Pages

30 September 2019

Batal Beli Rumah (Part 2)




Ini lah rumah yang I nak beli.

Mana nak dapat rumah semi-D dengan harga camni kat KL, kan?
Plus area dia tu memang la lovely sangat.

But, what to do. Hidup ada mesti ada kos lepas.
Hehe.


So, kenapa I batalkan?

Dalam pada I dalam delima nak proceed ke dak selepas loan da approved tu, I terjumpa  (terbaca) bermacam artikel kt FB seolah menjawab persoalan I.
Antaranya :

"Loan asal RM270k, after bayar 7 tahun dia turun RM9k je. Tempoh loan 37 tahun. So ada lagi 30 tahun. 7 tahun bayar RM1,300 sebulan, so dah keluar duit dalam RM109k. Ni tak campur lagi stamp duty, downpayment, legal fees dll (beli subsale masa tu). Total dekat RM160k juga. Kenaikan purata 3.85% setahun (tapi lepas tolak interest bank 4.5%, jadi -0.65%)."


Lps tu ada 1 artikel lain pulak dia cerita lebih kurang camni juga. Orang tu nak beli rumah kedua. Da bayar duit booking, kalau tak amik, duit booking burnt. Pastu orang tu nasihat "lebih baik rugi sekarang dari rugi berpuluh puluh ribu kemudian hari" 
Lebih kurang la gitu. I tak dapat nak copy artikel tu. Cari balik tak jumpa.


And I ada sebab paling utama kenapa I tak proceed beli rumah ni. Sebab I direct handle urusan pencen / persaraan / kakitangan, so I ada macam rasa trauma. Eh. Bukan trauma. Entah. Lupa plak apa term dia tu. Haha. Tapi, yang tu I tak boleh reveal. PnC.


Macam I cerita dalam entry before, I kena bayar about 10% ke developer sbb loan rumah kedua hanya 90% dibenarkan. So, I kena ada 34k utk bayar ke developer. Yang ni I memang dah reserved sesiap. Kalau dalam 40K tu, I okay. Boleh je proceed.
But, bear in mind, macam artikel kat atas tu tulis "stamp duty, legal fees etc etc"
Ha.. ini lah hanky panky yang akan menyebabkan ko kena ada dalam 20K lagi tambah dari 10% harga rumah tu. Ha.. jangan memain ya utk pembeli rumah kedua. Ini yang buat I makin taknak beli. Utk legal fees sahaja dalam lebih kurang 15k camtu. Tu pun entah apa lagi nak kena bayar. Sesilap kena prepare 20k. MOT lah itu lah ini lah. Padahal rumah baru ja pun. Agent fees pun ada dalam tu. 

So, ini salah satu sebab I malas nak proceed. Lawyer siap bagi diskaun dah. Siap bagitau bleh bayar by installment apa bagai. No, I won't. I nak byr cash ja. Tapi, kalau dah belas2 ribu hanya utk legal fees, I tak mau.


Then, developer pun bagi nak buat installment utk 34k tu. No, derang ni tak faham ni. Even installment ke apa ke, tetap kena bayar, kan? I memang dah ada prepare pun cash utk 10%. So, takde problem dah bab deposit ni.


Lepas tu I terfikir, kalau bank boleh trust I utk bayar dkt 2k per month, why not I simpan sendiri. Bayangkan kalau 1.6k/mth then setahun kita dah dapat RM19,200. 10 tahun? Wow! takyah main saham ke ASBF bagai dah ada 100k lebih kau. Haha.
Kalau bayar duit rumah? Confirm ke dapat pulangan banyak tu semula?

1 more thing, I fikir, I bergolok gadai ikat perut segala setiap bulan, tp yang duduk rumah tu orang lain. Apa kes? Put aside dulu kata ini aset, investment, bla..bla..bla tu. Yang indah2 memang la nampak on surface. Cuba bebetul nanti. Phew.. sesilap bleh turn to -ve hasilnya. Dengan nak baiki rumah kalau penyewa buat hal, dgn penyewa tak byr sewa lah. Tu tak masuk lagi kos renovation sblm masuk rumah yang harus kena ada dalam 50k (basic). Wiring, nak furnished kan rumah tu lagi kan.
Kiterang sebenarnya, kalau beli, kita decide nak jadikan rumah tu homestay. Tapi, tu lah. Jauh. Nak manage tu bukan senang. Kos perjalanan pun kena ambil kira. Untung tak seberapa pun. Buatnya rumah tu tiles meletop macam rumah sekarang? Ha...

Ha.. kalau nak tau, kes tiles meletop pun membantu I dalam buat decision ni. Dalam pada loan da approved, pada malam 19hb September tu, tiles rumah kami meletop lagi! Ya Allah..dugaan betul. Lepas 3 tahun kami letak vinyl floor, meletop lagi tiles. Kali ni di bilik solat. Merebak sampai ke hall depan. Tapi, vinyl floor tu kuat. Dia macam liat. Tak patah sedikit pun. Terus kami cari kontraktor utk baiki semula. Situ pun dah habis beribu. Dan I anggap ini petunjuk Allah bagi. Vinyl floor yang kontraktor sebelum ni buat, dia just letak foam n letak vinyl. Silapnya kami tak suruh dia pecahkan semua tiles tu. Masa tu pun kami amik keputusan cepat2 sbb masa tu Rizq duk meniarap lagi. Risaukan keselamatan dia. Tu yang buat tergesa2.

Ini lah antara sebab kenapa I tak proceed utk beli rumah kedua.
Tapi, ini reason I. Orang lain nak beli rumah kedua ka, ketiga ka, proceed lah.
Sebelum ni mmg I rasa macam best nya orang ada rumah banyak2. Boleh buat aset apa semua. But now, not anymore. Biaq pi lah orang ada rumah banyak pun.
I target by umur 40, I takde hutang yang membebankan. Maknanya, I nak buat apa2 jadi tersekat sbb hutang2 tu. Which is dalam 3 bulan je lagi umur I masuk 40. 
Sekarang pun, I dah nak bebas hutang dah. Hutang yg ada skrg ni hutang kereta (ni pun kereta kedua. Kereta pertama dah lama settle pun. Dah jual pun). Then hutang LPPSA lah. Kad kredit apa yg remeh2 tu takde dah. Oh. Personal loan masa I buat renovation rumah skrg - dah nak abis dah. Yang ni pun I menyampah. Rasa nak settle kan je. Buat penat bayar interest ja. Tgk cemna nanti. 

So, buat apa lagi I nak bergolok gadai nak bayar duit rumah yang lain sedangkan rumah utk berlindung dah ada. Beli rumah utk bagi orang duduk pulak tu. Baik lah I puaskan hati sendiri sementara sihat ni. I nak bawa Rizq buat umrah, I nak pergi travel dengan Rizq n myDH, I nak beli apa yg I nak, I nak pampered myself kat spa setiap bulan. Semua tu I bleh buat dgn commitment yg kalau I beli rumah I tak dapat buat. 

Untuk rumah pertama - yang duduk sendiri - ya, takpe bergolok gadai. Utk rumah kedua, tak payah lah. Nak buat hapa. Ini utk situasi I. Utk uols takpe. Uols gaji tinggi, beli 2,3 bijik rumah pun still buleh pergi travel oversea, pergi makan tempat2 hipstur. Kiterang takde. Gaji pun takde puluh2 ribu sebulan. So, kena ada kos lepas. Dan kos lepas nya adalah - tiada rumah kedua utk I buat masa ini. In future, itu nanti kita fikirkan. Lagipun anak I seorang cuma. Macam artikel ni ckp 

"Jangan risau, banyak lagi benda lain boleh invest & diwariskan kepada anak / pasangan selain daripada hartanah ni. Cuba luaskan skop ilmu pelaburan anda ya"

(kredit : artikel penuh)

Jadi, ikut lah situasi u guys.
Ini adalah pilihan I pada masa ini.
I pilih utk bebas hutang dan bebas untuk memenuhi kehendak dan keperluan I tanpa ada sebarang sekatan. Ada ilmu dan bidang baru yang I nak study sebagai persediaan I untuk pencen. I plan nak pencen awal. Dan masa tu, I dah bleh settlekan bayaran rumah I (atau setidak-tidaknya I bleh bayar rumah pada masa ditetapkan). Masa tu juga saving Rizq dah cukup utk pengajian dia di Universiti tanpa ambil pinjaman dan juga ada deposit utk dia beli rumah dengan 90% loan. InsyaAllah. Moga diberikan jalannya. Amin.

Nota kaki : Siapa nak beli rumah yang I booking tu - boleh contact agent I - spti nombor di atas. Rumah I booking tu tepi jalan ja dari jalan besar. Good view InsyaAllah. 

Batal Beli Rumah (Part 1)


Hi semua!
Dah  nak masuk bulan 10 dah.
Hi stalker. Wink. Wink.
Carik apa kt sini? Hehe. Ingat I takde menda lain nak fikir selain memikirkan nak tulis pasal office? Kalau itu yg para stalker nak carik, sila lah ke tempat lain. As I wrote before, minda I bukan fikir office..office..office ja tau. I pun ada menda lain yg lebih best nak ditulis dari menulis perihal persekitaran kerja I. Don't worry lah. Tak perlu stalk sangat lah sis. But, I nak pesan "mudahkan kerja orang, pasti Allah permudahkan kerja kita" okay sista :P

Okay. Sebenar I nak menulis kt status w.app. Sekarang ni I pilih medium status w.app utk meluahkan perasaan. Kah kah kah. I rasa medium tu agak berkesan lah. Jadi, uols save la no phone I utk melihat segala royanan I. Tapi, kalau tetiba butt hurt dgn status I tu, I tak tanggung okeh. Siapa suruh uols klik dan baca. Hahaha.

I nak cerita pasal pembatalan pembelian rumah kedua I.
Cemana I boleh terfikir nak ada rumah kedua?
Sebenar dari awal tahun tu hari I macam terasa nak ada rumah di Taiping.
Why Taiping? Sbb I rasa suka Taiping. Plus dekat dgn my hometown. I nak jadikan rumah selepas I pencen.

I mulakan pencarian di internet cuma. Dan I berkenan dgn satu rumah semi-D ni. Harga dia 340k. Memandangkan myDH dah abis loan rumah pertama dia, dan dia tak pernah guna loan LPPSA, jadi I minta myDH try apply LPPSA since I tgk myDH layak utk loan dgn harga rumah tu.
So, jumpa agent (agent pun jumpa kat internet juga. And luckily that agent memang baik. Malay lady. Orang Taiping). Ding dong ding dong, kita pun apply LPPSA. Tup2 lepas raya tu kita terima news kata LPPSA da buat TnC baru. Kalau dulu depa tak tgk gaji nett pun. Kira macam kau gaji 3k dan bleh buat loan up to 340k, then bleh ja. Now tak bleh. Tgk gaji nett. So, loan mmg buleh, tapi kau kena top up ratus2 K pulak. Siapa yang nak?, kan? 

Lepas tu I fikir2, I macam sayang rumah tu. Area dia memang tip top. Sejuk je. Disebabkan itu, I try apply loan guna nama I. Sengaja tak join dgn myDH. I nak tgk sejauh mana I boleh commit. Full ke cemna. Tapi, ini rumah kedua I, so, memang tak dpt 100% loan. I buleh buat 90% loan. 10% I kena bayar ke developer. So, I bagi semua dokumen I, bla bla bla.. tak lama pun, kurang seminggu, I dapat feedback. Ya, I memang dapat 90% loan tu (Kira full lah). Bank trust I boleh commit utk bayar sekian amaun per month. Memang kalau I riki2, memang bank ini (Maybank) interest rendah masa I apply tu. Pastu I rasa loan I senang je approved sbb I mmg customer Maybank. Semua rekod dah memang ada. Loan kereta, card credit, gaji semua kt Maybank. 
Tips : Uols kalau nak apply loan guna bank, kena pastikan rekod kewangan korang tip top. Memang laju lah depa approved. Dia ada term dia - DSR ke apa ntah namanya tu. PTPTN tu paling penting. I memang dah lama settled PTPTN. Then I tak pernah dah berhutang kad kredit. I guna, I terus bayar. Then kereta memang tak pernah lewat bayar. 

Ha! Dia punya delima masa kat sini lah.
Bila dah approved, I macam 50-50 tau. Eh. Bukan 50-50, 80-20 kot.
I rasa taknak pulak. Memacam I fikir.
Tapi, hati I kuat kata taknak proceed. I solat istikarah juga (eh, ni patut before apply loan lah buat kan. Apa lah.. hahaha).
Dalam pada tu, I terbaca bermacam artikel berkaitan pembelian rumah kedua ni. Which is memang bertepatan apa yg I fikir (yg ni nanti I buat post lain kot).

Oh ya, utk yg tak tahu (stalker mesti tahu lah kan. ahahaha), rumah pertama I skrg yang I duduk tu, guna LPPSA. Dibeli 10 tahun lepas. Jadi, I dah tak boleh guna LPPSA. Rumah kedua kena beli dgn loan bank dengan jumlah loan yang dibenarkan adalah 90% dari harga rumah. Yang ni memang peruntukan kerajaan.

Kenapa I ambil keputusan utk batalkan?
Nanti I cerita part 2 pulak lah.
Apa pun, apa yg ceritakan nanti adalah pendapat dan keperluan peribadi I. 
Tidak boleh adapt utk situasi orang lain.
Terpulang pada anda utk berfikir.
Cuma, apa yg perlu I highlight kan - u guys perlu ada rumah pertama. Especially penjawat awam. Rugi besar kalau penjawat awam tak gunakan kemudahan LPPSA ni. Gunakan lah sementara boleh walau sekarang makin susah TnC nya. Jangan bertangguh lagi. Semakin lama uols berfikir, makin berumur dan makin tinggi lah nilai insurans uols kena bayar which is akan termasuk dalam harga rumah.

Okay. See u in part 2 pulak.

20 September 2019

Jetstar Penyelesaianku Untuk Bercuti

Alahai... I belum habis cerita pasal Pesta Sukan di Kuching tu ari. 
Tu lah. Busy nau lah sekarang.
Takpe.
Lemme share dulu with u guys something yang best berkaitan Sarawak ni.

Sekarang ni uols tak payah pening-pening nak cari tempat cheap atau booking senang sebab sekarang ni kita ada Traveloka apps. Ada lagi ke yg tak pernah dengan Traveloka? Traveloka ni web and apps yang boleh setelkan segala urusan booking and u guys boleh book cheap Jetstar flights online dengan senangnya. 

Okay jom tgk cara2 nak booking dengan mudah dan murah ni. Gitewww....
Sebelum tu i citer dulu apa yang u guys boleh buat kat Kuching. Sebab info ni agak penting supaya u
guys boleh plan apa nak buat kat sana nanti.

Currently u guys boleh ke Kuching dengan Jetstar sebab dia salah satu destination diorang. Kat Traveloka ni u guys boleh book flights to Kuching online and terdapat banyak pilihan yang murah. 

Antara tempat yang u guys boleh pergi kat Kuching ialah Muzium yang tertua di Borneo, Muzium  Sarawak adalah sebuah bangunan dengan seni bina Perancis yang telah dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1891. Lawatan ke muzium ini akan membuka mata u guys tentang bukan sahaja sejarah negeri Sarawak tetapi juga tentang budaya dan kehidupan masyarakat kat negeri ini. Antara koleksi yang dipamerkan kat sini adalah senjata-senjata yang digunakan masyarakat Sarawak, bot perang orang Iban, seramik asli yang tertua dari Gua Niah, serta banyak lagi barangan dan kepingan seramik yang diperoleh negeri ini hasil perdagangan dari abad ke-11 hingga ke-13 AD. Bila dah ‘penuh’ ilmu kat dada, u guys boleh menuju ke tingkat bawah yang menempatkan Muzium Shoppe untuk membeli cenderahati. 

Muzium ni dekat sgt dgn hotel weols duduk masa Pesta Sukan tu ari. Tapi, tu hari tgh renovation. Uols buleh call lah kot muzium ni utk tahu bila dah siap. Tapi, by next year mesti da siap reno punya. So, bleh masuk dalam itinerary uols jugak lah.


Dan yang ni temanya "tak sarawak lah tak ambik gambar kat sini" kan?
Haha.
U know what, dak kecik tu kemain sakan bila nampak cats ni.
Dia yg cakap "nak piece... " kat cats tu.
Haha.
Terjebak sbb mak dia selalu suruh posing.

Mercu tanda ini tak lain tak bukan adalah Tugu Kuching yang megah berdiri di hadapan hotel-hotel dan pusat membeli-belah bandaraya ini. Tugu yang berada di dalam roundabout ini dijaga dengan baik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang sentiasa memastikan agar warna tugu ini tidak pudar. Sebab tu, bagi u guys yang nak bergambar di sini tak perlulah risau ya? Warnanya tetap vibrant bila-bila masa sahaja u guys bercadang untuk berposing di sini.

Ke mana nak pergi tanpa perlu keluarkan bajet di Kuching ni tapi dalam masa yang sama best bukan main? Jawapannya adalah Muzium Kucing! Jangan main-main, muzium yang juga terletak di ‘Kuching’ ini adalah muzium kucing yang pertama yang ada di dunia. Muzium yang terletak di dalam bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas Bukit Siol ini menempatkan lebih daripada 3000 pameran yang menarik hati. Berkeluasan lebih daripada 1000 meter persegi, muzium ini memiliki 4 buah galeri yang didalamnya ada lebih daripada 50 pameran berbeza seperti jenis-jenis kucing, kucing pada zaman pertengahan, koleksi Garfield, koleksi buku kucing, koleksi Hello Kitty, info tentang kucing pada zaman purba Mesir dan banyak lagi. Tak ada apa lagi yang perlu u guys Google tentang kucing sebaik melawat muzium ini. Nak jadi pakar kucing? Sini wajib u guys pergi.

Muzium Kucing ni weols tak sempat pergi masa Pesta Sukan tu hari. Tapi, masa pergi tahun 2015 tu weols ada pergi. So, muzium kucing buleh masuk list sbb ianya unik dan takde kat tempat lain. Meowww... 

So, dah tau tempat2 menarik ni, moh la kita booking. Nak buat booking atau nak riki harga u guys boleh bukak link https://www.traveloka.com/en-my/jetstar dan u guys isikan info macam tarikh u guys nak pergi. Kalau nak pergi tu jangan pergi time cuti sekolah atau cuti raya kalau nak cheap. Tapi, kalau tak kisah atau time tu je uols boleh pergi, takde hal sebab u guys boleh buat perbandingan harga antara airline.

Jetstar ni sebenarnya Airline low budget yang based kat Australia. Pernah menang award pada tahun
2011, 2012 dan 2013 sebagai airlines low budget yang terbaik. So harga dia memang cheap. Dia cuma ada 2 jenis seat yang u guys boleh pilih iaitu Economy class dan business class. 
Tujuan Jetstar sebenarnya nak bagi u guys yang bajet rendah untuk dapat naik kapal terbang so sebab tu la dia agak cheap. Kalau u guys rasa nak makan boleh tambah sikit atau beli masa flight, kalau taknak pun boleh. Business plak lebih selesa untuk yang nak spend lebih tapi tak semua flight ada business class so u guys kena find out dulu sama ada tempat yang u guys nak pergi tu ada business class atau tak. Beza dia dengan economy class adalah berat baggage yang u guys nak bawak dan selesa seat dia. And of course terpulang kat u guys based kepada apa yang u guys nak.

Weols tu hari sbb ada meeting MBJ masa Pesta Sukan tu, so, tiket flight I office dah tanggung (tp anak n suami bayar sendiri okeh.. kena mention.. nanti acik bawang kata tak bayar pulekkk.. haha). So, next time, I nak try jugak Jetstar ni. Macam best je kan. So, jom!

Last but not least, pemandangan indah dari bilik hotel yg kami menginap masa di Kuching selama 5 hari 4 malam. Best weh Kuching! Serius.. orang pun semua baik2.


11 September 2019

Matta Fair September 2019

Ahahah.

Tiap kali Matta Fair aku pi mencemar duli, kan?
Cemna lah buleh pergi tempat2 yg orang ramai tu.
Bawak toddler pulak tu.
Idak la temannnn..
Kata dek deme la.

Hehe.
Aiols okay ja.
Apa nak rengsa pula.
Kali ni aiols pi hari Sabtu. Ha. Lagi lah.
Hahah.
Sbb petang Jumaat tu lapau sampau dah.
Tak lunch kat ofis.
Eih. Tk bleh. Kena singgah di pasar malam beli makanan jugak.

So, postponed ke hari Sabtu.
Tapi Sabtu pun idak la pagi2 dan tghari.
Pegi lepas Asar. Dlm kui 6 baru sampai pwtc.
Hehe. Rilek la. Umah dekat ja.
Naik LRT. Sbb dak Rizq nak naik choo choo train.
Tapi, sebenarnya dia pun rimas.
Petang orang tak ramai sgt. But, still la kan.
Pegi 2,3 booth ja.
Lepas tu dia tak bagi singgah2 dah.
Balik..balik katanya.
Hahahah.
Nasib baik abang acap dia belanja eskrem.

Kali ni ajak anak buah skali. Dia baru nak belaja2 travel.
Kami lak sempat beli tiket zoo negara kali ni.
Haha.

Tapi, pakej all in ke Korea not bad lah.
Semua bawah 3k. All in ya. Bkn pakej ground.
Bulan 12, waktu main salji pulak tu.
Hampir2 lah aku terpikat. Tak memasal. Padahal tak pernah plan pun Korea.
Lps tu tgk booth Labuan.
Yup. Kami nak ke Labuan sebenarnya.

Area Borneo kami sudah ke Sabah bawa Rizq. Sudah ke Sarawak. Jadi, perlu ke Labuan pula. Labuan ni bukan je Rizq tak pernah pegi. Kami dua pun tak pernah.
So, rasa nak pergi.
Utk next year.

Korea tu. Kalau loan rumah tak approved. Boleh lah.
Kalau approved. Memang tak kemana lah.
Loan utk 2nd house memang tak dpt 100%. Kena ada 10% utk bayar ke developer.
So, mana buleh berjimba2 kalau loan approved.
Kali ni aiols try dgn bank lah pula.
Sbb 1st house dah dgn LPPSA.
Cuba lah.
Dapat, dapat lah.
Tak dapat pun, takpe.

Buleh pergi jalan2.
Pergi Santorini ka.
Ahahahah :D

10 September 2019

Pesta Sukan 2019 : Kuching, Sarawak (1)

Ini kali ke3 turut bawa Rizq bersukan.
Kali pertama di Pahang. Kedua, last year di Langkawi dan tahun ni di Kuching.
Usung la Rizq sekali.
Nak tinggal mana udah mak paknya memang satu office.
Beliau ni kan anak kraf.
Haha.

Kami pergi hari Khamis - 29. Ogos. 
Flight suppose 9.10am.
Tapi diawalkan. Jadi pukul 8.10 am. Sebab ada rehearsel Merdeka di Putrajaya.
Laluan udara ditutup pada jam 9pagi.
So, kena la sedia dari awal.
Kul 3.30pagi dah gerak.
Tak mahu lagi kejadian macam last year nak pergi Terengganu terjadi lagi.
Berhambat marathon nak pergi gate sbb da lambat boarding.
Acap (anak buah) amik dari KSU. Mudah. Dia mmg buat Grab, so kita grab dia je lah.
Kul 4.30pagi dah sampai KLIA2. Hambik kau.
Takpe, kita rilek2 je. Takde nak rush2.
Sampai, terus ja print luggage tag. Sekarang ni semua kena buat sendiri.
Print tag. Pastu bawa ke kaunter. Naikkan bag kat atas carousel tu (carousel eh panggil menda yg gerak tu). Scan boarding pass, scan bag. Settle.
Sbb tu kena pergi awal. Kalau tak lagi kita kalut.
Then kiterang malas nak tunggu kat luar, terus masuk dalam ja. Senang nanti.
Lepak kat depan gate terus.


Ramai juga seofis dalam flight tu.
Kami pergi dulu sbb petang ada meeting MBJ.
Sampai Kuching sekitar jam 10 lebih.
Masih awal.
Ada bas pick up kiterang.
Terus di bawa ke Cawangan.
Lepak2 sana. Kul 11 lebih baru gerak utk lunch.

Office cawangan bawa makan kt Kriung apa ke ntah.
Lepas tu baru ke hotel utk check in.
Kami stay di Waterfront Hotel.
Agak lama juga menunggu utk check in.
Kesian pada dak Rizq ni ja. Walo dia takde la cranky ke apa. Sbb dia tak mandi!
Awal pagi keluar jam 3.30pagi tu terus je pikul dia ke airport.
Kat airport baru tukar baju dia.
Jadi, masa kat hotel tu dah dekat pukul 2ptg. Melangas rasa. Comot nau tgk dia.

Dapat ja kunci terus mandikan dia.
Dah segar2 tu, dia tido. Jam 4pm - meeting MBJ (pre-council).
Balik kui 6, tgk dia tido lagi. Ha kau.. penat.
Kul 7 turun dinner.
Ayah Rizq dinner sendiri sbb dia bukan ahli MBJ. Kalau dia ahli, siapa pula nak pegang / jaga Rizq. Naseb baik. Bawah hotel tu ada food court. Senang.

Malam meeting lagi bersama Pengurusan pulak.
Naseb KP nak abiskan awal. Dalam jam 10 camtu settle.
Malam tu juga orang hantar kereta. Suppose nak ambik esuk. Hari Jumaat. Tapi dia kata nak hantar awal. Okay lah. Kami booking Axia, tapi dapat Myvi. Takde caj tambahan. Okay lah tu kan. Harga RM100/day.

Selesai hari pertama di Kuching.
Hari pertama hanya meeting. Sukan belum start.

Hari kedua - Jumaat- 30 Ogos - bermula dengan meeting sukan. AGM. Lantikan utk Pengerusi, AJK etc etc. Buat di Cawangan Sarawak. Dalam 15minit dari hotel.


Daftar tapi tak masuk pun meeting. Rizq tak suka tgk orang ramai2 tu.
Lepak2 luar dewan ja. 
Lps abis meeting, kembali ke hotel.
Lepas tu lepak McD kat mall bawah hotel.
Haha.
Senang idop.

Petang dah mula acara.
Aiols masuk lawn bowls.


Not bad. 
Kami team wilayah dapat no 2. Silver medal.


Best la main lawn bowls ni.
Ada masa, nanti aiols cerita pasal peraturan lawn bowls ni.
Biasa tgk kat tv macam bosan je kalau ada lawan sukan ni kan.
Tapi, sebenarnya ia sukan yg bagus. 
Otak dan minda kena fokus.

Masa ni juga, ayah Rizq ada game.
Agak jenuh juga nak meng-handle Rizq seorang.
Ke hulu ke hilir usung dia sambil main lawn bowls.
Adoi! Memang lawak.

Ayah Rizq main bola sepak 9 sebelah.
Kena main sbb dalam tu kena ada orang veteran.
Ayah Rizq kategori veteran dah. Haha. Umo 40 tahun.

Game ayah Rizq lagi lama. Kui 7 baru habis.
Kiterang ni dah comot giler dah.
Malam tu, ayah Rizq beli McD ja kat bawah.
Tak larat dah nak keluar memana.
Settle hari kedua.
Hari kedua ni takde makan2 makanan Sarawak pun.
Just makan McD ja. Haha.
Nanti kita sambung hari ketiga pulak.

3 September 2019

Hello September

Well. Well. Well.
Tinggal lagi 3 bulan kita akan melangkah ke tahun 2020.
Wuuuu..
Dedulu tak kata tahun 2020 lah, tahun 2000 pun kita dah membayangkan ada kereta terbang.
Tapi, tak ada ada jugak.
Dah 20 tahun berlalu.
Pun bayang kereta terbang pun nan hado.
Dulu, cikgu suruh bayangkan dan lukis.
Pastu kita lukis, bangunan tajam2, lonjong2. Dicelah celah tu kelihatan kereta terbang.
Humang aih. Rasa canggih abis dah.
Tapi hakikatnya.
Kereta di celah bangunan jugak lah.
Tapi celah bangunan atas flyover.
Proses nak buat flyover tu pulak mengakibatkan kau jem macam onggila.
Siapa lalu jalan Tun Razak hala Ikea dekat RHB tu tahu lah  betapa hazab nya jalan tu.
Sekarang ni dia ada macam jambatan pulak situ.
Itu lah yg menyebabkan jammed.
Kalau kau tak biasa area KL, memang kau boleh termasuk jalan nak ke Kg Pandan tu. Hazab kau nak u-turn balik. Silap2 kau boleh terpegi ke Ipoh. Hahaha.

September.
Kami baru balik dari Kuching Sarawak ni.
Bukan bercuti.
Tapi bersukan.
Sukan tahunan Kraftangan Malaysia.
Kali ke24.
Last year di Langkawi.
This year Kuching.

Ehhh.. kaya lah kan. Haha. Kena potong gaji weh. Selama 7 bulan. Utk tiket flight dan hotel.
Tapi, aiols dah bayar terus dah. Hutang dgn diri sendiri je lah. Takmo lah payslip aiols ada bermacam potongan. Aiols ada menda nk buat nih.
Nanti aiols cerita okeh.
Kami stay di Waterfront Hotel.

September.
Ada byk cuti.
Tu ari ada orang pertikaikan eh cuti ke 9hb ni.
Cuti lah uols. Yang bln 7 hari tu hari pertabalan.
Maknanya 3 minggu berturut2 cuti hari Isnin.
Best kan.

Okay lah.
Selamat datang September.

Oh. Tak lupa juga.
Selamat tahun baru Hijrah 1441 :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign