Malas rasa nak jalan2 dalam GPO tu.
Ramai amat.
Lagipun bosan ja. Nak carik apa.
Tempat camtu, kalau ada menda nak carik, boleh.
Tapi, kalau takat nak merambu2, malas.
Sama je konsep dgn JPO, Melaka apa semua tu. Semua pun pernah pegi dah.
So, direct pi hotel.
Kami menginap di hotel Swiss Garden
Dalam 10min dari GPO.
Turun arah ke KL.
Bawah lagi dari Hotel Awana.
Kena masuk ikut Inst. Aminudin Baki tu pastu ke dalam sikit.
Best lah. Hotel baru.
Tapiiiii... nak check in dia beratur dekat nak sejam.
Being Swiss Garden ni, mmg cenggini lah. Kat Melaka tu pun camtu gak. Lagi teruk yang Melaka tu.
Kiterang sampai dalam 3 lebih. Dekat kul 5 baru dpt masuk bilik.
I booking lama dah. Bulan 8 kalau tak silap.
Direct terus kat web dia. Tak guna Agoda.
Sbb masa tu depa buat promo hotel baru buka.
So, I booked bilik Deluxe Room King.
Tapi, bila sampai, depa upgrade ke Executive 2-Bedroom.
Masuk bilik ja terus cam wow! ini rumah kita ni.
Sbb flooring dia sama kaler. Haha.
Sbb flooring dia sama kaler. Haha.
Fully furnished |
Hall |
Bathroom depan |
Single room |
Bathroom dalam bilik |
Master bedroom |
Balkoni. Gayat. |
Haha. Musim deepavali katanya. Citer pun semua jenis gini. |
Dapat view mengadap gunung ganang. |
Dia punya residence la ni.
Ada induction cooker, ada washer apa semua.
Complete oii,.
Ni kalau tau, I usung periuk belanga dari rumah tau.
Buleh masak nasik goreng kg bagai.
Haha.
Ye lah, rumah kiterang pun mmg guna induction cooker. Harus la periuk belanga yang sama buleh guna.
Rest sekejap trus naik swimming pool.
Duduk kejap je dah hujan.
Pool kat tingkat 41. Heated pool ni.
Pool dia tak besar. Tapi banyak.
Takde life guard. Dia ada guard je.
Kaunter towel pun takde. Bawak towel bilik tu je.
Cuma, being Swiss Garden ni, lif dia memang pening. Kan?
Macam kat Melaka tu jugak.
Memula pergi lobby - check in. Pastu nak ke bilik, kena pi building lain. Naik lif kt situ. Pastu lif tu ada yang terus naik ke tingkat 41. Ada yg smpai tingkat 5 je.
Lobi ni lif nya kat tgkt 3.
Kiterang dapat bilik tingkat 29. Wing C.
Disebabkan bentuk dia bentuk windmill, dia ada 3 wings. A,B and C.
Nasib lah dekat dengan lif bilik weols tu.
Pastu nak naik ke pool yang tingkat 41 tu macam bercinta jugak lah.
Lama lah nak tunggu.
Pastu, lif tu sampai tingkat 40. Naik pulak lif lain utk amik tingkat 41 dan 42 (gym).
Sbb hujan. Mandi kejap je.
Lps tu turun. Rizq mandi kat bilik ja. Bathroom ada 2. Apa ada hal. Haha.
Dah mandi, panas kan nasik lemak. Ya. I bawak bekal jugak.
Sbb siang dah makan besau, malam kita makan lah bekalan.
Mula tu ingat nak room services ja. Tapi, tak jumpa buku menu. Hahah.
Takpe. Makan je apa yg ada.
Bilik ada 2. I tido dgn Rizq, ayah Rizq tido bilik single. Hehe (T___T)
Pagi tgh aman-aman ja tido, tup2 bunyi alarm.
Siap ada announcement kata "penggera telah diaktifkan, sila berkumpul di bla.bla..bla..."
Ha kau... tak tanjat ke.
Sekali boleh lagi tak hirau.
Kali kedua, try buka pintu dengar apa dia cakap.
Kali ke3 - terus suh ayah Rizq call receptionist.
Pastu engaged. Mesti semua orang pun cam panik kan.
Pastu receptionist kata takde apa. Abaikan je.
Boleh?? Adoi. Menda ni camni buat main. Kita kat tingkat 29 ni. Pastu tempat tanah tinggi pulak tu. Ko jgn memacam boleh.
Dah tu, semua orang dah terjaga.
Dan semua orang pun sekali harung breakfast. Adoi.
Nak breakfast ni kena pi kat area hotel lobby yg check in tu, pastu amik lif ke tingkat 5.Ha. Kira turun lif - jalan - naik lif lain plak.
Dan kalau ko tertinggal barang, nasib kau lah.
Dan ya. I tertinggal phone (T_____T).
Makan pagi - so-so. Naseb la tempat luas. Tapi baby chair tak cukup. Ada 2 ketui je kot.
Terpaksa kiterang duk bar stool. Naseb ada tempat makan yg gitu.
I rasa, kalau nak amik exec 2 bedroom tu tak perlu lah amik breakfast. Lagi senang. Masak je nasik goreng ka mi goreng ka. Lagi best.
Pastu, kat tgkt 5 tu jugak ada taman yang cantik.
Pastu, kat tgkt 5 tu jugak ada taman yang cantik.
Kt sini mmg I suka sgt. Tk boleh move on tau.
Ada jugak jacuzi pool kat sini. Kira mcm takmau mandi kat atas, bleh ja mandi kat jacuzi sini.
Taman sini memang cantik. Instagrammable sangat tau.
Sebab I tertinggal phone, I kena naik balik bilik.
Dah naik tu, I terus tukar swimming suit n bawa suit Rizq skali.
Salin je kat situ.
Mandi kejap kat jacuzi tingkat 5, then naik balik ke pool tingkat 41.
Kat situ memang ramai orang lah. I macam paranoid nak lepaskan Rizq kt pool yg ramai orang. Even I sendiri pun rasa cam geli2 je tgk orang rapat2 ni. Taknak lah.
So, I suruh Rizq mandi kat pool yg ada shower.
Pastu sementara nak tunggu baju kering kiterang jalan2 kat taman tingkat 40.
Hotel ni mmg byk taman.
Kau nak tangkap gambar kt memana pun semua best.
Tapi, I paling suka kat tingkat 5 yg dekat coffee house tu.
Dah ambik2 gambar apa, masuk bilik mandi then check out.
Sebelum tu amik gambar sat dkt tingkat 5 tu. Memang tak boleh move on.
Hehe.
Kul 12.09 check out,
kul 12.40 dah smpai area rumah.
Pakkal je nak pi tapau makanan, kut tak setgh jam dah buleh tido kat bilik rumah dah.
Haha.
Memang dkt ja tempat ni dgn rumah. Even mmg nampak pun logo Genting dari rumah. Tapi, itu pun bertahun baru nak pi.
Tapi, hotel ni memang best lah.
Kalau rasa nak tenang-tenangkan diri, buleh dtg.
Cuma, jgn dtg waktu peak season mcm ada long weekend ni.
Memang haru biru geli nak mandi pool dia.
Terima kasih atas komen anda :)