Pages

13 November 2019

Istiqamah

Last week ada la scroll IG sendiri.
IG yang 1st buat start dr tahun berapa tah.
Ada 2k gambar dalam tu.
IG tu dulu mmg ramai kawan. Memula I public kan. Tp lps tu private and masa pregnant kan Rizq I trus de-activated. Sbb masa tu rasa macam ada stalker. Even dalam blog ni pun dia terlepas komen yg tidak sepatutnya. Seolah tak suka tgk orang bahagia. I tak tahu siapa hamba Allah tu, and suppose orang camni kita tak yah layan. Tapi sgt tak syok. Sbb buleh buat kita terpikir2, kan? Dalam dunia ni mmg ada orang yg psiko dan memang ada orang habit dia berdoa agar orang lain tak bahagia.
Takpe lah. Lupakan. Siapa pun dia, dia masih makhluk Allah, masih hamba Allah. Moga urusan orang tu dipermudahkan.

Okeh. Back to story.
Paling byk dalam IG tu masa thn 2015.
I macam tak caya yang I post semua tu.
Banyak amalan2 yg I buat masa tu dan I rasa antara asbab Allah makbulkan doa I.
Ya Allah.
Terima kasih Allah.
Dalam tu ada gambar2 I buat juicing.
Istiqamahnya, rajinnya I masa tu.
Pastu, I banyak baca tafsir Al-Quran rupanya.
Allah....
Dan yg takde dalam tu, I tahu, masa tu I mmg amalkan dhuha.

Sebak pula rasa.

Sekarang I rasa I dah lama tak buat tu semua.
I felt guilty. Seolah bila dah dapat apa kita nak, kita lupakan Dia.
Allah... khilafnya aku.
I seronok baca tafsir dan share kan dalam IG. Tak kesah lah orang nak cakap kita show off ke apa. At least, I gained something today, after 4yrs, bila I tgk balik.. bagus nya rasa.

Kenapa dulu I buleh istiqamah dengan amalan2 yang baik.
Kenapa dulu I buleh rajin utk juicing n makan makanan yg elok2.
Kenapa dulu I rajin exercise.
Antara asbab Allah makbulkan doa selepas kita berusaha bersungguhnya.

Umur dah masuk 40 ni, sepatutnya fikirkan ukhrawi.
Kena banyakkan amal ibadat, kena perbetulkan dan tambah segala ibadat.
Bukan semakin kurang.
Jauhnya aku dengan Al-Quran sekarang (T_____T).

Dalam hal kerja juga.
Nak mencari keredhaan Allah.
Dan I harap semua kita yang bekerja juga, kerja lah kerana Allah.
Jangan berkira dengan apa yg kita buat. Yang penting jangan tipu OT. I takut sgt bab ni. I memang sentiasa pesan pada myDH. Sbb apa yg dia dapat, itu lah dia nak bagi kami anak bini makan. Tak mahu benda itu dijadikan punca utk kita dilewatkan masuk ke syurga. Kadang kita ni tak selalu claim OT, bila tak selalu tu yg mula kita nak try manipulate sana sini. Jangan... nanti pasal seringgit dua, kita pula tertinggal dalam api neraka.  I memang akan buat teguran kalau I tahu. At least, tanggungjawab I dah lepas utk menegur. Dan I juga akan sentiasa ingatkan diri sendiri. Kalau berkira dengan rezeki, nanti rezeki pun berkira dengan kita. Kita kerja pun bukan 9 jam ni betul2 tekun mmg 100% buat kerja. So, ada lopong2 tu, kita top up lah dengan OT yg kita buat tu. Menda ni mmg nampak simple, tapi impak dia - kalau u biasa manipulate something, u akan buat menda yang tak elok tu dalam setiap hal. Sbb ia adalah melibatkan integriti diri u sendiri. Orang lain maybe tak tahu, tapi Allah tahu. Tak rasa bersalah ke tipu utk dapat duit. Rezeki tu. Yang akan jadi darah daging kita.

Jom lah kita sesama berubah ke arah yang lebih baik.
Dan bekerja kerana Allah.


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign