Pages

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

13 January 2016

Mari Telan Sayur

Makan sayur??
Saya memang bukan seorang yg suka makan sayur.
Payahhhh sgt nak makan.
Dulu lagi lah. Skrg ni dah okay lah sket.

Kalau tgk orang makan salad bagai tu lagi lah cam fikir cemna menda tu nampak sedap je orang makan. Tapi, dah makin berumur ni kena lah belajar2 makan.
Sejak2 buat eat clean dulu tu mmg ada try dah makan salad2 bagai ni.
Tapi agak memilih lah.
Kena salad yg siap pack macam ni.

Memang kena brand Genting Garden ni. Yang ni salad dia sedap. Rangup. Tak rasa sayur (pastu kawan aku tanya, cemana plak sayur yg takde rasa sayur. Haha. Itu orang yg memilih sayur cam aku je tahu).
Dia tulis tak perlu basuh dah, tapi aku rasa tak kompiden ja. Harus aku basuh jugak sebelum digaulkan.

Tapi, tak boleh telan camtu ja.
Kena bagai2 kan dia.
Kena campur popcorn chicken atau pun chicken fingers.
Kalau popcorn chicken, cari yang brand ayamas sbb dia mcm kecik ketulan dia tu.
Kalau brand lain gedabak gedabak.
Itu bukan popcorn dah. Itu penumbuk chicken.

Lps tu aku try chicken fingers.
Yang ni best.
Goreng dan kemudian gunting2 kan.
Beli brand marina. Aku guna yg biasa tu. Takyah nak lada hitam sangat. Huhu.

Ha. Gini boleh makan.
Gaul dengan mayonis n sos cili saja.
Tak perlu lah "sos pulau beribu" bagai tu.

Kalau rajin buleh buat tortila wrap.
Tak rajin, makan je ngan roti whole meal.
Suka. 
Eh. Ai bukan eat clean mahupun diet skrg ni. Ini sekadar nak cari alternatif utk makan pagi. Asyik la nasik lemak, mi, roti canai, nasi impit.. bosan oiii...
Buat masa ni nak makan ni je hehari sampai jemu. 
Hihihihi.

25 June 2013

Tingkatkan Imuniti #4 : Watercress

Ya, kalo smlm pasal ubi bit.
Hari ni kita citer pasal watercress.
Atau nama melayu nya - selada air.
Aku kan, sekarang ni baru aku tahu wujudnya sejenis sayur yg bernama water cress atau selada air.
Sumpah tak tahu.
Dan sumpah tak tahu apa resepi yg boleh dimasak.
Tanya myDH, dia kata mak dia pun tak penah masak.

Itu lah rupanya. Tumbuhan dalam air. Ada rupa pegaga juga. Mungkin adik beradik. Aku lum kaji perihal itu. Aku beli satu pek kat Tesco. Tgk productionnya dari Gopeng. Lorh.. dari Perak rupanya. Ye lah, sana cam banyak lombong2 gitu kan. Tp kena basuh bersih2 lah nih. Nati baru beli yg organik punya pulak. Ni try dulu.

Aku pun tahu bila aku google pasal juice juice ni lah.
So, watercress juga adalah salah satu sayuran yg boleh dibuat jus serta banyak khasiat.
Antara khasiatnya :

~It also helps in digesting the heavy food and is an effective anti-cancer substance. You can get these benefits only if you eat fresh and uncooked leaves.
~It contains sulfur which helps in protein absorption, blood purification and cell building.
~The potassium content of watercress helps in weight loss.
~Watercress juice when mixed with vinegar helps removes lethargy and drowsiness. The Salernitan School of Medicine has proved the watercress juice as a tonic for promoting hair growth.
~Watercress is used for treating allergies, watering eyes, sneezing and stuffy head. It is used as a poultice for swollen feet and sprained ankles.
~It is a source of the germanium which acts as an antiviral, antibiotic, and body detoxifier.
~It strengthens the immune system.
~Because of high calcium content it helps in strengthening of bones and teeth. It contains lutein which helps in preventing arterial damage and heart disease.
~It is helpful in normalizing blood pressure and cholesterol level.
~It aids in increasing sexual energy and enhances fertility
Lelagi boleh baca sini - watercress benefits.

Ha, ada enhances fertility tu yang aku sukak tu kan.

Jadi, mari buat juice. Nak tambah dalam sup pun boleh. Adik opis aku ni kata masak lemak pun boleh. Oh. Buat masa ni lelemak namo makan lagi. 

Amik resepi dari sini. Ada orange, ada epal, ada watercress.
Dalam gmbr camni
Aku punya ini.
Apsal tak color oren? Tsk...

Rasa???
Oke. Takde masalah. Buleh je minum. Buleh buat lagi. MyDH pun kata sedap.
Sila lah mencuba esp for #ttc'ian :)

24 June 2013

Tingkatkan Imuniti #3 : Jus ABC

Ha. Sedap nama kan. Jus ABC.
Tapi jgn kau bayang ABC ini plak.
[Gambar hasil Google dan kredit URL adalah sini]

Tengok gmbar dah meleleh ailiyo oih. Tp skang ni kena pantang katanya... jadi ber pantang lah kita yer. Ais pun aku tak minum dah skang. Takde pun doktor advise, tp saja lah. Dah alang-alang pantang tu, pantang je lah skali. Takat ni masih bertahan. Rasa lagi lega minum air suam :)

Jus ABC untuk tingkatkan imuniti aku buat ni adalah Jus A-Apple, B- Beetroot, C-Carrot.
Yang aku dapat resepinya dari sini - http://www.noobcook.com/abc-juice-apple-beetroot-carrot/

Tau beetroot? Ubi Bit? Aku pernah dgr, tp tak pernah la nak beli/makan.
Tapi comey ubi nih.
Kat Jusco dia jual siap ada lagi jambul2 dia tu. Kat Tesco takde. 
Napak cam sedapppp je kan. Merahhh je. Bila potong, tangan pun merah.

Jadi, ikut resepi dalam web tu.
Campur ubi bit, carrot n epal merah.

Dan hasil yg aku buat

Rasa dia?
Tak sedap! Tak suka! Aku minum memula cam pening2 ja. Setgh gelas je aku minum. Dah la food extractor tu macam tak buleh spin dah. Keras kut ubi ni. Campur dgn carrot n epal merah pun tak sedap. Eiiiww... tak mo lah buat dah. Ada lagi sebijik tu. Nak buat apa? MyDH kata kita goreng je lah. Hihi. Buleh ke. Jap nak carik resepi lain yg buleh di buat dgn ubi bit nih.


Ubi Bit ni mmg doctor advise. Lagipun ni pun salah satu makanan yg tinggi antioxidant. Mmg elok pun consume utk tingkatkan imuniti. Tapiii... tu lah... Rasa dia tak buleh blah plak.

p/s : Sebelum nak consume apa2, esp yg kita tak pernah makan, better google dulu side effect dia. Mana lah tau, kut lain plak jadinya. So, ini adalah salah satu artikel yg ada tulis benefit n side effects of beetroot - Here

18 June 2013

Tingkatkan Imuniti #3 : Spinach + Green Apple

Go Organic, Come To D'Lonek.
Catchy tagline huh..??!

Oke lah. Itu bayam organic. Ada hari tu, member komen, jangan segan2 keluarkan belanja lebih kalo nak beli barang organic ni sbb dia mahal sket.
Saya tahu lah kan, saya ni kerja tak seberapa kan, gaji tak banyak kan, sbb tu lah sampai ada yg ingatkan saya supaya jangan takut nak kuarkan duit kalo nak beli sayur/makanan organik. Kesiann..... Tapi, kata orang tu, rezeki tu ada kan. Itu lah pun sebab kita bekerja kan. Insyallah, utk kesihatan ni rasanya tak salah kot kita kuarkan duit lebih sket. Ate nyer.... bukan kita nak beli berkilo2 cam nak buat kenduri kan. 
Contoh, bayam ini lah. RM2.50 sepeket. Which, saya boleh buat 3x utk juice. RM2.50 divide by 3 = 0.8333 sen sekali juice. Amboi kome.. mc value meal, kalo makan 2 orang tu pun dkt 20inggit tau walau katanya murah..murah. Ini kurang dari singgit siap buleh minum share 2 orang. 
Dan sebenarnya mmg saya tahu pun barang organic ni mahal sket dari sayur biasa. Biasa dah tgk kat Jusco/Tesco segala tu. Cuma jarang nak beli je. Tp takde la berpuluh ganda mahal dari sayur biasa. Dalam singgit dua camtu je lebihnya. Kami makan pun 2 orang je kan. Bukan nak buat kenduri. Takde pun yg beratus ringgit bahan organic ni utk satu pack. Insyallah, ada rezekinya dan Insyaallah saya tak segan nak keluo belanja lebih utk makanan yang berkhasiat walau gaji saya ni tak banyak mana. Usah riso yer.

Oke. Ni sy nak tunjuk step buat juice epal hijau dan bayam.
As per kata sorang shbt blogger kita yg salu buat vege juice ni, katanya utk sayur kita boleh campur dgn buah2. So, mari kita buat dengan epal hijau.

Step 1 - Sediakan bahan. Dua biji epal hijau bersama bayam.
Step 2 - Potong epal kecik-kecik. Utk bayam, ikut suka kita. Suka sayur, taruk la banyak. Tak suka sayur, buat la cam saya. 5 batang je. Hihi. Bayam tu kerat la cam kita nak buat rebus tu. Batang pun amik. Boleh blend skali nanti.
Step 3 - Cuci bersih. Walau pun organic kena gak cuci bersih-bersih. Kalau guna sayur biasa (bukan organic) rendam lama sket. Mamentua salu rendam sayur dgn garam. So, buleh juga kalo rendam dgn garam. Bagi ilang semua pesticide. As kita tak masak sayur ni, mmg kena cuci bersih2.
Step 4 - sumbat la dalam extractor. Kalo ada juicer, campak terus dalam juicer. Pandai2 la dia menguruskan diri sendiri. Haha. Taruk air sket.
Step 5 - Blend. Smpai kuar kaler hijau. Jangan ngelat. Bagi dia kuar kaler ijau pekat tu. Kalo kaler tak pekat makna hanya epal je tu. Huhu.
Step 6 - Dah siap. Sedia utk di minum. Mmg ada bau 'sayur'. Tapi bila minum, takde lah rasa sayur. Manis masam rasa epal je. Kita ni minda kita yang menentukan. Kalau minda kata pahit - pahit lah ia. Masa nak minum tu, set minda - sedap ni, pastu Bismillah, pastu minum. Oke je lah.

Ini masa first time buat. Guna bayam biasa. Oke je. MyDH pun minum jugak. Hihi.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign