Pages

Showing posts with label Johor 2018. Show all posts
Showing posts with label Johor 2018. Show all posts

24 October 2018

#kaptenRizqkeJDT : Forest City, JPO and Thistle Hotel.

Hari ke3 di JB.
30 April. Hari ni kira hari orang kerja.
Tapi kami ambik cuti.

Siap sarapan then check out.
Banyak lagi tempat nak pergi ni.
Kiterang terus gerak ke Forest City.
Guna google maps.
Di bawaknya jalan lama.
Hampeh betui.

Jalan yang lori lalu.
Sebenarnya dah ada jalan highway tau.
Mengong betui lah. Melarat2 jadik nya. 

Forest City ni apa sebenarnya.
Google lah nak tahu apa.
Tapi, bila sampai sana, mesti tepon pun jadi roaming. Akan dapat SMS kata kita dah berada di Singapore. Haha.
Memang dia tambak area laut tu untuk jadikan satu kawasan (elit).
Katanya macam ada kontrovesi area ni.
Ye ke?
Ntah.
Tapi, tempat nya cantik.
Lawa utk tangkap gambar.













Kelihatan Singapore di seberang sana












Kiterang sekejap je situ. Panas lit lit.
Dia cam ada satu building. Situ ada lah tempat pameran rumah2 yang dijual.
And ada salesman dia akan terang2 kan rumah kat situ. Hoi.. terasa kerdil diri ini lah sbb rumah situ tahap juta2 punya. Cina banyak lah. Macam cina in grup apa semua. Chinese Singapore agaknya.
Dalam satu jam lepak situ. Then balik. Oh. Ada swimming pool gak. Dia open utk public.

Seterusnya pergi JPO.
Masa ni ada sale kat Padini. So terus je lah beli baju raya Rizq kat situ.
Ramai gak orang walo hari tu hari bekerja. Ramai nampaknya amik cuti, kot.

Hujan pulak kat sini.
Lebat. Badan Rizq pun masa tu dah dedo dedo.
Tapi, dia kuat.
Pi sewa stroller situ. RM100 deposit. Harga sewa RM30. Belasah la nak oi. Mak pun dah penat. Dan dak Rizq mmg habis hati lah naik menda tu. Agak2 ada jual tak yang macam ni? Haha.
Tapi, customer service situ cam pehapa je. Nak taknak je layan. Eh. Menyampah aih. Tak boleh kah nak bermanis muka sket? 

Lps JPO kiterang gerak ke bandar JB lah.
Nak check in kt Thistle. Tp sblm tu gi makan dulu kat tempat yg viral. Mi Rebus Tulang.


Okay. Sedap. Not bad.
Orang pun tak ramai. Service pun okay. Cepat je.
Settle makan, terus pi Thistle.
[cerita Thistle ada kat sini]

Dah check in, ayah Rizq pi beli pisang goreng mawar.
Apa yg istimewa pisang goreng ni?
Sila lah google.

Best dia yg sambal kicap dia tu lah. Pisang goreng tu... best lagi kt tempat kita. Hihi.
Tanya kat receptionist tu, dia pun kata tatau lah apa yg orang suka situ. Cabin crew pun katanya lepas check in mesti nak pergi beli situ. Haha.

Esuk paginya (1 Mei), breakfast then sesiap nak balik dah.
Eh. Tapi sempat gi beli baju JDT (official merchandise) kat kedai bawah hotel Thistle ni. Sedap kain jersi dia. Pastu harga pun okay lah. Cuma takde baju budak ja.
Balik singgah makan kacang pool dulu.

Pastu on the way singgah beli kerepek2 dulu kat Simpang Renggam.
Perusahaan Zainab Jaya.
Kat sini la beli kuih kapit coklat yang Yallah Sedapnya!
Naseb ada cawangan dia kat KL ni. Boleh la beli kalau rasa nak beli.
Serious tak pernah lagi rasa yang sedap macam ni.
Mahal sket, tapi tak kesah. Sedap dap dap!

Dengan itu tamat lah percutian ke JDT utk tahun 2018 ini.
(berbulan baru tamat entry Johor. Haha. Malas giler nak buat entry kalau dah lama sangat. Tapi, perlu, utk kenangan)

23 October 2018

#kaptenRizqkeJDT - Legoland

Hari kedua di JB (29 April), ayuh kita ke Legoland.
Before, mak ayah Rizq tak bleh nak pergi sbb takde anak lagi kan.
Sekarang dah ada anak, ada alasan utk pergi. Hehe.
But still... tak boleh juga nak main2 sbb Rizq tak cukup 90cm lagi.
Rata rata games kt situ perlukan 90cm utk bermain.

Permainan gegeli perut macam kat Thomas Town pun takdak.
Yang boleh, naik tower dan tgk movie 3D ja. Pastu naik ketapi, keliling Legoland. Jadik lah. Dari takde. Kan.
Kami beli di Matta Fair dengan harga RM118/adult. Kalo harga online RM149/adult. Dapat lah kurang beberapa ringgit.

Mula, kiterang nak pegi petang je. Bagi Rizq tido semua dulu.
Tapi, rasa cam jom la pergi pagi.
So, before kul 10 pagi dah sampai. Legoland buka dari jam 10pagi sampai 6petang.

Sampai situ, orang dah beratur panjang nak masuk.
Aigooo.. Disneyland pun tak camni.
Rupanya semua berebut nak masuk awal sbb ada parade Star Wars.
(yang ini mak pelik sket, depa berarak masuk (Star Wars characters), tapi lepas tu depa pi mana. Takdak pun sesi ambik gambar bersama karakter dia ke apa ke. Hek ele. Setakat jalan camtu dgn costume bagai).
Parade ni gerak dari Legoland Resort tu, sampai lah ke dalam.
Ku ingat parade macam kt Disneyland tu lah kan. Kira macam sepanjang jalan tu depa lalu.
Pastu dalam tu ada la kita boleh ambik gambar dgn karakter2 yg ada.
Nan hadooo..

Tak best lah! 
Takde yg menarik sgt pun Legoland ni. Cuma ada games2 je. Boleh tu boleh lah.
Tapi, panas nya ya hampunnn. Terbako kulit.
Malaysia tak sesuai gamaknya buat theme park cam gini.
Masa pergi Hongkong (Disneyland) tu, suasana breeze je. Sedap je.
Ini rasa nak pitam dah. Peluh tiak, melecet peha semua ada lah. Hahaha.

Rizq tak enjoy sgt dlm ni.
Satu mmg waktu tido dia.
Satu lagi, masuk2 je, kemain kuat muzik Star Wars masa parade tu. Dia cam takut. Pastu dia takut tgk orang pakai2 costume tu.
Mula kiterang masuk kat Star Wars punya tempat. Ada miniature by lego ikut episode movie dia. Ada interaktif dia lah. Tekan button pastu nanti ada la benda2 yang gerak. 

Pastu baru kiterang start pusing2 semula.
Dan matahari pun mula tegak atas kepala dah.

Tersilap percaturan pun ye gak ni.
Patut dia kena mulakan dari tempat yang ada bangunan miniature tu. Sbb tempat tu panas giler. Awal2 pusing situ dulu. Ambik gambar semua. Then baru pusing2 tempat lain. Bila dah panas sket, baru naik ketapi yang pusing2 situ. Pastu naik lah tower tu. Pastu tgk movie. Dan makan. 
Ini tips ya. Sbb kalau dah kepanasan, mmg takde maaf bagi mu lah.

Satu yang sangat dikesalkan adalah - tiadanya nursing room untuk breastfeeding mom!
Ya Tuhaaaannn.. tempat tahap international dah, facilities camni pun takdak. 
Sebenarnya dia ada satu tempat yang dia namakan "baby care"
Tempatnya nun di area imagination. 
Kami tanya kat staff kat mana tempat tu. Semua la assist tunjuk tempat tu kat mana.
Okay lah. 
Kami pun pergi. 
Sampai je tempat tu - closed.

Dia tulis situ - buka masa hari Sabtu dan Public Holiday saja.
Owwwh... depa ingat babies ni menyusu badan hari Sabtu dan PH je rupanya.
Nak juga boleh - proceed to information centre katanya. Which is - nunnnnnn...jauh kat entrance sana. 
Kalau ko tgk map pun jadik lah. Boleh tahu jarak tempat tu. Kalau ko dah ada kat area imagination tu, nak pergi balik ke arah entrance tu. Mmg lah kira dekat utk orang yg dah biasa. Tp, kita ni dgn anak mengamuk nak menyusu lagi, dengan berpanas lagi, mana kita tahu kat mana short cut segala.
Mujur situ ada surau. Alhamdulillah. Boleh la tumpang sekejap.
Tp kalao untuk non muslim? 
Will emel Legoland regarding this matter.

Legoland ni tengah renovate jugak.
Dalam thn ni gak kot buka satu lagi tempat baru. Namanya sealife (dlm website dia ada dah).

Kiterang dalam tu, dari kul 10 pagi, sampai kul 4pm camtu ja.
Rizq da ngantuk. Dia da cranky dah. Ngantuk, panas semua ada.
Itu pun dia kira okay jugak lah.
Malam tu, badan dia macam dedo jugak.
Kami mmg standby dah PCM, thermometer semua.
Bila amik suhu, still okay je. Bagi dia nyusu bebanyak, then pagi tu Alhamdulillah, dah normal dah suhu dia :)

Kalau ditanya weols nak pergi lagi ke dak?
Jawapan - tidak lah.
Better pergi tempat lain lah pulak.
Dah pergi cukup lah.
Tiada yang menarik selain dari miniature kecik2 tu.
Mungkin la, pada orang lain best bila dapat naik menda2 cam roller coaster apa semua tu. Tapi, menda tu common lah. Tempat lain pun ada.
Kat Disneyland dulu pun, takde gak kiterang naik menda2 tu semua, but, still ada rasa keinginan nak pergi lagi. Sbb persekitaran dia pun best. Attraction pun banyak. Berkeliaran je karakter yang boleh kita ambil gambar.

Yang ni masuk kemain mahal, tapi so so je lah.
Entah lah. Ni pandangan peribadi penulis lah.
Orang lain kata best.. best lah.
Better lah kami pergi USS ka, atau mmg plan nak bawa Rizq ke Disneyland Hongkong. Atau kalau ada rezeki ke Disneyland Tokyo ke. Tunggu dia da capai tahap 90cm lah. Haha.
















Malam tu kami dinner tomyam. Tapau je dari kedai area Bukit Indah tu.
Naseb ada satu kedai.
Lain semua pun kedai cina.
Oh. Ada satu kedai mamak situ. Hamid corner ke apa ntah. Singgah sbb nak beli sirap limau. Sbb panas bebenau dah ni.
Kata kt ayah Rizq tu kedai India ke Islam tu?
Ayah Rizq kata balik "Islam lah tu. Kan nama Hamid tu, ayah saya nama Hamid kan"
Hahahaa.
Bukan la.. maksudnya kadang depa guna ja nama tu, kedai nya kedai india.
Lepas makan rehat2 jap.
Tido awal. Penat.

29 August 2018

Thistle Hotel JB

Hoih!
Lupa yakmat nak buat entry ni.
Tertangguh kemain lama.
Ni waktu kami ke JDT dulu tu.
Bulan 5 tu ari. Lama dah.
Kesah percutian di JDT pun tak abis lagi.
Takpe. Nanti mak Rizq sambung.

Sekarang kita cerita pasal Hotel Thistle dulu.
Best tak best?
Jawapan mak Rizq.
Best! 
Terbaik lah hotel Thistle JB nih.
Bermula dari makRizq menghantar emel hingga lah check out. Semua pun okay.
Eh. Ada la sket yang tak berapa best. Tapi tu tak kesah lah. Small matter (",)

Sblm ni makRizq selalu booking hotel thro Agoda.
Kali ni terfikir, eh, dah lama tak guna govt rate kan. Lets!
So, emel tanya dulu ada govt rate tak.
Depa reply balik "ada"
Dan harga pun... wahhhh...
Murah dari Agoda.
Ini sudah bagus.
Dah la reply emel pun cepat. Tu yang mak Rizq gumbira tu.
Pastu, terus lah booking.
Tanpa deposit apa pun.
Depa pun reply emel dgn room confirmation.
Nanti masa check in bawa ID je katanya.

Senang kan?
Sukahati lah mak Rizq.

Dah la dapat rega pun within budget.
RM310 utk satu malam beserta 2 breakfast.
Kiterang ambik Deluxe Seaview King.
Yakni, mengadap laut. Nampak Singapore lagik.
Kalau harga kat web dia dalam RM365 (w.out breakfast).
Kalau harga kat Agoda pun masa tu dalam RM300++ gak la.


Masa kami sampai nak check in tu, ada TMJ tgh meeting. Keta duk dia parking kat area nak masuk ke lobby. Jadi, tak boleh nak drop beg dulu. So, pergi lah parking. Parking pulak bangunan lain. Ha, hok ni la tak berapa best sket. Kalau satu building senang lah sket. Dah kena usung beg semua pergi lobby. Takde la jauh, tapi dari tempat parking tu kena la naik lif, jalan sket nak ke lobi.
Tapi.. atas sbb layanan baik receptionist, mak okay ja.
Baik sungguh la receptionist depa ni.
Kadang setgh hotel ni acuh tak acuh je layan kita ni tambah lagi tgk guna govt rate. Cam eleh, bayar pun taknak mahal, nak bagai2. 
Tapi sini tak. Kita tanya ramah tamah je jawab.
Tanya kat dia mmg goreng pisang mawar tu ramai orang eh?
Dia kata, a ah. Memang gitu. Cabin crew pun kalao tido hotel ni mesti gi carik goreng pisang tu katanya.
(Goreng pisang mawar ni mmg sebelah je dgn hotel Thistle ni. Jalan kaki je. Masa nak masuk tu nampak la org ramai tgh q kat situ)
MakRizq terus bayar cash je. Settle. Takde pun depa mintak deposit apa. Senang lah pendek kata. Dapat kunci naik bilik terus.
Tapi, bilik tak berapa sejuk pulak aircondnya.
Tunggu orang dtg baiki. Tp kejap je. Pastu settle.




Mlm tu ingat nak pi makan luar. Tapi dak Rizq malam tu da dedo2 sket badan dia. Actually dari petang tu dia dah dedo2. Berpanas kat Legoland apa semua. Tapi, lps mak telan panadol then susukan dia banyak2, Alhamdulillah okay. Hehe. Mak mmg gitu. Kot kalo buntu nak buat cemna lah nak bagi cepat baik ni, mak je telan panadol. Jangan follow. Tak elok. Mak takpe. Sekali sekala :P
Kami makan KFC ja. Ayah Rizq pi jalan kaki beli. Depan tu ja KFC nya.
Pastu rasa cam eh, apsal sedap ayam kfc sini ni.
Serius. Rasa macam kita makan kfc masa kekecik dulu.
Takde berminyak. Cukup semua rempah ratus nya.

Breakfast pulak. Banyak sangat lah pilihan. Lama kiterang duk makan. Hehe.
Dgn melayan dak kecik tu lagi.
Kami takde pun mandi kolam apa.
Just tgk2 je. Kolam tak besar. Tapi, buleh la kot nak bagi anak mandi.
Staff2 pun rajin je melayan dak Rizq. Cleaner pun baik juga.
Eh. Pendek kata staff pun baik.



Suka pulak rasanya gi Thistle ni.
Walo dlm bilik cam pesen lama, tapi okay ja.
Nanti nak try Thistle PD pulak lah.



Kesimpulannya - Thistle JB best. Boleh consider sebagai penginapan kalo ke JB. Dekat ngan tempat2 makan. Amik seaview. Boleh nampak Singapore. Best!
Dan untuk percutian ke JB ni, kami memang berpuas hati dgn penginapan di 2 hotel nya :)
#puanstoberisuka
#rizqpunsuka








3 May 2018

#kaptenRizqkeJDT - Thomas Town dan Hotel Millesime JB

First time untuk Rizq "menanda kawasan" di JDT.
Hehehe.
Mak Rizq pun da lama gak tak ke JB ni actually.
Last, outstation lepas balik umrah dulu. Masa tu ada majlis persaraan staff cawangan Johor. So, mak pergi untuk wakil pengurusan. Tahun 2015.
Ayah Rizq, lagi lah. Dah berapa tahun tak pegi Johor katanya.
So, jom lah.
Kami memang dah siap beli tiket masuk Legoland n Thomas Town masa Matta Fair yang lepas. Hotel pun beli voucher masa tu.
Sbb tu mak kata, mak mmg dah ada benda nak beli masa tu. Jadi, tak timbul lah masalah bersesak. Lagipun mak pergi petang Jumaat, lps balik kerja. Orang pun tak ramai sangat.


28 April (Sabtu), kita pun gerak lah dari KL ke JB.
Dalam kul 8am gerak. Singgah breakfast kt Seremban. Orang ramai oih. Jenuh nak carik tempat kosong. Makan nasik lemak. Boleh la. Sambal pedas nau nau.
Lepas tu teruskan perjalanan. Dak Rizq tido. Sbb mmg time dia tido kul 10-11 pagi ni.
Pastu ayah Rizq nak benti buang air plak - benti lagi kat RnR Pedas Linggi.
Pastu berenti isi minyak kat RnR Machap.

Dan perjalanan diteruskan ke Puteri Harbour untuk ke Thomas Town.
Kiterang guna google maps. Ni kalau takde, memang sesat melarat lah.
Nak ke Puteri Harbour ni kena guna hway lain. Kena keluar kat Senai, pastu nanti ada link dgn hway ke Puteri Harbour. 
Tapi, masa kiterang nak keluar tu, boleh plak tutup exit Senai tu. Lorrhhh.. acena nih. So, terus ja, pastu google maps dia reroute kan balik. Terpaksa keluar dan masuk jalan lama pastu baru naik balik ke hway. Dia kalau lalu kat tol Lima Kedai tu kira betul dah la tu.

So, ikut je lah google maps punya arahan. Banyak jumpa roundabout. Dan sampai lah ke Hello Kitty and Thomas Town. Bangunan kaler merah. Masuk terus ke parking. Free je parking dia. Naik atas, nanti jumpa lah entrance untuk ke Hello Kitty n Thomas Town. Hello Kitty level 1, Thomas Town level 2 dan 3. 

Kami tak beli kombo tiket sbb dak Rizq tak suka (kenal) pun Hello Kitty. Tp Thomas Town mmg dia suka. Dia panggil "chu..chu.."
Kiterang beli tiket masuk kat Matta Fair juga. RM99 utk 2 dewasa. Kalau harga online/biasa - RM85/adult. Okay lah tu kan :)


Kami sampai dalam kul 2.30pm.
Kat dalam Thomas Town ni, dak Rizq happy gak lah.
Sbb banyak menda boleh naik. Macam semua pun dia naik.

Rizq naik ngan ayah dia.
Ada persembahan Thomas



Sayang nau ngan Pingu :D

Pastu makan terus dalam tu. Harga biasa lah dalam tu. Takkan nak harga macam kat gerai Tomyam tepi rumah kita pulak, kan? Haha. Kiterang dapat voucher makanan diskaun 20% lagi. Ni dapat masa beli tiket kat Matta Fair tu lah. Atas RM50 baru dapat 20%. Beli 2 jenis makanan, pastu beli tumbler + bekas makanan utk dak Rizq - dapat lah guna diskaun tu. Dan bayar kurang RM50 akhirnya. Kan.. berbaloi baloi. Hehe.

Thomas Town ni tutup kul 6ptg. Kul 5 tu kami gerak dah ke hotel.
Again, guna google maps lagi lah. Ingat senang ke nak carik entah kat mana2 tempat tu kan.

Kami stay di Millesime Hotel.
Tengok la tuan kecik tu. Komain suka masuk hotel.
Budak pun rasa seronok pergi hotel.

Pun beli voucher hotel kat Matta Fair. Yang ni sangat berbaloi ya.
Kami beli untuk Deluxe King, harga masa Matta Fair tu RM150 utk satu malam. Kami ambik 2 malam. RM300. Kalau tidak, harga sebenarnya RM600 untuk dua malam tu. Jimat, kan? Sbb tu kami suka pergi Matta Fair. Hehe.
Kiterang booking awal sebulan dah. 
Pastu bila check in, receptionist kata "Puan, kami upgrade bilik ke Junior Suite for free ya"
Aku pun cam, eh, upgrade, free?
A ah katanya. Sbb kita fully booked hari ni. Ada grup dari China ber bas bas. Kita tak bagi upgrade untuk grup. 
Lahaiii.. ini lah namanya rezeki untuk Rizq. Junior Suite tu berharga RM400 utk satu malam. Dua malam RM800. Tapi kami bayar cuma RM300 saja.

Review hotel - mak Rizq bagi 4 bintang. Kalau ikut boleh ja nak bagi 5 bintang. Tp sbb channel astro takdak, kurang 1 bintang. Haha. Owh, satu lagi sbb - bilik air dia takde paip. Aku mmg menyampah kalau toilet guna bidet tembak2 bontot tu. Tak gemo bebeno lah yong oi.
Tapi, bilik air besau. Dak Rizq kalau masuk taknak keluar okeh. Pastu dia akan duduk dlm tu lelama. Adui nak.. tau lah bilik air rumah kita kecik dan sempit. Huhu.
Breakfast pun okay lah. Takde la byk pilihan. Tp boleh lah.
Staff pun baik je semua. Okay lah. Takde complaint. Best.
Cuma kalau nak makan malam tu payah skit sbb area ni area cina. Tk byk kedai makan melayu. Kiterang pun tanya kat housekeeping tu kat mana kedai makan melayu. Dia gitau ada kedai tomyam kat area masjid bukit indah. Kalau dari hotel tu, jumpa bulatan, straight ke area Bukit Indah. Nanti ada traffic light masuk kiri sampai lah nampak masjid. Jumpa lah kedai tomyam tu. Jadik lah dari takde. 

Kiterang hari pertama tu, beli McD. Punya lah ramai umat. Mc D tu kat area Jusco Bukit Indah. Hari kedua baru kiterang beli kt kedai tomyam tu.
Tapi, okay je. Nak ke JB pun senang. Sbb hotel ni dkt dgn hway. Tak payah menyusup ke mana-mana. Kalau nak ke JB tu straight je lah. Kompom sampai JB punya.

Oraitz. Settle hari pertama di JB.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign