First time untuk Rizq.
Juga first time untuk mak ayah Rizq jugak.
A ah. Weols tak pernah ke sini pun before.
Bikin ada apa pun. Bukan ada anak kecil nak bawa manda mandi.
So, sekarang dah ada anak kecil, boleh la kita jelajah themepark.
Tema kami tahun ini adalah #rizqjelajahthemepark.
Tahun ni plan nak jalan2 themepark dekat Malaysia dulu.
Then baru boleh panjang langkah.
Kiterang pergi masa long weekend bebaru ni.
Yg KL dapat cuti 2 hari direct. Thaipusam n Hari Wilayah.
So, kiterang ambik sehari lagi cuti - dapat lah 3 hari direct :D
Booking direct terus kat web dia.
Senang juga booking kt situ sbb kat web dia ada live chat. Ada apa2 nak tanya - terus je tanya situ. Memang ada staff dia akan jawab.
Sebelum booking ada juga tanya2 kat FB.
Ramai bagi feedback kata tak best lah Bukit Gambang ni.
Taik terapung lah apa lah. Hurm.
Cakap pasal taik terapung tu, mak Rizq pernah tgk sendiri tau. Kat waterpark gak lah. Kat Melaka Wonderland ke apa nama tempat tu. Bukan taik terapung dah. Taik terkeluar dari seluar. Gamaknya anak orang tu tak pakai diapers tapi dia tak pakai swimming pants ke apa ke. Terus cicir seketui seketui dari bontot. Haha.
Tu lah. Kalau musim peak season macam cuti sekolah ke, weekend ke, orang memang ramai. So, cemana lagi pekerja pembersihan tu nak pantau semua. Kan?
Waterpark ni kan. What do u expect pun. Memang tak hygiene lah. Ada anak member office ni, masa tu kiterang pergi sukan kat Pahang tu - hotel tu ada tempat macam waterpark juga - anak dia mandi manda - balik terus kena sakit mata. Agak serius juga.
Bagi anak2 under 2years better avoid lah pergi waterpark bagai ni. And anak2 low immune pun tak payah lah.
Kami pergi 31hb Jan till 2 February 2018.
3 hari 2 malam. Rabu - Jumaat. Pakej berharga RM396.00
Dapat ni semua.
Okay lah kan.
Kami gerak dari KL dalam jam 10 pagi gitu. Berenti jap makan kat RnR Temerloh. Makan tempoyak patin. Pastu teruskan perjalanan. Sampai BGRC waktu zohor. Terus pi kaunter. Boleh check in dah. Orang pun tak ramai, kan. Boleh la terus check in.
Dah check in, letak beg, keluar balik. Sbb lelaju nak pergi Safari Park. Nak tgk show apa semua. So, pergi naik tram. Ingat kot jauh lah. Rupanya dekat ja (T____T).
Tips : kena tahu waktu show supaya kita bleh bajet masa. Kalau weekday, show start jam 3.45ptg. So, kalau dah sampai awal, pergi lah ke Savannah dulu tgk binatang sambil naik tram.
Masuk Safari, tggu tram lagi. Tram ni dia hantar kat tempat menunggu nak pergi Savannah. Nak pergi Savannah tu kena naik tram lain pulak. Savannah ni tempat2 nak tgk binatang2 cam lion, tiger, apa semua tu lah. Haiwan predator semua pun ada.
Yang best nya kiterang je yg ada dalam tram tu. Haha.
Tapi, aku ni asik terpikir movie hindustan ke apa yg ada rimau terlepas dari safari camni sbb pagar elektrik rosak. Haha.
Pusing setgh jam dalam Savannah.
Settle je terus kami tgk predator show - jam 3.45pm.
Panas masa tu. Rizq taknak nya duk diam. Nak berjalan je.
Dah settle show tu. Pergi pulak area lain - untuk tengok bird show.
Lepas bird show ada multiple animal show. Semua ni tempat yg sama.
Safari park ni luas. Banyak menda menarik actually. Tapi kiterang dah penat.
Yang best utk anak-anak adalah ini.
Rizq suka bebeno dapat bagi rabbit makan.
Pandai plak tu dia bagi.
Elok je dia lepaskan carrot tu masa rabbit da gigit.
Haha.
Tips : Jangan lupa bawa hand sanitizer bersama. Tandas mmg ada byk kat area sini. Bersih pun (mungkin sbb tak ramai orang waktu ni). Mmg lepas dak Rizq main2 ngan binatang ni, mak cecepat bawa dia gi cuci tangan.
Pastu dah kul 7pm ingat nak keluar dah.
Tapi, makan kat restoran dalam tu.Yang ada singa putih tu.
Kira cam dine-in with white lion. Gitew.
Okay lah makan dalam ni. Takde la mahal melampau. Kira okay ja ngan tempat n makanan dia.
Pastu tgk dah kul 7.30pm. Alang2, tunggu je lah fire show lak pukul 7.45pm (masa ni juga gerhana bulan,kan).
Haaaa... yang ni dak Rizq suka. Dia bleh tekun je tgk.
Yang binatang2 tu, tak hendaknya duduk setempat. Sabo je lah.
Dah abis show kiterang pun balik. Naik tram.
Selamat day 1.
Day 2 plak kiterang pergi mandi kat waterpark.
Tanya kat kaunter hotel dia kata waterpark buka kul 9.30pg. Maka kul 10pagi kami pun sesiap dah la gerak ke waterpark.
Sekali kul 11pagi baru buka koooo...
Yang buka kul 9.30 pagi ni waktu public holiday, Jumaat, Sabtu n Ahad ja.
Yang kami pergi ni hari Khamis 1 Feb. Wilayah je cuti nak oiiii.
Menunggu lah situ sambil ngejo dak Rizq.
Sudahnya bila masuk kul 11pagi tu, dak Rizq dah mengantuk. Tak lama pun kami kat waterpark pastu keluar.
Konon nak masuk balik la lepas zohor ke.
Tapi, dah malas. Huhuhu. Langsung tak masuk.
Kiterang waterpark ni mmg tak berahi sgt pun.
Saja je lah kata orang tu dah tempat tu ada waterpark, maka pegi je lah.
Malam tu dinner kat Arabian. Buffet dinner.
Eh. Food wise okay lah sini. Takde lah hazab macam kat Morib / Melaka Gold Coast tu. Situ breakfast pun rasa cam tangkap muat ja. Sini, makan dia terasa gak la. Sedap je. Tapi, usah lah kau compared dengan Marriot ke Hilton ke apa.
Day 3.
Balik lah. Apa lagi.
Kul 11 check out and terus balik.
Tak pergi pun Kuantan ke apa.
Malas.
Oh ya. Kali ni sempat jumpa Safarina - anak buah SPS masa aset dulu. Lama dah ni. Tahun 2011 ngan dia ni. Sekarang jadi surirumah and sambil2 tu jadi bakers. Order kat dia kek. Memula tu minta hantar kek yang slice. Pastu hari kedua dia hantar sebiji kek mille crepe durian. Sedap angat tu dia buat. Terasa durian dia. Crepe dia pun nipis je dia buat. Sedap.
Kalau uols nak celebrate birthday ke kat hotel sini, boleh lah tempah kek ngan Safarina ni. Dia boleh COD ke Bukit Gambang Resort ni. Buat masa ni dia buat 3 jenis kek. Boleh tgk kat FB dia -
safarrina Ismail.
Semua sedap sedap. Dan harga memang murah tau.
Begitu lah ada nya kesah percutian pertama kami untuk tahun 2018.
Lepas ni nak kemana pulak ya.
Plan tu dah ada.
Tunggu bulan 3 nanti nak carik kat Matta Fair.
Nampaknya dak Rizq memang tak crancky kalau berjalan. Asal jgn duk setempat. Tau dia mmg penat sbb lepas waktu nap dia masa kat safari tu. Tapi, dia bertahan sampai malam. Biar pun melengas dah panas. Macam ni gaya, buleh la kita panjang langkah sket, kan Rizq kan. Haha.