Pages

3 August 2017

Rizq's 1st Birthday

Hari lahir Rizq adalah pada 1 Jun.
Tapi, tahun ni, 1 Jun adalah puasa ke6.
Tak boleh lah nak buat majlis pada hari tersebut.

Just mak n ayah Rizq ada tempah kek dari baker's mak.
2 jenis kek kegemaran - brownies dgn pandan gula melaka.
Pastu kami agih2 pada rerakan office and nenek asuh Rizq.
Dah beberapa kali mak Rizq order dari Azwa ni.
Baker's yg baik. Dan tidak bagai bagai.
Yang mak Rizq suka tu sbb dia ada free delivery setiap hari Jumaat.
Makanya, mak Rizq suka order hari Jumaat, terus ke office.
Kek dia memang sedap. Sangat. Diakui. Dan harga sangat reasonable.
Jadi, mak promote dia. Area KL, boleh la order dgn Azwa ni.
IG dia [sugarbakes]


Okay. Lps tu, tahun ni ingat nak buat birthday Rizq di kampung.
Lepas tu ada lah beberapa siri lagi. Nak buat kat KFC ke McD ke.
Tapi, masa macam takde lah nak buat. Nak nak plak time raya kan. Semua orang sebok ngan open house.
Mak dah siap buat banner tau utk majlis2 ni.
Tapi dah tak sempat. Akur je lah ada satu majlis.
Next year lah. Rizq turn two. Tapi tu pun masa bulan puasa juga.
Jadi, kita buat open house raya terus lah. Tempat cam biasa lah. By the pool juga.
Okay juga tu, setiap tahun kita akan buat kenduri makan makan jamu orang, kan?

Majlis di rumah opah.
Syawal kedua.
Kami masak sendiri ja.

Ada laksa, opah buat (sekejapan je abis, mak makan semangkuk je).
Ada makaroni, mak Rizq buat.
Ada pulut kuning.
Ada roti jala.
Ada homemade meatball, kak ipar buat.
Buah2.
Dan kek.
Kau ingat orang kampung takde yg pandai buat kek gegambar ni?
Huhu.
Yang best nya, Rizq buat drama pulak.
Dah bagi dia lena dulu dalam 2 jam dgn harapan dia bangun nanti mood dia baik.
Bila dia terjaga tu, salin lah baju dia apa semua.
Lepas tu bawak ke depan.
Orang pun semua nyanyi happy birthday to you.. happy birthday to you.
Dia boleh bantai nangis okay.
Haha.
Anak aku melankolik sangat ke hapa ni.
Kot rasa sebak ke orang meraikan majlis dia.
Haha.
Yang pasti, dia panas.
Ya. Hari raya pertama pun dia mengamuk. Sbb panas.
Yang ni pun, lepas dia ngamuk2 tu., tanggalkan baju, tukar pakai singlet. Baru senyap.
Ya Tohaannnnnn....
Layan je lah gegambar yang ada.

Memula ni elok lagi.

Ha. Mula dah. Orang nyanyi2 dia dah nak marah.

Rimas dah.

Makin stress. 

Dan terus ngamok.

Patut lah. Panas memanco manco kat situ.

Doa.

Doa by abang ipaq

Masa ni dah elok tapi moody terus. Haha.


Jemputan pun tak ramai.
Sedara mara kami je.
Simple simple je pun.
Tu lah. Rasa tak puas hati juga tak buat majlis beria.
Takpe lah.
Lagi pun tahun ni baru buat dia punya majlis akikah tu ari kan.
Nak buat lagi pun, orang cemuih plak asik nak dtg rumah kita.
Hehe.
So, next year plak.

1 juta komen:

happy 1st birthday!!! moga membesar jadi anak yg soleh..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign