Pages

22 August 2019

Mahal Rezeki

Doa dimurahkan rezeki.


Ada orang, gaji nya besar, laki gaji 10k, bini gaji 10k, tapi kehidupan nya agak sukar.
Ada orang, gaji nya kecik, laki gaji 5k, isteri tak kerja, tapi rezeki nya melimpah ruah.

Dah makin berumur ni, makin faham dengan konsep rezeki.
Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima.
Jangan terlalu berkira dengan rezeki.
Kurang kan lah merungut dgn kenaikan harga barang etc etc.
Kita dapat apa dengan merungut.
For me, semua tu toxic.
Buat apa nak fikir ttg toxic.
Lebih baik kita fikir cemna nak mengatasi nya.
Itu lebih bagus.

Lepas tu, kita ni selalu ada sikap merendah-rendahkan orang.
Dah merendahkan orang, iri hati pula tu.
Tak boleh tgk orang lebih. Orang beli sayur banyak2 dari Cameron, kita pi cakap sayur orang tu beli sayur beracun. Macam lah sayur yg jual kat bawah ni takde racun. 

Kadang2 ada orang tu suka pergi kedai ECO. Trus kita cop orang tu sengkek takde duit lah tu. Sanggup pi jauh sebab nak barang murah.
Heh!
Kita tak boleh nak buat macam orang tu buat, lepas tu kita downgrade kan orang.
Sama lah tu, lebih kurang dgn perangai iri.

Tu tak masuk lagi kes kalau orang bersalin kt hospital private.
Kalau orang amik rawatan (dgn pembiayaan sendiri) di hosp private.
Kes orang buleh pergi haji dgn sykt swasta.
Kes orang travel sana sini.
Mula lah kita nak fikir2 cemna orang tu boleh ada byk duit camtu.

Entah lah. 
Tak jadi toxic ke dalam hidup kita kalau ada menda2 ni dalam otak.
Lama2 kena GERD pulak nanti.
Ada je tak kena.

Satu lagi kita ni jenis beralasan.
Orang pi cakap kot situ, kita balas balik gitu gitu gitu.
Orang pi advise gini, kita balas balik lain.
Last2 orang tu, lantak kau lah.

Duit ni ada 2 je. Buat orang bahagia, buat orang merana.
Kita lah pilih nak guna duit tu utk bahagia ke merana.
Rezeki tu Allah tentukan.
Dari iri dengan orang, dari merendah2kan orang, lebih baik lah kita berlapang dada ja.

Eh. Aku bukan cakap orang lain pun.
Kadang2 menda ni pun ada pada aku.
Cumanya, dah tua2 ni aku malas nak memikir.
Umur dah 40 weh. Takde masa lah nak fikir orang tu pergi ECO sbb dia sengkek ke, orang tu beli sayur beracun ka dak. Orang buat tu mesti ada reason tersendiri. Dari kita mengandai andai, dari kita ter "kot..kot" lebih baik renti kan.

Hidup ini simple.
Jangan kusutkan.
Semakin kita rasakan rezeki kita tak cukup, selagi itu lah rezeki semakin mahal.

Lagi satu.
Jangan jadi pemalas. Asyik nak terbaring tgk media social ja.
Bila pemalas, ada orang yg rajin dari kita, kita jadi iri. 
Lepas tu mula nak perlekeh kan orang. 
Orang buat kuih raya pun kita cam eii..rajinnya..kalau aku tak kuasa.
Eh. Dia yg rajin, dia pun tak tanya kita kuasa ke tak. Ada orang yg rajin ni kisah ke kalau kita malas. 

Sbb tu jangan jadi pemalas.
Orang dimurahkan rezeki sbb dia bukan pemalas.

13 August 2019

Selamat Hari Raya AidilAdha : Korban Rizq Yang Pertama



Selamat menyambut Aidiladha.
(guna gambar sendiri masa Umrah tahun 2015).
Tahun ni kami bertiga, Alhamdulillah, dapat menyempurnakan ibadah korban.
Yang pertama untuk Rizq Iskandar.
Dulu, masa arwah atok Rizq ada lagi, mak Rizq dah buat korban. Masa tu 5 beradik + mak, ayah. Cukup seekor lembu. Lps tu ada lagi mak Rizq masuk kat kampung sendiri. Then kali ni buat di PJ pulak (surau rumah aki Rizq).

Rezeki ramai yang bersedekah utk Rizq, kami panjang kan lagi.
Moga yang bersedekah akan terus dimurahkan rezeki, sentiasa berada dalam lindungan Allah :)
Kami juga berkongsi dgn 4 lagi ahli keluarga yang lain di PJ.
Maknanya dapat lah juga seekor lembu utk kami sefamili.
(Famili belah ayah Rizq)
Tahun ni surau area rumah situ buat 9 ekor.
Lembu kami yg ke5.
Tapi, kiterang lewat sampai sbb gerak dr Sentul lps solat raya.
Huhu.

Suppose kena lah tgk haiwan tunggangan kita tu kan.
Kiterang sampai tu dah nak lembu yg last pun.
Bahagian yg kami dapat tu, terus masak utk dibahagi2 pada jiran.
Masak kari n sup.
Selebihnya dapat la kami amik 1kg seorang utk bawa balik.

Alhamdullilah.
Selesai.
2 ekor kambing akikah utk Rizq.
Satu bahagian kurban.
:)

2 August 2019

Rizq Turn 3 Outdoor Photoshoot

Turn 1 y.o di studio. Tema white shirt + blue jeans.
Turn 2 y.o pun still di studio. Tema baju raya - hitam.
Turn 3 y.o kakak dah plan nak buat outdoor. Mula dah nak carik tempat. Dah siap beli baju utk tema. Plan nak buat kat taman area KL ja. Buat ala ala picnic ka apa ka.
Tapi, akhirnya bila nak pergi Cameron, kakak terus dapat idea utk buat outdoor kat Cameron je. Kan lagi best.
Kakak pun trus pos dkt grup Cameron Highland.
Ramai PG respond.
Kakak pun approach lah.
Ada yg dari Terengganu (?).
Ada yg local mmg based Cameron.
Ada yg dari Ipoh.
Tengok pula harga depa quote.
Tengok pula masa n tempat dia cover.
Ada yg kata cover 1 tempat cuma.
Ada tu yg kita tanya, lama nak jawab. Pastu date pun tersilap2.
Eh. Ni tak bleh ni. Buat nya dah bayar2 lps tu dia lupa date. Cemana, kan? Pastu w.app pun lambat "seen". Tak buleh..tak buleh. Naya.

Pastu yg dari Ipoh ni nampak okay.
Harga pun okay. Siap byk kali tnya betui ka harga dia camtu. Sbb dari Ipoh kot. Dia kata betui dah la. Takde caj tersembunyi. Sokay lah. Kakak deal. Deposit pun RM50 ja.

Kakak amik hari Isnin utk photoshoot since taknak orang ramai sangat. Senang nak ambik gambar kat memana. 

Photographer (PG) kakak ni memang buat full time PG.
Tepat masa. Kami janji jam 10 jumpa di hotel. Sebelum jam 10 dia dah w.app. Kat situ pun kakak dah bagi markah dah tu.

Kakak dah siap segala props bawak dari KL.
Belon. Pepagi tu ayah Rizq tiup.
Pastu ada belon foil. Tu tak tiup lah. Kakak mmg ada mendalah masukkan angin dia tu.
Tapi masa tu lah riben tak cukup lah apa lah. Naseb bawah hotel ada DIY. Buleh la lari jap beli riben. Lps tu sengal jugak. Belon gas tu kalau isi gas baru dia buleh terangkat. Kalau tiup dia tak bleh nak naik. Ish. Apasal lah sengal. Padahal ada je bawa batang belon tu.

1st time outdoor. Pulak tu dgn toddler yang tak boleh dijangka perangainya.
Memula tu kakak suruh dia mandi sbb nak pergi tgk rabbit. Dia punya seronok. Trus mandi, pakai baju senang apa semua.
Sekali dah naik kereta, turun kat ladang teh. Dia tgk2 takde rabbit.
Apa lagi. Mengamok la (T_____T). Nak rabbit..nak rabbit.. masam je muka ambik gambau.
Eii. Sabau je lah.




Then terpaksa la beli jiwa dia dgn aiskrim.
Minum teh dulu kat Tea Station tu. Berkenan pulak dia dgn air tea kat situ.


Lps tu pergi ladang strawberry pulak.
Kat sini naseb dia tak buat perangai sgt since anak PG tu ada. Sebaya dgn dia. Budak tu bagi dia cekelat stoberi tu. Aduh. Cheat day sungguh mu ya anak. 




Lps ladang strawberry singgah jap tmpt yg ada tulis "i ♥️ cameron highlands".


Then singgah smoke house.


Itu je lah. Tapi, penat sungguh lah.
Dah habis situ baru pergi ke tempat rabbit. Yg sheep sanctuary tu. Abih hati si kecik tu dapat tgk rabbit. Naseb baik.


Pengalaman pertama outdoor dengan toddler.
Memang kena carik tempat yg tak panas.
Kalau tidak memang peluh tiak kau. Nasib baik kakak dah pakai smelly no more.
Dekat ladang teh tu, masa nak naik, dia taknak ayah dia dukung. 
Ko ghaser? Mencungap mak naik tangga ladang teh dukung dia.
Tu naseb kakak tak turun smpai bawah yg ada air terjun tu.
Ladang strawberry -kami pi Aidilbadri Strawberry. Cantik ladang dia. Banyak lah sangat strawberry. Recommended sangat.
Lepas tu kau nak jaga mood model utama tu. Bukan senang oii.
Jangan lah berjanji yang tidak tidak.
Cakap je lah nak pergi amik gambar. Dia faham.
Lps tu dia akan buat dek je kalau kita suruh dia posing2.
Tapi, ada yg elok, elok lah.

Sedikit tips tempat2 ambik gambar ni :
Kalau nak ambik gambar ladang teh lawa - sila lah ke Cameron Valley TS1. Yg TS2 tu sket je tempat dia bagi amik gambar. Tu pun siap ada hadang. Yg ni terbuka. Pegi lah selit2 celah pokok teh tu. Okay ja. Kat sini juga ada air terjun buatan. Tapi kat bawah. Ada buggy bawak turun. RM15 seorang. Masuk ladang teh RM5.

Ladang strawberry - masuk je dgn PG. Tapi kena lah petik buah. Kami pergi Aidilbadri. 100 gram RM6. Deposit RM10. Situ takde orang. Aman sentosa kiterang bergambar macam ladang itu kami yg punya. Cantik ladang tu. Recommended. Banyak gila buah strawberry dia merah ranum.

Tempat lain - kalau tempat berbayar tu, bayar kan sekali utk PG. Derang bagi je masuk. Macam kalau Lavender Farm tu. Kami tak pergi pun. Tapi ada tnya kt PG. Dia kata buleh ja.

Gambar kat atas ni memang kakak buh yg tak proper punya.
Yang proper ada kat FB. Kat sini yg ala-ala sudah lah.
Gambar memang cantik2 semua.

PG kami ni cover area Perak.
So, kalau uols melancong ke Perak, pastu nak acah2 macam Che Ta ada PG amikkan gambar, boleh contact PG kiterang ni. Dia cover semua event lah.
Kalau nak carik photographer Perak pun buleh.
Contact ja.

FB : 

1 August 2019

Hello August!

Udah nak masuk suku tahun terakhir.
8,9,10,11 dan 12



Apa yang kita dah berjaya perolehi dalam menghampiri suku tahun terakhir ni?
Ce review.
Weols - tahun ni dapat la pi bawak Rizq jalan-jalan.
Ada pi Pulau Pangkor.
Ada pi Port Dickson.
Ada pi Cameron Highland.
And bln ni InsyaAllah pi Sarawak. Tu bkn pi bercuti. Tu pi bermeeting n bersukan :D

Lepas tu, utk peningkatan kendiri.
Kalau tahun lepas duk belajar swimming.
Tahun ni ceburi bidang NGO.
Ada orang target nak jadi jutawan sebelum umo 40 ka, 30 ka.
Ada orang target nak keliling dunia.
Jadi, target I memang nak join NGO before 40.

Start dengan menjadi rakan pembimbing penyusuan diteruskan dengan join projek susu ibu. 
Seronok betul rasa. My husband adalah penyokong kuat.
Beliau memang sokong apa je minat I. So, Alhamdulillah juga utk itu.

Rizq.
Dah enroll dia untuk kindy for next year.
Tu hari paed dia kata buleh hantar utk playschool.
In fact, kami pun rasa mmg kena hantar juga. Anak I memang tak sehebat rakan sebaya dia yang dah boleh memancing, dah boleh buat kek, dah boleh baca kamus tebal, dah boleh menghafal Al-Fatihah (ai memang ramai rakan2 yang ada anak sebaya ngan anak I, mereka ni selalu upload anak mereka yang dah hebat di kala umur 3 tahun).
Takpe Rizq. Goes with the flow. Nasib I jadi mak masa dah kertu. Takde la "goyang" rasa bila tgk anak2 derang ni dah tahap boleh hafal bendera semua negara. Hebat! Hahaha. 

Jadi, mari lah kita sekolah. Sekolah pun takde lah haibat2 macam anak2 mereka tu. Kami cari kindy yang berhampiran dengan office ja. Mudah utk hantar, ambil. Takyah la sekolah terkenal mahal2 bagai macam Trinitykids ka apa semua tu. Mak ni golongan marhaen ja.

Oh ya.
InsyaAllah utk raya haji tahun ni kami 3 beranak join Qurban.
Seekor lembu yang dikongsi 7 bahagian dengan 7 ahli keluarga belah famili ayah Rizq.
Ayah mentua, mak saudara, kakak ipar, adik ipar dan kami 3 beranak.
Tanggungjawab sunat muakkad utk Rizq Iskandar telah selesai.
2 ekor kambing telah dilaksanakan masa umurnya belum setahun.
Dan 1 bahagian qurban utk diri dia pula.
Qurban utk Rizq ni memang sepenuhnya guna saving dia.
Terima kasih utk uncle and auntie yang selalu bagi sedekah utk Rizq.
Rizq dapat daftar haji. Rizq dapat buat qurban.
Dan InsyaAllah doakan Rizq dapat buat umrah juga guna saving tu nanti :)
Moga rezeki uncle and auntie semua berpanjangan bagaikan air yang mengalir :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign