Pages

21 January 2009

Genting Highland














































Selama 29thn aku idup kat bumi Mesia ni, aku tak penah pi Genting.Haha. Cam tk caya pun ada kan..untuk org yg suka berjalan cam aku ni la.
Naper tah. Mmg macam nak pegi sgt, tp masa aku blum kawen dulu aku mcm tak berani bila ada ckp2 kata jalan nak naik tu bahaya la apa la. Mak aku pun cam tak bagi.
So, utk merealisasikan hajat aku tu, 2 minggu lepas aku ajak asben aku pi. Itu pun atas alasan nak pi realease tension dgn kezutan yg aku terima. Asben aku kata dia takdak duit dh (sbb dh bawak aku pi honeymoon ke Pangkor tu kan). Tp aku dgn baik ati memberi statement berikut

"takpe..sy blanja"

Wahh..cam byk duit je kan cikstoberi ni.
Tp..bukan byk sgt pun blanja nak pi Genting tu.
Jadi 10 Jan retu bertolak la aku ke Genting. Oleh kerana aku tak penah pegi GH ni, aku pun survey dulu. Sng sbb dia ada website sendiri - genting

Aku decide nak naik bas je. So, beli tiket kat stesen Terminal Putra (stesen putra LRT last skali). Murah je. Tiket trus smpai atas RM6.60 sorang. Kalo tak, nak naik kat KL Sentral. Tp tiket abis kat sana. KAlo KL Sentral kalo tak silap aku RM8.30. Kalo ikut umah aku better naik Terminal Putra tu la. Lagi jimat.
Naik Bas Go Genting. Biasa bas ni takde naik smpai atas, tp ari yg aku menggedik nak pi tu skyway tgh servis, jdnya dia antar la smpai atas.
Takde la pening pun. Jalan pun tak la teruk mcm yg org ckp macam "takut" sgt. Ok je aku tgk. Kalo naik keta pun ok. Tp my dear asben aku takmo bwk keta kan..tp ok gak. Leh rest je.

Smpai atas tu trus la ke 1st World. Mmg tak plan nak check in lagi. Gi carik tpt beli tiket utk ke theme park. Jumpa satu tpt,tnya dia buleh tak tukar tiket aku (aku ada tiket pree sbb jusco befday voucher tu).Tp budak kaunter tu kata tuka kat bawah. Nak beli pun beli kat bawah. Menjajau gak nak carik "kat bawah" tu. Maklum la 1st time kan aku masuk situ. Napak lagi kaunter tiket yg lain. Aku ckp nak tukar voucher tu n beli tiket. Dia kata tiket buleh beli kat kaunter tu, voucher tukar kat bawah. Eh, buleh pulak. Derang ni kan..
Then kitaorg pun menjajau carik "kat bawah" tu. Owh..rupa2nya kat bawah tu tpt nak masuk ke outdoor theme park. Ceh!. Cuba la ckp kasik clear. Sekeh kang. Aku pun ckp nak tukar voucher kat abg ensem yg jaga entrence tu. Dia kasik borang, isi2 suma then dia bg tagging masuk. La..ckp la kat kaunter masuk, ni kat bawah, kat bawah. Agak dia mesti ingat aku penah dtg situ 14 kali dh kut. Kat bawah tu gak ada kaunter jual tiket. Agaknya yg kaunter pertama tu dia nak suh kitaorg tukar voucher n beli tiket skali la kut.

Masuk situ dh rasa la keriangan dia tu. Dan mcm biasa la aku. Menangkap gambau je kejanya. Tp kenapa ek aku dh takde keinginan nak naik menda2 kat theme park tu. Rasa malas sgt. Lagipun beratur pjg je aku tgk. Aku takde la scarry naik menda2 tu. Kat TImes Square tu abis suma aku naik dulu. Aku tgk kat Times Square lagi extreme mainan dia. Kat GH ni pun paling xtreme aku rasa space shot tu lah. Malas aku. Org ramai kemain. Aku naik pun menda2 geli2 je cam pirate ship (aku gelak je spjg menda tu bergerak),umah pirate yg naik menda cam troli tu (lg kelaka, saja masuk dlm gelap pusing2, pehapa tah),and ada la 2,3 lagi.

Dlm tghari tu naik balik ke hotel. Nak check in. Tetiba kezutan okeh. Kena amik no utk check in n no aku amik tu ada lagi 100 utk ditunggu. Phew..Aku suh my dear tunggu, aku pi beli lunch. Beli kat Marrybrown je. KFC aku pasti kompem ramai giler. Balik dr beli lunch tu pun no aku tak lepas lagi. Dh check in suma trus naik bilik. Lapar weh...makan ler.

Bilik sejuk giler. AKu booking amik yg ada view. Tp bukan leh napak pun. Hanya kepulan putih je. Sejuk gilerrrrr. Sejuk sgt. Nak amik wuduk pun rasa bercinta. Lepas makan2 tu, baring jap tunggu asar,then kuar pi theme park balik.

Jln2 smpai nak maghrib. Sempat aku main menda yg baling2 tu. Menang dpt kucing kecik. haha. Ingat senang je nak dpt teddy bear ke,dolpin ke. Haraammmm. Haha.

Mlm ingat nak kuar. Tp aku tertido. Smpai le ke pagi.

Pagi- bekpas.Org mmg ramai tp dia bukak 2 hall utk bekpas. So, ok la. Selesa la. Tak de la berebut. Lepas tu check out n masuk snow world lak. Sejuk giler dlm ni. Rupanya snow world ni masuk ikut time. So, aku amik yg 11.15 smpai kul 12pm. Kalo tak silap aku la. Tp dia bagi duk dlm tu dlm 45min je. Sejuk giler. Yg lawaknya aku leh tak pasan notis board kata dlm tu tak leh bwk kamera. Dan sedap je aku berposing. Skali kena tegur ngan photographer dlm tu. Muehahaha. Tp selamat sekeping.
Tp kitaorg amik gak gambo guna PG tu. Bila kuar aku amik suma 4 keping gambo tu. Hah! 60inggit okeh. 2keping 8R, 2 keping 4R. Lantak la..malas nak ingat.

Then trus ke skyway, nak turun dh. Kalo dpt tukar tiket kitorg balik awal.
Smpai bawah je, trus tukar tiket. Balik awal. Dlm kul 2 lebih

Pnstoberi: Sesekali berseronok2, mmg seronok..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign