Pages

Showing posts with label KSU Deco. Show all posts
Showing posts with label KSU Deco. Show all posts

3 September 2021

Lebihan Bayaran Balik LHDN 2020 : Curtain

Baru I perasan. Rupanya I takde buat any post tahun 2021 ni.
Last post pasal vacuum.
Ingat ada story pasal birthday Rizq. Tkde rupanya.

Tkpe. Nanti I post jugak. Memori tu kan.

So, meh citer dulu apa yg beli lps dpt claim income tax tahun 2020 tu ari. Sbb last year I beli vacuum cleaner kan. Robot vacuum n cordless vacuum. Smpai skrg pun masih guna. I puas hati je. Baca kt group FB, depa kata cordless mcm tu tak power lah apa lah. Lantak. I guna ok je. Sbb bukan guna utk heavy duty. Rumah pun guna vinyl floor. So, tak susah menyapu, tak susah mengemop dan tak susah menghampagas. Hahaha. Lagi pun I guna bersama robot vacuum. Mmg kebersihan maksima lah. 

Tahun ni, dpt rebate income tax tu, I beli curtain. Setelah sekian lama tak berganti curtain. Haha. Oleh kerana I puas hati dgn service MK Curtain, I amik kt situ jugak lah. Bawa saja ukuran lama tu ke kedai depa. Tkyah depa nak dtg ukur kt rumah musim2 Covid ni kan. I tempah masa bulan 3 tak silap. Masa tu belum PKP lockdown 2.0 tu lagi. Seminggu siap. I pi kat branch dia kt Ampang. Senang. Pilih2 fabrik, bayar. Nati mggu depannya dia call suh amik. Dah siap. Pastu pasang la sendiri. 

[I duk tgk kt FB semula nak carik gambar langsir tu. Tkde rupanya. Rasa penah upload. Kt WA status barangkali. So, takde lah gambar langsir nya. Tu malas tu nak tulis blog ni. Gambar dlm fon, nk transfer pulak 1 hal jugak]

So, recommended lah kalau chuols nak buat langsir kt MK Curtain ni. Kalau 1st time, uols panggil je dia mai umah ukur. Nanti simpan ukuran tu. Next time nak buat lain, bawa je gi kedai dia ukuran tu. Harga dia berpadanan lah dgn fabric dia. Ai buat utk sliding door (blackout curtain) dan langsir utk 3 bilik. Harga total dalam 2k. Day curtain I tak buat dah sbb dah ada.

22 June 2018

Saya Nak Jadi Minimalis!

Wah giteww.. Tetiba keluar statement nak jadi minimalist.
Tapi, apa sebenarnya minimalis ni?
Boleh google lah apa sebenarnya.
Tapi, kalau kita nak minimalis lifestyle - dia ada bermacam cara.
Aiols takde lah nak minimalis kan semua gaya hidup aiols. Kalau yg tu sampai nak sort kengkawan lah apa lah. Eh.. takde lah sampai gitu sekali.

Aiols nak fokuskan pada rumah. Dan juga office (workstation).

40 tahun hidup - aiols dah rasa rungsing sbb betapa banyak  nya barang di sekeliling aiols ni. Kat rumah tu, 100x kemas dan buang pun, banyak lagi barang. 
Dan kalau pasal menyimpan barang ni, dia ada term khas utk orang2 gini - hoarder.
Ya - itu sebenarnya "penyakit". Macam OCD tu lah.
Aiols macam kena mengaku aiols ada sedikit simptom hoarder tu.
Simpan segala mak nenek resit lah, resit atm lah. Itu ini. Konon ada sentimental value.
Hujung2 sebenarnya - semua tu menyemak je.

Aiols pernah baca artikel pasal hoarder ni. Dia citer kakak dia ada hoarder. Simpan segala buku dari tadika apa bagai. Sekali kakak dia tetiba meninggal. Yang tinggal ni lah kena mengemas segala macam barang dia. Aiols pun cam terfikir jugak menda ni. Nanti meninggal, mengarut2 je menda orang jumpa. Buat susahkan orang nak kemas je. Kang mudah kalau kita jadi minimalist. Sikit je menda nak kena kemas. Simple.

Nak tgk korang hoarder ke tak - try buat kuiz ni - aiols da buat - ya.. ada lah hoarder jugak. Haha. Link {https://psychcentral.com/quizzes/hoarding-quiz/}

So, meh kita tgk cemna nak mula jadi minimalis ni (ada kursus okeh nak jadi minimalis nih. Tapi, aiols takde la nak sampai ke tahap itu. Kang abis semua menda aiols buang kang).
Ada pakar minimalis ni kata - buat 90/90 rule. Makna, 90 hari pertama tu tgk kalau kita tak pakai/guna barang tu - 90 hari berikutnya kita boleh consider utk dispose. Tapi... mana bleh gitu kan. Tupperware aiols tu - takkan nak let go kot. Haha.

kredit : https://bemorewithless.com/begin/
Paling susah nak buat utk orang yang ada "hoarder" then nak jadi minimalist ni adalah declutter. Yup. Bukan mudah. Kemas kemas then rasa ada berguna lagi menda2 tu. Padahal takde pun. Simpan lagi. Next time kemas, menda tu keluar lagi - simpan lagi dan keep repeat sampai lah bebila. Nak declutter ni pun ada bermacam method. Contoh kat web ni - method utk declutter
Kira menda ni serious lah. Ada method segala. Kau ingat bleh sesenang gitu je kemas. Salah satu method yang aiols rasa boleh digunakan adalah ini. Method kotak. Letak 4 kotak. Kalau taknak serabut kotak boleh gak letak plastik hitam.

Basics: Set up four boxes in a room and label them: Put away, Give away, Throw away, and Undecided. Pick up clutter in the room and place it into one of the four boxes, and then process each box according to the name. This version allows for some flexibility by using the Undecided box if you’re not sure what to do with a particular item yet. Another variation of this method without the Undecided box can be found from Joshua Becker on Becoming Minimalist.

Selainnya boleh follow Joshua n Ryan ni. Web depa - The Minimalist

Ini sesuatu yang serious.
40 tahun hidup dengan pelbagai jenis barang (yang tak digunakan).
Inilah masanya untuk kita berubah.
Kita namakan dia #misiminimalismakRizq dan juga #misiminimalis2019
Sebab apa tahun 2019?
Sebab ada 6 bulan lagi di tahun 2018 ni utk kita prepare utk jadi minimalis.
Kira masuk tahun 2019 tu dah cam taraaa... tgk rumah aiols, dah minimalis dah.
Kita tgk, berjaya atau tidak.
Tunggguuuu....

11 August 2015

Misi Mencari Roman Blinds

Pitam tau nak mencari ganti blind ni.
Padan lah muka kan. Nak sangat guna 'window dressing'.
Lepas tu, nak buat ganti2 dah taktau mana entah nak carik.
Ada takde pun kat kedai yang beli dulu lah.
Kami beli di kedai Baagus.
So, after 3 years (pitam lah dah 3 tahun tak ganti), baru nak carik lain.
Dia mudah je sebenarnya since dia pakai "zap on" je lekat kat railing/roller dia tu.
Tapi, bukan mudah nak ikat balik kat gegelung dia. Silap ikat kang lansung tak buleh tarik.
Nak tukar buh langsir biasa dah renyah lah sbb railing dia dah termelekat dah kat situ.
Macam satu hal plak if nak buka.
Takpe lah. Guna je lah roman blind ni sampai bebila.
Roman blind beza ya dengan roller blind.

Roller blind begini.
Dia satu line je. Biasa macam kat ofis punya tu.
Tapi, biasa nya cepat rosak. Stuck. Samada tak buleh nak turun kan atau naikkan.

Roman blind

Roman blind dia buleh jadi berlapis lapis.
Sbb tu lah dia macam renyah bila nak ganti.
Silap pasang semula, mau dia jadi roller blind je kang.

Misi mencari bermula.
Satu tempat je lah yang aku harapkan iaitu di Baagus.
Tapi, tu lah. Tak byk pilihan. Yang cam itu jugak lah.
Kalau buleh nak yang kita carik kain, then jahit then pasang.
Ewah. Byk hal kan.
Ada sesapa pandai jahit roman blind?
Ai nak tempah. :)

27 July 2015

Shopping Di Hari Raya Ke 5


Ha... ini cerita last week.
Sebelum raya dan masa bulan puasa tak sempat nak jejak area2 ni.
Bukan tak sempat la. Tapi cam... entah.. malas kot. Eh. Tak kuasa lah nak gi jalan TAR dan sewaktunya tu. Nak carik apa. Orang pun ramai nau.

Jadi, mari lah kita pergi after orang dah habis shopping.
Heaven uols. Walau ada je orang lagi. Ai suspect, orang KL plak yang keluar membeli.
Kami ke Sogo hari raya ke5. Memang ambik cuti. Saja nak lepak rumah balik dari kampung. Tapi, bila dah keluar. Membawa lah dari tghari sampai ke petang. Tssk.

Tujuan utama ke Sogo nak carik tikar getah yang berspan tu. Apa ke namanya entah.
Dulu pernah beli kat kedai orang arab jual karpet segala kt Tesco tu.
Tak elok. Nipis. Cepat kotor.

1st time beli dulu mmg beli kat Sogo. Mmg elok pun. Senang cuci, senang kering.
So, nak beli kat Sogo.
Tapi, dari beli itu, jadi terbeli menda lain.
Tapi, mmg nak beli langsir pun. Lama dah nak beli atau buat.
Malas lah nak pi Nilai, tempah apa semua.
Beli je lah dah siap nih.
Masih ada sale.
Pastu terbeli plak lapik pinggan. Cam cantik je kan.

Kami parking di Maju Junction.
Kat situ dah ada Parkson yer.
Baru buka 1 Julai.

Parking kat bawah, terus sampai ke Parkson.
Ada sale sini. Barang jual longgok2 ja.
Tapi murah uols.
Yang penting ada correlle n corningware.

*pitam*

Pastu myDH kata dah, jom ke Sogo dulu.
Kat Sogo, beli apa semua nak tu, pergi makan. Then, tgk macam tak ramai, terus buat kad Sogo. 
Iyer uols, berbelas tahun duk KL, tak pernah ada kad Sogo. Uols berapa ratus dah dapat rebate kan. Malas nak buat, sbb jarang ke Sogo tu. Macam packed sgt lah. Tapi, kalau sesekali pergi harus beli menda yang agak pricey. So, buat lah. Lagipun free ja. 2 tahun. Pastu masa pusing utk dapat mystery gift, dapat kat 500points. Bagus.

Seterusnya balik ke Maju Junction.
Patah balik tgk Correlle. Ngeh ngeh ngeh.
Skrg tgh cleareance stock kot corak Rosetta
Kat Sogo pun ada jual jugak longgok2.

Tapi, kat Parkson ni, bukan je Correlle. Corningware 3 beradik stove top tu pun ada.

Nanges di bucu katil ni konsepnya. Bertingkat2 lagi kotak2 nya.
Kalau ikut hati tak berapa waras ni mahu dibeli.
Mujo lah myDH kata "nak buat apa lagi? kan dah ada"
Ye lah. Waras kembali lah. Tak beli lah.

Murah la hai dari aku beli online tu ari.
Yang nyaris2 aku rasa macam tertipu tu.
Ate mana daknya. Bayo dah la penuh, pastu kejap kata menda tu ada kat Shah Alam lah, pastu bila kita nak ambik, dia kata ada kat Kelantan pulak. Masa tu udah la banjir kat Kelantan dia kata tak buleh pos. Masalah banjir. Aku dah risau2 dah. Pitam lah kena tipu kan. Tapi, mujur sampai dengan selamat. Phew.

Tapi, takde la design Shadow Iris. Eh ada. Mug. Yang lelain takde.

Aku nak piring bujur untuk letak siakap stim. 
So, terjebak lah membeli piring bujur saiz besar, piring letak ikan goreng (kecik nau, seko ikan kembung buleh la), pastu mangkuk letak kari ayam ke gulai ke. Satu lagi piring kecik letak sambal belacan. Haha. Itu je lah 4 bijik yang dibeli. Corak rosetta tu lah.
MyDH kata kalau tak beli kang, tak buleh tido plak (-_-")

Dah bercampur aduk dah correlle haku. Dengan bakeware yang beli kat Perth tu entah design apa.
Tu lah.
Memang la nak sama seragamkan dengan shadow iris. Tapi, si shadow iris ni mmg susah nak carik kat mall mall sini. Masa beli set dinnerware iris nih, mmg member aku ambik dari luar. Tu yang susah tu.

Tapi takpe lah.
Asal dia petak pun okay lah. Tapi bowl tu takde petak. Set rosetta patut ada bowl petak. Belasah je lah. 

Kat Parkson pun aku buat kad. Heehee.
Tapi, parkson ni still buleh guna Bonuslink. Aku dah lama ada bonuslink. Cumanya jarang dapat point sbb takde tempat yang buleh nak dapat point. Isi minyak kat Shell pun jarang.
Masa pergi buat kad tu, orang customer service tu kata, nanti kat Maju Junction ni Parkson dia ada supermarket. Kira dia nak buat cam Jusco lah. Jusco pun ada dekat situ sekarang ni. Kat Quill Mall tu. Aku suka lagi supermarket Jusco Quill Mall sbb dia cam supermarket kat luar negara plak. Heehee.

Okay lah kan. Sekarang ni tgh nak refurbished (eh, refurbished ke refurnished?) KSU sbb dah 3 tahun dah duk kat KSU. Tapi bukan lah tukar perabot bagai. Kira cam yang soft furnishing je lah. 
Err... Rasa cam nak let go coffee table jugak. Nanti nak iklan kat mudah. Cam menyesal pun ada beli coffee table nih. Memang menyemak je rasanya. Ada sesapa nak beli? Huhuhuhu.

26 November 2014

Misi Mencari Shelf di IKEA

Tengah tahun dulu aku ada heboh nak carik shelf [Link : Misi Mencari Rak Di Dapur]
Lama berlalu. Takde kesempatan nak carik.

So, bebaru ni baru lah nak carik balik.
Sebab aku dah sakit mata.
Aku dah menyampah tgk barang2 macam tak tersusun.
Rimas!

So, riki2 kat IKEA. Tgk kat web dia dulu.
Jumpa lah yang berkenan.
Pergi lah ke IKEA hari Sabtu lepas. Lama giler aku dah tak pergi Ikea ni. Last kalau tak silap aku, masa gi ngan dak Zana n dak Eida. Berapa tahun dah tu. 2 tahun ada kot. Ha..mmg myDH tak suka pergi situ. Sbb malas nak carik parking apa semua kan. Kalau ada bebetul ada menda nak beli, baru buleh pegi. Kalau takat sesaja nak eh, jom gi Ikea. Mmg tak akan.
Subuh buta dah pergi. Haha.

Ye lah, pergi lambat kang rungsing nak carik parking. Pukul 10 pagi dah sampai Ikea. Mihhihi.
Tapi, minggu tu orang tak berapa ramai lah.

Orang ramai pergi karnival upin ipin tu kot. Tak pun MAHA.


Breakfast dulu. Pastu terus carik barang.
Selain shelf, aku mmg nak beli quilt cover.
Aku tak pasti lah kat mana tempat lain nak beli quilt cover ni. Aku mmg beli dari Ikea je sebelum nih. Macam bedsheet, aku juga giler membeli quilt cover. Aku mmg giler beli bedsheet, giler beli quilt, dan towel. Haha. Aku tak buleh tgk menda2 ni. Kalau tgk, mmg aku akan beli. Mmg berlambak dah bed sheet, tp aku rasa macam tak banyak je lagi. Bila nak tukar cadar tu rasa cam eh, ni kan baru je tukar. Mula la rasa cam dah takde je cadar. Gitu lah.

Quilt cover dapat. Tapi, shelf tak dapat. Abis stock.
Mencik lah. 
Ada satu shelf tu (book shelf sebenarnya), next week baru smpai stok.
Murah kot. RM59. Mmg cepat la orang sapu.

Keluar pepagi, tapi tak dapat apa nak. Sedih.
Eh. Ada la. Quilt cover tu kan. Dengan senduk. Dengan alas kaki 4hinggit semilanposen. Haha.


Pastu terus ajak myDH ke Tesco je. Carik shelf kat situ je lah.
Pun takde. Tup2 ternampak shelf yang macam biasanya letak kat stor.
Ha.. lantak.. boleh la kot.
Namanya 5-tier commodity shelf.
Harga RM99.90. Tgk kat tag dia, harga sebelum dalam seratus lebih. T.A.H.I - tah iyer, tah idak. (sapa tgk MLM tahu lah ni).

Ah. Boleh la. Malas nak carik lagi.
Tak tahan dah sakit mata tgk  barang sket sana, sket sini.

Pasang pasang.
Tgk eh, just nice je size "depth" shelf ni dgn lebar dinding.
Walau nampak macam shelf kt stor. Tapi, lantak ah.
Bagus eh. Suka suka.

Terus mengemas dapur.
Wah. Suka. Tp kat dalam gambar ni, gambar pertama kali aku kemas. Lepas pada tu, aku angkat-ubah-letak-angkat-ubah-letak barang2 atas tu berkali kali. Mmg dah lain dah. Ni pun rasa tak puas lagi ni. Nak ubah lagi nih. Haha.

Tapi, shelf ni jadi solusi kepada susunan barang di dapur gak lah. Microwave dapat letak kat table top cabinet (sebelum ni letak dalam kabinet je).
Rice cooker pun dapat duduk atas table top (sebelum ni merepek letak smpai kat meja makan ruang tamu).
Buleh simpan segala slow juicer dalam kabinet.
80% puas hati.
20% tu lagi menyampah sbb banyak sgt barang.
Tapi, takpe, pelan pelan re organize balik. Tapi, koleksi Tupperware aku tak semua letak kat atas shelf tu. Tu yg mmg aku guna seharian. Yang bekas kosong, ada satu cabinet je penuh dgn dia.

Oh ya, dulu pun aku pernah story pasal masalah penstoran [link : masalah penstoran]
Tu la barang melambak sgt dalam rumah ni.
Tapi, itu pun dah dapat solusi nya. Tpi blum di ciwi kan dalam blog nih. Nenanti lah ai story kan.

27 August 2014

Misi Mencari Kipas Siling

Haiyo. Baru 2 tahun ma... sudah kena tukar.
Grrr...

Kipas ruang tamu tu lah. Aku tak pakai air-cond kat ruang tamu. Jimat kos. Muahaha. Tak yah la kan. Guna kipas sudehhh... Lagipun aku pakai dua kipas. Satu belah tgk tv, satu kat meja makan.

Jadi, kipas yg belah tgk tv tu buat hal.
Tu lah. Beli lagi kipas yg bagai-bagai kan.
Yg flower bloom bagai kan.
Alah, yg lebih kurang camni lah.

Bila kita off, dia kuncup.
Bila on, dia kembang.
Ada lampu jugak.
Memula mmg la best. Cantik kemain kan. Bole kembang kuncup.
Sekarangggg.. pasang no. 4 pun macam no. 0.5 je speed nya.
Siap buleh napak bilah berpusing oke.




Jadi, sudah menimbulkan ke-rengsa-an pada penghuninya.
Terpaksa la carik kipas baru.
Eiii..
Geram tau. Geram.

Terpaksa buat misi mencari kipas pulak.

Dari Batu Caves smpai ke Jalan Kuching. Takkan sebijik kipas punya pasal nak pergi kedai lampu murah kat Puchong tu kan. Aku beli kipas bunga kembang kuncup tu pun kat Puchong la pun. Tapi, masa tu beli segala semua lampu sebelum renovate rumah. Berbaloi la pergi jauh2 tu. Ni nak beli seketoi. Dedekat sudeh.
Ada satu kedai kat area Tesco Selayang tu. CIMA ke apa ntah namanya.
Tgh buat sale.

Beli kat situ lah. Kipas biasa. Takde kembang kuncup. Katanya design tahun 2014.
Warranty motor 3 tahun.
Masa dia try on kat kedai tu cam laju gak lah. 
Best.
Panggil orang kedai tu jugak tukar kipas lama dan pasang kan yg baru nih. Upah RM45.
Heharap oke lah hendaknya. Tak kuasa lah kan acapkali nak tukar kipas je.
Tapi takpe. Kedai nya dkt dgn rumah. If rosak, orang kedai tu kata call je kedai.

p/s : Hari ni ngan semalam patut aku pergi kursus kat Putrajaya. Tp semalam terpaksa MC. Sakit perut serius smpai kena amik ubat kat doktor. Kena "cirbir" pulak. Aish. Ni ari pun rasa meletup2 lagi perut, so, myDH kata takyah pergi.. pergi kerja je. Kang satu hal pulak duk kuar masuk bilik kursus kan.

15 May 2014

Balcony Garden

Tetiba.
Asalnya bila tgk gmbr ni kat instagram Perfect Livin
Lepas tu rasa cam eh, bes jugak kalau dapat buat garden.
Begini ke.
kredit : Here
 Begini ke.
kredit : Here

Ewah. Cam balkoni kau tu besau benau kan.
Udah la sesekangkang semut cuma.
Udah la kecik, dia terus simen (biasa kan balkoni ada palang2 tu).
One part, mmg selamat sebenarnya sbb kalau palang palang je tu cam gayat pulak kan.
Tapi tu lah. Tak leh fefeling nak duduk2 minum kopi sambil tgk orang mandi kolam sbb kalau buh meja, duduk kat kerus, mmg tak napak bawah.

Jadi, ku rasa, ku nak buat small garden lah.
Dalam pikiran nak buh english herb.
Cewah!
Ye ye o je lah kau ni puanstoberi.

Eh.
Skrg ni pun ada kaktus tau. Beli kat cameron tahun 2011 dulu. Ada hidup lagi.
Ni nak pergi lagi, nak beli lagi.
Pastu nak beli pokok2.
Pastu nak beli pokok stoberi.

Kuikuikuikui.

Baik.
I nak study lagi pasal balcony garden ni.
At least dapat buat cam gmbr atas skali ngan tangga tu pun cun.
Buh kaktus kan. Wiii... suka lah!

Tapi, tak menyemak rumah ke?
Rajin ke nak bela??? (-_-")

And one big thing.
Mana nak jemur kain?? Huwaaa... yard yg sekangkang semut tu pun dah penuh gak.
Mencik betol lah!

14 May 2014

Menjual Barang Preloved / Preowned

Ini kisah Ahad lepas.
Berangkut angkut menjual barang2 yang tak diperlukan dah.
Atau nak sedap kita panggil 'pre-loved'. Gitu.

Best jugak jual barang2 pre-loved ni kan. Dulu aku tak pernah pikir nak jual. Malah segan. Sbb aku rasa cam ada ke orang nak beli barang terpakai nih. Bukan la aku nak jual yg buruk pun, yg masih baru pun aku rasa cam segan sgt. Takkan la nak jual barang buruk. Ko nih... 
Bermula dengan menjual baju batik yg dpt sambutan. Hihi. Siap ada yg kata, kalau ada lagi, tolong bagitahu. Huhu. Ada tu ada, tapi kang aku lak yg kurang baju batik. Camno?
Tapi, ada jugak tak laku cam baju batik chiffon. Mungkin sbb harganya.
Jadi, tak payah beli baju chiffon pas ni sbb dah la mahal, lps tu nak jual balik takde orang nak sbb harga tu cam boleh je nak beli baju yg lebih cantik dan baru. Kan?

Lps tu, bila almari dah sampai (Ha, nanti I cerita pasal almari custom made ni ya. Besar. Dan puas hati), terus la mengemas bagai nak giler.
Bila almari baru sampai, ada almari perlu di let go.
Maka, kami let go satu almari lama - yang beli masa baru kawen. Almari biasa2 je. Harga tak ingat. Kebetulan dekat dgn rumah ada kedai yg membeli perabot terpakai. So, myDH call orang tu (rasa cam bangla yg run kedai tu) dan suruh dia dtg tengok. Dia dtg tengok je kata nak 20hinggit. Adoi. Nak taknak mmg kita taknak pun kan. So, biaq pi lah 20hinggit. Let go je lah. Terus je bangla tu hangkot turun. 
Settle satu masalah ruang.

Seterusnya. Majalah lama.
Bila post pasal majalah lama - ada yg kata jual je. Ramai pun kata jual je.
Amik masa woh pikir. MyDH lagi la kata - jual je.
Sayang oke.
Banyak giler. Dan berat giler.
In-Trend tu yang sayang bebeno sbb aku tak pernah miss beli setiap bulan.
Every month since Nov 2005. Without fail!
And aku stop bulan Januari 2014. Sbbnya beberapa bulan sebelum tu, aku beli - tapi aku tak baca. Huhu.
Mak aku pun tahu - skrg dah ada internet, takde dah nak baca majalah2 ni. Wah. Kelas mak ai, mengikut peredaran zaman.
Tapi mmg betul pun.

Pikir pikir. Ah, jual je. Termasuk kotak2 dan kertas A4, dan kertas yg di shred. Ha kau, aku siap pinjam mesin shredder opis bawak balik. Kuikuikui.

Jadi, jual.
Hasilnya ini. Majalah tu punya banyak citer dan berat nak 50kg, RM9.50 saja ko amik? Huhu. Sadis. Moralnya, takyah nak jadi pembaca setia sangat.

Lepas tu, Mimi ada tanya pasal sofa yg aku nak let go.

So, terus berurusan ngan Mimi. Begitu begini, kebetulan lak umah dia dekat je dari KSU tu - dan dia ada van. Senang keroje. 
Harga - rahsia! kan Mimi kan. Hikhik. Mekasih ya Mi, sudi beli sofa titew. Hikhik
Jadi, sekarang, bergelimpang lah kami laki bini depan tv.

Lepas tu mula la rasa cam eh, oke lah kalau camni je.
Beli bean bag 2 bijik, pastu kerusi jejari tu kan. Mmg 'chara'.
Rasa cam nak mintak balik deposit sofa yg dah booking tu (cea, bagitau ada beli sofa baru la pulak. Kuikuikui).

Bes jugak jual jual nih.
Apa lagi yea nak jual???? 

6 May 2014

Misi Mencari Rak Di Dapur

Ada ada je kan aku ni.
Now nak carik rak lagi.
Tu hari nak carik rak letak kat bilik. Yang aku buat entry masalah penstoran tu

Rak di cari, lain yg dapat bila pergi Perfect Living.
Ada diceritakan di sini.
Hurm. Dah sebulan lebih tak sampai2 lagi ni.
Pacitaaaaa?? Ke nak tunggu aku menyinga dulu. Haih.
Dah siap pun, tapi bila suruh hantar hari Sabtu, ada je alasan. Lori takde lah apa lah. Eh. Sebijik je ke lori kau? Tu hari aku dah kata, rumah aku tu tak boleh hantar hari Ahad/Public Holiday. Pastu kena waktu bekerja sahaja. Dia duk kata boleh boleh. Now?? Menyusahkan betul. Tunggu la.. aku emel kat Perfect Living baru kau tahu. Dah tak boleh masuk pameran dia nanti.

Oke. Oke. Rilek. Kau ni, asyik nak menyinga je kerja nya dah kenapa? PMS kah?

Now, misi lain pulak.
Nak carik rak macam ni.
(Disclaimer - semua gambar dari google bila taip 'kitchen rack' / 'wire rack' / 'ikea softwood shelf' )

Yang ni bes, tapi tak tahu lah muat atau tidak ruang yang aku nak letak tu.
Aku ni memacam menda aku nak beli, tak sedar ruang dapur tu sekangkang semut cuma. Berangan macam rumah banglo 2 tingkat kekdahnya.


Ini pun bes jugak. Dan comel pulak tu. Tapi aku rasa tak tahan beban berat ni.

Ha, ni paling sesuai. Kalau jumpa yang ni mmg aku terus beli. Nak sangat. Sangat.
Tapi kat mana nak carik.
Nampak web dia macam kat cina je.

Ni mmg sebijik cara aku nak letak.
Sebelah peti ais.
Lps tu pulak muat microwave. Sekarang ni microwave aku aku buh dalam kabinet sbb takde ruang dan oleh itu, mmg aku tak guna langsung dah la microwave tu. Mujo orang bagi (hadiah kawen), kalau beli sendiri, dah lama aku jual. Haha.


Tapi, kalau tak jumpa cam atas tu, yang gini pun oke lah.
Ni aku tahu kat mana nak carik.
Ikea je.
Namanya GORM - shelving unit, softwood.
Cumanya, tahan lama ke softwood ni. Nak letak kat dapur pulak tu kan.
Kena carik tahan lasak sket lah.

Takpe. Kita carik yg steel rack dulu.
Lps tu kalau dah terpaksa sgt - amik je lah yg IKEA punya tu.
Mmg masalah penstoran betul haku ni.

Geram je rasa.
Dah buang2 pun, still banyak.

Ni almari aku bila nak sampai ni Pahhhhh.....??

9 April 2014

Wall Sticker : Hasilnya

Tak cukup sebenarnya.
Sepatutnya pokok ni kena rimbun lagi.

Kena beli lagi sepokok ni. 
Tapi, yg takde sangkar burung bagai lah.

Kalau perhati nampak cam putus ranting bawah tu.
Nak buh frame nampak ala2 gantung tu, kena rimbun kan lagi.
Baek. Nati kita carik. Tu hari pergi Perfect Livin - tak sempat nak carik.

Yang ni plak kat built in wardrobe.

Tempek kan bunga tulip. Baru nampak 'segar'.
Cewah.
Cuma tak cukup se pintu lagi. So, nanti nak carik lagi lah nampaknya.

Bes jugak main lekat2 ni.
Tapi, takmo la kalerful sangat.
Kang jadi seperti tadika. Miahahaha.

Ada yg bagitahu, nanti jangan tekap dengan tisu kalau ada gelembung2, sbb nati tisu melekat dengan gam sticker tu - tapi, ku buat - takyah tekap ngan tisu pun sbb dia mmg terus melekat la. 

Ada yg tanya - ada gelembung2 tak?
Jawapannya - tiada langsung. Ini senang punya sticker.

Kalau tak jadi, bukak saja - dan lekat semula.
Easy ma... very d easy one.
No gelembung2 - no stick2 - bersihkan sket wall tu tmpt nak lekat - then lekat lah - takde masalah gelembung ke, nak guna tisu ke apa nak rata kan. Lekat je cam biasa. Settle. Senang banget. Kalau cam wall wardrobe tu lagi la kacang. Kalau kat dinding ada cat tu pun, boleh gak nak bukak balik. 

I beli kat sini
Tapi, bukan beli online, terus je gi booth dia kat Viva Mall.
Ai ada tgk gak kat Lazada, sama sejibik yg ranting tu - mahal dari aku beli terus kat kedai ni.
So, pergi la kedai derang kalau nak murah oke.

Best.
Ai nak buat lagi untuk bilik air, and kitchen cabinet.
Muahahahah.. harap tidak la nampak seperti tadika :P

p/s : Saya tengah nak clear kan barang dalam rumah spti sofa, tv, almari dan termasuk segala tudung2 Ariani, baju sutera batik dll. Tgh nak carik kedai menjual barangan terpakai. Tak reti sungguh la nak jual barang terpakai ni. Kang ada jugak ku bagi pree je.

27 March 2014

Wall Sticker Idea

Menda ni dah lama dah kan.
Aku pulak baru nak gedik gedik nak buat.
Haha.

Lantak lah. Bukan basi pun idea tu kan.
Being me. Kalau nak tu, jam jam tu jugak lah nak kena carik.
Pening.

Jadi, survey2, ada jual online.
Tapi, kalau terus ke kedai dia, lagi murah.
Terus la ke Viva Home (-_-")

Mujo dkt ngan opis. Balik kerja terus ajak myDH. Pergi oke je. Tak jammed.
Skali balik... hamikkau.. 2 jam smpai ke rumah.
Gilos. Padan muka. Mujo laki aku tak bebising.

Sebenarnya aku nak buat gini
kredit : Here
Atau gini
kredit : Here


Ha. Kau.
Tau kenapa aku tetiba gedik nak buat camni.
Ya betulll.... aku tgk instagram 'Mastura'. Kihkih. Nampak cam cantik je dia buat. Terus gedik nak buat. Tapi entah lah jadi apa nanti agaknya kalau dah buat. Kuikuikui.

Lps tu tgk menda ni cam bes je, beli satu lagi. Nak letak kat built in wardrobe. 
Begini lah kononnya. Tapi ini cantik beno.
Aku beli simple saja.



Kalau cantik, nati nak beli lagi nak letak kat kitchen kabinet pulak. 
Begini ke. Haha. Ni kena tangan art nih. Kang jadi pehapa kang. Kuikuikui.


Tapi mendalah ni tak boleh byk2 sgt tempek. Kang nampak cam umah kap lam ya nga pula. Teeeheeee.

7 March 2014

Masalah Penstoran

Aku rasa aku ada masalah penstoran la kat rumah aku tu.
Bukan rasa. Mmg iyer.
Dek kerana perangai 'sayang barang', kat rumah tu berlonggok barang yg - kalau buang nanti nak guna balik, padahal tak guna pun sampai bebila. Sgt pftttt.... -_-"

Yang dihangkut dari rumah lama - bawa ke rumah sekarang - masih banyak.
Satu lagi penyakit aku - walau barang tu macam pre-loved, aku tak boleh nak jual. Entah ek. Ha, tu mmg penyakit gak tu. Aku tgk orang senang je jual baju, jual tudung pre-loved apa seme. Aku cam ada ke orang nak beli baju kurung camtu. Eh. Ada you... habis baju dia. Padahal biasa2 je kot. Tapi, aku nak buat camtu, masih belum terbuka hati. Nak bagi free ke orang atau bagi ke rumah anak yatim - tu takpe, tapi nak jual tu cam.. masih teragak agak ada ke orang nak beli baju/barang terpakai nih. Tapi rumah anak yatim pun dah tak mo baju baju nih. Umah anak yatim kat kampung aku tu pun, tak mahu dah baju sbb cam lambakan (ye lah..orang hantar baju buruk2..dah jadi tpt longgokan baju lama plak)

Jadi, rumah aku penuh barang!
Yang kadang aku pun sakittt mataaa.. apsal aku tgk rumah orang lain barang dia minima je.
Geram betul aku.

Aku kena gak buang barang2 aku tak guna.
Tapi.. kang bila dah buang tu la baru nak guna.
Masa tu la baru.. la... dah buang baru nak pakai.
Selalu camtu. Kan?

Satu lagi yang memenuhi rumah aku is - buku.
Ya. Buku.
Kegilaan aku pada buku membuatkan berlambak buku2 kat rumah aku.
Tidak tertakluk kepada novel, yang banyak adalah majalah, buku2 kesihatan, buku motivasi, buku agama.

Tu tak masuk album, photobook.
Tu tak masuk ke dapur. Dengan Tupperware, segala mak nenek bekas plastik (which, tu ari aku dah buang bekas yg bukan tupperware - pun masih byk lagi)
Pfttt..
Mmg ada masalah storan aku ni.
Mmg kompom.
Aku kalau boleh nak minima kan barang dalam rumah aku ni. But how... urgh.. problem!

Aku ada follow satu blog ni http://iheartorganizing.blogspot.com/

Bes. Sbb dia salu tunjuk dia nyer cara susun2.
Blog omputih la.

Dan kebetulan latest entry dia pasal rak susun barang.
Yang pada masa yang sama, aku mmg nak carik rak camtu.
Gambar kredit to blog itu lah.


Kemas kan? Suka. Nak carik.

Ikea?
Bukan lah. Ada kedai furniture yang ada rak2 camni, lebih lawa pun ada. Dan yang penting lebih murah dari IKEA. Huhu.
Aku tahu ada satu kedai tu kat KL nih.
Nanti nak pergi.
IKEA tu kadang sudahlah kena pasang sendiri. Nak ngangkut ke mansion atas langit aku tu kang satu hal.
Kedai ni, sesilap terus hantar ke rumah - siap pasang pun boleh (erk, tak muat lif plak kot).

p/s : Aku ada terpikir nak beli bakul rotan kat HKK ni nak isi majalah / novel / buku. Pastu tgk harga - buat aku terpikir - lebih baik aku beli rak cam kat atas tu terus. Lagi kemas...!

16 July 2013

Wall MakeOver By Na [Exclusive by NadiaFarahida]

Oih. Bulan puasa ni cam takde idea nak buat entry.
Jadi, mari kita ber contest.
Lama dah tak ber contest montest nih. Tp kali ni cam rajin. Sbb adiah dia nyum nyum... lazat sekali [eh.. ni contest adiah makan ke apa?]

Ayuh. Jangan byk bunyi, mari kita teruskan acara. Ngeee......
Syarat dia :
1) Like fanpage Wall MakeOver By Na - done!
2) Like fanpage Nadiafarahida - done!
3) Pilih salah satu design kat FB fanpage Wall MakeOver By Na :
That's it :


4) Seterusnya sambungkan ayat ini :

" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

Oke, kerana apa akak nak Nadia pilih rumah akak untuk di makeover kan... Meh akak senaraikan kerananya. Hihi. Banyak ni "kerana" dia ni.

Yang pertama :
Kerana bila akak scroll kat FB Wall MakeOver By Na tu kan, design kat atas tu la yg pertama sekali menarik perhatian akak. Cam cinta pandang pertama kata orang tu. Cuba gak tgk beribu gmbr yg lain, tapi rasanya design bunga Sakura ini jugak lah yang menambat hati. Ingat nak tanya husband dulu suka tak dia design ni. Yelah...mana lah tau, kut2 ter pilih ke kan.. Tapi takyah la.. buat suprise sket kat dia. Mesti dia tanya 'eh, bila awak order ni?' Itu kalau terpilih la kan. Giteww... suprise la kiranya sempena tahun pertama kami di rumah KSU nih. Cea... dan dan suprise kan. Hikhik

Kerana yang kedua :
Kalo tgk blog akak ni tau la yg akak dah nak setahun masuk umah KSU tu. Boleh baca kat sini perihal deco. Dan baca kat sini perihal reno.
Reno tu kata orang tu buat minor renovation je. Jadik la kan, dari takde. [asal dapur ada KC sudah cukup. Hoho].
Tapi yg deco ni stuck. Alahai...akak ni takde la byk idea cam Nadia kan. Mmg ter hapa hapa la deco yang ada.
So, kerana itu lah akak nak nadiafarahida dot com memilih rumah akak utk dimakeover. Tolong lah men deco kan sket wall yg kosong tu bagi nampak comel sket. Cam Nadia yg comel {eh. Ini bukan dikira sbg mengampu tawww}

Seterusnya, kerana yg ketiga
Ari tu akak dah beli 3D Board tau. Konon nak DIY lah kat area letak tv tu cam gini ke

Skali ha... dah nak setahun beli, tak ter DIY lagi. Ingat rajin sgt ke nak DIY bagai ni. Nak cat, nak tampal, kena ukur semua. Mmg elok dalam kotak je lah lagi. DIY lah sangat kan... TIDO boleh la. Hoho.
Jadi, kerana itu lah akak nak nadiafarahida dot com pilih umah akak. Sian tau... kosong je wall blkg tv tu. Sobss... Tak caya tgk ni. Kosong...kosong... {terus nyanyi lagu Najwa Latif}


Sedih kan... seketui je tv kat situ. Bayang kan la ada design para para sakura tu. Awww... cunhhh.. *meleleh ailiyo sambil berharap... dan menyanyi lagu 'pilih lah daku...' kuang kuang kuang

Kerana yang keempat :
Emm..jap nak pikir.
Oh. Senang. 
Kerana akak nak jugak la merasa rumah cantik cantik cam umah Nadia. Kot nati boleh masuk majalah Apartment. Eh? Macam matlamat tak menghalalkan cara je ni. Hiwhiwhiw. 

Dah. Cukup tu je dulu kerana nya.
Kalau buleh nak cukup kan 10 kerana, tp kang tak kuasa lak Nadia nak membaca nyer kan. Jadi, cukup 4 ni dulu yer. Hihi. Akhir kata terima lah serangkap pantun dari akak

Bulan puasa ke bazar Ramadhan
Pergi bersama anak cik Nana
Rambang mata banyak pilihan
Itu lah dia Wall MakeOver by Na

Wah gitewwww.... Haha. Jgn gelak yer Nadia ngan pantun yg akak belasah je tu. Haha.

Oraits. Sesapa nak join contest ni sila lah ke blog Nadia yg ceria ini. Due date dia 18hb Julai.
Hadiah bes woh. Sapa tak join rugi lorh. Eh, takyah join pun takpe. Kang tipis harapan ai. Muahahahhahaah... giloss! 

p/s : Nadia, username FB akak Ida Ramli yer. Hihi. In case la nak tgk betul ke tak akak da like. Hikhik =)

29 April 2013

Edisi Mencari Book Shelf

Bukan la book shelf sgt pun.
Cuma mmg nak carik kabinet.
Nak letak kat dalam bilik tetamu kedua tu.
Retu anak buah aku yg dajah 2 datang, suh tido situ. Dia kata "tanak la tido dlm stor"
(-_-")
Hello, baik punya aku susun barang dlm tu, boleh dia kata stor.

In fact, itu kami jadikan bilik solat pun.
Cuma ada kotak2 la aku susun. Mungkin sbb tu dia ingat stor.

Buleh je tido pun. Akak n abg aku dtg tu ari pun tido situ ja.
Muat kalo nak bentang toto. Sengaja, walopun ada katil single, tp tak pasang situ. Nati napak lagi crowded.

Jadi, nak carik kabinet gak supaya barang2 dlm kotak tu buleh disusun elok.
Carik rak biasa 3 tgkt tu. Tp seme harga dkt RM30, 30 lebih.
Eh, pasal dulu aku beli rasa cam RM18 je.
Dulu... dulu tu bila? Errr.. ahahha.
Tak kira. AKu nak jugak carik yg dalam 20 ringgit je.

Tu yg bila napak iklan kat brochure Tesco ada yg RM16 hinggit aku laju2 ke Tesco nak beli.
Tapi rupanya yg kecik punya.
Patut dia letak kat ruangan peralatan kanak2.
Tapi eh.. oke ja. Amik 2 terus. Ringan pun. Mudah nak usung naik atas rumah.

Jadi, sbb dia kecik, kita buh magazines je lah.
Sedang elok muat2 je. Bes! Bes!
Mujo beli dua. Sbb satu shelf je dah penuh satu jenis magazines.
Itu mag yg mmg aku beli (bkn langgan) setiap bulan. Majalah wajib. Dari tahun 2005.
Yang ku usung dari rumah lama, smpai nak patah pinggang budak2 yang angkut barang tu. Haha. MyDH suh jual  ja. Eh. Memang tak la. Sayang oiii....
Bhgn atas muat lagi lah letak buku2 lain (yg jarang baca. Huhu).
Novel awal2 lagi dah ada tpt khas. Duk dlm almari cermin. Kesayangan katanya. Hahahai!


Saja letak melintang, instead menegak. So that ada ruang lagi bhgn atas utk nak letak barang. Dan dia tak terlalu tinggi cam dlm stor (T___T).

So, skang dah oke. Walo ada bekas2, periuk yg besar2 yang tak muat kat dapo, adiah kawen yg masih tak tau aku nak buh mana. Tp try je lah sehabis baik susun dlm bilik tu gak. Dan yang penting dah nampak cam bilik bacaan. Yeyyy...!!

9 April 2013

KSU Deco : Rupa Logo Perkeso!

Itu adalah logo Perkeso.

Ya.
Setelah berbulan beli.
Weekend hari tu baru selesai menempek Honefoss Mirror nih. Info kat Ikea.
Ini pun oke la, aku beli masa kuar ngan Dak Eida n dak Zana dulu masa raya cina kalo tak silap.
Yg 3D Board tu lagi lah. Last year hoke aku beli. Haha. Masih elok dalam kotak. =)
Mmg giler pemalas. Takde masa uols. Nak DIY ni mmg kena konsentrasi yg lebih. Bukan buleh main tempek ikut suka kau. Nak kena ukur lah, itu lah, ini lah.
Yang sepatutnya jadi cam gitu kalo di susun. Tapi buleh susun ikut suka kretip kau.
Kalo kau rasa tak kretip ko folo je bentuk logo2 apa yg ada.
Haha.
Cam aku ni ha.
Kah.

Perkeso atasnya kecik.
Aku buat, atasnya beso.
Haha.

Tapi, idak la aku mmg nak ngikut logo Perkeso tu.
Bila buat2, tgk tgk, eh..cam logo Perkeso plak.
Haha.

Aku pun tatau mirror ni 5 kaler cam coklat2, 5 lagi kaler cam silver2.
Ingat seme pun putih. Hurm.
Satu aku dah tempek kat bilik ayor tetamu.

Jadi, itu lah yg aku tempek kat dapo.
Ada berlebih lagi 3 ketui.
But, aku rasa nak tempek lagi 2.
Letak paling bawah tu kan. So, tidak lah nampak ke-Perkeso-an sangat. Hahai

Amacam.
Elok camtu ka.
Atau perlu tempek lagi 2 kat bawah sekali.

Next deco :
3D Board (kena carik cat dulu neh)
Langsir (kena gi Nilai. Tempah trus. Taktau nak amik kaler apa tah)
Frame (nak g tempah frame utk gmbr kawen n surah Al-Fatihah yg beli masa HKK)

p/s : rasa nak buat makan2 lagi kat umah b4 puasa. Masak2 cam steamboat ka. Laksa ka. Bes gak tu. Saja. Seronok jamu2 org makan nih. Tgk la nati. Bincang ngan yamtuan dulu. Tetamu yg dtg kena bawak 'simmingsut' skali sbb pastu kita buleh terjun 'simingpul' terus. Haha.

14 February 2013

KSU Deco : 2nd Stage

Kat sidebar aku dah buat tajuk khas utk KSU Deco KSU Reno.

Napaknya entry utk KSU Reno lagi byk since mmg sblm ni aku tumpukan renovate rumah tu. Deco deco masih tak banyak lagi.
So, dah masuk new year ni, aku rasa aku perlu start balik usaha men deco deco mansion atas kayangan aku yg sekangkang kera itu. Kira 2nd stage lah kan.

Itu hari dah tempek segala jam frame seme. Tu pun satu hal. Oleh kerana (ceaa.. cam ayat buku kauu...) kami dibenarkan utk mendrill hanya dari Isnin - Jumaat sehingga jam 5pm sahaja. Sabtu tu pun kalo ikutkan half day je, tp kami buat ja smpai petang, maka, mmg xtvt nak men drill amatlah limited. Mana masa?

Skrg tgh berpikir2 apa lagi aku buleh deco dgn ruang yg terhad itu.
Memula kat ruang dapo. Actually (cea.. buleh pun eja bebtul. Selalu tu ekceli..ekceli). Oke, actually aku plan nak tempek mirror kat dinding. Bukan la keseluruhan nak taruk cermin. Hanya dpn hob tu saja. Jadi, sbb tu lah aku ke Ikea tu. Beli ini. Byk pilihan. Haih. Tak tahu nak pilih mana satu. Haih. Ini pun myDH cam dah jeling2. Haih. Hahahah. Oke la kut kan. Buleh susun2 ikut kekretipan memasing. 
Maaf. Kelihatan orang buncit-tapi-bukan-mengandung
di dalam biasan kaca itu.

Lps tu dah la tu kut kat dapo. Tp retu masa beli window dressing, aku dah beli gak something yg nak letak kat pintu dapo (bukan pintu sgt pun - cam ruang antara dapur n hall). Apa ke namanya. Yang jurai jurai lembut tu. Tapi retu masa suh org yg pasang langsir tu buatkan dia kata tak buleh. Jadi, aku perlu kretipkan palahotak ni napaknya utk membubuh gak mendalah tu. Rugi la woi dah beli.

Kemudian. Ruang menonton. Cea... bahasa majalah Apartment sgt nih. Sebenarnya ada project tak siap di situ. Aku ada beli 3D Board utk di DIY kan. Yang begini. Beli masa homedec ke apa last year. Lama sgt dah smpai tp aku tak sentuh langsung. Nak cat lagi bagai kan. Tak cat pun takpe. Tp rasanya kalo cat lagi cantik.
kredit : here
Tp aku mendapat idea lain. Ting! (muka cam budak kecik iklan susu nak beli roti tu)
Iaitu, buat panel dan tempek atas panel tu.
Tapi.... sapa lak aku nak suh buat ni... hurm..tgk lah nati. Kalo tak, board tu terus buleh tempek atas dinding. Tapi sayang plak rasanya.

Lagi. Langsir. Ada kat akak ipar aku. Belum siap. Tak mengapa. Aku beli je lain dan tempah terus lah. Tengok kat Nilai tu katanya dlm 1jam buleh siap. Ada benarkah itu? Nati pas HKK buleh try p tgk. Sbb target aku, utk deco deco ni aku nak settle kan before hari raya tahun ni. Insyaallah, kalo ada rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah. Almaklum la, ini kan raya pertama di mansion sendiri. Eh. Macam la beraya di situ kan hari raya pertama tu kan. Mmg tak la kan.

Dan lelain lagi. Haha. Malas nak tulis dah. Jadi, skang ni mari kita cari cari dan pikir pikir apa lagi nak dibuat.  Utk itu, keinginan melebihi keperluan pada budak taichi sudah tidak masuk dalam senarai. Deco rumah lagi best kot. Haha.

p/s : Tiada anak kan.. begini lah. Menumpahkan kasih pada rumah sendiri lah. Lain lah ada anak yg boleh di deco deco kan. Yer. Aku sebak bila memikirkannya :(

7 January 2013

Edisi Menebuk Dinding

After 5 months pindah baru dpt menebuk dinding.
Punya la tiada masa kami ni.
Entah la kan. Aku rasa sejak pindah ni, kami macam takde weekend dah.
Sbb drill tak buleh hari Ahad. Dia boleh weekday je smpai kul 5pm.
Tp Sabtu dia bagi juga la. Patut smpai kul 1pm je buleh drill, tp takpe lah. Ramai je drill smpai kul 5pm. Rumah camni, pelbagai prosedur kena ikut. Terpaksa lerrr....

So, hari Sabtu retu baru berkesempatan nak mendrill bagai.
Gantung frame, ayat Quran bagai. Kalo tak, jam pun sandar kat dinding ja - kesiannn...

Tu pun ada lagi tak buat.
Takpe lah. Nati nxt time buat.

Hasilnya, habis satu rumah berabuk.
Dan kena mop keliling rumah.
Oke la tu. Lama sgt tak mop dah. Huhu.
Nampak pelik ke jam ni?
Patut susun rapat sket bagi napak ilustrasi bunga tu kan.
Tp takut dah nak suruh tukang drill tu ubah-ubah. Penat dia manjat tangga.
Bukan sng plak tu nak suh dia drill2 neh. Tu pun drill pinjam kat ayah dia. Muehehehehe.
Tkpe, nati beli sendiri. Hok jenis yg siap ada karung habuk tu. (-_-")

8 November 2012

Edisi Tema Kraf Kontemporari

Dalam pada taknak taknak beli masa promosi ni kan, ada juga kan, dah ter beli kan.
Konon nak tengok2 je. Tapi ada tertawan pula hati ni kan.
Skang kan, mood kan, adalah utk deco deco mansion cumil ai tu. Walo aku rasa dah cukup sendat dah.

Retu kan, aku dah kata kan, konon rumah aku takyah la kraf kraf kan.
Walo memula aku dah plan mmg kena ada produk kraf kan.
Lps tu kan, kali ni kan, byk yg menarik perhatian kan.

Ah. Ko dah kenapa ter kan kan?? Gilos.

Dlm instagram aku ada post gmbau ni.

Dgn ni.

Dedua pun limited edition.
Sukar diperolehi di kedai biasa. 
Hanya di Kraftangan. Itu pun ketika ada event.
Cewah! Promote la uols... ofis ai. Cintai Kraf Malaysia. Hahaha.

Yg atas tu bench. Dari buluh - hasil tangan pengusaha inkubator Simpang Pertang. Plan nak letak kat balkoni atau pun dkt sliding door.
Bawah tu - akuarium dgn frame ukiran kayu - hasil tangan pengusaha dari Johor (bekas student IKN). Plan nak letak atas meja console. 

Napaknya, ai kena buat jugak la tema 'kraf-kontemporari' kat mansion ai teww.. kuikuikuikuii....

p/s : Nak cuci mata.. meh la datang.. masih ada masa. Promosi Inspirasi Alam - sehingga 11 November -10pagi hingga 10 malam - 
*Kalo sesapa ada kat area Rawang, pun buleh tgk pameran Kraf juga sempena Konvokesyen IKN. Dari 8 November - 11 November. Ada la hasil2 kerja student ni. Ai pun nak riki2 jugak. Nak carik seramik tpt letak payung plak. Ngeee :>

5 October 2012

Idea Men-Deco Cabinet TV

Ruang kabinet tv aku skang mmg napak kosong sungguh.
Tu pun naseb baik ada kengkawan yg bagi bunga time HW tu hari.
Thanks to Elly (for white orchid) and Dekja (for 3 pots of cute roses).

Begini lah. 

Tak napak plak bunga orkid dak Elly bagi.

Kalo takde menda2 tu, lagi kosong...kosong....
So, skang ni time utk carik2 idea nak buh apa la atas kabinet tv tu kan.
Takmo lah buh frame gambar. Kacau tumpuan. Huhu.

Macam ini lawa. 
kredit : here
Tapi tv aku sudah di 'hang' kan.
Mmg atas kabinet tu suppose tak sarat barat.
Minimalis kata orang tu kan. Eceh!

See... minimalis je kan
kredit : here
Kalo camni aku dah tak berapa gemar dah.
kredit : here
Yang camni rumah orang besar-besar, teres-teres, 2 tingkat ke apa buleh la. Kalo utk 'rumah burung' aku tu.. napak crowded mawded plak kang.

Yang ni bes.
kredit : Here
Tetiba terus rasa nak beli rak yg camni.
Rasa2 proposal kena reject tak kalo kata nak jual balik rak putih sedia ada tu?
*tetiba cam terdengar - dengar ada suara berkata 'haish..nak buat apa, menda tu elok lagi..bla..bla..bla"

Dapat buat camni, lawo.
kredit : Here
Tu lah... tgk duk pikir lagi ni. Yg penting kena pikir cemana nak designkan board 3D aku beli tu. Bukak dari kotak pun belum lagi sebenarnya. Aiyark!. Kaler apa plak aku nak beli neh???

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign