Pages

27 December 2019

#kaptenRizqkePenang : 22-24 Dec 2019

After looonggg time tak pergi holiday kat Penang, kali ni kita pergi lah.
Lama dah plan nak pergi Penang. Tp tak terpegi.
Last pergi masa sukan office, tp bukan pergi belah pulau. Itu kat seberang sini ja. Masa tu Rizq pun takde lagi (ingat lagi time tu tgh on treatment, usung semua ubat-ubatan yg kena makan).

Biasanya, I takkan pilih time cuti sekolah untuk bercuti sbb ramai orang.
Tapi, kerana kali ni macam nk burnt out, pilih gak la this school holiday utk bercuti.
Oleh kerana bulan 12, it can be our "11th anniversary treat holiday" gak lah.
Entah la. Tahun ni kerja mmg agak back2back. And after I ambik balik tugas2 I dahulu, makin hectic jadinya. Haha. Tapi takpe lah. I suka. Cuma kengkadang, tak menang tangan.

So, I need rest. Kejap.
Itu pun rasa bersalah sbb tak dpt nak ganti my boss utk pergi meeting di JB. Dia ada personal matter yg tk dpt elak, tapi I tak boleh tolong sbb mmg I dah booking hotel date yg sama meeting tu. Tapi takpe, naseb assistant I ada. Kalau tak, okay ja. Gain new experience, right?

Okeh. Jom cerita Penang.
Pergi 22hb (Ahad). Sbb sebenarnya, plan hari Sabtu tu nak hantar mak I dulu balik kg. Emak mmg stay rumah I masa cuti sekolah ni sbb abang n family dia balik bercuti rumah mertua dia kat sini. So, takde siapa jaga emak, emak dtg lah rumah I. Tp dia bosan agaknya. Sbb I asyik balik lewat je masa tu. Dia terus call abg kedua I untuk ambik. Hehe. So, 1 week je dia duk rumah. Katanya "maleh aku..tk dpt pijak tanah" Okay, takpe lah. Lagi pun Rizq pun da orientasi masa tu. So, mmg agak hectic.

Gerak dr KL dalam jam 9.00 camtu. Breakfast area rumah ja then teruskan perjalanan.


Igt buleh smpai area Penang dlm waktu lunch. Tp tak dapat.
So, kami exit Kuala Kangsar. I google kat mana ada kedai makan best. Okay... mmg lah my hometown I Kuale tu, tp tmpt lunch yg best pun I tak tahu mana. Ada la. Tp macam jauh masuk2 dalam pulak. Bila buka FB - eh, ada yg dkt dgn exit Kuala. Kedai baru. Area Padang Rengas. Makan je lah situ. Not bad. Sbb hidangan dia da sesiap dlm piring. Ambik je. Tp lauk tak lah banyak.

Lauk tempoyak. Sedap mmg sedap.
Tp I suka lagi tempoyak Temerloh.

Settle makan, solat jamak dulu dkt masjid berhampiran.


Eh. I tatau pun ada binaan gini kat masjid ni.
Even, abg2 pun tak tahu. Suruh derang teka kat grup WA. Kt negeri sembilan pulak halanya. Haha.
Masa kat masjid ni, masuk toilet, nampak ada phone orang tertinggal. Ah. Sudah. Phone siapa. Masa I masuk masjid nampak ada sorang akak ni. Dia punya lah agaknya. I ambik n bagi dia. Beristighfar dia bila I bagi. Hehe. Rilek kak, I punya fon pernah masuk jamban pun. Hehehe.

Lps solat, masuk hway balik. Dkt dah. Masuk Penang - lalu ikut jambatan lama. I mmg takmau naik feri. Malas nak q kereta apa semua. Naik jambatan sudah. Yg ini pun.. huiii..lama dah tak lalu jambatan ni. 



Smpai hotel dalam 4 lebih.
Utk hari pertama, I booking hotel Neo+ by Aston. Booking kt Agoda. Lepas tolak point2 and discount apa segala - dpt dalam RM170/nite. Murah kan. Tp dpt bilik yg katil 2 single bed. Ah. Lantak lah. Bila orang kaunter tu ckp - katil twin bed ya, I mcm ah..okay sbb dlm otak I terfikir - twin bed tu king bed. Haha. Entah. Dah penat2 tu, lain di fikir. Lepas tu aircond pun tak kuat. MasyaAllah... 
Tp dari segi lokasi - mmg worth. Walking distance dalam 3minit ja pi nasi kandar yg glamer. Macam Deen Maju / Line Clear. Pi Komtar pun jalan kaki ja.
I dok sini sbb target I nak pi Komtar.
Apa yg ada kat Komtar ni?
Nanti kita cerita. KIV.

Second day - Mmg purposely tak ambil breakfast sbb nak check out awal. Dlm plan nak pi breakfast Roti Canai Gemas Road. Tp Isnin tutup rupanya. Bila tgk google maps, mmg dia tulis tutup. Tp saja nak pi jugak. Rupanya mmg tutup. Hehe. Jadi, percayalah pada google maps tu hokeh. Info dia reliable. 
Lepas tu kiterang terus pi Bukit Bendera.
Ya! mmg tujuan utama I nak naik Bukit Bendera.
Yang ni pun berpuluh tahun tak pernah naik dah.
Last naik masa rombongan sekolah darjah berapa entah.
Dan kali ini, dapat naik.
Sbb awal, takde lah orang ramai sgt kt tempat beli tiket tu walau mmg ramai.
Ni nanti I cerita jugak. KIV. Hehe.

Lps turun Bukit Bendera, pi carik lunch.
Pergi jugak la tempat viral yakni mi sotong Padang Kota.
Naaahh...hambik kau, setgh jam ayah Rizq beratur. Haha.
Naseb sedap.


Lps lunch gerak ke hotel kedua.
Jalan jem ada construction pulak.
Dah rugi masa check in. Huhu.
Hotel kedua kt Batu Feringghi.
Golden Sands Resort.
Yg ni mmg I pilih utk rehatkan minda. 
I booking direct dgn hotel. Untuk hotel best2, mmg I direct dgn hotel sbb derang akan bagi bilik best atau free upgrade bilik. Kalau hotel biasa - ya, boleh booking dgn Agoda. Tp hotel best2 ni, better uols booking direct. Mmg harga mahal sket dari Agoda. Tp biasanya akan dpt bilik best. Takpun ada free upgrade bilik. Byk kali lah I dapat cemtu :)
Pasal hotel ni pun I cerita next. KIV.
Utk hotel kedua ni, I amik full pakej. Semua lah. Dinner - breakfast. Sbb malas nak keluar dah. Memang penat pun. 

Day 3 - Check out jam 12pm.
Balik lalu ikut Balik Pulau.
Pening.
Jalan macam Cameron Highland.
Nak termuntah pun ada.
Balik Pulau ni I kerap pergi masa duduk unit Aset. Masa tu bebaru masuk kerja. Belum kawen pun. Eh. Smpai dah kawen pun ada pergi. Ulang - alik situ. Dgn big boss, dgn Pengarah. Pi sorang pun ada. Pi ngan lawyer lagi lah byk kali. Kenai ngan orang Mahkamah situ. Kenangan sungguh lah. 
Nak carik laksa.
Laksa jangguih buka kul 3pm.
Lambat.
So, search kat mana lagi.
Maps tunjuk laksa tempurung. Yg buka pukul 2. Tp bila sampai, tunggu kejap sampai kul 2 pun tak buka2 lagi. Cari2 info kat FB katanya tmpt tu macam dah tak buka. So, u-turn, carik tempat lain. Tapi, ramai jugak yg nampak macam menunggu masa tu.
Pergi kat area tepi Pantai Teluk Kumbar. Lepas area Lexis tu. Nama tempat nya Ombak Damai. Best. Makan tepi pantai. Tp panas sket la. 
Laksa Tempurung.
Sedap!




Balik keluar ikut jambatan kedua.
Ini pun lama dah dalam wishlist. Akhirnyaaaa..
Tapi, kenapa la sebijik signage takde nak tunjuk arah pi jambatan tu.
I mmg berpandukan maps 100% tau. I tatau kalau dari arah Georgetown ada ke tak. Tp dari arah Balik Pulau tu mmg takde. Kenapa camtu? Memang tak bagi orang naik jambatan tu ke? Pelik tau.

Turun tu, I google kilang Jeruk Pak Ali.
Ha! Dekat je.
So, terus pergi kilang jeruk. Senang.
Sbb nya, depan hotel tu ada jugak kedai jual jeruk Pak Ali ni. Agen la kot. Dah la orang kedai tu langsung tak mesra pelanggan. Tgk muka pun cam ketat ja. Tu takpe lah.
Yang buat kiterang makin tak berkenan tu sbb dia amik jeruk tak pakai sarung tangan.
MasyaAllah akakkkkk...

Ayah Rizq siap cakap (lps keluar kedai lah) "berapa sen sgt sarung tgn plastik tu, kenapa tak beli"
Ya. Dia celup tangan dalam bekas penuh dgn jeruk, pilih2 dan masuk dalam plastik.
Sbb da sampai, I amik je lah 1 jeruk yg da siap dlm pack (and hopefully tgn dia bersih la masa isi jeruk yg dlm plastik tu) dan bayar. Dia ambik duit dan pulangkan duit baki. Dan selepas itu selamba sambung semula isi jeruk. Dgn tangan yang ambil duit tadi. OMG!!!

Tu yg weols rasa better pi kat kilang atau kedai betul dia. Tp kedai betul dia kat area Seberang Jaya which is jauh dah sbb kami da turun ikut jambatan kedua. Kedai kat bangunan Setee Aishah ke apa tu. Itu mmg selalu kami singgah tu. Kali ni terus beli kt kilang lah. Dun want dah la beli kat agen. Ye tau. Bukan semua camtu. Tp bila tgk selamba je pekedai tu tanpa hirau orang tgk, I terus rasa eii.. kenapa la tak pembersih. Jeruk tu kan ada air2 dia tu. Kalau makanan kering, lain la sket walo tak sepatutnya jugak. Ini berair-air, tangan pegang duit yang tatau datang dari mana - dan sambung seluk semula jeruk.



Tkpe lah. Next time beringat lah.
Lps beli jeruk terus direct pi Taiping.
Tido umah kakak I since emak dah ada kat sana.
Singgah jap.
Kul 7pm baru sampai.

Cuti ni mmg takde food hunting ke jalan-jalan ke apa.
I mmg target nak rest n nak pi 1,2 tempat je. 
I pun tak "into" sgt nasi kandar apa semua tu. Tp dpt jugak la makan nasik kandar malam 1st tu. Ayah Rizq jalan kaki ja pi Deen Maju tu. Sbb dekat. Kalau jauh, tak kuasa lah haih. Depan hotel tu pun ada kedai tomyam. Saja nak merasa orang kata - pi lah beli. Okay lah. Buleh la. Tkde la heaven nau. Biasa biasa. Haha. Sbb I tak minat nasik kandar. Sbb tu lah kot. I mmg makan-makan ni kan tak berapa kesah. Nak rasa2 buleh la. Nak pi hunting2 tu, takde. Dapat - dapatlah. Tak dpt - its okay.. :D

19 December 2019

Hectic December

December kali ni sememangnya boleh dikatakan hectic December.
Kerja back 2 back woo tanpa henti.
Bermula akhir bulan Nov. sebenarnya.
Interview.
Lps tu sebuk shortlisted calon2 interview yg dari iklan Jobs Malaysia.
Habis s.listed, semua sediakan calon2 utk dipanggil.
Etc. etc. etc.

Minggu ke 2 Disember, full. Memang full. Rizq Iskandar ada orientasi. As we enroll him to kindy for next year, so, kindy tu panggil utk 2 weeks orientation. 
Dah la mak I datang sini. Tp I tak dpt entertain. Saban hari balik malam.
Allah..Allah.. 

Minggu ke 2 tu - Isnin (9hb) - mula dgn temuduga, Selasa pun temuduga. Rabu - ada program mentor menti - tak disangka I jadi mentor pulak. Ahaha. Lepas tu Khamis - sambung interview balik.
Jumaat I kena settle kan calon2 ni untuk sedia dipilih.
Sabtu 14 Dis - my birthday. Tp takde pun pergi ke mana-mana
Ahad. Kat rumah - mak I kata nak balik sbb dah 2 minggu dia tak kemana-mana. Asik duk dlm rumah. Lemas aku tak pijak tanah katanya. Huhuu.
Abang dari Ipoh mai amik.

Naseb la Rizq Iskandar senang nak pi school.
Kejut je utk mandi.
Dia mandi, pastu siapkan dia, pastu pi school.
Masa orientasi ni, sesi dia dari jam 9.00 - 11.00 pagi ja.
Nanti yg bebtul baru 8.30 - 12.30tghari.
Kindy dia area office ja.
Naseb ada 1 kindy yg agak reasonable price nya walao tak berapa jugak la. Tp sbb kemudahan utk logistik kami, so kami pejam mata je lah. Still hantar dia rumah nenek since dia baru je umo 4 tahun. Macam kesian pula nak letakkan dia seharian kat situ. Maybe next year atau bila 6y.o buleh letak full day atau amik bawa dtg office ja.
Alhamdulillah juga start tahun ni kerajaan da apply WBF sampai jam 9.00 pagi untuk masuk kerja.
Semua ni pun rezeki juga. Takde la kami berhambat2 nak kejar punch card. Kan?

Utk kerja.
Lps habis interview, minggu ni penuh dgn meeting pulak.
Meeting kat motac lagi.
Meeting MBJ.

Entah lah. So hectic lah pendek kata.
Kalau unit lain pun, ada promosi lagi.

Takpe lah kan. Ini lah dinamakan kerja.

Oh ya. Utk projek susu ibu pun dah nak start ni.
Nanti I share lah cemna I punya kerja ya.
I jadi pembimbing penyusuan susu ibu.

And I sangat suka.
Sbb tu salah tu impian I bila I masuk umur 40 tahun.
Membuat aktiviti yang memberi manfaat kepada orang lain :)

18 December 2019

Happy 40th Birthday And Happy 11th Wedding Anniversary


14 December 2019


Genap 40 Tahun.
Alhamdulillah.
Thank you Allah.

13 December 2019
Our 11 years as husband n wife.
With our little munchkin Rizq Iskandar.
Semoga hubungan ini sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.


p/s : Gambar sambutan ada di FB.
Skrg ni merata tempek, nanti orang menyampah pula :D

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign