Pages

Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

6 August 2013

Edisi Duit Raya 2013

Antara perkara paling bes.. masukkan duit dalam sampul.
Suka je..duit baru..keras je lagi.
(tp tahun ni 5inggit tak dpt baru plak. Takpe lah.. asal value je tetap sama kan...)

Rupanya byk lagi sampul tak guna. Hihi.

Aku bukan lah kumpul, tp aku sayang nak guna. Boleh??
Haha.

Jadi, setiap tahun makin banyak..makin banyak..

In Trend, every year mmg ada. Ariani pun gitu. 
Tu kaler merah bunga2 tu, tupperware punya, tp bukan utk ari raya. Tu angpow Tahun Baru Cina.


Dan ini... duit raya yg diterima dari boss boss kat atas. (TKP n KP).
Ahaks. Segan tau. Orang ada anak yg dpt sebenarnya, tp boss kasik gak. Ngee.
Tenkiu veli mash bossh... ngeeee

Oke lah, sesapa nak wit raya meh la beraya ke kampung ai.... dan pnstoberi tak buat open house yer raya ni, cuma.. sapa nak dtg beraya, kalo ada ter pegi area2 KL ke kan, datang je lah. Pintu sentiasa terbuka utk teman2 semua :)

p/s : Motip btul rasa masa berlalu perlahan hari ni. Ke sbb aku tak sabau nak balik raya?

3 July 2013

Tiada Duit Raya Baru?

Bank Negara kaji kurangkan pengeluaran wang kertas mulai Aidilfitri ini

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini. 

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar. 
"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan." 

"Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain," katanya pada sidang berita selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Amalan Hijau Penggunaan Wang Polimer Sesuai Untuk Edaran Semula di sini hari ini. 

Norzila berkata BNM akan mencetak 70 peratus wang kertas baharu RM1 dan mengitar semula 30 peratus wang kertas RM1 manakala bagi wang kertas RM5, BNM akan mengitar semula 60 peratus wang kertas RM5 dan mencetak 40 peratus wang kertas baharu RM5. 

Katanya wang polimer diperkenalkan pada 2004 bagi wang RM5 untuk meningkatkan daya tahan wang itu serta mengurangkan pembaziran dan kemudiannya diperkenalkan wang polimer RM1 pada 2012 apabila wang polimer RM5 terbukti berkesan. 

"BNM sudah mengeluarkan wang polimer RM1 dan RM5 di mana wang polimer ini lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas," katanya. 
Katanya wang polimer boleh terus diedarkan lebih lama berikutan keupayaannya mengekalkan keselamatan dan kualiti estetik sepanjang hayat penggunaannya. 

Menurutnya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "duit raya" kerana hanya wang berkualiti tinggi dikitar semula. 

"BNM akan memastikan wang kertas dan polimer yang mencukupi dalam semua denominasi untuk memenuhi permintaan musim perayaan ini." 

"Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia akan menggalakkan dan membantu aktiviti kitar semula wang kertas dan polimer yang sesuai untuk edaran semula dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin wang automatik," katanya. - BERNAMA 

Kredit : Berita Harian.

*****
Mujo duit singgit baru ai byk lagi. Thn lps punya tak abis. Huhu. Lima hinggit pun ada. Seploh hinggit pun ada. Dah. Tahun ni takyah tuko duit raya.
Mesti ada yg komen kata "nak duit raya!". Boleh ajer.. Meh la dtg beraya rumah ai atau pun meh keja satu unit ngan ai (utk anak2 je la. Mak anak2 takde ler). Hikhik :>

Google

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign