Pages

12 April 2018

Tak Check Up Anak Di KKIA

Kalau saya taknak check anak di KKIA, boleh tak?
Bagaimana prosedur nya?
Di mana tempatnya?

Okay, lemme share with you mommy, my experience yang tak check up anak di KKIA.

Rizq Iskandar dilahirkan di UKMSC. UKMSC ni private specialist under PPUKM. Sebenarnya menggunakan OT/labour room sama je dgn patient PPUKM. Tp, itu je yg kita share. Lelain semua di tingkat 7. 
So, Rizq dapat juga buku rekod baby.



Sama isi kandungan nya macam buku rekod KKM punya.
Cuma, ada sedikit lain dari segi kaler camtu lah.
Rizq lahir tahun 2016, jadi imunisasi dia ikut jadual ni.


Utk imunisasi pertama selepas lahir mesti lah dapat kat hospital dia lahir (Rizq under paed UKMSC).  Selepas tu, Rizq ambik di KK.

Tapi, setelah umur 2 bulan, kami mak ayah Rizq ambil keputusan utk discaj Rizq dari routinely check up di KKIA, dan tukar ke UKMSC.
Antara sebabnya adalah - kami nak terus berjumpa paed. Bukan lah kata KK tu tak bagus. Tak. Bukan mcm tu. KK sangat bagus.
Selainnya; utk keselesaan kami anak beranak (bukan part menunggu ya. Menunggu tu, kat private pun kena tunggu gak. Selesa tu dari segi tempat, nak parking dan lelain. Kalau ko tahu cemna gaya KK area kami tu, mmg tobat lahum jugak lah. Tahu saja lah. KK ni kita kan tak blh nak tukar2 sesuka hati. Memang kena pergi area kita tinggal tu jugak. KK tempat kiterang tu - Allah je lah yang tahu cemana rupanya. Kami pun tak tahu cemana lah depa buleh terfikir nak bukak KK dalam bangunan, yang bawahnya ada pasar basah dan kawasan sekitar yang sgt padat).

Prosedur : Nak stop check up di KKIA, senang je. Just gitau je nurse tu kita nak continue check up di tempat lain. Nanti dia akan tulis di buku rekod baby tu. Tapi, satu lagi salinan buku, akan dipegang oleh KKIA. In case ada apa2, file kita dah ada lah kiranya.

So, start 3 bulan kami refer di UKMSC. Under paed. Prof Rahmah.
And kami start ambik vaksin pneumococcal (prevenar) juga kt situ.
Tapi, masa Rizq umur 7 bulan, tup tup kontrak Prof Rahmah dah tak sambung.
So, da tak boleh continue situ since paed situ tak ramai. Ada 2 je. Bila Prof Rahmah tu takde, yg sorang lagi Paed pun da ramai patient. Tak dpt nak selit (masuk balik web UKMSC tu, nampak ada je nama Prof Rahmah - tatau lah kot dia da tak buat utk appmt check up biasa pediatric ni)

Jadi, mak Rizq list out lah mana hospital yg boleh continue utk check up Rizq ni.
Kena pergi KK balik ke? (kalau boleh taknak lah kan)
Antara hosp yang mak list kan - Columbia Setapak, KPJ Tawakal, Hosp Pusrawi dan satu lagi - Prince Court (PCMC). Prince Court mmg tak berani sebenarnya. Sbb tau je lah, nama pun prince court, kan. Tapi kami consider sbb hosp tu sebelah office kiterang. Jalan kaki pun boleh. Kalau dari rumah pun, tak jauh. If ada apa2, senang (dan memang - waktu Rizq admit situ masa kena hfmd tu - memang mudah lah jadinya urusan). One more - memang pcmc ni hospital panel utk insurans office kami.
Try up kat FB, ada sorang kawan recommend paed di PCMC. Katanya paed tu bagus. Melayu - lelaki. So, fikir punya fikir - boleh lah PCMC. 
Terus buat appoinment.

Prosedur : biasa hosp private derang akan suruh pilih sesiap paed mana kita nak. So, bleh tanya kengkawan, kot derang tahu doktor mana yang biasa/recommend. Kalau takde, boleh je masuk web hospital tu then pilih je lah doktor mana ikut instinct kita sebagai mak mak. Haha. Bila dah ada doc, call lah untuk appointment.

Bermula Feb 2017, Rizq check up di PCMC.
Under Doc Feizel.
Yes. Memang paed yang sangat baik. Dan teliti.
Alhamdulillah. 
Kami settle kan 2 lagi dos pneumococcal di PCMC di samping vaksin2 wajib. Bayaran - self pay lah tentunya kan. Cuma, untuk vaksin wajib by KKM - insurans office kami cover. Yang itu je lah dia cover, lelain idak. 

Sehingga sekarang Rizq mmg check up di situ lah. 
Kalau ikut KKM da settle pun dah imunisasi dia.
Masa tu ari, ada yg kata KKIA bagi booster last masa umur 2 tahun.
Tapi, Rizq da dapat masa umur dia 18 bulan (1tahun 6 bulan) - sepatut memang masa 18 bulan. Tp masa tu katanya KKM takde stok/bajet utk vaksin booster tu masa tu.
Bila Rizq kena HFMD tu ari, memang kami terus rush ke emergency situ je lah. Senang. Rekod pun memang dah ada. Insurance utk in-patient pun memang dicover. Jadi, pilihan yang tepat bila kami mulakan check up Rizq di situ. Bila ada appoinment semula lps discaj tu, kita boleh mintak nak appointment dengan paed kita tu je. Mudah, kan?

Oleh itu, utk mommies sekeliannya, kalau memilih untuk taknak check up anak di KKIA, mommies pilih lah utk check up di hospital private. Please don't go klinik swasta biasa yang ada GP biasa tu. GP dia bukan paed yang mmg bleh keep on track development anak-anak. Kalau klinik pakar kanak-kanak, itu mungkin okay.
Biasa, mmg hosp pvte ni tak ikut pun buku rekod. Tp derang ada buku sendiri. Dan segala rekod ada dalam sistem.
Kalau pergi klinik swasta biasa, if anak ada prob, lambat sket lah nak refer sana sini.
Tapi, kalau kat hospital swasta, derang bleh terus refer pada pakar2 berkaitan.
Contoh macam Rizq tu ari - dia lambat jalan - so, genap2 umur 18 bulan tu, lepas check up, terus paed refer utk buat fisio. Minggu tu jugak lah therapist call untuk appointment. 2 kali je sesi fisio, Alhamdulillah Rizq da blh jalan. Senang. Sbb hospital semua dah ada kt situ.

Okay.
Boleh faham dah sekarang kan.
Maknanya - okay je kalau tak pergi KKIA.
Tapi, sebaiknya pergi lah ke hospital private untuk pemantauan oleh pakar kanak-kanak.
GP ni dia boleh inject ja. Sbb tu orang selalu kata, depa tak timbang, tak tgk apa pun. 
Sbb klinik swasta ni ramai lagi patient lelain depa nak entertain.
But, the choice is yours.
Again saya tekankan - saya tak kata KKIA tak bagus ya. Sy tak teruskan check up di KKIA bukan sbb tak bagus. Perkhidmatan KKM memang dah terbaik.
Tapi, tak salah kalau kita ada rezeki lebih utk pergi ke tempat yang lebih selesa.

5 April 2018

#menukaptenRizq : Nugget Ayam Homemade

Memang terasa cam "wow! mak berjaya buat nugget ayam"

 *Pom..pom.. keluar belon segala macam kat FB tu*

Kan skrg ni ramai je orang viral segala mak neka boleh homemade.
Be it nugget ka, sosej ka, mayonis ka sos cili ka.
Cuma tu lah.
Rajin tak rajin nak buat ja.
Plan nak buat nugget ayam ni memang udah lama.
Beli isi ayam, tak jadi.
Beli, tak jadi.
Tak jadi, beli.

Tak boleh jadi nih. Kena buat gak.
So, lets try.
Mak carik resepi paling simple. Yang mmg bahan ada kat umah.
Cuma, bekas pengukus takdak.
Yang tu kena pi carik lelaju kat DIY.

Ini resepi yang mak guna.
Mak jumpa kat grup mak mak memasak utk anak tu.
So, if owner dia nampak ni, mak kreditkan utk dia.
Tapi, mak ada alterkan ikut kesesuaian anak bujang mak sorang tu :)

Resepi ini sesuai untuk anak yg dah pandai makan finger food dan dah ada gigi tentunya (paling baik dah 1 tahun ke atas lah).

Ini kejadian tgh tunggu dia sejuk.

Nuget ayam homemade.

Bahan-bahan
Isi ayam (dalam 500gm camtu)
Bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
Brokoli, Carrot, cauliflower (potong halus-halus. Sayur ni terpulang lah nak letak sayur apa).
Serbuk lada hitam (if suka, mak tak letak sbb mak tk penah intro Rizq lada hitam)
Sesudu besar tepung ubi.
Sesudu besar tepung jagung.
Cheese (kalau suka).
Daun sup.
Sedikit garam bukit.

Cara-cara:
Blend isi ayam bersama bawang putih yang telah dicincang.
Gaulkan isi ayam yang telah diblend dengan tepung ubi dan tepung jagung.
Masukkan semua bahan lain (sayur, lada hitam, daun sup, garam).

Gaul sebati.
Masukkan dalam bekas. Mampatkan.

Tabur cheese.
Masukkan dalam pengukus.
Kukus dalam 10-15 minit.
Bila dah masak, sejukkan seketika dan potong ikut selera kita.
Buat lah memanjang ke petak ke.
Boleh terus dimakan sbb da masak dah.
Atau boleh masuk dalam peti ais untuk jadikan stok.
Gorengkan je bila nak makan.
Atau nak rangup - celup dengan telur, then golek atas breadcrumb.
Sebijik sama rasa nugget yg kita beli.

Yang ni mak tak buat stok frozen.
Mak letak dalam chiller saja. Utk tahan dalam 3 hari.
Dalam setgh kg isi ayam ni dapat la dalam 30bijik nugget.
Mak ayah Rizq pun suka makan.
Sedap weh. Isi padat. Dan dah tentunya tanpa bahan pengawet, dan juga kandungannnya memang kita tahu. Serius sedap.
Try lah buat.

Tak perlu dah beli nugget kt luar tu.
Apa tah lagi beli yg kat pasar malam ke taman ke.
Selagi boleh elak, kita elak.
Dulu ye kita tak tahu dan takde ilmu.
Sekarang dah tahu - so, better lah kita carik yang terbaik. Apatah lagi utk anak, kan?
Stok kami dah abis.
Minggu ni nak buat lagi.
Sedap. Dap.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign