Pages

22 October 2018

Benda Murah Dan Berkesan

Nowadays ni dah tak susah dah.
Bermacam orang sharing pelbagai tips.
Jadi, mana buleh apply kat kita, kita apply.

Hari ni kakak nak share juga benda murah dan berkesan.
Yang pertama adalah - magic span!


Haha.
Para surirumah harus ada ni. Tak kira lah surirumah sepenuh atau separuh masa.
Senang banyak dengan magic span ni.
Span ni memang multipurpose.
Tu ari dak Rizq pi conteng dgn pen kat sofa (leather). Tak pepenah dia conteng sofa. Tetiba hari tu pulak dia conteng. Kakak apa lagi..dah jegil2 mata dah.
Terus amik magic span tu, try cuci -nasib bleh ilang.
Tapi, kakak letak la sedikit sabun basuh tangan. Tapi tanpa air. Gosok2 then hilang.
Buleh  juga la nak letak sabun cuci pinggan ke.
Jangan letak pencuci lantai pula. Rosak pulak kang leather uols.

Seterusnya kakak guna untuk cuci jamban!
Okay tak manis lah guna word jamban.
Haha.
Cuci bilik air la sebenarnya.
Ya Allah... ini memang kakak suka sangat.
Letak sabun sket, then cuci dgn magic span ni. 
Hilang uols soap scum (daki sabun).
Tu kadang kan ada kat tepi2 mozek tu kan, daki2 sabun tu. Pun hilang uols.
Seriussss. Pantas dan tak perlu nak tenyeh2.
Tak perlu dah nak guna pencuci chemical yang nak pakai gloves bagai apa tu.
Kalau jenis kulit sensitif, uols letak je lah sabun mandi, taruk sket air panas. Pun buleh kot. Kot la. Kakak guna CIF ja.

Kalau uols nak lebih berkesan, letak pencuci mild macam CIF ni pun okay dah.
Letak CIF.
Biar dalam setengah jam.
Pastu gosok dengan magic span.
Bersih berkilau.

Kakak dari rasa nak buat lantai epoxy, terus rasa..wahh..tak perlu dah.
Memang sap sap sui lah.
Pastu kejap je. Takde berpeluh2 la menenyeh.
Kot ada orang nak dtg rumah pun, buleh laju2 cuci toilet dan ttiba terus bersih berseri.
Sesambil mandi pun boleh. Nampak kotor terus tenyeh. Gitewww..
Kalau kotoran tak degil tu, tak perlu guna sabun pun boleh.
Ailoikee..

Kakak memang bagi magic span ni 5 bintang.

Kat mana nak beli?
DIY ada, Daiso ada. Tapi kadang depa juai bermacam saiz. So, kalau panjang tu potong ja.
Kakak pernah beli kat DIY, kat Daiso.
Lepas tu kakak beli kat Shoopee.
Lagi murah.
RM35 dapat 105keping.
Kakak share dengan 2 orang kawan office yang lain.
Dapat la dalam 35 ketul seorang dengan harga sebelas ringgit lebih.
Berbaloi sangat.
Sekali cuci bilik air, satu ketul span digunakan. Kecuali kalau bilik air uols beso, guna lah 2,3 ketul.
Cuci lah apa saja. Semua boleh. Kalo tgk gambar2 derang promo ni, kasut sekolah pun buleh. Kereta pun buleh. Kuali berkerak, periuk hitam. Semua lah buleh.


Next kakak nak share adalah pembeku minyak.


Yang ni pun pernah orang share kan dulu kan.
Lama dah kakak nak carik. Asik terlupa.
So, tu ari pergi Daiso, tanya kat adik keja Daiso tu.
Dia terus bagi. Rupanya depa letak dedepan ja.
Laku keras menda ni. Cepat abisnya.
Sama macam magic span tu jugak.
Yang ni pun best.
Mana minyak yang memang kita dah nak buang tu, lepas masak, minyak masih panas2 tu, terus masukkan serbuk ni (dalam kotak tu ada 5 bungkus serbuk ni).


Agak2 la nak banyak mana. Jangan curah semua pulak.
Kalau minyak sket, letak la sket.
Nanti dia beku gini.
Ayah Rizq kata dah macam rupa dodol. Haha. Jangan kau makan pulak lepas tu.


Dia memang kena letak masa minyak tengah panas.
Kalau dah sejuk tak boleh.
Dah beku, buleh terus buang.
Mudah. Takde la tersumbat sinki.
Yang penting, menyelamatkan bumi.
Eceh. 

Utk 2 produk ni kakak bagi hashtag #puanstoberisuka.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign