Pages

31 October 2019

#kaptenRizqkeGenting : Makan di Burger & Lobster

Burger & Lobster.
Here we come.

Haha.
Memula I fikir I nak bawak bekal je.
Sbb pagi tu I siap masak nasik lemak dgn lauk sambal sardin.
Masuk dlm bekas utk satu sorang, pastu makan kat atas tu.
Tapi fikir balik, macam leceh ja. Lepas tu cam leceh je. Nak makan kat mana pulak.
Lepas tu kalau nak makan kat memana kedai makan, mesti harga pun up.

Tup tup teringat, kat atas tu ada resto yang semua pun kata best sgt.
Yang asalnya dari London.
Satu2 nya cawangan yang ada kat Malaysia ni ada kat Genting.
Jadi, moh la kita try.
Lobster kot.
Siapa bisa menolaknya.

Semua orang pun dah pernah pergi.
Weols je lah baru nak merasa. 
Sokay. Takpe. Jom try.
Baca blog, mmg derang review kena beratur nak masuk.
Apa tah lagi cuti2 ni kan.
So, beratur lah.
Ada la dkt 30min kot q nya.
Rizq tido time ni. So, no crancky toddler at all.
Haha.
This budak kecik kan mmg easy peasy bawak jenjalan.
Sbb dari kecik dia da terbiasa.
So, weols mmg takde prob utk bawak dia travel. Setakat ini lah.
Setakat umurnya 3 tahun 4 bulan ni.
Rasa dia nak tido, dia tido ja.

Masa ni time lunch hour pulak tu.
Memang la q panjang.

Oleh kerana I dah baca sesiap review orang kat blog, jadi I dah tau nak order apa. Haha.
Bila dah sampai kat pintu tu, tak semestinya kita kat depan pintu kita masuk dulu.
Dia tgk la, kalau kau 2 orang, mmg laju ko masuk. Dia panggil lah orang2 yg blkg kita yg 2 orang sbb meja dah ada.


Macam kami, ada bawak anak, nak 1 baby chair, kena tunggu lah jap.
Pastu depa bagi tempat selesa kt kiterang. Dapat duduk di kerusi sofa tu.
Nice ambient resto ni. Buleh nampak cable car yang bergerak.
And suppose kalau outdoor themepark tu da siap, kita akan nampak jugak la themepark tu dari resto ni (tp kalo ko dpt meja best cam kiterang ni lah. Kalau tak, dpt yg ngadap org tgh q kt luar tu. Hehe).
Staff pun semua okay.
Makanan cepat sampai.
Rizq tido masa beratur tu ja. 
Dah kat meja, dia pun bangun.
Kat sini senang. Menu tak banyak.

Jadi, pilih je lah.
Kat review I baca chili lobster tu paling best. Lagipun, dkt outlet Msia je ada. Tempat lain takde. Tapi I takmau. Dapat bayangkan susah nak makan lobster yang ada kuah2 cili bagai ni. Takmau lah. So, I amik The Original. Lepas tu amik lobster rolls. Baca review kata seven samurai sedap. So, I order seven samurai.
Utk Rizq, orderkan ice cream sundae.
Selainnya, dia makan fries. Sbb set makanan ni dtgnya dgn salad n chips (fries).
Air pulak I order time keeper.
1 cukup. Hahaha.


Air ikat tepi paling termahal penah order nih. Haha.

Amik 2 set ni, pastu share ja. Settle. Fries tu byk portionnya.

Memang sedap sebagaimana di review.
Berbaloi.
Kalau datang berdua / ada anak kecik cam Rizq tu sorang ja, amik la set macam I order tu. Cukup dah. Seven samurai tu memang sedap. Roti dia.. sedap nya.


Lobster tu kalau amik the original, boleh pilih nak steam ka nak grill.
So, we choose yg grill.
Lobster ni mmg fresh2 duk ada dalam akuarium dia. Katanya datangnya dari Kanada.
Kalau amik yang The Big Boys tu memang yg lebih 1kg la dia bagi.
Jauh perjalanan lobster ni semua. Cakap kt myDH depa ni naik flight ka naik kapal dari Kanada. Hahaha.




So, memang tempat ni je lah kiterang makan kt atas ni.
Alang-alang nak makan, kita makan terus yang memang takde kat bawah.
Dun worry walao kedai asalnya dari London, tapi chefnya ramai melayu.
Bleh nampak kitchen depa dari tempat kita basuh tgn.
Bila teringin lobster buleh la kita naik lagi. Heheee.


Nota kaki : Freedom yang macam ni I nak sebenarnya. Takde sekatan bila I nak pi makan kat memana. Nak berjalan kat memana. Takde hutang yang membebankan dan menyebabkan I tak bleh nak pi makan / berjalan kat mana tempat I nak pi. Dan juga beli apa yang I rasa nak beli. Tapi, I tidak akan sesekali menambah hutang utk mendapatkan semua tu. Kerja utk mendapat keberkatan Allah agar rezeki yang diterima pun diredhai Allah.
Alhamdulillah dengan peluang ni :)

30 October 2019

#kaptenRizqkeGenting : Naik Gondola - Genting Skytropolis

Kapten Rizq pi Genting Highland pulak.
Tu hari ke Cameron Highland.
Hehe.
Tahun ni 2x ke tempat pantai (Pangkor n PD).
Pastu 2x ke tempat tinggi dan sejuk.
Gitu... cuti cuti Malaysia je lah dulu kita ye nak.
Ngeee...


Mak ambik date cuti deepavali. Walau mak tahu mesti ramai. Tapi, entah. Ter ambik jugak. Haha. Last year masa cuti deepavali pi bercuti kat Ganu. Pun ramai masa tu. Tapi amik jugak. Tahun ni skali lagi buat camtu. Lantakkk.

Kami pi hari Ahad.27hb.
Dari rumah dalam kul 9.30. Cepat. Dak Rizq pun bangun awal. 
Mak masak nasik lemak sambal sardin. So, breakfast sesiap kt rumah.
Dari rumah ke Genting tu idak lah jauh mana pun.
Cumanya, banyak kereta naik. Pastu ada van rosak. Dah kereta jadi merangkak ja.
Tetiba che merah berasap.
Ah sudah!
Naseb la ada tempat lapang sket belah kiri tu.
So, benti jap. Tgk apa keadaannya.
Ayah Rizq kata takde apa pun. Temperature semua okay.
Maybe sbb dari bawah laju tetiba kena slow.

Tu ari pi Cameron okay ja walau lagi lama nak naik.
Ini baru setgh jam je kot.
Mak pun takde rasa tak sedap hati ke apa. Lagipun dah dkt dah dgn GPO.
Sampai GPO dkt kul 11. Memula kiterang ingat nak pi hotel dulu then naik shuttle. Tapi, da lewat, takpe lah. Bawak kereta pi GPO terus. Parking mmg byk lagi kosong masa kiterang sampai tu. 
Ikut je signage nak carik Sky Awana.

Sebenarnya last weols pi Genting tahun 2013. Masa tu stay di Awana. Pastu cable car pun naik kat tempat lama tu kan. Gohtong Jaya kalau tak silap. Yang ada kompleks dia jugak tu kan. Lama la sangat dah. 6 tahun dah. 
So, ini yang pertama ke Genting utk Rizq dan pertama jugak utk mak pak dia naik gondola baru ni. Haha.

Mak dah sesiap beli online. Tiket online bleh beli kat Traveloka. Mak beli glass floor 1 way, and standard gondola 1 way. So, pergi naik glass floor. Balik naik standard.
Tips dia : Utk pergi (naik ke Genting), better naik glass floor ni sbb nak q tak panjang. Senang ja sbb da beli online. Terus scan QR code dia ja. Tak perlu print dah. Rasa kalau beli kat sana, ada kiosk dia kot. Entah tak perasan. Terus menonong je masuk line glass floor :D
Harga tiket utk Glass Floor di Traveloka : RM18/pax/1 way.
Standard pulak RM9/pax/1 way.
Harga sama kanak2 mahupun dewasa. Cuma utk toddler bawah 90cm free.
Rizq free sbb dia lagi 2,3cm nak ke 90cm. Ngeh ngeh.

Utk glass floor ni gondola dia tulisan putih. Rasa macam 10 standard, baru sampai sebijik yang glass floor ni. Menunggu gondola tulisan putih ni lah yg jadi q tu. Kut tak laju ja. 
Rizq okay ja dia tu. Rilek je dia. Kiterang pulak yang gayat. Hahaha.
Best lah napak bawah.




Kiterang naik dgn ada 1 famili lagi.
Kejap je rasa dah smpai atas. Laju gak mendalah gondola ni.

Sampai atas tu, tgk2 jap kat skytropolis. Baru  buka jugak kan indoor themepark ni kan. Kalau tak silap dlm tahun ni. Dulu, orang takde la menyerbu satu tempat ja sbb indoor ada, outdoor pun ada. Sekarang semua main kat indoor. So, orang sgt ramai. Kiterang jalan2 je tgk orang main kejap. Pastu Rizq suka tgk LED screen kat atas siling tu. Cantik.

Bila tanya Rizq, nak naik tak?
Dia kata "taknak!"
Dia pun rimas tgk orang ramai2.
So, bawak pi tempat yg main macam arked tu. Beli kad dia RM22. Kad tu ada RM20 dalam dia. RM2 tu utk harga kad tu. Apa ke benda lah entah nya buat sistem camni. Membazir je buat kad tu. Takde zero waste awareness la Genting ni. Kan better dia buat coin ja. Buleh la recycle balik.



So, dpt la main 3,4 benda. Bagi dak Rizq happy sudah lah. Itu pun kadang dia mengamok2 rimas. Lain sangat dah la tempat ni eh. Memang bukan jiwa weols lah. Lucky, anak kiterang pun tak suka keadaan orang ramai2 tu. Kalau nak main indoor theme park gini, takyah gi jauh lah. Times Square pun ada. Haha.

Dah settle kiterang gi makan. Nanti buat posting lain lah makan ni. Ngeeee.
Lps makan - turun.
Kali ni naik standard gondola. Ramai. Tapi laju je gerak. Sbb gondola datang laju2.
Naik ngan auntie2 cina. Auntie tu kata "biasa tak macam ni"
Waa... auntie ni mesti da biasa datang sini. Casino lah tu kan. Heee...
Turun pun cam kejap je.
Maybe sbb orang ramai, so dia lajukan kot gondola tu.


Dalam kul 3 lebih sampai GPO semula.
Tak jalan pun dalam GPO tu. Malas. Apa nak carik.
Terus pi hotel. Utk check in.
Next post hotel mana kiterang check in :D


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign