Pages

Showing posts with label barang dapur. Show all posts
Showing posts with label barang dapur. Show all posts

30 June 2015

Berbelanja di Segi Fresh

1st time beli barang di Segi Fresh.
Huhu.
Tu yang jakun nak buat entry.

Tau dah ada sebijik Segi berhampiran rumah.
Area Batu Caves tu.
Tapi, tak pernah lah rasa nak singgah. Tahu area mana, cuma tak pernah ambik tahu pun exact location dia.

Pastu tu ari, Mimi upload kat IG kata murah kat situ.
Tu yang try pergi.
Ahad lepas try ke sana. Tu pun siap nak carik guna GPS. Haha.
Tapi, belum sempat guna, dah nampak. 
Pastu dapat parking kat depan kedai. Bagus.
Gambar google. Iproperty punya kot. Huhu.

Ooo.. dia macam NSK, Ong Tai Kim tu lah pattern nya.
Barang basah okay lah beli di situ.
Ayam, ikan semua pun ada. 
Okay lah jugak.

Harga pun buleh tahan.
Buleh la pergi kalau nak beli barang basah tu.
Cuma tu hari, mungkin sbb hari Ahad, lps tu puasa pulak kan, troli, bakul pun semua abis. Siap nak kena tggu lps orang bayar plak (T_____T).

Aku beli ayam, sotong, udang, isi kerang, pastu sayur, telur, bahan bahan buat kuey tiow, buah mangga, air aiskrim soda total dalam RM50.
Tapi ayam, sotong, udang tu tahap tahap makan berdua lah. Idak la tahap kilo2 tu kan.
Tapi, kira okay lah. Takde lah rasa cam mahal melampau. Dapat banyak gak lah barang kan.

Kami beli monthly groceries ni tak menentu.
Tapi, yg selalu Tesco lah. Pastu kalau nak top up sesket, pi beli kat AEON.
Kengkadang balik kerja singgah Ong Tai Kim ja. Eh. Ongtaikim ni pun best gak. Sbb dia macam tahu orang akan singgah balik kerja waktu petang, jadi, barang mmg byk waktu tu. Sayur ke apa seme banyak je. Best gak lah.

Nanti buleh la pergi lagi Segi ni kalau nak beli barang basah.
Eh. Mangga kat situ pun best. Sedap.

16 January 2014

Edisi Pop Up Spice Rack

16 Januari 2014/14 Rabiulawal 1435


Dari nak beli straw tu, ter beli Pop Up Spice Rack.
Hihi.
Aku selalu tgk orang jual2 online. Tkde la teringin nak beli pun.
Sbb cam takde keperluan.

Tapi, bila tgk harga murah bangat ni.
Lalu terus beli.
Hihi.

Sapa nak, sila lah carik di kedai DIY
Situ kan mmg macam2 ada.
Seronok. Aku kalau masuk situ sure ada je menda entah hapa hapa terbeli.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign