Pages

10 March 2010

~Corat coret HKK2010~

Ini entry bergambar shj. Sila lah cuci mata anda utk menengok gmbr2 gedik2 di Hari Kraf. Huhu. **dah 2 kali aku update ni..ada je gmbr nak tambah**


Selamat Datang. Ini pintu masuk khemah feberet nih. Khemah F. Rasa sehari berpuluh-puluh kali masuk sini. Tk membeli pun, saja2 nak lalu.
**kredit : pic taken by my adik nakal - Faizullah. Hehe. [kaklong cuik dr fesbuk nih..nati k.long kasik la royalti keh]


Sehari sebelum majlis perasmian. Menyiapkan goodie bag sebanyak 3,000 pieces. Beg ini utk tetamu jemputan masa hari perasmian. Hoho. So, aku stay tolong smpai kul 12 [punch kad pun da masuk ari keesokkan ari nya] dan bebdk unit yg handle bag ni stay smpai kul 2pagi.

Ini khemah demo buat peralatan muzik tradisional. Tp bila aku bwk lawatan kan, khemah ini paling tk excited org nak tgk. Hehe. Mana taknya kan..ko bwk lawatan puspanita la kemas la..mmg la tak minat menda2 ni. Tp bes gak tgk derang buat menda2 ni. Leka tgk.
**kredit : also taken by Faizullah

Di gerai makan sementara. Penat seh handle mendalah gerai nih.
Sesapa yg dtg masa HKK ni dan rasa makanan adalah mahal, lelaju lah emel ke sy.
Sbb mmg sy perlukan feedback ttg harga makanan nih.


Seterusnya gmbr kat tpt jualan batik.
Ini yg bawah basement nyer.
Tpt aku membeli belah batik adalah di khemah F yakni khemah belah luar bangunan.

Ini lawatan yg aku bawa. Puspanita Tourism. Mudah je bwk derang sbb tak ramai dan suma ramah2 belaka. Pulak tu senang je membeli. Ai loike. Ini kat kedai Halimah Batik [bukan Halimah Jongang yeh]. Kedai ni mmg ada aku meleburkan duit aku.
Jubah n kain pasang yg kononnya utk raya.
[iyer..sy sedar bhwa puasa pun tak abis ganti lagik tp sudah ada baju utk ari raya]

Ini lawatan KEMAS kg aku. Derang dok tgk tpt org jual buat bakul dari kertas tu. Ini takde kakcik aku sbb ini bas satu lagi. Derang dtg 2 bas. Wohooo..siap ilang2 lagik makcik2 ni.
Apa pun ttp enjoy.


Button ni dpt kalo dtg dgn lawatan formal. Maksudnya ada surat bagai lah. Kalo dtg sesaja walk ini tu tak dapek lah. Sbbnya kaler dia lelain, so sng nak kenal grup yg kami2 tour guide ni bawak. Ada memacam kaler.
**kredit : also to Faizullah. Aku lupa nak snap gmbr mendalah nih.

Ciken cop yg ditelan selang sehari. Hik hik. Sedap ciken cop ni. Reganya 6inggit. Tp ada kes tau sbb masa memula masa hari pertama utk promosi dia kasik staff only 5inggit pehtu jd isu sbb ada staff yg dpt rega tu, ada yg tk dpt. Then ada yg ngadu kat aku sbb kata rega tak sama. Err..tk dapek la aku nak nolong sbb dia mmg letak situ rega 6inggit. So,mungkin atas budi bicara derang la utk dpt 6 inggit tu. Ala, aku rasa even 6inggit pun masih berbaloi2. Kat luar ko rasa leh dpt ke rega tu??? Lgpun bukan korang beli pakai kupon ke??? Ceh!!

Sambil makan ciken cop sambil bergmbr. Nyampah kan..asik nak amik gmbr je...

Ini masa Gala Dinner. Utk designer dan usahawan tekstil. Ada fashion show. Aku duty usherrete lah kalo pakai cenggitu tu. [suka plak gmbr ni sbb mcm ada kabus2 tu. Huhu]

Di mlm yg sama jugak. Suram kan baju usherrete kami thn ni. Tp bila pakai ramai2, cantik jugak [hahaha.ayat cover napak..atee...kata baju free..sila jgn byk bunyi]

Ini la baju raya aku tu. Hehe. My dear nati pilih la baju melayu kaler krim atau putih gading ke. Ha..cantik tak rasa?? Owh. Ini adalah kain crepe dan rega adalah bermula dari 220 - 250 bergantung kepada kepandaian menawar. Tetapi, aku dpt rega kurang dari 200. Tp namo reveal rega sebenar sbb nati ada yg compare dgn rega dr Kelantan / Ganu [ok, kawan aku dr Kelantan ckp, batik dari Ganu mmg lebih murah dr Kelantan]

2 gmbr atas tu adalah bersama dgn adik2 dept aku. Dua bawah tu bersama dgn Thiaki. Dia dtg dgn rombongan Puspanita Kelantan. Tp aku tk bawak lawatan dia, so..aku ajak dia sorang je jalan2. Dia ni aku kenal dari porem mesra dot net n till now masih berhubung.

Nak tau apa yg aku handle masa HKK ni. Aku handle bhgn gerai makanan then kiterang kena kutip kupon yg petugas tukarkan kat gerai2 makanan tu. Tu la adik2 aku tgh mengira kupon tu. Petugas yg buat OT dpt la kupon nih.Kupon ni nati antar ke bhgn akaun then derang buat cek la utk peniaga tu amik duit derang balik.

Tekun dak Ita mengira kupon. Hehe. Beribu2 tu nak kena kira. Hehe.

Cantik kan ukiran kayu nih. Ini adalah angan2 ku utk taruk kat mansion di atas kayangan ku nati. Ada byk lagik gmbr ukiran ni. Tp itu nati nak wat spesel entry.

Jadi sekian shj lah entry bergambar corat coret HKK 2010. Ada mintak kat Faizullah gmbr yg dia amik, tp malas ah mao tempek. Kat dia ada la gmbr Pak Lah dtg, PM dtg...byk lagi lah.Suma gmbr tu besar2, nati lambat nak upload. Ini pun berejam aku tunggu smpai kain pun tk berlipat.

PnStoberi : harap2 coming event nati takde lah terbeli lagik...

9 March 2010

~Hari Kraf Kebangsaan 2010~

*****S.T.I.C.K.Y E.N.T.RY******di bawah ada entry baru

Nak buat entry ini. Tp terlupa.
So, bila tgk kat feedjit ada org search blog ini utk word "Hari Kraf Kebangsaan".
So, rasa mcm perlu nak buat sticky entry utk ini. Ala2 promo la kiranya. Konon cam pekerja berdedikasi la sbb buat promo dgn sukarela walo bukan duk bhgn promosi *org bhgn promosi yg sdg baca entry ini - sekiranya ada - sila bg komisyen 10% okeh* Haha. Ok lah. Merepek pulak.

Kat tv pun da ada iklan promo dia. Dulu iklan statik je. Skang udah pakai Jehan Miskin,Lisa Surihani n 2 org lagi pelakon tu. Kenchana Devi dgn Angeline Tan. Kemain la pulak kan.

Ok, ini mmg event tahunan Jabatan kami.
Mana yg dah tahu mungkin dah tahu lah. Mana tak tahu meh nak kabo sket.
Hari Kraf Kebangsaan adalah event terbesar dimana anda akan menemui pelbagai jenis kraf buatan MALAYSIA [aku highlight kan sbb mmg suma buatan MALAYSIA, kalo tidak mereka akan diblacklist]. Semuanya disatukan pada masa ini.

Ko nak labu sayong - tak perlu ke Perak..carik je kat sini. Ada je. Nak kecik,beso, letak air, letak telur, buat door gift kawen. Suma ada. Rega buleh bargain [okeh, kalo rasa mahal silalah beli di sayong..tp kos mau ke sana udah kira?..lain lah umah atok or nenek or mak di area sana..aku pun jarang2 ke sayong tu walo lalu lalang aje kalo nak ke Kuala tu]

Ko keja gomen? Kena pakai baju batik kan every Thursday? Mana nak carik batik cecantik. Ha..ini la masanya. Dtg la masa ari kraf ni. Berlonggok2 pilihan. Smpai juling bijik mata tgk batik. Aku ni ha smpai nak termuntah pun ada tgk batik. Tp beli jugak. Ala, mmg la mahal sket. Tp org kata apa..ha.. alah bisa menang memakai [hahahahah..salah la ngok. Alah biasa tegal biasa lah]. Alah membeli menang memakai. Sokong la industri kraf kita ni ha.. asik nak pakai batik tipu tu je yg beli kat jalan TAR tu kan [ok, kami staff suppose mmg tak leh pakai batik tipu ni. Tp ada gak sorok2 pakai. Aku mmg takde pun]. Try la rasa pakai batik ori ni. Memang selesa. Dijamin. Aku pun kalo gi wedding mmg pakai batik sbb tak la rasa bahang panasnya.
Apa? Batik susah nak iron? Itu batik zaman bila tu dekk non?? skang ni batik pun da mengalami proses R n D dia. Tak la kata batik ni tak payah nak iron, iron tu kena la tp tak la smpai berpeluh2 ketiak meng ironnya. Ok, ini puanstoberi kasik petua nak kasik mudah iron batik. Masukkan batik dlm plastik, sumbat barang sejam 2 dlm peti ais. Nak semalaman pun takde hal (Jgn ko campur ikan udah la) So, nati nak iron dia mcm mudah je la. Lagi satu tak payah la ber spin bagai masa basuh tu. Celup2, jemo. Udah la. Bukan keja berpeluh mcm keja kontrak buruh binaan tu nak berpeluh menitik2 tu kan. Ate' kata dok dlm air-cond.
Tp seriyes, utk batik ni mmg ramai giler pengusaha yg dtg dan ini adalah produk paling byk dijual. So, kena la pilih. Mmg ada kedai yg langsung takmo bargain rega walo dgn kami para staff, takmo takpe..kita ada byk pilihan lain disitu, cari je kedai yg menawarkan harga yg berpatutan. Nak lagi berpatutan, ok, sila contact saya dan saya akan jadi tour guide anda. Mungkin anda boleh dpt rega staff, siapa tahu. Hehe.
Eh. tudung pun byk tau. Yg slalu org kata beli kat Kelantan tu kan. Ha..meh la dtg. Aku mmg byk borong tudung kalo ari kraf ni. Malahan shbt ku yg sorang tu iaitu DEE pun slalu borong tudung masa ni. Thn ni pun katanya nak carik gak lagi.

Lagi mahu carik apa? Tudung saji, bakul rotan, tikar mengkuang, beg mengkuang. Itu semua dinamakan hasil rimba. So, buleh carik di sini jugak. Nak tikar sarawak pun ada. Nak lagi byk boleh deal trus dgn pengusaha yg dtg.

Aksesori pun ada. Aku mmg berabis duit je beli brooch mutiara la, gelang la,dokoh la, sepit rambut lah. Ha..nak carik brooch tembaga ke buleh la dtg. Brooch berangkai 3 beradik tu pun ada, cecantik. Boleh pakai dgn kebaya. Aku da beli last year. Yg aku tayang2 kat fesbuk tu. Brooch rama-rama [sila nadakan seperti lagu Ella tu]. Tahun ni agak2 aku beli lagi ke?? Tak kut.. [huh! iyo la sgt kan].

Ukiran2 kayu pun ada. Nak frame ke kotak hiasan kayu pun buleh carik. Mana tahu nak buat kotak hantaran ke. Sila lah carik masa ni.

Dan bermacam juga xtvt lain ada. Macam demo buat kraf, demo canting batik. Buleh la try menconteng mencanting batik.

Ok. Utk mendapatkan semua ini anda boleh berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2010 yg akan diadakan pada 24 Feb - 08 Mac [perasmian dijangka 25hb oleh Datin Seri Rosmah Mansor].
Bermula 10pg - 8mlm . Tp Jumaat & Sabtu extent smpai kul 10mlm.

Kalo agensi2 nak buat lawatan berpandu pun buleh. Sila berhubung dgn Bahagian Promosi. Lawatan berpandu ni maknanya lawatan secara grup dan dtg secara formal. Makanya akan ada tour guide lah [aku pun slalu jadi tour guide nih, bawak mak datin la, budak sekolah lah]. Kalo lebih dari 30 org ada la door gift dari kami.

Oh ya, ada yg tak tahu dimana ke. Semua ni di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jalan Conlay. Bersebelahan dgn hotel Royal Chulan yg baru itu. Berdekatan dgn Restoran Seri Melayu yg berhadapan dgn Pavilion. Thn ni kita juga ada buat promosi di hotel2. Tp jualan suma kat Kompleks Kraf lah. Kalo susah nak paking, buleh naik pengangkutan awam mcm putra lrt ke, turun ampang Park, nati ada shuttle kami amik- FOC je smpai ke Kompleks.

Sila tgk web ini utk keterangan lanjut - Kraftangan

Haha. Giler ah. Tk pepenah aku promo gini gaya. Bos..amacam..leh dpt 41 tak?? *wink-wink*.
Hik hik hik.

Ok, nati da start aku akan upload gmbr2 menarik ya... Datang tau jangan tak dtg..

PnStoberi : Cintai lah Kraf Malaysia.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign