Pages

24 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : KLIA - Jeddah - Makkah

Tanggal 6 April 2015 (Isnin)

Seawal jam 8 pagi kami dah keluar dari rumah. Bersiap mandi sunat ihram, solat sunat musafir. Perjalanan kami dari Jeddah akan terus ke Mekah. Jadi, mmg kena bersiap pakai ihram dari rumah/airport.
MyDH dah siap booking teksi. Kami mmg nak teksi Exora tu (teksi 1 Malaysia) sbb senang nak letak beg yang besar2 tu. Dari KL ke KLIA dalam sejam lebih. So, dalam kul 9 lebih kami dah sampai airport.

Kami dikehendaki berkumpul jam 11 pagi.
Masa sampai tu nampak la pelbagai beg dari agensi yang lain. Meriah sungguh. Walau hari Isnin, ramainya yang datang menghantar.
Tak lama tu, anak buah and adik myDH sampai. Depa terus dari rumah ke airport.

Mak, anak buah n me. Wif our luggage.
Adik MyDH, mak, me n anak buah.
Me n MyDH. Siap pakai kain ihram dalam
jubah. Sbb tu nampak kembung.
Dalam 11.30 pagi petugas Andalusia uruskan check in beg. Kami naik MAS, dan tak ramai. So, mudah sgt. Masa letak bag tu, petugas bagi tag nama dan juga satu beg galas kecik yg dalamnya ada sekotak biskut dan surah Yasin. Beg tu kat sana kami buat tempat simpan kasut yang dah letak dalam uncang :)

Lepas tu berkumpul semula untuk briefing jam 1 t/hari.
Petugas bagi tahu lah serba sedikit. Kami direct ke Mekah dan akan terus tunaikan umrah wajib kami. Maka, kita perlu bersedia dengan pakaian ihram kita. Perempuan mudah lah. Jubah yang sememangnya dah menutup aurat pun dah cukup. Untuk lelaki, kena sedia berpakaian ihram bila nak naik flight (sbb atas flight baru nak pakai cam payah sket lah).
Masa ni agak terkejar lah.

Briefing - urusan imigresen - naik aerotrain - solat jamak zuhur/asar (oh. Sempit sgt lah surau kat bangunan satelit nih. Kalau klia2 tu tgk byk betul suraunya. Kat sini ada 2 je, dan sgt lah sempit. MAHB, sila ambil perhatian). Lepas tu berkejar nak ke pintu pelepasan. Sekali bila sampai - flight delay katanya. Flight kami yg sepatutnya 3pm tapi bertolak dalam pukul 4 lebih.

9 jam perjalanan.
Dalam flight ada 2x makan. Masa pergi ni orang tak ramai. Kami duduk di barisan tgh yang 5 kerusi. Takde orang pun. So, kami duduk selang2. Tidur pun tidur2 ayam.
Sejam sebelum mendarat, kami berniat ihram di tempat yang namanya Qarnul Manzil. Masa ni kita dah terikat dengan pantang larang ihram (nanti pilot akan announce. Tak pun sendiri alert lah. Dalam sejam before landing tu buleh la niat dah. Bukan per, takut terlepas, boleh batal ya umrah kita).
Dalam flight buleh la nak tgk movie ke apa. Tapi, takde hati pun nak tgk sementelah tempat nak dituju bukan tempat untuk bersuka ria kan. Baik lah dgr bacaan Al-Quran, atau buat list lagu sendiri. Pilih la lagu2 nasyid ke apa dalam tu.

Airport Jeddah
Kami tiba di airport Jeddah jam 7pm (waktu Jeddah). Urusan imigresen tak la ketat mana. Tapi lambat. Kami turun di airport haji. MAS mmg turun situ. Kalau Saudi Airlines (SV) ada airport sendiri. So, dah turun tu ada cam shuttle bas hantar ke terminal. Kat situ kami tunggu lah kejap dalam sejam. Masa tu ada la cleaner jual2 sim card phone. Beli je lah. Nanti kat Mekah dah susah nak carik. Satu sim card-25riyal. Ada berapa tah dalam tu. Lupa dah. Lps sejam, petugas airport panggil utk immigration clearance. Kat sini byk bersabar je sbb petugas ni ikut dan dia ja. Nak makan ke, nak bersembang ke. Kami perempuan tak lama. Tapi lelaki mmg memacam kena buat. Ambik gambar la. Cap jari lah. Cap tu bukan satu jari. Sepuluh2 jari. MyDH kena. Kami dah keluar. Dia duk stuck kat kaunter lagi.
Nak ambik beg pun satu hal. Petugas situ mintak 10riyal satu beg. Aku bebuat tak faham. Aku cakap Bahasa Melayu dgn dia. Aku cakap "tunggu suami saya". Lepas tu aku tarik je beg. Ada tiga semuanya. Aku tarik tetiga. Bahaya depa ni. Dia ikut sampai tmpt duduk kita. Bukan depa buat apa pun. Mmg depa nak duit ja. Tu tak kira ambik troli. Mmg la kena bayar. So, kami tak ambik troli pun. Tarik je sendiri semua beg. Bukan nak berkira lah, tapi kita pun masih lagi mamai2 baru sampai dah di "paw" nya.

Jeddah - Mekkah
Perjalanan dalam 2 jam. Dalam kul 10mlm rasanya kami bertolak dari Jeddah. Mengantuk, penat mmg lah ada. Tapi, dalam bas mutawif ajak bertalbiah, berdoa dan bila melintasi pintu gerbang menandakan masuk tanah haram, Ya Allah... sayu.. sayu sungguh. Tak sangka, dapat datang untuk kali kedua.
Kami sampai di hotel dalam jam 12 lebih (kira masa ni dah masuk 7 April- Selasa). Uruskan hal beg, dapat kunci, mutawif bagi naik bilik dan turun semula jam 2 pagi untuk selesaikan umrah wajib kami. Mmg kena buat terus. Ustaz Daud pun mmg pesan mcm tu. Ambik wheelchair untuk mak since nak buat tawaf and saie mmg mak tak larat nak jalan.
Nampak saja Kaabah di depan mata, sebak sungguh rasa. Terima kasih Allah :)

Guna HP MyDH. Masa ni aku tak bawak lagi phone.
Sbb tak pasti buleh bawak ke tak. Ni keadaan jam 3pagi.
Dalam 2.30pagi kami mulakan tawaf. Di tingkat 2. Khas untuk org ber wheel chair. Tapi ramai gak la atas tu tak pakai wheel chair pun. Agak kelam kabut sket la. Sbb baru permulaan kan.
Mungkin kifarah juga sbb masuk ke masjid dalam keadaan kelam kabut, makanya 2,3 kali kaki kena langgar dek wheel chair orang lain. Sakit sampai melecet kulit. Mujur tak berdarah. Jadi, peringatan ya. Kali pertama masuk ke Masjidil Haram tu, mulakan dengan kaki kanan, berdoa dan tetapkan niat dalam hati untuk apa kita masuk masjid, dan mohon Allah permudahkan urusan kita. Hari hari lain masuk je masjid mmg aku terus buat macam tu. Dan Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan.
Subuh kat sana awal. Dalam kul 4 lebih. Jadi, kami solat Subuh dan sambung saie dan lepas tu bertahlul. Dan baru lah selesai umrah kami. Alhamdulillah :)

Selesai sai'e dan bertahlul. Settle umrah wajib.

Balik hotel dah jam 7 pagi. Sarapan dan balik ke bilik untuk berehat.
Mmg tiada program untuk hari pertama sbb nak bagi jemaah berehat.

23 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Persediaan Dan Dokumen

Sebelum pergi, pelbagai dokumen kita kena sediakan untuk hantar ke agensi.
Since kami daftar direct di Andalusia, so semua dokumen hantar terus ke sana.
Lepas kita dah bayar booking, mmg dia akan letakkan kita di bawah satu person in charge (PIC). PIC kami namanya Syira. Dia lah yang call kita, kumpul dokumen semua.
Yang best nya, staff sini semua panggil bakal jemaah lelaki ni - haji. Kalau perempuan dia panggil puan lah. Takde la hajah. But, okay lah kan. Cam rasa semangat lah, walau buat umrah je. Tu pun haji kecil juga orang kata, kan?

Okay, urusan dokumen untuk umrah - passport, visa, suntikan vaksin dan dokumen pengesahan mahram.

Salinan sijil nikah (Mahram suami)
Dokumen ini adalah keperluan visa oleh kerajaan Arab Saudi. Kalau dulu boleh je pergi tanpa ada mahram. Now, perempuan bawah 45tahun kena pergi dengan mahram. Wajib.
Kalau pergi dengan suami, urusannya lebih mudah. Cuma buat salinan sijil nikah - ambil cop di jabatan agama (mana-mana negeri pun boleh) - dan ambik cop di Wisma Putra.
Utk cop sijil ni, mulanya kami nak cop di Perak je. Sbb masa tu mak ada urusan di pej. agama KK. Masa kami cakap nak cop untuk pergi umrah, orang pejabat agama tu macam terpinga pinga. Eh, takkan takde orang sini pergi umrah. Ke orang tua je yang pergi kat sini. Huhu. Tp masa tu tak dapat jugak cop sbb katanya pegawai pergi solat zuhur (jam 2.30 petang, di pejabat agama yang letaknya di sebelah masjid. Hihi. Sangka baik sudah lah).
Malas nak kecoh2 pasal ni. Jadi, bila balik KL, husband bawa pergi cop di JAWI saja. Mudah. Bawa saja salinan dan sijil asal. Dia tak tgk pun sijil nikah asal tu. Dia cop je. Dan palang "untuk urusan haji/umrah sahaja".
Then bawa lah pergi Wisma Putra. Tapi, kalau amik cop di Wisma Putra ni, rasanya ada setengah agensi yang buatkan. Macam TH, mereka yang akan amik cop di Wisma Putra. Kalau di luar KL tu, kurang periksa pula. Kena tanya agen.
Tapi, kalau tak bermahram kan suami pun takpe. Boleh pergi dengan ayah, adik beradik lain berumur 18thn ke atas atau lelain mahram yang sah. Kalau mahram selain suami, byk sket dokumen nya. Kena angkat sumpah, pergi JPN, kena ada letter of consent suami. Boleh rujuk dengan agensi/agen yang kita daftar. Biasanya agensi memang akan bagi checklist perihal dokumen ni. Usah risau sbb tak susah mana. Pada awal mmg kita rasa renyah, tapi.. bila dah buat InsyaAllah, Allah permudahkan. Kita kan bakal tetamu Dia :)

Passport, Visa, Suntikan Vaksin
Passport kami masih valid. Ada 8 bulan lagi before expired. Settle di situ. Untuk mak, kami settle di Ipoh (sbb tu ada entry buat passport di Ipoh), terus amik gambar untuk visa dan mak buat suntikan vaksin kat Perak ja. 
Untuk vaksin, kami buat pada 3.3.2015 masa hantar dokumen kat Andalusia. Sebab klinik tu sebelah je dengan office Andalusia Kg Pandan tu. Klinik Rahman. Cucuk vaksin ni tak semua klinik buleh buat. Macam masa nak buat untuk mak tu, ada satu klinik kami tanya, vaksin habis. Kena dtg hari lain. So, buat tempat lain and kak ipar pos laju kan buku oren vaksin tu.
Cumanya masa tu mak tak buat jab untuk elakkan virus pneumonia atau batuk2. Jadi, masa kursus kat pejabat Andalusia mak buat jab lagi utk vaksin tambahan tu (masa kursus di pejabat Andalusia Kg Pandan, mmg ada sediakan doktor untuk buat suntikan).
Masa kami buat, kami amik terus jab tambahan. Jadi kena buat 2 jab. Rasa lalok jap. Haha. Satu di bahu kiri (yang ni vaksin yang wajib tu) dan satu di bahu kanan (yang ni optional). Wuhu, doktor ni sgt ramah hokeh. Siap bercerita perihal anak dia 3 orang doktor dan seorang lawyer lagi. Kelas kau doc. Haha. Dan siap dia bagi tips untuk dapat anak lagi lps dia tahu kami takde anak lagi. Mmg kelas kau jah la doktor ni. Kemain lama duk dalam bilik dia. Dan katanya dia punya vaksin ada tanda halal. Maknanya bahan digunakan adalah halal. Untuk 2 jab ni, bayarannya RM200 (RM140 - meningtis (wajib) dan RM60 - vaksin optional. Kat sini kami dapat buku kuning. Doc cakap buku baru. Buku oren tu yang lama (tp masih diterima pakai).
Oh. Vaksin ni tahan 3 tahun. So, kalau nak pergi umrah lagi dalam 3 tahun ni, dah tak perlu cucuk lagi. InsyaAllah. Mana tahu ada rezeki lagi :)
Nasihat saya, ambik lah vaksin option ni, apatah lagi utk ibu2 kita. Masa kat sana mak Alhamdulillah sihat. Ada pun macam selsema sbb sejuk sgt duk dalam econ. Orang lain seme macam terperanjat tgk mak sihat.

Hantar dokumen
Lebih kurang sebulan sebelum pergi, PIC Andalusia call minta hantar passport dan gambar.
3.3.2015 kami hantar passport, gambar dan settlekan semua bayaran. Tapi, ada cerita lawak jugak lah masa ni. Tengah kami settle kan urusan nak hantar passport semua tu, tetiba datang guard Andalusia ni beritahu kat staff yang ada polis saman kereta yang parking depan2 tu.
Melompat jugak la my husband sbb kereta kiterang pun ada kat bahu jalan. 
Bukan lah polis. DBKL. Satu lori DBKL datang nak saman kereta.
Aiyoh... memacam hal. Tak pernah2 dibuat. Satu ofis tu jadi kelam kabut. Dengan staff nya. Dengan jemaah2 nya. Aiyark!

Dan keesukkannya - 4.3.2015 hantar salinan surat nikah n buku vaksin tu since masa 3hb tak ambik cop lagi kat Wisma Putra. Bila dah settle hantar semua, Andalusia keluarkan satu surat pengesahan untuk urusan mohon cuti pada majikan.

Sebenarnya date awal masa kami booking tu adalah pada 5 April 2015 (Ahad). Tapi masa pergi hantar passport tu baru tahu yang tarikh kami dianjak ke 6 April 2015 (Isnin). Mula tu rasa cam ala, kenapa. Tapi, ada hikmahnya ya. Sbb kami dapat 2x Jumaat di sana. Kalau tidak, kami sampai di Msia hari Jumaat. Bila dah anjak, kami sampai di Msia hari Sabtu. Tu pun rezeki kan. Tapi, ni cemna orang nak hantar pi epot? Takpe.. naik teksi je lah.

Ambil bag
Kalau dah settle bayar, boleh ambik bag yang disediakan Andalusia. Dia bagi 3 beg dulu. Satu beg besar, satu beg tarik, satu beg sandang. Yang ni kalau nak ambik dekat2 nak pergi pun buleh. Kami tak ambik lepas settle dah bayar. Ambik masa hari minggu. Masa kami datang kursus. Ada juga diberi bersama buku kecil panduan umrah. Okay buku ni. Senang nak faham. Kalau tak cukup boleh beli buku gantung tulisan ustaz Daud. Tu pun bagus gak.


Kursus Umrah
Kami berkesempatan pergi 2x.
First pergi 7 & 8hb Mac. Humang ai, ramai sungguh la orang wey. Yang datang dari Kajang pun ada. MyDH kata yg pergi bukan dengan Andalusia pun ada. Sekali lagi kami bawa mak bersama - 28 dan 29 Mac. Kursus ni mmg akan dikendalikan oleh Ustaz Daud Che Ngah (datuk) sendiri kecuali kalau beliau ada kecemasan atau urusan lain, adiknya akan bagi ceramah.

Biasanya depa akan bagi 'brunch'. Dan menunya nasik lemak. Tapi, entah cemna minggu pertama kami datang tu dapat nasik arab :D


Kebenaran ke luar negara dan insurans
As penjawat awam kita kena lah buat ni kan. Untuk urusan kebenaran ke luar negara, kami isi setelah dapat surat dari Andalusia. Sekejap je ni sbb kat sini, KP je yang luluskan. 11 Mac KP kami dah sign borang and lepas tu kami buat skali insurans (yang percuma setahun sekali untuk penjawat awam tu kan).

Tukar Duit
One week before berangkat baru kami tukar duit. Tempat biasa lah - Ampang Park. Dan kedai yg bhgn belakang tu lah. Situ mmg harga okay. Tp kena gak la compare ngan kedai lain kat dalam Ampang Park tu. Masa gi Perth dulu kami tukar kat kedai depan (sebelah 7E).
Kali ni duit RM dah sama dgn duit Saudi (Riyal). Cuma, kalau kita nak tukar 1,000 riyal, boleh ditukar dengan RM970.00. Untung sket lah kan. Tapi kalau nak tukar 500riyal atau ke bawah, kadar tukaran sama. RM500 dapat 500riyal. Lepas tu ada gak la aku nak tambah lagi nak tukar RM200. Masa tu kat Festival City. Pergi la kat money changer dia. Tak hendaknya tukar 200. Paling minimum RM500 katanya. Alah, berkira nau. Pergi ke Ampang Park. Pergi kedai yg itu jugak, boleh je. Jadi, uols yg ada kat KL ni, tukar je duit kat Ampang Park. Ada 3,4 kedai money changer situ. Jadi, boleh compare kan harga. Mmg ramai yg cakap kt Ampang Park ni, antara kedai tukaran wang yang agak reasonable :)

Persiapan lain
Macam pakaian yang dibawa, barang keperluan lain tu sama lah macam jemaah umrah yang lain. Oleh kerana husband mmg akan bantu bawa beg mak, jadi, kami tinggalkan satu beg tarik yang kecik tu. Bawa bag pack saja. Kami pun takde lah nak bawa barang banyak-banyak dan kami pun bukan bertujuan untuk shopping. Niatnya hanya satu - beribadat kepada Allah dengan penuh kusyuk dan tawaduk, sbb peluang ini bukan selalu datang :)
Buntu masa nak kemas ni. Seakan tak reti nak kemas.
First aid kit kami kat sana.

Tips
Nanti entry paling last, baru saya titipkan tips untuk ke sana ya. Sementara tu kita sharing2 lah dulu pengalaman di sana.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign