Pages

22 November 2019

Makan Di Cik Aya Laksa Ketam

Ini cerita bulan September dulu.
Hohoho.
I terlupa nak update.
Teringat bila dah update pasal laksa sarang.
Baru cam eh, laksa ketam ni tak cerita lagi.
Sebagai peminat laksa, harus kena update story ni juga.
Hehe.

Okay lets.
As usual our tagged-team makan2 mesti lah kakcik n abangcik.
Kali ni anak2 dia takde ikut.
So, kiterang 3 beranak n derang berdua je lah.
Jauh oii kami merantau nak JJCM kali ni.
Nun dari Sg Siput ke Kuala Kurau.
Jauh weh..masuk hway, keluar hway pun tak sesampai lagi. Haha.
Ini sebab kiterang nak pergi kenduri officemate masa tu.
Esuk nya kenduri n kiterang stay di Bukit Merah Laketown (ini pun tak story lagi dlm blog).
Jadi, da alang2 dtg area situ, kita pi la JJCM.
Saja2 nak dtg, memang idak la. Jauh kome weh.
Sayup mata memandang nak pergi nya.
Dulu kami pernah ke Kuala Gula, tapi kali ni ke dalam lagi.
Which is, mmg 1st time I ke situ.
Kt sini lah uols buleh nampak pertembungan sawah padi dan laut.
Cantik pemandangan dia.

Apa yang best kt kedai cik aya ni.
This one lah.


Sedap.
Giler.
Sangat.
*Pengsan*

Hahaha.
Aku tatau lah. Tapi, memang aku suka laksa kampung utara ni.
Ha..mmg laksa jenis2 kampung kt utara style kuah dia camtu.
Pastu dia letak salad. Bkn daun apa tah tu yg tajam2 tu.
Sbb tu aku tak suka laksa kt KL ni.
Dia cam tah..kadang kuah dia gelap.
Pastu tak masam. Tak kena dgn tekak lah.
Yang aku feveret sgt jenis2 laksa Kak Su Kuala Perlis tu.
Tu pun.. Yallah kalau teringat tik tik ailiyo  meleleh.

Tapi, walao nama dia laksa ketam, dia ada je menu lain.
Dan semua pun sedap!

Abangcik amik nasik goreng ketam.

MyDH try kuewtiew sotong.
Pun sedap rasa nak sepak meja. Haha.

Tapi, yang sedap itu memang jauh dan mencabar.
Haha.
Parking lah cabaran kt sini.
Sbb jalan dia kecik selorong macam batas ja. Ban ek orang kata.
Cik Aya tu kata, kalau nak dtg, dtg awal dalam kul 12 camtu.
Sbb kalau petang lagi ramai.
Ramah tamah owner kedai tu. Cik Aya tu lah.
Memacam dia sembangkan dengan kiterang.
Ambik ikan kat mana lah dia citer.

Nak bagitau kedai dia kat mana pun, satu cabaran jugak. Haha.
Tapi, jangan risau.
Uols taip ja kat google maps. InsyaAllah sampai lah.
I pun, walao orang Perak, I guna maps jugak.
Tapi, puas hati sangat.
Memang nak repeat satu hari nanti.

Sedap. Serius.
Sila lah pegi.
Tak menyesal punya.
Tapi, kalau kau bukan orang Taiping.
Keluar dari Kuala Kurau nak balik rumah, mesti kau dah lapar balik.
Hahaha.
Jadi, jgn lupa tapau.
Owner kedai pun best dan baik hati.
Recommended.

#cikstoberisuka

21 November 2019

Makan Laksa Sarang Taman Botani

Apasal uols suka nau laksa sarang ni?
I tak berapa nak suka. Bukan I tak suka laksa.
I suka lah laksa. Tu kan feveret dari kecil.
I cuma tak berapa nak suka laksa sarang.
Tapi, buleh la.
Tapi, kalau ada pilihan, I akan pilih laksa tanpa sarang tu.

I tak suka sbb dia macam menyerap minyak. Lepas tu nanti sarang tu jadi macam benyek ke ntah cemna ntah.


Ini kat Ipoh.

Ala...ni kan tempat viral.
Laksa sarang Taman Botani orang kata.

Atau Laksa Telur Goreng Bersarang.
Ni kali kedua weols pi makan.
Yg 1st awal tahun ni. Eh. I tak cerita ke dlm blog ni agaknya. I jalan2 sekitar Ipoh. Ada gambar kt rumah terbalik, pergi makan ais kepal etc etc. Ke ada? Lupa lah. Byk sgt socmed. Hahaha.

Pergi masa on d way nak balik KL tu hari.
Abgcik, Kakcik n anak dia Acap ikut skali.
Kiterang senang je lah. Dari situ terus masuk highway Simpang Pulai  nak balik KL.

Uols kalau sesaja nak dtg bercuti kt Ipoh pastu nak JJCM kt Ipoh ni, bleh la masuk kedai ni dalam list. Exit je kt Simpang Pulai. Direct je nanti ada signboard Taman Botani, bleh masuk situ. Dari simpang jalan ke besar ke kedai tu dalam 5-8minit camtu lah. On je maps. Sampai lah ia. 
I dulu pun ingat Taman Botani macam taman rekreasi ke apa.


Tapi, sebenarnya taman perumahan. Kedai ni pun kat lot kedai. 
Parking senang. Jangan risau.
Sebab kedai dia paling hujung.
Tapi, kalau uols datang time cuti bertindih ka, long weekend ka, cuti sekolah ka apa, kena menunggu lah kejap. Tempat duduk dia limited. Skit la sgt tempat duduk nya.


Konsep sini - layan diri.
Pergi amik laksa - bayar - duduk.
Kali ni ada air laici 1 tin. Dulu datang takde.

Minum lah smpai kembung. Haha.
Tapi, best pe. Air laici tu share berdua. Puas giler kot minum.


Sini mmg laksa ja. Jangan kau minta mi rebus ke soto ke apa.
Tapi, belah luar tu ada stall jual nasi ayam kalau tak silap.
Pastu ada jual pau sedap jugak.

Pau jagung durian dia sedapppppp.... (okeh..ni kalau teringin cemna plak gayanya).
Pau cendawan pun ada.
Memacam jenis pau. 
Kopok leko pun ada.

Sedap ke laksa sini.
Bagi I sedap la. Sedap dalam kelas dia tersendiri.
Memang lah ada yg lebih sedap.
Tapi, yang ni sedap jugak. I suka je.
Harga pun berpatutan sgt.
And I amik laksa takde telur.
Pastu amik cili padi extra.
Sedap hoi!
Oh ya. Hiasan dalam kedai ni pun menarik.
Kalau uols pegi, jangan lupa pi basuh tgn tau.
Sbb sinki dia sgt unik.
Heeeee :D



INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign