Pages

23 October 2018

#kaptenRizqkeJDT - Legoland

Hari kedua di JB (29 April), ayuh kita ke Legoland.
Before, mak ayah Rizq tak bleh nak pergi sbb takde anak lagi kan.
Sekarang dah ada anak, ada alasan utk pergi. Hehe.
But still... tak boleh juga nak main2 sbb Rizq tak cukup 90cm lagi.
Rata rata games kt situ perlukan 90cm utk bermain.

Permainan gegeli perut macam kat Thomas Town pun takdak.
Yang boleh, naik tower dan tgk movie 3D ja. Pastu naik ketapi, keliling Legoland. Jadik lah. Dari takde. Kan.
Kami beli di Matta Fair dengan harga RM118/adult. Kalo harga online RM149/adult. Dapat lah kurang beberapa ringgit.

Mula, kiterang nak pegi petang je. Bagi Rizq tido semua dulu.
Tapi, rasa cam jom la pergi pagi.
So, before kul 10 pagi dah sampai. Legoland buka dari jam 10pagi sampai 6petang.

Sampai situ, orang dah beratur panjang nak masuk.
Aigooo.. Disneyland pun tak camni.
Rupanya semua berebut nak masuk awal sbb ada parade Star Wars.
(yang ini mak pelik sket, depa berarak masuk (Star Wars characters), tapi lepas tu depa pi mana. Takdak pun sesi ambik gambar bersama karakter dia ke apa ke. Hek ele. Setakat jalan camtu dgn costume bagai).
Parade ni gerak dari Legoland Resort tu, sampai lah ke dalam.
Ku ingat parade macam kt Disneyland tu lah kan. Kira macam sepanjang jalan tu depa lalu.
Pastu dalam tu ada la kita boleh ambik gambar dgn karakter2 yg ada.
Nan hadooo..

Tak best lah! 
Takde yg menarik sgt pun Legoland ni. Cuma ada games2 je. Boleh tu boleh lah.
Tapi, panas nya ya hampunnn. Terbako kulit.
Malaysia tak sesuai gamaknya buat theme park cam gini.
Masa pergi Hongkong (Disneyland) tu, suasana breeze je. Sedap je.
Ini rasa nak pitam dah. Peluh tiak, melecet peha semua ada lah. Hahaha.

Rizq tak enjoy sgt dlm ni.
Satu mmg waktu tido dia.
Satu lagi, masuk2 je, kemain kuat muzik Star Wars masa parade tu. Dia cam takut. Pastu dia takut tgk orang pakai2 costume tu.
Mula kiterang masuk kat Star Wars punya tempat. Ada miniature by lego ikut episode movie dia. Ada interaktif dia lah. Tekan button pastu nanti ada la benda2 yang gerak. 

Pastu baru kiterang start pusing2 semula.
Dan matahari pun mula tegak atas kepala dah.

Tersilap percaturan pun ye gak ni.
Patut dia kena mulakan dari tempat yang ada bangunan miniature tu. Sbb tempat tu panas giler. Awal2 pusing situ dulu. Ambik gambar semua. Then baru pusing2 tempat lain. Bila dah panas sket, baru naik ketapi yang pusing2 situ. Pastu naik lah tower tu. Pastu tgk movie. Dan makan. 
Ini tips ya. Sbb kalau dah kepanasan, mmg takde maaf bagi mu lah.

Satu yang sangat dikesalkan adalah - tiadanya nursing room untuk breastfeeding mom!
Ya Tuhaaaannn.. tempat tahap international dah, facilities camni pun takdak. 
Sebenarnya dia ada satu tempat yang dia namakan "baby care"
Tempatnya nun di area imagination. 
Kami tanya kat staff kat mana tempat tu. Semua la assist tunjuk tempat tu kat mana.
Okay lah. 
Kami pun pergi. 
Sampai je tempat tu - closed.

Dia tulis situ - buka masa hari Sabtu dan Public Holiday saja.
Owwwh... depa ingat babies ni menyusu badan hari Sabtu dan PH je rupanya.
Nak juga boleh - proceed to information centre katanya. Which is - nunnnnnn...jauh kat entrance sana. 
Kalau ko tgk map pun jadik lah. Boleh tahu jarak tempat tu. Kalau ko dah ada kat area imagination tu, nak pergi balik ke arah entrance tu. Mmg lah kira dekat utk orang yg dah biasa. Tp, kita ni dgn anak mengamuk nak menyusu lagi, dengan berpanas lagi, mana kita tahu kat mana short cut segala.
Mujur situ ada surau. Alhamdulillah. Boleh la tumpang sekejap.
Tp kalao untuk non muslim? 
Will emel Legoland regarding this matter.

Legoland ni tengah renovate jugak.
Dalam thn ni gak kot buka satu lagi tempat baru. Namanya sealife (dlm website dia ada dah).

Kiterang dalam tu, dari kul 10 pagi, sampai kul 4pm camtu ja.
Rizq da ngantuk. Dia da cranky dah. Ngantuk, panas semua ada.
Itu pun dia kira okay jugak lah.
Malam tu, badan dia macam dedo jugak.
Kami mmg standby dah PCM, thermometer semua.
Bila amik suhu, still okay je. Bagi dia nyusu bebanyak, then pagi tu Alhamdulillah, dah normal dah suhu dia :)

Kalau ditanya weols nak pergi lagi ke dak?
Jawapan - tidak lah.
Better pergi tempat lain lah pulak.
Dah pergi cukup lah.
Tiada yang menarik selain dari miniature kecik2 tu.
Mungkin la, pada orang lain best bila dapat naik menda2 cam roller coaster apa semua tu. Tapi, menda tu common lah. Tempat lain pun ada.
Kat Disneyland dulu pun, takde gak kiterang naik menda2 tu semua, but, still ada rasa keinginan nak pergi lagi. Sbb persekitaran dia pun best. Attraction pun banyak. Berkeliaran je karakter yang boleh kita ambil gambar.

Yang ni masuk kemain mahal, tapi so so je lah.
Entah lah. Ni pandangan peribadi penulis lah.
Orang lain kata best.. best lah.
Better lah kami pergi USS ka, atau mmg plan nak bawa Rizq ke Disneyland Hongkong. Atau kalau ada rezeki ke Disneyland Tokyo ke. Tunggu dia da capai tahap 90cm lah. Haha.
















Malam tu kami dinner tomyam. Tapau je dari kedai area Bukit Indah tu.
Naseb ada satu kedai.
Lain semua pun kedai cina.
Oh. Ada satu kedai mamak situ. Hamid corner ke apa ntah. Singgah sbb nak beli sirap limau. Sbb panas bebenau dah ni.
Kata kt ayah Rizq tu kedai India ke Islam tu?
Ayah Rizq kata balik "Islam lah tu. Kan nama Hamid tu, ayah saya nama Hamid kan"
Hahahaa.
Bukan la.. maksudnya kadang depa guna ja nama tu, kedai nya kedai india.
Lepas makan rehat2 jap.
Tido awal. Penat.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign