Pages

16 February 2019

Happy 15th Work Anniversary

16 Februari 2019


Selamat ulang tahun ke 15 sebagai penjawat awam tetap dan berpencen.


Sekejap je rasa dah 15 tahun.
Sempena ke 15 tahun mari lah kita buat throw back sket ya.

16.2.2004 - mula report duty sebagai penjawat awam.
Masa tu umur kakak 25 tahun (mengikut tahun)
Dan jawatan masa tu ada lah di gred 27.
Kakak masuk ketika itu menggunakan diploma kakak walau masa tu kakak dah ada degree.
Kakak ditempatkan di HQ utk uruskan hartanah dan juga legal.
Bos kakak masa tu cakap, dia memang nak orang yg ada background legal utk dijadikan assistant dia. Alhamdulillah. Sbb memang subject legal masa akak study adalah "strong" result nya. Kakak memang minat legal. Tapi, tak kuasa lah nak jadi lawyer kan. Walau ada angan-angan ke arah itu. 

Tahun 2008, kakak bertemu jodoh dengan rakan seoffice.
Haha. Yang ni entah lah.
Kakak pun tak tahu cemna.
Nanti lah. Ada masa bebila kakak story. 
Ramai yang tak sangka. Eh. Bukan je orang lain, kakak sendiri tak sangka.

Tahun 2010 kakak naik gred.
Ada jawatan kosong di gred lantikan menggunakan ijazah.
So, apply. Ada rezeki Allah nak bagi. Dapat.
Dan kakak masih di unit yang sama.
Uruskan legal matters dan jaga hartanah.

Tahun 2012, kakak ditukarkan utk buat HR.
Dan Alhamdulillah, kakak dapat APC untuk tahun 2011 (yang dianugerahkan dalam majlis tahun 2012).

Tahun 2016, kakak bersalin dan lepas maternity leave, kakak sambung amik CMA sebulan yang tidak melayakkan tempoh perkhidmatan kakak. Jadi, kakak kehilangan kekananan selama sebulan.

Tahun 2018 - kenaikan gred secara TBBK. Yang ni tidak tertakluk kepada Pekeliling TBBK macam kumpulan Pelaksana tu ya. TBBK untuk PnP adalah tertakluk kepada PBM masing-masing. Cuma, kakak kan ada cuti sebulan CMA tu, makanya TBBK akak yang sepatutnya pada Jun beranjak kepada Julai. Dan secara otomatik, TPG kakak berubah dari April ke Julai. Ada effect kan? 3 bulan KGT hilang. Heeee.. tapi takpe lah. Kehadiran Rizq Iskandar lebih dari segala-galanya :)

So, ini semua apa yang kakak dapat sepanjang perkhidmatan kakak sebagai penjawat awam. Apa pula yang kakak dah bagi kepada agensi akak sepanjang tempoh itu?
:)

Takpe. InsyaAllah ada. Terutama bila berkhidmat dalam sektor yang menguruskan modal insan ni, InsyaAllah ada sesuatu yang kita berikan.
Sentiasa mengingatkan adik2 di bawah seliaan. Jangan sesekali mengeluh dalam kerja. Permudahkan urusan orang. InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita. 
10 tahun lagi 25 tahun perkhidmatan.
Boleh plan dah utk perancangan persaraan :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign