Pages

4 September 2012

KSU Reno : Progress [Part 7]

Motip?? ada smpai part 7 dah.
Tak habis habis lagi renovation ni rupanya.
Hari Jumaat hari Merdeka tu, orang Coway pasang filter kat KSU. Pagi.
Ada sedikit kemenyampahan dgn Coway ni. Nenati lah citer. Kalo rajin.

Lps tu Sabtu.
Orang pasang hood n hob.
Lps tu designer KC pun datang utk amik bayaran final.
Bagi tau ada masalah sket KC n wardrobe. KC tu ada rak bhgn atas yg terjatuh sbb dia tak pasang besi penahan tu. Ceh. Amenda la. Lps tu wardrobe yg pintu sliding soft-close tu cam tak buleh tertutup rapat. Cam bila tutup dia bounce. Mungkin sbb senget. Katanya nati orang dia datang betulkan. Ha. Ko jangan macam macam. Kang duit dah bayar semua ko tak dtg. Siap la. Ke tribunal kita. Haha.

Tp ada poblem lagi bila pasang hood n hob.
Hood dah oke. Dah elok terletak lah dia kat atas tu. [refer gmbr kat instagram hari Sabtu].
Tapi hob plak buat aku cam grrr...grrr...grr...
Taktau la salah sapa atau kebengongan siapa.
Utk hob, aku da sediakan plug point 15amp. Tambahan tu. Bkn looping sbb plug biasa adalah 13amp which utk hob kena guna 15amp. Tapi yg pandai lagi bijaksana, plug tu terletak atas dari top.
Oke, kalo takde ilustrasi mungkin tak buleh bayang. Tp camni la, aku dah sediakan plug point seme kat atas. Cam sesuai la utk rice cooker ke, microwave ke. Itu oke la. Ko letak barang tu atas top, lps tu cucuk je la plug kat situ. Tp utk hob, bila dah letak hob, wayar tu akan termasuk bawah top la. So, celah mana nak keluar wayar tu utk dicucuk ke plug 15amp. Grrrr..... aku pun leh bengong tua juga tak terpikir. Cina yg jual hob tu pun kata pasang plug point 15 amp ja. Idak la pulak dia kata pasang bawah top ya. Haiya. Watcha........

Top aku plak bukan buleh sebarang2 tebuk tebuk. Kang tebuk ke, drill ke kang terus crack. Batu quartz bukan leh sesuka hati nak drill. So, acena? Cina yang pasang hob tu dah nak drill dah. Aku kata tak buleh, ni top batu quartz. Kang pecah. Dia kata boleh, melamine saja. Helooooo... ko ketuk pun ko tau ni melamine ke solid surface ke granite (granite n quartz lebih kurang sama material dia).

Tp setiap masalah ada penyelesaiannya kan. Tanya balik kat apek yg buat wiring n yg also tanya kat kontraktor KC. Ah. Memang ada ada ja. Kut tak dah buleh la masak megi kat dapo baru. Haha. Megi halanya. Itu kat Coway tu pun buleh. Ngehhhh!

Jadi, pendek kata, renovation aku masih belum sempurna. Harus ada duit yg dicicirkan lagi utk hack semula bahagian dapur tu. Grrr... mampuih la orang dpn umah tu cakap lagi. Oh ya, kami dah kenalan ngan orang dpn rumah. Err.. mereka adalah muslim. Bukan sebagaimana aku ckp sebelum ni. Dun judge a book by its cover oke. Haha. Masa dpt sembang kejap tu la dia kata kat myDH uol buat renovation banyak, siap hack dinding luar semua. Err... itu sbb looping n tambahan plug point kat dapur. Mmg la kena hack. Tp jangan risau la..rumah ai..tak kacau pun rumah u. Huhu.

*spti biasa - gambar kat instagram ya. 

3 September 2012

Edisi 3 Hari Yang Panjang

Adoi.... *pepagi lagi dah beradoi*
Cuti 3 hari yg sgt dimanafaat kan.
Byk menggunakan kaki. Smpai sakit betis, peha segala dah.

Dari hari Khamis - lps ofis.
Pergi Perfect Living.
Park kereta dkt Hentian Putra. Penat juga jalan kaki sbb besar oh Perfect Living tu. Sgt bes sebenarnya.

Jumaat. Yg kena paksa rela ke Janji Ditepati tu.
Jalan kaki sbb bas dah byk sgt. Tak boleh masuk dlm kawasan stadium.
Tp mujur tak jauh sgt.
Yg hazab masa balik la. Sbb balik sendiri. Jalan kaki dari monorel nak amik keta kat ofis.

Sabtu. Sebuk hantar barang kat KSU.
Lif pun sebuk dgn orang pindah.
So, nak cepat naik tangga lah.
Cam nak pitam naik ke tgkt 4. Mujo umah paling ujung dan paling dkt dgn tangga.
Lps tu cuci cuci rumah smpai ke malam.

Ahad. Pun ke KSU lagi. Igt nak pasang window dressing.
Tp Sunday - no drilling. So, kena postponed.
Kemas sesket. Then saja lunch kat sana. Tapau je dan berkelah la dlm umah yg takde apa pun lagi tu. Huhu.

Dan Isnin sudah.
Minggu yg agak pack dan sebuk.
3 menda yg memerlukan perhatian lebih.
Rumah. Registration. Interview.

Cuba utk mengatasinya.
Walo sebuk, tapi rasa seronok.
Mungkin ini dinamakan kepuasan :)

Citer panjang - next entry - kalo free, malam kang kat hotel ai tulis. Hihi.
Yer, ai tido hotel mlm ni n malam esuk.
Ahahaa. Macam jauh kan. De Palma ja. Ahahahah :P

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign