kerajinan.



Bulan 10 ni laju betul berjalan.
Kejap je dah hujung bulan.

Dah bulan 11 then bulan Disember.
Settle tahun 2019.
Welcome 2020.

Wah.. dulu rasa cam jauh giler 2020.
Skrg ni..dah nak sampai dah.
Bulan Disember, 14hb umur I dah masuk 40 tahun.

Tahun 2020 dah 41 tahun.
4 series youuu...
Apa yang I impikan bila dah masuk umur 40 ni.

Ada 2.

Pertama -  Impian I, I nak financial freedom. Maksudnya kebebasan dalam kewangan I. Tidak lah mengatakan utk 100% bebas hutang sbb hutang rumah (LPPSA) until umur I 60 tahun tau. Jadi, I nak financial freedom dari segi kebebasan utk I berbelanja tanpa membebankan. Kalau memuda dulu giler dgn credit card nak beli apa2. Sekarang no more. I guna CC utk dapatkan points then I bleh redeem any rewards dari CC tu. Konsep I guna CC adalah - " u used, u pay la habis. Padan lah muka siapa suruh guna" Aaa...gitew. Dulu, bank selalu kenakan I dgn mengenakan interest bila tak buat full payment. Now, kita pulak game bank - biar dia bagi kita points and jgn bagi dia chance utk kenakan interest kt kita. Setakat ni, dgn izin Allah, dah 4 tahun kot I bebas hutang card credit. Alhamdulillah. I hanya guna 1 kad kredit saja. Dulu ada 2. I terminate 1. Fuh. Lapang nya hidup.
Then, I nak pergi mana, I nak makan apa, I nak beli apa, I beli je. Itu impian I. Bab membeli tu, I takde rasa sgt dah nak beli menda bukan2 ni. Cam kasut, handbag apa bagai tu, mmg dah malas dah la. Dah puas dah membeli. Apa lagi kita nak. Buat menyemak rumah. I kemas2 rumah, I selalu lah buang memacam barang. So, rentetan dari ni jugak, I dah kurang membeli. Alhamdulillah.


Kedua - Impian utk jadi disayangi dan disenangi. Tak dapat jadi disayangi, jadi yang disenangi pun cukup lah. Bukan saja utk famili tapi untuk semua di sekililing I. Nak jadi pekerja yang disenangi, nak jadi sahabat disenangi. Memang terkadang I mengaku I lil bit annoyed, tapi I harap I boleh buang semua sikap tu. 
I dah tua dah. Taknak lagi carik pasal. Orang carik pasal pun, I malas dah nak layan. Lantak kome lah situ. Orang taknak tolong I, pun lantak. Orang menyusahkan I - pun lantak. Buat sakit kepala ja. 
I masih ingat lagi peristiwa last year, datang orang kt tempat I and marah2. Semua orang dengar. Padahal I minta tolong menda senang je. Entah kenapa dia marah. Memang dia marah sbb dia sendiri cakap "aku hangin ni". Haha. Se-annoying I, I takkan datang tempat orang pi cakap "aku hangin ni". Apa menda lah.. kita ni dah tua kot. Ubah la perangai tu. Jelek tau dak. Jelek.
And sbb dah tua lah - I rilek ja. Hangin lah kau sorang2 situ. Taknak tolong sudah! Then esuknya mmg jadi prob, and I direct je cerita pada boss apa yg terjadi sebenarnya. Marah marah orang lagi. Kalau kiterang ni tahu buat sendiri, kita pun buat sendiri tau. Sebab tu kalau menda yang simple2, walau bukan kepakaran n bidang unit I, I akan buat sendiri je. Then, my adik2 mesti cakap "kekda niiiiiii....." Hahaha.. Tapi adik2 ni kesayangan I sgt sbb memang takkan mengecewakan sbb derang tahu level kerja kakak derang cemna.

Hajat I, I nak bantu sebanyak mana orang. Pedulik lah pasal orang lain. Kita tolong orang, pastu orang tak hargai - pun lantakkan saja. Allah ada. Pasti Allah hargai kita. Asal kita ikhlas. 
Tu hari, my adik unit ada cakap pasal dia sedih sbb macam ada orang hargai je kerja2 kami. Tapi, I pujuk dia kata takpe. Tak perlu pun nak sedih ke kecik hati ke apa. At least, Allah bagi kita kenal cemana kita berurusan dengan orang yg pelbagai perangai. Penghargaan Allah tu lagi penting dari penghargaan manusia. Simple. Jangan peningkan kepala. Kita buat hal kita. Dan jangan sesekali susahkan orang macamana orang buat kita (that is why bebudak ni menyampah dgn I, I mesti akan suruh buat sehabis baik dgn plan plan yang I ada. Ye lah... tak semua orang ringan tulang tak berkira membantu kita. Jadi, kita mesti ada plan sendiri. Tapi, I hadapi dgn masalah ni ngan sorang dua ja. Mostly yang I berurusan InsyaAllah akan berikan yang terbaik. Tak berkira. Thank u very much to them).


Itu lah impian I takat ni. Moga Allah permudahkan segala urusan dan impian I ni. Takde yang lebih utama sekarang ni selain mendapat keredhaan Allah dalam setiap apa urusan yang I buat. 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign