Pages

31 March 2017

Bye March, Welcome April

Dan.
Kurang 2 bulan lagi ke Ramadhan.
Sempat ke abis ganti posa che da??
Haha.

Rasanya semua blogger dah tak menulis, kan?
Rakan2 lain pun jarang sgt dah menulis.
Termasuk lah me myself.

Ada menda nak cerita.
Banyak menda nak cerita.
Tapi, tiada masa dah.
Kt ofis, kalau pun ada masa terluang, mmg ada menda lain nak dibuat.
Dalam bulan ni, macam2 juga berlaku.
Uruskan temuduga naik pangkat.
Dan masuk juga temuduga naik pangkat.
Dah tahu pun keputusannya.
Allah sebaik baik perancang.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Takpe.
Worries not.

Jadi,
Bye March.
Welcome April.




My precious son-shine dah 10 bulan esuk.
Alhamdulillah.
2 months lagi dah not baby anymore.
Huhu.
Kejap betul masa berlalu.
Setahun yang lepas masa ni tengah berat membawa perut ke hulu ke hilir. Hihi.

Nak cerita perkembangan dia dalam ni. Tapi asyik tertangguh.
Oh. My precious Rizq still fully bf.
Alhamdulillah.
Allah permudahkan rezeki ini.
Nak cerita juga journey bf ni.
Menarik sangat. Khas utk rakan TTC, supaya rakan2 semua bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk anugerah terindah ini.

So, be good, be nice.
Buat baik pada semua orang.
Berikan pertolongan pada yang memerlukan.
Senyum selalu.
Jangan harap balasan dari manusia.
Allah ada.
Sentiasa untuk kita.



15 March 2017

Sentul Timur to Putra Height

Wah. Gitu.
Next station. Sentul Timur.
Naik tren plak kita.
Ni kesah bila ke ni.
Hujung bulan 2 nih.
Saja saja pergi Putra Height naik tren.
Pergi rumah anak buah.
Dan saja nak try bawak dak Rizq naik tren. Hihi.

Lagipun, route baru LRT ke Putra Height tu.
Tu nak try.
Okay lah.
Dari Sentul Timur dalam 1.30pm.
Kul 3pm sampai Putra Height.
Ada berapa hentian. Lebih 20 rasanya.
Masa dalam 1jam lebih.
Tambang RM5.20.
Station Putra Height cantik.
Macam ala ala kat airport pulak.

Tapi, masih takde apa kat situ.
Takde pun orang jual jual ke apa.

Memula tu dak Rizq macam pelik pelik je.
Dia tengok je orang sekeliling.
Agaknya apa menda plak ni yg gerak gerak ramai orang ni.
Ye lah. Kalau naik kereta, jammed, dia mesti marah.
Ha.. ni takde jammed nak, lajuuuu je. Tapi orang ramai. Hihi.


Okay lah dia.
Separuh perjalanan dia tido.
Naseb tak mintak feeding dlm tu.
Sbb kalau mengamok nak feeding, mana nak pergi.
Walau mak pakai nursing blouse, tapi mak masih tak selamba nak selak dlm tren tu.
Huhu.
Kalau dia nak juga, kena turun lah dulu memana station. Gitu lah mak fikir.
Tapi, as usual - kapten is always behave boy ❤❤

Sampai PH - anak buah amik.
Jauh juga rumah derang ke station tu.
Makan makan apa semua rumah dia, kul 5 balik.
Hujan lebat balik tu.
Kalau naik kereta lagi teruk.


Kesimpulannya - okay lah naik public transport ni.
Takde pening2 jammed ke apa ke.
Pergi balik utk 2 orang dalam RM20. Parking kat station RM3.
Total RM23.
Kalau naik kereta - cost tol, cost minyak. Lagi pening dengan jammed, dengan hujan, dan kebarangkalian nak sesat pun ada tu. Hihi.

Next time kita naik lagi okay.
Ni ada ai bagi personal comment kat FB.


Info :
Utk ke Putra Height ada dua (2) tren  iaitu STAR dan Putra.
Kalau dari KLCC, contohnya, boleh direct ambik Putra.
Kalau dari Sentul tu, memang kami naik STAR lah terus.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign