Bukan tak sempat la. Tapi cam... entah.. malas kot. Eh. Tak kuasa lah nak gi jalan TAR dan sewaktunya tu. Nak carik apa. Orang pun ramai nau.
Jadi, mari lah kita pergi after orang dah habis shopping.
Heaven uols. Walau ada je orang lagi. Ai suspect, orang KL plak yang keluar membeli.
Kami ke Sogo hari raya ke5. Memang ambik cuti. Saja nak lepak rumah balik dari kampung. Tapi, bila dah keluar. Membawa lah dari tghari sampai ke petang. Tssk.
Tujuan utama ke Sogo nak carik tikar getah yang berspan tu. Apa ke namanya entah.
Dulu pernah beli kat kedai orang arab jual karpet segala kt Tesco tu.
Tak elok. Nipis. Cepat kotor.
1st time beli dulu mmg beli kat Sogo. Mmg elok pun. Senang cuci, senang kering.
So, nak beli kat Sogo.
Tapi, dari beli itu, jadi terbeli menda lain.
Tapi, mmg nak beli langsir pun. Lama dah nak beli atau buat.
Malas lah nak pi Nilai, tempah apa semua.
Beli je lah dah siap nih.
Masih ada sale.
Pastu terbeli plak lapik pinggan. Cam cantik je kan.
Kami parking di Maju Junction.
Kat situ dah ada Parkson yer.
Baru buka 1 Julai.
Parking kat bawah, terus sampai ke Parkson.
Ada sale sini. Barang jual longgok2 ja.
Tapi murah uols.
Yang penting ada correlle n corningware.
*pitam*
Pastu myDH kata dah, jom ke Sogo dulu.
Kat Sogo, beli apa semua nak tu, pergi makan. Then, tgk macam tak ramai, terus buat kad Sogo.
Iyer uols, berbelas tahun duk KL, tak pernah ada kad Sogo. Uols berapa ratus dah dapat rebate kan. Malas nak buat, sbb jarang ke Sogo tu. Macam packed sgt lah. Tapi, kalau sesekali pergi harus beli menda yang agak pricey. So, buat lah. Lagipun free ja. 2 tahun. Pastu masa pusing utk dapat mystery gift, dapat kat 500points. Bagus.
Seterusnya balik ke Maju Junction.
Patah balik tgk Correlle. Ngeh ngeh ngeh.
Skrg tgh cleareance stock kot corak Rosetta
Kat Sogo pun ada jual jugak longgok2.
Tapi, kat Parkson ni, bukan je Correlle. Corningware 3 beradik stove top tu pun ada.
Nanges di bucu katil ni konsepnya. Bertingkat2 lagi kotak2 nya.
Kalau ikut hati tak berapa waras ni mahu dibeli.
Kalau ikut hati tak berapa waras ni mahu dibeli.
Mujo lah myDH kata "nak buat apa lagi? kan dah ada"
Ye lah. Waras kembali lah. Tak beli lah.
Murah la hai dari aku beli online tu ari.
Yang nyaris2 aku rasa macam tertipu tu.
Ate mana daknya. Bayo dah la penuh, pastu kejap kata menda tu ada kat Shah Alam lah, pastu bila kita nak ambik, dia kata ada kat Kelantan pulak. Masa tu udah la banjir kat Kelantan dia kata tak buleh pos. Masalah banjir. Aku dah risau2 dah. Pitam lah kena tipu kan. Tapi, mujur sampai dengan selamat. Phew.
Tapi, takde la design Shadow Iris. Eh ada. Mug. Yang lelain takde.
Aku nak piring bujur untuk letak siakap stim.
So, terjebak lah membeli piring bujur saiz besar, piring letak ikan goreng (kecik nau, seko ikan kembung buleh la), pastu mangkuk letak kari ayam ke gulai ke. Satu lagi piring kecik letak sambal belacan. Haha. Itu je lah 4 bijik yang dibeli. Corak rosetta tu lah.
MyDH kata kalau tak beli kang, tak buleh tido plak (-_-")
Dah bercampur aduk dah correlle haku. Dengan bakeware yang beli kat Perth tu entah design apa.
Tu lah.
Memang la nak sama seragamkan dengan shadow iris. Tapi, si shadow iris ni mmg susah nak carik kat mall mall sini. Masa beli set dinnerware iris nih, mmg member aku ambik dari luar. Tu yang susah tu.
Tapi takpe lah.
Asal dia petak pun okay lah. Tapi bowl tu takde petak. Set rosetta patut ada bowl petak. Belasah je lah.
Kat Parkson pun aku buat kad. Heehee.
Tapi, parkson ni still buleh guna Bonuslink. Aku dah lama ada bonuslink. Cumanya jarang dapat point sbb takde tempat yang buleh nak dapat point. Isi minyak kat Shell pun jarang.
Tapi, parkson ni still buleh guna Bonuslink. Aku dah lama ada bonuslink. Cumanya jarang dapat point sbb takde tempat yang buleh nak dapat point. Isi minyak kat Shell pun jarang.
Masa pergi buat kad tu, orang customer service tu kata, nanti kat Maju Junction ni Parkson dia ada supermarket. Kira dia nak buat cam Jusco lah. Jusco pun ada dekat situ sekarang ni. Kat Quill Mall tu. Aku suka lagi supermarket Jusco Quill Mall sbb dia cam supermarket kat luar negara plak. Heehee.
Okay lah kan. Sekarang ni tgh nak refurbished (eh, refurbished ke refurnished?) KSU sbb dah 3 tahun dah duk kat KSU. Tapi bukan lah tukar perabot bagai. Kira cam yang soft furnishing je lah.
Err... Rasa cam nak let go coffee table jugak. Nanti nak iklan kat mudah. Cam menyesal pun ada beli coffee table nih. Memang menyemak je rasanya. Ada sesapa nak beli? Huhuhuhu.
Terima kasih atas komen anda :)