Pages

14 September 2018

Pengalaman Bawa Kereta Ke Pulau Langkawi

(adalah lebih baik naik flight sekiranya anda dari KL dan kereta anda melebihi 1.5cc)

Phew.
Sebenarnya saja nak mencuba.
Kiterang ke Langkawi dari 6 hingga 10 September yang lepas.
Ada mesyuarat MBJ dan juga sukan tahunan office.
Kami memang bawa kereta sendiri setiap tahun kalau ada sukan ni.
Last year di Pahang, a year before tak join sbb maternity leave, tahun 2015 di Penang, sebelum tu Melaka. Memang kami decide bawa kereta sendiri ja sbb senang nak gerak walau office sediakan bas.

So, ke Langkawi ni meh la kita try bawa kereta. Katanya lebih mudah.
Oleh kerana date sukan adalah jatuh pada long weekend (cuti hari Keputeraan Agong dan juga Awal Muharam), makanya kena booking awal untuk masuk sana.
Aiols booking awal bulan 7. Itu pun, da tinggal kaler kuning (kuning tu maksudnya dah nak penuh dah). Masa masuk okay ja sbb belum cuti, tapi keluar hari Isnin tu dah tinggal nyawa2 ikan. Apatah lagi keluar hari Selasa. Sebaik saja aiols booking, memang dah full terus dah.

[Tips : masa nak booking online tu, sediakan sesiap geran kereta, IC pemandu dan penumpang sbb uols kena isi nombor chasis apa semua, dan juga no. IC penumpang as well as pemandu. Sekiranya, kita tak pergi dan kereta kita je masuk, kita kena buat satu surat keizinan membawa kereta kita masuk. Sbb dia akan amik detail pemandu. Jadi, kalau pemandu tu bukan owner kereta, dia kena ada surat keizinan. Tapi, kalau owner ada dalam kereta, tapi tak memandu, boleh ja. Just letakkan nama owner sebagai pemandu, abis cerita. Aiols pun gitu lah. Memula tu aiols letak nama husband yang memandu, tup tup dia nak surat keizinan sbb bukan owner. Jadi, terus lah aiols letak nama aiols yang memandu. Kat sana dia tak check pun sapa yg drive. Don't worries]

Kami gunakan 2 jenis feri berasingan.
Masa pergi Langkawi Auto.
Balik pula Ro-Ro.
So, buleh la ceritakan perbezaan dua jenis feri ni.
Tapi sebelum tu, mesti ada yg tanya berbaloi ke tak bawa kereta Langkawi?
Berbaloi sekiranya
*Kereta anda adalah dibawah 1500cc
*Masuk ke Langkawi melebihi 3 malam.
*Dari Pulau Pinang, Kedah atau Perlis.
Selain dari tu, carik lah alternatif lain samada naik flight atau tinggal kereta kat jeti ja.

Katakan lah cam kami ni.
*Kereta 1.6cc - kami bayar RM414 utk pergi dan balik (harga ini termasuk harga pemandu, penumpang. Lebih sikit kos sbb pergi dan balik guna feri yang berlainan. Kalau guna feri yang sama macam ada diskaun sket.).
*Pergi utk 5 hari 4 malam - berbaloi lah sebab lama.
Katakanlah sewa kereta, jenis Myvi, RM60-RM70 utk sehari. So, kalau 5 hari tu - RM350. Parking di Kuala Perlis - RM15 x 5 hari = RM75. So, total adalah RM425 kalau sewa kat sana. So, untung bawa masuk kereta.
*Tapi, minyak tol semua tu, kena lah kira juga kan. Dari KL ni total tol dalam seratus lebih pergi dan balik (tp sbb kami singgah kampung, so, tol tak penuh, dalam RM100 cukup dah).
*Minyak dari KL ke Langkawi to and fro dalam RM200 (termasuk masa jejalan kat sana).

So, korang buleh buat comparison lah. Kalau pergi reramai, lagi lah suggest sewa van je kat sana. Dari nak beruncit2 naik kereta, buat susah ja.

Perbezaan Ro-Ro dan Langkawi Auto.
Selain dua jenis ni, ada satu lagi feri yang angkut kereta - Dubuk Dibuk. Tapi yang ni tak boleh booking awal. Dia kalau nak pergi bulan 9, bulan 8 baru buleh booking. Mungkin dia nak khaskan pada orang yang tak sempat booking awal. Kot. Huhu.

Masa pergi dengan Langkawi Auto.
Feri ni memang recommended sbb selesa.
Feri gerak jam 11.00 pagi. Dalam jam 8.00 kami dah ready. Kami overnite di Seaview hotel. Dekat je dgn jeti. So, dalam jam 8pagi tu dah ready utk bagi dokumen. Kaunter Langkawi Auto sebelah masjid tu je. Nanti dia akan bagi satu slip masuk cenggini.

Kalau bawa anak umur dalam 2,3 tahun ni, buleh ja tak letak nama derang dulu. Bukan dia nak tgk IC pun. Tapi kita ni jenis tak berani kan. Letak juga nama masa awal booking tu. Tak letak pun takpe sbb dak Rizq ni baru je masuk 2 tahun umurnya. Kalau dia tanya lelebih, bayar je lah masa check in kereta tu. Dia tak tgk pun IC apa. Tapi, dia ada tanya anak umur berapa (2 tahun ke bawah - foc).
Lps dah dapat slip masuk tu, bawa kereta dalam area parking masjid. Depa suruh tunggu situ jap. Dalam kul 10.30 pagi dah buleh masuk dah. Kami kereta kedua yang masuk. Ayah Rizq nervous agaknya, susah kereta nak panjat masuk dalam feri tu. Hehe. Licin kata ayah Rizq (pagi tu memang hujan). 




Bila kereta dah masuk, kita boleh naik ke tempat penumpang. Bahagian atas. Tak recommend utk lepak dalam kereta since kereta disusun rapat2. Tambah lagi, kereta kami bahagian dalam, sebelah lori roti Gardenia. 
Tempat penumpang dia, selesa. Aircond kuat. 
Nak duk rilek kat luar pun buleh. Turun tingkat 2. Lepas tu buleh lepak depan tempat kapten memandu. Best!


Langkawi Auto bersih. Dalam tempat penumpang pun bersih. Takde bau yang tidak menyenangkan. Pendek kata - kiterang selesa. Rizq pun tido untuk sejam pertama. 
Dalam tu ada kantin, surau, tandas (tapi tak masuk pun tandas).

Aiols siap beli maggi cup lagi. Haha. Teringgginn pulakk makan megi dalam feri :P
2 jam perjalanan. Alhamdulillah. Selamat sampai.
Weols berpuas hati dengan perkhidmatan Langkawi Auto.
Staff pun ramai dan keadaan terkawal. Staff pun membantu. Masa ayah Rizq susah nak masuk keta tu, staff dia cakap "slow-slow je bang..rilek..rilek" :)


Owh ya, port keluar (dan masuk) adalah di Tanjung Lembung. Simpang nak masuk dia dekat area Hospital Langkawi. Dari pekan Kuah dalam 10-15minit camtu ja. Tak jauh pun.

Perjalanan balik dengan Langkawi Ro-Ro.
Ni aiols tak recommended. Kalau dah terpaksa takpe. Kalau tak, ambik la Langkawi Auto. Kiterang pun kalau ikutkan pergi balik nak ambil LA. Tapi, sbb dah full LA masa nak keluar tu, terpaksa amik Ro-Ro. Ro-ro tak best..huwaaa... aiols jadi moody terus.
Ferry kami jam 10pagi.
Kul 8 kami dah ready di Tanjung Limbung. Kaunter pun tak buka lagi. Dalam 8.30 derang buka terus check in. Kat sini lain sket. Dapat pengesahan dari Kastam. Dalam tu ada la butiran kereta kita. Nombor chasis apa semua.



Lps tu dalam jam 9.00 dah buleh q utk masuk.
Kereta kena berhenti dulu untuk check kastam. Kastam minta buka bonet. Tapi, takde check apa sangat pun. Pegawai kastam tu tanya duk berapa lama di Langkawi and ada beli rokok tak. Lepas tu dia tgk segala resit. Ayah Rizq yang uruskan. Rokok memang tak beli, pastu segala resit aiols dah compile bebaik dalam satu folder. So, dia tgk itu pun, dia dah tak kesah kot sbb dia tgk dokumen kita pun lengkap.
Lps check kastam, orang Roro akan susun kereta kita kat luar sblm masuk feri.

Then, buleh la masuk.
Cuma, masa ni lah. Agak kelam kabut.
Ada satu bas ni dia bawa penumpang bas sekali naik feri tu. Rombongan lah ni. Makanya, penumpang ni dah bertempiaran masuk utk berebut tempat kat atas. Jadi, kita yang dalam kereta, tgh nak masuk dalam feri pun risau juga. Nanti takde tempat pulak. Tahu lah satu bas dah berapa orang kan. Makcik2 ni dah berebut dah naik. Pastu kelam kabut hingar bingar dalam tempat penumpang tu.

Dalam feri - tak selesa - kerusi pun macam dah lama. Ada aircond yang leaking - depa just lapik dengan plastik hitam pada 2 kerusi yang kena leaking tu. So, situ dah takde orang duduk. Rugi tempat. Pastu dalam feri agak gelap. Berbau. Aircond tak rasa sbb orang asyik buka dan tutup pintu (pintu dia tak macam Langkawi Auto which pintu Langkawi Auto, ko tolak je dia akan bedebum tertutup sendiri. Pintu Roro ni slide. Kita tutup pun, ada je yg buka, pastu biarkan). 
Tingkap pun buleh buka. Pastu paling tak tahan, sepanjang 2 jam kau akan menghidu bau asap rokok dari luar. Ya. Tanpa gagal selama 2 jam. Boleh bayang? Aircond tak rasa, bau rokok, orang ramai, bebudak berlari. Mendapat lah pakej rengsa sepanjang jalan ditambah Rizq yang nak tido pun tak selesa sbb panas.

Kalau duduk luar - pun tak se best Langkawi Auto. 
Nak lagi best, yang nampak tak mengutamakan safety, adalah masa nak keluar, kami yang bawa kereta dah ready utk keluar. Memasing dah start kereta. Boleh pulak masa ni rombongan naik bas pun berpusu-pusu keluar berjalan kaki sekali dengan kereta yang keluar which aku rasa sangat bahaya sbb kalau kereta tu ter babas ke apa ke. Dah la licin kan lantai nak keluar tu. Staff pun tgk gitu ja.
No. I'll not choose Ro-Ro in the future. Sekian.
Adalah lebih baik kau naik feri yang memangnya khas utk penumpang sbb sejam je perjalanan. Dah tentu fully aircond. Takde bebudak berlari naik turun tangga. Orang tak boleh merokok. Selesa. Nak tido ke apa pun rilek je.
Aku memang tak sabar je rasa nak sampai. Memang menyampah giler aku untuk perjalanan balik ni. Jahanam mood serta merta!

(tapi, Roro ni ada 2 buah yang gerak sekali. Sbb masa tu kami dah gerak, tapi bas office kami naik feri kedua. Mungkin feri yang tu elok sket kot. Yang kami naik ni memang nampak cam feri lama).

Jadi, itu lah pengalaman bawa kereta ke Langkawi.
Nak bawa lagi?
Rasa nya tak.
Kalau naik flight - jam 10.00 pagi dari Langkawi, paling2 jam 3.00 petang kita dah sampai rumah dah. Takde letih drive apa semua. Naik kereta ni, jam 10.00 naik feri, jam 8.00 malam baru sampai kampung di Perak. Tu Perak. Nak sampai KL - mau kul 1, 2 pagi. Jammed lagi sbb hari cuti. Phew. 

Idok la temannn..
So, aiols tak recommended. Melainkan korang ada 3 points kat atas tu
- bawa kereta cc kecik.
- lebih dari 3 malam.
- dari Penang, Kedah, Perlis.
Yang lelain tu, fikir naik flight je lah. Badan tak penat. Harga pun lebih kurang sama. Nak beli barang pun bukan buleh byk sangat pun sampai nak bawa kereta bagai. Takat2 vision n correlle tu, usung je lah naik flight. Haha.
Info cukai di Langkawi :
kredit : Here
Lagi info berkaitan cukai : kastam

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign