Pages

30 January 2009

~Ulu Dong~

Penah dengo?
Penah pegi?
Penah lalu??
Penah smpai

Ha..aku rasa penah dengo nama tpt Ulu Dong tu.
kat mana tah.
Bila ckp kat incik my dear dia kata tpt kes Mona Fendy tu
Ya..betul la kut (which..tetiba aku rasa sereeemmmm)

Pegi tak penah la.
Lalu lagi tak penah.
Aku jarang2 ke belah2 timur sana. Kalo ada pun gi cawangan Kuantan, Temerloh. Mana lalu Ulu Dong tu.

Sampai pun lagi tak penah.

So..last week. Cuti CNY disambut di Ulu Dong la.
Kampung incik my dear. Maka berangkut2 la kami dgn comforter,bantal, selimut bagai kerana uamh yg kami nak bermalam tu mmg kosong. Umah In Law belah Mak incik my dear. Dh tinggal. Derang balik pun sekali sekala.
Aku ni kalo tpt aku tak penah jejak/lalu/pegi/sampai mmg aku xcited. Incik my dear bukan nak balik sgt, tp oleh kerana aku mcm dh berjanji dgn my MIL, dia akur je nak balik (Info-sblm kawen dia hnya balik kg sethn sekali je which Hari Raya je. Dan kalo ada kematian saudara terdekat)
Aku balik sana ari Ahad. Adik beradik ipar yg lain dh smpai ari Sabtu (meh nak gosip..incik my dear kata adik dia jarang2 nak balik kg kalo cuti,even raya pun adik dia akan beraya kg asbennya,tp kali ni adik dia ikut balik. Hah! apa tanda dia tu?. Aku malas nak komen pjg, sbb aku tau..aku pun dh berapa lama beripar duai ni. Haha!)
Smpai sana dh petang. Masuk je kg dia tu aku rasa nostalgic tetiba. Mcm kat kg aku kat K.K tu la. Sebijik!
Malam tu takde sebarang xtvt. Ngantuk. Tido secara beramai2 mengikut port memasing.
Esuk pagi jalan2 sekitar kg tu. Mmg sejuk sbb semalamnya ujan.
Gi tgk air terjun.Air dia deras giler. Siap ada kaler merah2 (eh..cam kat Pangkor lak) Tp aku rasa air tu sbb org tebang2 pokok kut sbb kat atas tu napak pokok ditebang2.




Deras kan air dia.Takut dgr bunyi air tu





lagi gambo air terjun tu




air tak jernih.pencemaran...tp air dia sejukkkkk sgt



cam biasa..gambo poyo2 dari aku




Tghari ingat nak berkelah kat air terjun tu tp tak jd sbb ari mcm nak ujan tp tak ujan pun smpai sudah)
Sudahnya dh kul 5 lebey baru kitaorg gi mandi2 kat air tejun. Ramai giler org luar mandi kat situ. Takde tpt parking. Ini ala2 tpt mandi cam ulu Yam suma tu la.
Aku tak mandi pun. Air merah2 camtu, taknak la aku.
Lagipun tpt tu mcm scarry pun yer gak.
2,3 kali terserempak ngan biawak. Bukan biawak saiz S hokeh. Tu biawak komodo, commando, tah..biawak apa tah yg besau giler tu (yg aku penah tgk kat zoo je) Mak mentua aku kata kalo napak binatang tu jgn tegur sbb binatang tu jaga kawasan tu. Ye ker?? tah! ye la kut. Tp aku rasa binatang tu byk kuar sbb umah dia dh kena tebang.

Lps mandi manda tu gi makan2 kat umah sedara.Dia buat befday anak dia. Ada mihun, kuih muih dan bubur (errr..bubur apa ek? yg ada cam tepung parut tu. Aku rasa org buat bubur ni kalo cukur jambul budak) Aku makan mihun je la. Bubur mmg ler aku tak makan.

Mlm tu tak makan dh. Dan aku buat pangai duk dpn tv lepak2 ngan incik my dear smbil bebel2 tnya kat dia kenapa family dia sker makan tempoyak. Haha! Siang tu aku dh merajinkan diri tolong derang masak, mlm aku malas dh. Kak ipar aku je la goreng telur. Dan aku tak makan pun.

Dan lepas tu tido.

Berckp pasal tempoyak ni kan. family derang mmg cam addict ngan tempoyak. Suma masak buleh jalan ngan tempoyak. Seb baik la aku ni jenis makan tempoyak. Cuba kalo dpt menantu tak makan tempoyak..ha..cemna. Bebaru kawen retu, derang buat udang masak tempoyak. Tu la pertama2 kali aku makan udang masak tempoyak weh..Incik my dear slalu ejek aku sbb masa aku makan retu mak mentua aku tnya sedap ke tak, aku dgn selesanya berkata 'sedap'. Dah tu, nak wat giler kata tak sedap.
Aku sbnrnya kalo ada lauk lain mmg tak makan gulai tempoyak. Tp kat umah MIL, kena la makan sbb kalo tak makan, nak makan ngan kuah apa. Ni kalo mak aku tau mmg dgn selambanya dia akan memadankan muka aku.Huhu
Kat kg retu derang masak ikan patin ngan tempoyak dan ari sebelum tu apa tah..timun kut ngan tempoyak.
Tp yg bes ada ikan bakar. Tu sedap. Tu aku makan la tanpa kompromi.

Sebelum balik KL kitaorg menyinggah umah sedara mara dia dulu.

kat Raub rupanya ada TF. Mcm tpt aku gak la. Sblm ni my dear beria2 kata ada TF kat Raub. Tp aku ingat dia tipu. Rupa2nya betul.Ahaks!

kesimpulannya-bes la gak bercuti di Ulu Dong. TP utk 2 ari 3 mlm cukup..lelebih tatau lagi


Pnstoberi : Tetiba tingat umah arwah opah..lamanya tak jenguk.Entah2 dh roboh...hemmm...




Info:
Air Terjun Lata Jarum Ulu Dong-dlm 1/2 jam ke 45min perjalanan dari pekan Raub
Ada 2,3 kawasan mandi manda yg bes.
Ada gak chalet2 ala-ala kampung (juga diusahakan oleh sedara mara incik my dear)
Boleh gak jadi kawasan perkhemahan.

21 January 2009

Genting Highland














































Selama 29thn aku idup kat bumi Mesia ni, aku tak penah pi Genting.Haha. Cam tk caya pun ada kan..untuk org yg suka berjalan cam aku ni la.
Naper tah. Mmg macam nak pegi sgt, tp masa aku blum kawen dulu aku mcm tak berani bila ada ckp2 kata jalan nak naik tu bahaya la apa la. Mak aku pun cam tak bagi.
So, utk merealisasikan hajat aku tu, 2 minggu lepas aku ajak asben aku pi. Itu pun atas alasan nak pi realease tension dgn kezutan yg aku terima. Asben aku kata dia takdak duit dh (sbb dh bawak aku pi honeymoon ke Pangkor tu kan). Tp aku dgn baik ati memberi statement berikut

"takpe..sy blanja"

Wahh..cam byk duit je kan cikstoberi ni.
Tp..bukan byk sgt pun blanja nak pi Genting tu.
Jadi 10 Jan retu bertolak la aku ke Genting. Oleh kerana aku tak penah pegi GH ni, aku pun survey dulu. Sng sbb dia ada website sendiri - genting

Aku decide nak naik bas je. So, beli tiket kat stesen Terminal Putra (stesen putra LRT last skali). Murah je. Tiket trus smpai atas RM6.60 sorang. Kalo tak, nak naik kat KL Sentral. Tp tiket abis kat sana. KAlo KL Sentral kalo tak silap aku RM8.30. Kalo ikut umah aku better naik Terminal Putra tu la. Lagi jimat.
Naik Bas Go Genting. Biasa bas ni takde naik smpai atas, tp ari yg aku menggedik nak pi tu skyway tgh servis, jdnya dia antar la smpai atas.
Takde la pening pun. Jalan pun tak la teruk mcm yg org ckp macam "takut" sgt. Ok je aku tgk. Kalo naik keta pun ok. Tp my dear asben aku takmo bwk keta kan..tp ok gak. Leh rest je.

Smpai atas tu trus la ke 1st World. Mmg tak plan nak check in lagi. Gi carik tpt beli tiket utk ke theme park. Jumpa satu tpt,tnya dia buleh tak tukar tiket aku (aku ada tiket pree sbb jusco befday voucher tu).Tp budak kaunter tu kata tuka kat bawah. Nak beli pun beli kat bawah. Menjajau gak nak carik "kat bawah" tu. Maklum la 1st time kan aku masuk situ. Napak lagi kaunter tiket yg lain. Aku ckp nak tukar voucher tu n beli tiket. Dia kata tiket buleh beli kat kaunter tu, voucher tukar kat bawah. Eh, buleh pulak. Derang ni kan..
Then kitaorg pun menjajau carik "kat bawah" tu. Owh..rupa2nya kat bawah tu tpt nak masuk ke outdoor theme park. Ceh!. Cuba la ckp kasik clear. Sekeh kang. Aku pun ckp nak tukar voucher kat abg ensem yg jaga entrence tu. Dia kasik borang, isi2 suma then dia bg tagging masuk. La..ckp la kat kaunter masuk, ni kat bawah, kat bawah. Agak dia mesti ingat aku penah dtg situ 14 kali dh kut. Kat bawah tu gak ada kaunter jual tiket. Agaknya yg kaunter pertama tu dia nak suh kitaorg tukar voucher n beli tiket skali la kut.

Masuk situ dh rasa la keriangan dia tu. Dan mcm biasa la aku. Menangkap gambau je kejanya. Tp kenapa ek aku dh takde keinginan nak naik menda2 kat theme park tu. Rasa malas sgt. Lagipun beratur pjg je aku tgk. Aku takde la scarry naik menda2 tu. Kat TImes Square tu abis suma aku naik dulu. Aku tgk kat Times Square lagi extreme mainan dia. Kat GH ni pun paling xtreme aku rasa space shot tu lah. Malas aku. Org ramai kemain. Aku naik pun menda2 geli2 je cam pirate ship (aku gelak je spjg menda tu bergerak),umah pirate yg naik menda cam troli tu (lg kelaka, saja masuk dlm gelap pusing2, pehapa tah),and ada la 2,3 lagi.

Dlm tghari tu naik balik ke hotel. Nak check in. Tetiba kezutan okeh. Kena amik no utk check in n no aku amik tu ada lagi 100 utk ditunggu. Phew..Aku suh my dear tunggu, aku pi beli lunch. Beli kat Marrybrown je. KFC aku pasti kompem ramai giler. Balik dr beli lunch tu pun no aku tak lepas lagi. Dh check in suma trus naik bilik. Lapar weh...makan ler.

Bilik sejuk giler. AKu booking amik yg ada view. Tp bukan leh napak pun. Hanya kepulan putih je. Sejuk gilerrrrr. Sejuk sgt. Nak amik wuduk pun rasa bercinta. Lepas makan2 tu, baring jap tunggu asar,then kuar pi theme park balik.

Jln2 smpai nak maghrib. Sempat aku main menda yg baling2 tu. Menang dpt kucing kecik. haha. Ingat senang je nak dpt teddy bear ke,dolpin ke. Haraammmm. Haha.

Mlm ingat nak kuar. Tp aku tertido. Smpai le ke pagi.

Pagi- bekpas.Org mmg ramai tp dia bukak 2 hall utk bekpas. So, ok la. Selesa la. Tak de la berebut. Lepas tu check out n masuk snow world lak. Sejuk giler dlm ni. Rupanya snow world ni masuk ikut time. So, aku amik yg 11.15 smpai kul 12pm. Kalo tak silap aku la. Tp dia bagi duk dlm tu dlm 45min je. Sejuk giler. Yg lawaknya aku leh tak pasan notis board kata dlm tu tak leh bwk kamera. Dan sedap je aku berposing. Skali kena tegur ngan photographer dlm tu. Muehahaha. Tp selamat sekeping.
Tp kitaorg amik gak gambo guna PG tu. Bila kuar aku amik suma 4 keping gambo tu. Hah! 60inggit okeh. 2keping 8R, 2 keping 4R. Lantak la..malas nak ingat.

Then trus ke skyway, nak turun dh. Kalo dpt tukar tiket kitorg balik awal.
Smpai bawah je, trus tukar tiket. Balik awal. Dlm kul 2 lebih

Pnstoberi: Sesekali berseronok2, mmg seronok..

19 January 2009

1st Day

1st day as blogger.
Mebi ada kekurangan di sana sini buat permulaan ini.
Masih tercarik2 kerana selama ni ada pemilik dan penulis dari blogdrive.
Jd layan gmbr je lah yer dulu.

Tahun Baru. Blog Baru. Dunia Baru.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign