Pages

Showing posts with label klinik Dr Nadir. Show all posts
Showing posts with label klinik Dr Nadir. Show all posts

13 July 2018

Rizq Ke Klinik Dr Nadir II


Sesapa yg duk KL n ada anak kecik mesti familiar ngan klinik Dr Nadir ni kan.
Actually nama dia klinik Wangsa.
Tapi, org duk panggil klinik Dr Nadir jugak.
Ini kali ke3 sebenarnya Rizq pergi sini.
Yang 1st n 2nd ada cerita dalam blog, tapi belum publish. Takpe, lps ni publish. Nanti dia masuk dalam citer last year lah.

Okay. 12 Julai 2018.
Sekali lagi terpaksa pergi klinik Dr Nadir ni.
Sebelum tu, hari Selasa dah pergi klinik lain. Klinik area rumah lah. Masa tu Rizq selsema ja. Doktor bagi ubat titis n ubat selsema.
Tapi, bila hari Rabu dia jadi batuk plak.
Tu yg decide better pergi klinik Dr Nadir je lah.
Call tanya ada dak Dr Nadir hari Khamis tu. Klinik kata ada.
So, pepagi dah pergi. Klinik buka jam 8.30pagi.
Tapi, sampai je orang dah ramai menunggu. Belum buka pun lagi kliniknya dah ada orang duk depan pintu.

Buka je pintu, berebut orang q. Haha.
Kiterang dapat no. 7.
Semua yang pergi bawa anak. Klinik ni da jadi macam klinik pakar kekanak. Walhal dia klinik GP biasa je pun. Penuh la bebudak dalam tu. 

Hurm. Lepas2 raya ni mmg jadi musim anak batuk n selsema lah.
Ye lah. Dengan persekitaran yg terdedah kita bawa anak ke sana sini.
Dengan makanan yg takde sekat2.

Dekat kul 10 gak la baru kiterang dapat masuk.
Kali ni doktor kata tak boleh nak sedut kahak dah. Sbb dah besar. Baby boleh lah.
Pastu doktor kata neb kan je.
Kena lah satu kali neb.
Meraung cam hapa lah mamat kecik tu.
Settle, nampak dia lega sket.
Masuk kereta terus tidoq.
Penat gaknya bersilat nak melepaskan diri dari neb tu. Haha.
Mak n ayah pun EL je lah.
Tak sampai hati pulak nak antar dia ke rumah nenek bila tgk lena dia tido.
Memang lena betul pun.
Angkat bawak masuk dlm rumah pun tido. Smpai kul 2 baru bangun. Huhu.

Rizq jarang batuk. Selsema tu ada lah jugak. Tp, takde la sampai nak kena bawa ke klinik. Biasanya dalam 2,3 hari hilang. Takde pun sampai hingus pekat tu. Semua cam cair ja. 
Last dia batuk, bulan 9 last year. Dekat setahun jugak lah.
Tapi, kali ni kena jugak.
Hurm.
Salah mak Rizq jugak.
Konon macam taknak la rigid sangat bagi dia makan.
Try la bagi air kotak strawberry yang UHT tu. Sbb kadang ada bagi fresh milk coklat - dia okay. Yang tu pasteur. Tapi air UHT dia tak boleh agaknya. Lepas dari tu dia mula selsema.
Pastu ada bagi juga 2,3 ketul donut big apple yg kekecik tu.
Pun, rupanya tak boleh. Tu yg lagi menjadi jadi naik batuk hapa.
Bagus lah. Lepas ni beringat lah taknak bagi tu semua.
Menda2 manis ni mmg merendahkan immune dia.

Oh ya. Skrg mak Rizq ada misi utk Rizq.
#misi12kg nama dia.
Tu la.. tu ari yg masa gi klinik sblm klinik Dr Nadir tu. Doktor situ bagi ceramah sket kat kiterang pasal berat anak ni. Taktau la apa mimpi doktor tu. Siap kata doktor prince court tu tak tau lah hapa lah. Apa dia merepek2 tatau lah. Tapi, ada part yg kita boleh cuba. So, kita cuba tgk. Doktor tu kata kalo konsisten ikut cara tu, dalam 2 minggu nampak perubahan. Okay.. lets try.
Mak ikut tips dalam ni ja - buku anak kurang berat
Since ini mmg dari KKM. Tapi omit la bab dia suruh letak majerin n milo tu. Ganti lah dengan unsalted butter and cocoa drink.

19 June 2017

Rizq Ke Klinik Dr Nadir

Klinik Wangsa sebenarnya.
Famous among ibu ibu yang beranak kecil yang kerap batuk.
Me tak terkecuali lah.
Bawa kaptenRizq ke klinik ni masa umur dia nak masuk 5 bulan.
Masa tu 1st time dak Rizq kena batuk.
Lepas inject pnuemococal kena batuk plak dia.
Mak dah risau2 ingat adverse effect ke apa. Abis semua doktor ku tanya. Haha.
Tapi, maybe sbb dia berjangkit batuk dari anak2 jagaan lain kt umah nenek asuh dia.

Dia batuk, and selsema.
Mula tu takde demam. Pastu demam sehari.
Tapi batuk tak hilang.

Mula bawa ke klinik Alam Medic. 
Then try bawa ke Klinik Dr Nadir ni.
Tapi, doc Nadir bukan hehari ada kat klinik tu.
Actually kami pernah pergi masa baby umo 2 bulan camtu.
Sbb ada bunyi kahak.

Masa tu doc lain. Doc tu kata, kalau nak sedut kahak pun cam tak perlu since nanti ada lagi kahak tu. Just tepuk2 je belakang dia.
Lagipun masa tu dakRizq tak batuk pun.
So, takde lah kami risau sgt.
Doc check bunyi paru2 pun takde apa.

Bila batuk ni cam risau jugak lah kan.
Dah la baby takde ubat batuk. MakRizq pun batuk gak masa tu.
Luckily klinik Wangsa ni panel insurans gak. So, guna insurans je lah.
Sebelum tu google gak berkenaan klinik ni.
Ada yg cam tak berapa puas hati dgn Dr Nadir ni.
Tkpe. Kita try.
Sebelum tu dah call klinik tanya Dr Nadir ada hari apa.
Sapa nak pergi, nak jumpa Dr Nadir, kena call dulu lah - 03-41421614

Pagi kami pergi. Dalam kul 9 kot. Ada 2 patient dah menunggu. Kami no. 3.
Doktor belum ada.
So, kami jalan2 kat luar dulu. Sejuk dalam klinik.
Tup tup, ada someone tegur "selamat pagi..."
Eh. Doktor Nadir.
First impression kami - mesti lah - bagus doktor ni.
Dia yg tegur kita dulu.

So, smpai turn kami masuk.
Simple je doktor ni. Cam biasa tanya bb full term ke, normal delivery ke ceaser. Then gitau lah sejarah baby sket. 
So, dia tanya nak ajar tepuk2 (percussion) ke atau nak neb then sedut.
Dia takde paksa pun. Dia suruh kita yg buat keputusan. Taknak sedut pun takpe.
Kami nak neb then sedut.
So, amik neb dulu lah. DakRizq okay ja. Takde meraung apa. Rilek je dia.
Lps tu doc ajar tepuk2 tu. Dia kata kalau kat rumah buat wap dengan air dalam rice cooker. Tapi kena berhati hati lah.

Pastu sedut. Sedut ni dia gelisah sket lah.
Doc dah pesan, if kahak tu lama n pekat maybe ada darah sket. Tapi dak Rizq takde berdarah apa pun. Cuma mak lupa lah. Dia sedut ikut mulut ke ikut hidung? Haha.
Doc kata, kalau bersalin biasanya ada sedut ni (myDH kata - memang ada - sbb dia kan masuk OT, dia nampak la doc buat tu). Tapi, doc kata hosp govt mostly tak buat.
Tak sakit pun sedut tu. Dia siap bagi kita rasa lagi wire yg masuk tu. Lembut je kan katanya.
Sekejap sgt pun.

Dah keluar tu, memang nampak lah muka dakRizq lega.
Senyum je dia.
Balik tidur lena je.
Alhamdulillah.

Okay lah Doc Nadir tu.
Sapa la pulak kata tak ok tu kan.
Bila kita cerita kita conceive after 7yrs, dia pun tanya kat mana buat treatment apa semua. Seronok je menyembang.
Okay sangat kot.
Cuma, dia ada bagi ubat perangsang batuk. Kami decide tak guna pun ubat tu. Any ubat yg berkenaan batuk ni mmg kami tak berani bagi ke baby.

Utk makRizq pulak - doc tepuk gak belakang. Doc ajar suh asben tepuk kalau batuk.
Pastu doc tahu kita tgh bf baby - dia mmg tak bagi ubat.
Dia just bagi cam kristal. Kita panaskan dengan air (elok kalau panaskan dalam rice cooker) - tapi, aku masuk dlm mug je. Pastu serkupkan kepala dgn kain - pastu sedut wap tu perlahan lahan. Memang lega lah sgt rasa hidung, gatal tekak semua tu. Dia cam rasa macam sedut vicks tu. Berangin ja.

Tapi, memang Alhamdulillah.
Dak Rizq pun makin kuat antibodi. Mungkin juga sbb dah ambik 1st dose pneumococcal. Tu ari mak batuk lagi. Tapi, Alhamdulillah dak Rizq tak jangkit. Dan tu ari ada salah sorang anak jagaan nenek asuh dia batuk - pun Alhamdulillah dia tak batuk. 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign