Pages

2 December 2013

Edisi Makan Makan : Rahman Palace Steamboat n Grill

Ini kejadian before East Coast Trip. Aku pun dah hampir terlupa nk blog kan.
Pergi 21 Nov tu hari.
Ramai kot tahu tempat ni. Tu hari pun ada masuk paper, dia promote.
Mulanya agak kompius la sbb takdak dalam google maps kalau nak google kat mana.

Oke, kalau nak google, carik Shell MRR2. Memang landmark dia itu.
Laluan dia ikut MRR2. Kalau dari arah Ampang, Shell tu belah kiri.
Tak jauh dari Petronas yg ada McD n Balai Bomba tu. Susur depan lagi, akan jumpa Shell (2 buah). Buleh terus susur masuk ikut Shell tu, terus je akan jumpa kedai Skumvhit (byk dah cawangan Skumvit ni, dulu kat Kg Baru. Pastu ada kat Taman Medan, skrg kat sini pun ada). Lps jumpa tu masuk lorong (arah kiri) tak jauh dari situ nampak la kedai ni. Dia macam atas bukit sket. Parking pun boleh atas2 tu. Kawasan baru kut situ. Ada rumah 2 tingkat. Macam baru. Entah la. Taman apa ke ntah. Lupa.

Jangan terlepas dari Shell tu sudah la. Sbb kalau terlepas, pergi la makan steamboat kat Kuantan sanun. Haha. 
Takde la.. kalau terlepas, jauh sket la nak pusing. Sbb jalan tu akan bercabang either ke Gombak atau pun hway g Kuantan.

Kedai oke. Selesa saja. Tp besar lagi area steamboat MAEPS tu.
Yg best sbb dia ada grill.
Dia bagi pilihan nak sup ke tomyam.
Kami amik tomyam sbb teringin nak tomyam. Tp cam kureng.
Kalau tahu, baik amik sup, buat ala ala yong tau foo (y.t.f) sbb bahan yong tau foo dia banyak. Kuah y.t.f dia pun bes.
Laksa mmg bes. 2 kali aku repeat. Ngeeee.. Pekat melekat kuahnya. Sedap ah.

RM23/pax utk 13 tahun ke atas.
RM15 warga emas.
RM10 kanak2 bawah 12 tahun.

Makan camni ramai2 bes lah. Kalau berdua.. mau sket je makan. Aku pergi ngan mak n family abg cik aku. Ramai la sket kan. Best lah.
Kami byk makan yg grill. Cicah black pepper. Sedap!

Boleh la sesapa nak pergi. Nak gathering ke apa ke.
Tp better call dulu lah. Takut penuh plak. Kat blog dia ada contact number.

Hello December ;)


Disember 2013.
Begitu pantas masa berlalu. Sedar2 dah masuk bulan terakhir di tahun 2013.
Eishh.. cliche' sgt bunyi nya kan. Haha.

Apa pun, Hello December.
Kehadiran mu ku nanti.
Di bulan ini, umur saya akan menginjak setahun lagi.
Di bulan ini juga usia perkahwinan kami bertambah setahun lagi.

Sebenar, memacam menda juga nak uruskan bulan Disember nih.
Tak kata la bab kerja kan.
Tu mmg maleh nak cerita lah.
Dengan urusan orang tukar skim (opsyen) tu lah.
Dengan nak buat interview jawatan kosong yg buka tu hari.
Dengan urusan kenaikan pangkat lagi, KUP lagi. Hoi. Hoi. Hoi ya hoi!

Dan personal plak.
Nak renew passport (hurm. Passport lama pun satu tempat je pegi. Tahun ni mmg tak kemana. Ceh! Ni nak buat baru ni pun, bukan kemana sgt. Kot nak gi Perth ke lain la citer kan. Haha. Berangan la Perth. Tapi dah melepasi sempadan, kena gak la ada passport. Entah2 passport pun tak cop kot utk trip kali ni. Tu yg pikir nak pergi gak USS ke mana ke lepas tu. Repeat Bandung pun bes jugak kan.. Shopping. Hoho ).

Seterusnya nak renew lesen. Dah oke ke sistem JPJ? Aku tgk kereta plat KL dah masuk abjad G skrg ni. Sket lagi nampak H pastu J dah la. Laju plak lps E tu. Menyampah haku. (>_<)

Seterusnya nak amik E-Batal kereta lama kat bank. Sejak kejadian E-Batal tak siap tu hari aku terus malas nak pergi amik. Biar kan situ. Katanya valid setahun.

Seterusnya nak survey atau beli tiket train ke Penang utk trip bulan 1 nih. Fuh. Semua ni perlukan duit nampaknya. Mujur gaji masuk 18hb ye. Twehehehe....
(Lps tu bulan 1 ada imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahun 2013 (kita panggil bonus la..) - Dibayar 2 Januari 2014. Pekeliling : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp372013.pdf )

Lagi apa lagi. Banyak nya menda. Mujo tpt celebrate birthday cum anniv dah settle. Nak call utk buat reservation je. Lepas tu every weekend bulan doblas ni pun penuh dah. Penuh ngan kenduri kendara la. 

Oke lah. Selamat bulan Disember ya.. 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign