Pages

3 April 2018

Cek Dari NuffNang

Macam kakak up dekat status FB kakak semalam - its been loooonggg time kakak tak claim cheque dari NN nih.
Dah dkt 3 tahun kot nya.
Kumpul 3 tahun baru bleh claim.
Haha.
Dan macam kakak cakap juga, kakak bukan lah advert blogger yang tetiap bulan duit masuk macam gaji tu.
Ni kira macam bonus yg kakak dapat sesambil kakak meneruskan minat kakak untuk menulis.
Dia cam - tulis tulis dapat duit. Gitew.
Takde kena ikut job spec, takde kena kerahan tenaga.
Kira okay lah kan. Siapa nak bagi. Walau makan tahun baru dapat ratus2 gitu. Heee.


Nak menulis ni kena ada etika.
Orang belajar dari Diploma sampai Degree (master n PHD pun ada) untuk dapat title journalist ni. Kalau kat UiTM depa ni under MassCom.
Course journalism namanya.
Walau kita ni takde pengiktirafan untuk menjadi journalist secara formal, bole je kita nak menulis.

Tapi tu lah, etika menulis kena jaga.
Contohnya, jangan ada unsur2 defamation, slander (ini kakak tau lah sesket masa kakak amik subject Law dulu - kakak mmg minat law ya. Semua subject law kakak paling minima A. Cea.. siap mention minima tu. Haha). Susah kita kalau da termasuk dalam defamation bagai ni. Sbb menda ni ada akta. Bila ada akta memang boleh dibawa ke peringkat yang kita pun taknak terjebak.
Itu dari segi teori lah.

Kalau dari segi lain pula - menda basic. Jangan sakit kan hati orang, jangan nak cynical, jangan pura pura menulis lepas tu cakap eh, kenapa kau terasa, aku tak cakap pasal kau pun. Kalau boleh.. seboleh boleh nya jangan lah nak buat ada yg terasa. Cukup. Simple.
Sbb apa, kalau ada yg terasa, walau penulisan tu bukan utk orang tu pun - tapi orang tu dah berbekas di hati dia - susah weh. Di bawa sampai lah kita dinilai "di sana" esuk. Tak kira lah menulis kat blog ka, FB ka, IG ka. Memana lah yang orang boleh baca.
Menulis berdegar2 macam orang lain takde perasaan, tak reti nak jaga hati orang. Tak puas hati je terus tulis 
Tup tup esuk lusa kita termeninggal. Ah, sudah, langsung tak boleh minta maaf kat orang tu. Tak takut ke? Kakak takut weh. Orang memang boleh memaafkan, tapi parut pada hati orang tu, sukar tau orang nak lupakan. (Eh, kakak pun selalu juga tak puas hati dengan kakwang. Tp depa tu memang kakwang sgt pun).

Kita ni, tak perlu lah rasa rengsa dengan apa orang buat.
Let it be je. Boleh?
Once, kakak pun mengaku, ada penulisan kakak yang harsh. Tapi tu dulu.
Sekarang kakak dah malas nak berkait dan mengaitkan diri dengan orang lain dah.
Sekarang ni konsep blog kakak - pasal life kakak. Dan sedikit perkongsian maklumat.
Diharap dapat memberi manfaat pada orang yang membaca nya.
Setakat ni, Alhamdulillah, kakak dapat juga membantu orang yang memerlukan.
Mereka baca, mereka emel kakak, then kakak cuba bantu.
Alhamdulillah. Selesai masalah mereka.
Stranger. Yang tak pernah kenal pun.
Yang tu kakak share info dari bidang kerja kakak lah. Bidang HR sektor Government.
Kalau bab TTC - tu memang hasrat kakak nak open bab TTC ni.
Tapi, kat blog ni kurang sket pasal cerita TTC. Tapi, memang paling ramai emel kakak memang pasal TTC.

Apa pun, kita dah kertu ni, buat lah sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia lain.
Sampai kan lah kebaikan - walau dengan satu ayat.
Buat dengan ikhlas dan niatkan pahala yang berpanjangan untuk diri kita dan keluarga kita.
InsyaAllah.


2 April 2018

#kaptenRizqkeSabah : Pulang Mari lah Pulang

Day 5 
4 Disember 2017.

Hari terakhir untuk family trip di Sabah.
Phew.
5 hari 4 malam.
Puas lah ke sana ke mari.
Pengalaman travel wif si kecik yang berusia 18 bulan (1 tahun setgh).
U know what, infant who is direct feeding; is less cranky while travelling.
Itu fakta yang saya dapat untuk anak saya - Rizq Iskandar.
Kita pun takde la nak susahkan orang utk berenti kt memana untuk top up air panas ka, nak buat susu ka, nak usung beg susu apa semua. 
Cukup masa - bagi kan ja.
Merengek ngantuk - bagi kan ja.

Rizq tido lama dalam van masa nak pergi Kudat tu.
Jauh tu kalo ikut kan perjalanannya. Tp sebab dia tido je - takde hal. Terbangun pun, bagi kan je nenen, tido balik. Hehe.
Alhamdulillah lah sangat rasanya.
Senang. Mudah.

Okay. Berbalik pada cerita Sabah.
Last day.
Flight kami petang. Dalam kul 5 lebih.
Sebab ingat boleh la jalan2 dulu ke apa sebelum tu.
Abgnyah n famili amik flight lain.
Dia balik dulu.

Kami ajak driver tu jejalan lagi.
Kalo ikutkan dia hanya pick up kiterang kat homestay and then hantar terus ke airport.
Tapi, dia kata takpe lah. Boleh la bawak pusing2 KK jap.






Menjelang tghari tu dak Rizq macam dah flat.
Dia dah moody.
Maybe sbb penat dah agaknya 5 hari di usung ke hulu ke hilir.
So, cakap dgn driver - takpe..kiterang nak pergi airport ja terus.
Masa tu baru kul 1 camtu.
Ada lebih kurang 4 jam lagi.
Kematu bontot dok kat airport tu.
Tapi dak Rizq takde la dia meragam ke apa. Okay je dia suruh kita pimpin dia kt situ. Atau dukung dia (masa ni dia tak bleh jln sendiri lagi).
Dah la before tu flight AA ada yg delay.
Kiterang pun macam delay gak. Tp takde la delay lama sgt.
And then, sbb kita premium hot seat, takde la rasa rungsing dgn orang lain yg tak sesabau nak  naik flight.
Thats why ai tell yu, if uols ada anak kecik, better lah amik hot seat premium yg dok depan skali tu. Takde merungsing. Makan pun dapat awal kalo kita dah booked sesiap makanan.

Sampai KL dalam kul 8 lebih.
Ding dong begitu begini sampai rumah kul 11 malam.
Fuh.
Cumanya, silap sket kiterang lah.
Ada anak kecik ni much better amik flight pagi.
In case delay ke apa anak masih cergas.
Pastu dia pun tak penat.

If travel lebih dari 3 hari - jangan lah nak plan apa2 utk  hari terakhir before balik. Anak dah penat. Balik je pepagi.
Kalau rasa tak puas nak jalan - habiskan sehari sebelum tu.

Hari last tak perlu dah. Peruntukan hanya untuk pergi airport dan balik.
Itu pengajaran untuk kami yg 1st time travel with infant ni.
Lepas ni tau dah lah.

Settle dah family trip tahun 2017.
Tahun 2018 tatau lagi ke mana sbb ada 2 orang anak saudara yang amik SPM.
Jadinya, kena tggu depa abis SPM la kot.
Tapi, takdak plan lagi nak kemana.
Rehat dulu lah kot since kiterang ada plan lain before cuti sekolah tu.
Moga moga menjadi lah :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign