Pages

8 August 2014

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Tak perlu lah diceritakan kelebihan puasa enam di bulan Syawal ni kan.
Semua pun tahu.
Dan semua pun tahu, puasa enam ni puasa sunat. Buat dapat pahala, tak buat, tak la dapat dosa.
Begitu.

Cuma soalan sejak turun temurun - boleh ke gabung puasa ganti dan puasa sunat bulan Syawal?
Soalan ni mmg 'evergreen'.

Penerangan lanjut perkara ni, boleh baca kat sini :
Gabung puasa

Bagi aku simple je.
Buat yang wajib dulu.
Abis citer.
Yang wajib apa dia? Yang wajib puasa ganti kita lah.
Itu yang wajib.
Jadi, niat puasa ganti je. Kalau tinggal 6 hari, dapat la jugak pahala berpuasa dalam bulan Syawal. If lebih 6 hari, nak habis, habiskan terus. If not, sambung la bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan bulan2 lain. Boleh lagi.

Kalau berkesempatan dan rajin.
Buat puasa ganti, then sambung puasa sunat bulan Syawal.
Lagi lah berganda pahala nya kan.

Last year aku dapat buat puasa ganti dalam bulan Syawal.
Alhamdulillah lah. Itu lah pertama kali aku settle kan puasa ganti dalam bulan Syawal. Kalau tak, memanjang nya dah ujung2 tanjung, dah masuk Syaaban baru nak settle kan. Walau pun 6 hari cuma yg tinggalnya.. Huhu.

Jadi, tahun ni, nak cuba habis kan jugak.
Lega rasa bila dah habis nih.
Lps tu, nanti buleh buat puasa2 sunat yang lain.


7 August 2014

Boikot

Perkataan yang agak glamer pada masa skrg. 
Boikot ke biyokot? Haha. Teringat dulu ada orang kena temuramah kat tv. Masa tu boikot harga ayam mahal ke apa ntah. "saya mmg biokot (sebutan bi-yo-kot) kalau barang mahal nih". Huhu. Biokot hala nya yer pakcik. Hihi. Tkpe la cik, asalkan maksud nya sampai.

So, cemna? Aku takde pun nak bising2 sgt kt FB ke Insta ke pasal boikot ni. Tapi, itu tidak bermakna aku tidak mengambil tahu dan tidak mahu turut serta atau tidak lah pula dikatakan menyokong zionis tu. Ye lah, orang ni kan memacam. Kau tak letak poster "I am bla bla, I am from bla bla ... " dalam instagram, dalam facebook, dikatakan pulak tak sokong Gaza, tak sokong Palestin. Dah pulakk. Takde zahirkan begitu tak bermaksud kita tak sokong ye dak. Sokong tu dalam pelbagai cara. Yg paling termampu kita buat - berdoa. Doa bukan sahaja utk Gaza, tp seluruh umat Islam di dunia ni agar sentiasa aman dan dijauhkan dari kezaliman orang kafir nih.

Boikot?
Aku punya pandangan sama cam yg ditulis dalam FB nih.

Tp aku takde la MBA ke, background study dalam bidang business ni ke, utk korek dalam2 pasal market niche ke, market capitalization ke. Ada belajar sket dulu. Yang basic2 je la. Maklum la, course biasa biasa je kan.. (-_-") 

Aku tak menentang boikot. Langsung tak. Boikot pi lah. Nak 1% ke 100% ka. Buat pi lah.
Cuma, istiqamah lah. Tolong. Tu yg penting. 
Dulu pun cemni lah. Berdentum dentam orang boikot. Hujung tahun 2011 ke 2012 (lupa dah). Lps tu, beratur balik masuk McD. 
Cuma tahun ni agak agresif sket. Gi gegar premis orang, g kacau ganggu orang, g upload gmbr orang makan McD, gi makan nasik kerabu dalam McD. 
Adoi. Ni dah kenapa nih?

Lps tu, ada yg kata jangan pergi Tesco.. pergi beli tmpt lain. Yang ni pun terpulang. Utk aku, sebelum2 ni mmg ada je aku beli barang kat Tesco. Barang dia biasa la. Ada mahal, ada murah (tp seminggu sblm raya tu ari, mmg murah - bawang besar sekilo 50sen je. Tgk kat tmpt lain smpai 2.50/kg pun ada). Aku memana pun pergi. AEON pergi, Ong Tai Kim pergi. Takde la kata mesti Tesco, mesti! Tp kalau ada yg kerja pasaraya lain, tp claim tmpt derang suci murni, agak lawak jugak la. Apa kat pasaraya tu takde jual barang yg dikatakan menyumbang ke zionis tu ke? Membongak sgt. Suh orang benti McD then gi kerja pasaraya lain. Haha. Sama je kot. Dalam pasaraya tu melambak jual segala produk Nestle. Kan kata Nestle pun menyumbang ke zionis. Milo bagai. Dah itu permintaan tggi kan (sblm ni la kot). Nak buat jenama "giant", jenama "1 Malaysia" taknak pulak beli. Hahahha.

Macam dalam Fb tu tulis "kita bersemangat untuk memboikot. Tetapi atas dasar apa kita memboikot? Adakah atas dasar kesian semata-mata?..... "
Ce pikir balik - berdentum dentam sana sini suh orang boikot. Atas dasar apa sebenarnya? Pastu pulak bila tgk ada puak jewish yg usung poster Save Gaza, dah ada yg keluar statement "korang tatau beza produk Yahudi dengan Israel. Yahudi takpe" Ah. Sudah.. ni lagi teruk dah ni. Dah cam sokong Yahudi pulak. Dalam Al-Quran pun dah ada. Antaranya :
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].
(lagi berkaitan ayat Al-Quran dan Yahudi boleh refer blog ni - hasnul )

Jadi, berbalik la pada citer boikot tu. Cam dalam FB tu gak "as starting, boycott for the sake of Palestine! As we go further, boycott for the sake of justice" 
Dan lagi, for the sake of our health. List makanan dalam senarai boikot tu mostly junk food. Junk oke. Yang mmg tak elok utk kesihatan. Kalau ko istiqamah boikot - kesihatan pun InsyaAllah terjamin. Masa doctor diagnose aku ada cyst tu, menda pertama dia ckp "mesti suka makan fast food, maggi etc etc" . Menda tu semua lah yg trigger cancer. Mmg tak elok pun. Aku takde la suka makan. Tp kerap tu ada. Itu sebelum operation. Lps operation, mmg a big no no utk aku segala fast ke junk food ni. No maggi stock, no sardine dan semua yg 'segera' takde dalam simpanan kat rumah. Air gas mmg la aku jarang minum pun. Takde masalah. And kejayaan terbesar adalah tak masuk dan tak makan walau secuit KFC selama lebih setahun! (McD, pizza ada jugak la 2,3x , tak kerap). Boleh je pun. Memula tu je yg horror tetambah kalau parking bawah Ampang Park tu. Sapa biasa situ tau la. Kau bkk tingkap nak amik tiket parking dah terbau KFC. Lps tu tgk orang tapau KFC, makan kt ofis, tak terliur ke? Tahan je lah. Bila dah mula, nak 'bukak puasa' tu sayang lah kan.


Jadi, begitu lah.
Boikot ke tak, terpulang pada individu. Dia taknak boikot, tu hak dia. Dan kalau kita boikot pulak, takyah nak caci cerca orang yg tak boikot tu. Termasuk juga, kalau kau berdentum dentam kat FB suh boikot, jgn pandang sebelah mata orang tak pernah update pasal tu. Dan satu lagi, dah berdentum dentam tu, harapnya lifestyle pun berubah la yer. Jangan bermusim. Sebulan dua berdentum dentam, tgk2 hujung tahun kang sesenyap g drive thro McD. Hikhikhikhik.

Boikot dan istiqamah.
Dan yang paling penting - tunaikan perkara yg wajib, yg sunat tu dulu, baru lah balance kehidupan kita.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign