Pages

3 July 2015

Siapa Mahram Saya

Bagi yang sememang dah tahu, anggap ini adalah review.
Bagi yang belum tahu atau masih eh boleh ke tak, eh mahram ke bukan, (macam saya lah, masih dalam proses utk menutup aurat sepenuhnya), kita jadikan ini rujukan.

Mahram seorang wanita - dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam
 Mahram seorang lelaki
Gambar kredit [here]


Tambahan pula nak bertemu ramai saudara mara di hari raya ni.
Pulak lepas terbaca artikel isteri tak selesa nak balik rumah mertua dan antara sebabnya adalah tidur beramai di ruang tamu dan tak selesa dalam menjaga aurat, maka kita perlu refresh semula pengetahuan bab ini.

Kalau selama ni kita main ah takpe lah (macam saya juga), kali ni kita berusaha lah untuk perbetulkan.
Macam saya, kalau di rumah mertua dan tidur di kampung, mmg kalau diikutkan senarai mahram tu, 100% dan setiap masa berada dalam rumah pun, saya harus menjaga aurat saya kerana saya ramai biras lelaki, sepupu suami pun ramai lelaki. 
Kalau di kampung saya sendiri, Alhamdulillah lah. Abg ipar seorang. Tu pun jarang balik dan bermalam di rumah kami. 

Ini juga ada graphic mudah kita nak faham.
Mungkin buleh print dan masuk dalam handbag.
Eh. Tak salah kan. Orang baru nak belajar.. :)


Islam itu mudah.
Tapi, jangan memudahkan.

2 juta komen

mmg nampak susah, especially kalau yang baru nak start. I'm lucky sbb dah tau since sebelum kawin lagi. cuma masa awal2, sil ada gak tanya apasal asik pakai tudung je kt umah...

budaya melayu kita, semua tu kira sedara... tu yg dah tebiasa bersalaman...

moga Allah beri kekuatan pada kita semua untuk buat perubahan... Amin...

ST :
Susah kan..esp kalau rumah yang ada sepupu2 suami yang lelaki. Aduyai.. dulu buat tak endah ja..now, baru tahu betapa byk nya dosa free terkumpul..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign