Pages

21 September 2017

Holiday Kapten Rizq : Makan Seafood Bagan Lalang

Lamaaaaa tak pergi makan seafood kat Bagan Lalang ni.
Last tahun 2014 la gaknya.
Sbb last entry berkaitan Bagan Lalang ni tahun 2014 [link]
Tapi, macam ada pergi skali dgn mak.
Takde plak entry tu.
Yang pasti memang tahun 2016 takde pegi.
Tahun 2015 pun rasa macam takde.

So, sbb lama dah pergi, jom lah kita pergi.
Mula cam nak pergi balik hari je.
Pastu ayah Rizq kata overnite lah.
Duk Sri Msia.
Last minute booking.
Kat Agoda takdak dah.
Try tgk kat Traveloka.
Oh. Ada.
Murah pulak tu.
1st time guna traveloka.
Not bad lah jugak kan traveloka nih.
Kalo Agoda harga dalam 180++
Traveloka dapat dalam 150++.
Utk bilik bertiga.
Katil queen satu, katil single satu.
Okay lah kan. Siap breakfast jugak.

Kiterang pun bkn lah nak bercuti sgt pun.
Saja je lah nyambil2 nak makan seafood tu :D
Dak kecik tu seronok sangat lah merayap satu bilik.
Main tipon, duk bawah meja bagai. 
Tapi tak mandi kolam pun.
Takde berahi lah kata orang nak mandi kolam.
Kolam kat umah Rizq lagi beso, kan?
(ceh! berlagak lah pulakkkkkk)

Okay. Lepas dah teringin.
Tapi, our feveret kedai dah tak se-best dulu.
Dulu sotong goreng tepung sedap sangat.
Sekarang jadi - sedap je. 
Pastu pepahat cili telur - dulu sedap. Susah nak carik rasa tu kat kedai lain.
Sekarang - tak sedap. Biasa biasa je.
Tgk ikan2, sotong, udang pun dah tak banyak.
Orang ramai, tapi takde lah macam dulu duk tunggu tepi meja kita.
Ada je lagi meja kosong.
Pekerja kedai pun tak mesra pelanggan.
Ada acik tu tanya udang bila sampai.
Jawab acuh tak acuh ja "tak pasti"
Acik tu siap tanya beberapa kali. Sbb dia sebut "tak pasti" tu dengar tak dengar je.

Hurm.
Pangkah dah lepas ni.
Boleh carik kedai lain dah la.
(dalam entry lama ada lah nama kedai feveret kiterang ni)

Tapi facilities kat area Bagan Lalang ni macam dah much better dah dari dulu.
Cuma nya....
Tahap kekotoran dah semakin kotor.
Tak lalu tgk pantai dia.
Eii.

Pastu kedai pun lalat maha banyak.
Kalau ikutkan,  tak lalu nak makan pun.
Boleh je kedai ni lap dengan dettol meja tu setiap kali lps orang makan.
At least, takde la banyak nau lalat tu.
Dah la kipas pun tak bercuci. Tebal lah bebeno habuknya. Ni kalau pasang pun berterbangan lah habuknya.
Kotor lah.
Dah takde rasa nak repeat lagi lah kedai ni.
Kedai lain pun situ situ pun rasanya banyak gak lalat ni.
Faktor kawasan yang tak terjaga ni lah gamaknya lalat jadi banyak.
Hurm.
Sedih. Port feveret nak makan seafood dah tak best :(

Kiterang amik ikan bakar, sotong goreng tepung dengan pepahat cili telur.
Ketam tak ambik sbb rasa cam tak selesa nak makan ketam.
Ni pun dak Rizq ngamok2 dah sbb panas. Huhu.
Cuma satu yg best - harga masih reasonable.
Kami makan ni tak sampai pun RM50.
Okay lah kan.

20 September 2017

Laksa Putar Kuala Perlis, Titiwangsa

"hang mai aloq staq kepala hang aku putaq"

Haha.
Bila sebut putar, cam otomatik teringat word kepala hang aku putaq tu kan.
Ni bukan putaq kepala.
Tapi,putaq laksa.

Sapa penah makan?
Viral dalam bulan lepas.
Tapi, takde kesempatan nak pergi.
Pastu tetiba macam teringat balik.
Terus pergi waktu lunch.

Dap dap.
Location nya dekat Titiwangsa.
Tapi, bukan dalam area taman tasik titiwangsa.
To be exact sebenarnya dkt area Istana Budaya tu.
Kalau sapa biasa pergi, dia dkt dgn Sany Char Keutiow tu.

Kiterang (me n husband) mmg biasa lunch kat kedai sebelah tu.
Tatau pulak skrg kedai tu dah jadi macam food court.
Jual pelbagai jenis makanan.
Salah satu nya laksa ni lah.
Sedap bak hanggggg...
Tapi, sapa tak suka laksa utagha, mungkin rasa tak sedap lah kot.
Sapa suka laksa Penang, yang ada nenas, yang ala ala asam laksa tu tak suka lah kot.

For me... sukaaaa...
Sedap dap.
Sbb memang dah biasa makan laksa beras ni sedari kecik.
Ate kan teman orang kuale.
Sedari kecik mak ayah teman udah bawak makan laksa bawah tebin tu.
Memula dulu kedai laksa tu kat tepi2 kedai ja.
Kedai dia dekat bulatan menara jam tu.
Ada kerusi panjang.
Ramai lah makan situ. Makan laksa ngan cendul.
Isk. Teringat pulak kenangan kekecik.
Pastu pindah tepi sungai.
Pastu MDKK buat elok2 dah macam food court.
Pastu dah tak berapa sedap sbb cayaq lah sangat.
Kalau orang tanya, aku pun tak berapa recommend makan kat situ.
Tak best dah.

Tapi, laksa beras memang aku tak kesah.
Setgh orang dia tak suka sbb biasa makan laksa kering tu kan.
Aku suka ja.

Eh. Aku dah tak pantang laksa dah.
Hihi.
My boy nak masuk setahun 4bln.
Setahun lebih juga tak makan laksa tau.
Pantang bebetul. Tapi sebenarnya sejak pregnant mmg macam tak suka laksa.
Sekarang ni okay lah. Makan balik lah.
Tu ari 2x makan laksa sarang tu. Budak office belanja.
Ai is not "in" sgt lah laksa sarang tu.
Tak best sbb telur tu abis sedut kuah2 laksa tu.
Biasa lah. Lain orang lain taste nya kan.

Okay lah.
Sapa nak try boleh la laksa putar ni.
Semangkuk RM5.
Kuah pekat.
Laksa pun buat trus kat situ.

Okay lah.
Kalau teringin teringin, dah ada laksa yang dekat dgn rumah.
Oh ya, dia boleh delivery jugak.
Tapi minimum order utk 5 pax (makna 5 mangkuk lah), dengan caj penghantaran RM5. Hantar banyak mana pun caj RM5 katanya.
No tepon dia - lupa nak ambik. Huhu.

5 September 2017

Cuti Awal Muharam 1439H - Jumaat 22 September 2017

Uols tahu cuti Awal Muharam tahun ni dipinda kepada hari Jumaat?
Boleh tgk link ini [kabinet.gov.my]



Jadi, long weekend lah lagi.
Dah gaji, pulak tu.
Baru ingat nak claim voucher MF masa tu.
Cancel lah gamaknya.
Harus lah jammed di sana sini jugak.
Bertabah lah...

September 2017

Dah masuk September. Dan juga dah berada dalam bulan Zulhijjah.
Tu lah. Cuti lama bebeno. Tetiba dah ada kat 5hb September.
Amboi. Komain cuti free 5 hari kan.
Cuti hari Merdeka.
Cuti hari raya Aidiladha.
Cuti Sabtu.
Cuti Ahad.
Dan cuti menang sukan sea.

Ahkak dok ontok2 kat umah ja.
Raya Aidiladha di PJ.
Lepas tu buat sesi kemas2 rumah.
Ahkak nak buat rejenuvasi sket kat rumah ahkak tu.
Nak kata buat deco deco, nanti gempak sangat bunyi nya kan.
Cukup la utk me-rejenuvasi-kan rumah yang dah 5 tahun diduduki tu.

Takde la bagai bagai pun.
Just tukar langsir. Pasang langsir bagi molek molek sket.
Panggil yang pakar terus tgk. Senang.
Then nak betulkan sinki dapur n paip kat toilet.
Ahkak ingat nak guna paip 2 kepala n tukar head shower kat bilik ari. Nak buat paip yang ada untuk hose n paip biasa tu
Kat dapur plak ingat nak tukar paip flexible tu.
Pastu plan nak buat epoxy kat bilik air.
Fuh. Epoxy ni.....
1000 times fikir tau dak.
Nak buat ke tak, nak buat ke tak.
Takpe. Apa2 hal, akak settle kan perihal tukar2 tu dulu.
Nanti baru fikir epoxy.  Dan juga nak tampal wallpaper kat bilik air.
Pastu nak buat wallpaper kat tempat tv.
Memula tu ingat nak buat kabinet tv tapi bila fikir2 balik, buat wallpaper/wall mural pun okay jugak. Kan?

Okay itu citer pasal rumah KSU ahkak yang 5 tahun akak duduki tu.
Citer lelain - takde apa lah.
Sama je semua.
Rizq Iskandar; Alhamdulillah - masuk 15 bulan 1 September tu ari.
Makin cheeky lah keletahnya.
Geram ahkak tau.
Dan masih fully bf :)

Okay lah.
Meh akak selitkan lagu yang berkaitan dengan September ni.

"Wake Me Up When September Ends"

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends

Like my father's come to pass
Seven years has gone so fast
Wake me up when September ends

Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are

As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends

Ring out the bells again
Like we did when spring began
Wake me up when September ends

Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are

As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends

Like my father's come to pass
Twenty years has gone so fast
Wake me up when September ends
Wake me up when September ends
Wake me up when September ends

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign