Pages

2 August 2019

Rizq Turn 3 Outdoor Photoshoot

Turn 1 y.o di studio. Tema white shirt + blue jeans.
Turn 2 y.o pun still di studio. Tema baju raya - hitam.
Turn 3 y.o kakak dah plan nak buat outdoor. Mula dah nak carik tempat. Dah siap beli baju utk tema. Plan nak buat kat taman area KL ja. Buat ala ala picnic ka apa ka.
Tapi, akhirnya bila nak pergi Cameron, kakak terus dapat idea utk buat outdoor kat Cameron je. Kan lagi best.
Kakak pun trus pos dkt grup Cameron Highland.
Ramai PG respond.
Kakak pun approach lah.
Ada yg dari Terengganu (?).
Ada yg local mmg based Cameron.
Ada yg dari Ipoh.
Tengok pula harga depa quote.
Tengok pula masa n tempat dia cover.
Ada yg kata cover 1 tempat cuma.
Ada tu yg kita tanya, lama nak jawab. Pastu date pun tersilap2.
Eh. Ni tak bleh ni. Buat nya dah bayar2 lps tu dia lupa date. Cemana, kan? Pastu w.app pun lambat "seen". Tak buleh..tak buleh. Naya.

Pastu yg dari Ipoh ni nampak okay.
Harga pun okay. Siap byk kali tnya betui ka harga dia camtu. Sbb dari Ipoh kot. Dia kata betui dah la. Takde caj tersembunyi. Sokay lah. Kakak deal. Deposit pun RM50 ja.

Kakak amik hari Isnin utk photoshoot since taknak orang ramai sangat. Senang nak ambik gambar kat memana. 

Photographer (PG) kakak ni memang buat full time PG.
Tepat masa. Kami janji jam 10 jumpa di hotel. Sebelum jam 10 dia dah w.app. Kat situ pun kakak dah bagi markah dah tu.

Kakak dah siap segala props bawak dari KL.
Belon. Pepagi tu ayah Rizq tiup.
Pastu ada belon foil. Tu tak tiup lah. Kakak mmg ada mendalah masukkan angin dia tu.
Tapi masa tu lah riben tak cukup lah apa lah. Naseb bawah hotel ada DIY. Buleh la lari jap beli riben. Lps tu sengal jugak. Belon gas tu kalau isi gas baru dia buleh terangkat. Kalau tiup dia tak bleh nak naik. Ish. Apasal lah sengal. Padahal ada je bawa batang belon tu.

1st time outdoor. Pulak tu dgn toddler yang tak boleh dijangka perangainya.
Memula tu kakak suruh dia mandi sbb nak pergi tgk rabbit. Dia punya seronok. Trus mandi, pakai baju senang apa semua.
Sekali dah naik kereta, turun kat ladang teh. Dia tgk2 takde rabbit.
Apa lagi. Mengamok la (T_____T). Nak rabbit..nak rabbit.. masam je muka ambik gambau.
Eii. Sabau je lah.




Then terpaksa la beli jiwa dia dgn aiskrim.
Minum teh dulu kat Tea Station tu. Berkenan pulak dia dgn air tea kat situ.


Lps tu pergi ladang strawberry pulak.
Kat sini naseb dia tak buat perangai sgt since anak PG tu ada. Sebaya dgn dia. Budak tu bagi dia cekelat stoberi tu. Aduh. Cheat day sungguh mu ya anak. 




Lps ladang strawberry singgah jap tmpt yg ada tulis "i ♥️ cameron highlands".


Then singgah smoke house.


Itu je lah. Tapi, penat sungguh lah.
Dah habis situ baru pergi ke tempat rabbit. Yg sheep sanctuary tu. Abih hati si kecik tu dapat tgk rabbit. Naseb baik.


Pengalaman pertama outdoor dengan toddler.
Memang kena carik tempat yg tak panas.
Kalau tidak memang peluh tiak kau. Nasib baik kakak dah pakai smelly no more.
Dekat ladang teh tu, masa nak naik, dia taknak ayah dia dukung. 
Ko ghaser? Mencungap mak naik tangga ladang teh dukung dia.
Tu naseb kakak tak turun smpai bawah yg ada air terjun tu.
Ladang strawberry -kami pi Aidilbadri Strawberry. Cantik ladang dia. Banyak lah sangat strawberry. Recommended sangat.
Lepas tu kau nak jaga mood model utama tu. Bukan senang oii.
Jangan lah berjanji yang tidak tidak.
Cakap je lah nak pergi amik gambar. Dia faham.
Lps tu dia akan buat dek je kalau kita suruh dia posing2.
Tapi, ada yg elok, elok lah.

Sedikit tips tempat2 ambik gambar ni :
Kalau nak ambik gambar ladang teh lawa - sila lah ke Cameron Valley TS1. Yg TS2 tu sket je tempat dia bagi amik gambar. Tu pun siap ada hadang. Yg ni terbuka. Pegi lah selit2 celah pokok teh tu. Okay ja. Kat sini juga ada air terjun buatan. Tapi kat bawah. Ada buggy bawak turun. RM15 seorang. Masuk ladang teh RM5.

Ladang strawberry - masuk je dgn PG. Tapi kena lah petik buah. Kami pergi Aidilbadri. 100 gram RM6. Deposit RM10. Situ takde orang. Aman sentosa kiterang bergambar macam ladang itu kami yg punya. Cantik ladang tu. Recommended. Banyak gila buah strawberry dia merah ranum.

Tempat lain - kalau tempat berbayar tu, bayar kan sekali utk PG. Derang bagi je masuk. Macam kalau Lavender Farm tu. Kami tak pergi pun. Tapi ada tnya kt PG. Dia kata buleh ja.

Gambar kat atas ni memang kakak buh yg tak proper punya.
Yang proper ada kat FB. Kat sini yg ala-ala sudah lah.
Gambar memang cantik2 semua.

PG kami ni cover area Perak.
So, kalau uols melancong ke Perak, pastu nak acah2 macam Che Ta ada PG amikkan gambar, boleh contact PG kiterang ni. Dia cover semua event lah.
Kalau nak carik photographer Perak pun buleh.
Contact ja.

FB : 

1 juta komen:

halah halah..kemain dak rizq ni photoshoot outdoor kat CH..jeles aunty tau..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign