Aku salu je lupa nak akhirkan entry jalan-jalan aku dgn berapa total cost kalo aku jalan2 ni. Ekceli, takut gak nak taruk sbb nati ada yg kata 'kenapa harus letak cost?' , 'perlu ke nak tunjuk cost tu?' , 'nak menunjuk la tu pegi jalan2 pehtu letak berapa cost'. Fobia sbb aku penah terasa skali dah pasal cost nih.
Cuma lps Maria komen kata nati letak berapa kos masuk suma park kat BMLR ni.... aku pun rasa, tak salah aku letak, bukan aku nak menunjuk, jauh skali nak kata aku kaya sesangat nak tunjuk berapa ringgit aku masuk park2 kat BMLR tu. Just nak share d info. Kut ada yg nak buat bajet ke kalo nak bercuti cuti. Kut kalo nak kata gak, kata lah.... tp satu je aku minta... suci hati je la bila tgk entry org, boleh kan? Simple :)
Oke, ni aku tulis kos yg aku masuk masa pegi retu yer.
Ecopark : RM14-dewasa. RM10-kanak2 bawah 12 thn. Free utk kanak2 below 90cm. Keterangan lanjut klik sini - Ecopark BMLRoh. jgn lupa, sekiranya anda ber alamat kan daerah Kerian, ada special rate utk anda.
Pulau Orang Utan : RM25 - dewasa. RM22 - kanak2 bawah 12 thn. Free utk kanak2 below 90cm. Keterangan lanjut klik sini - Pulau Orang Utan BMLR
Chairlift : RM7 - dewasa. Kanak2 aku tak pasan la plak. Sama kut. Huhu.
Water Park aku tak masuk. Tp utk detail leh tgk sini - WaterPark BMLR
Penginapan : Laketown Service Apartment - harga promosi masa beli kat MAHA - RM75. Utk kadar harga sebenar leh klik sini - Laketown Apartment
So, itu saja. Leh jugak amik pakej combo kalo datang anak beranak. Mungkin lebih murah.
Atau pun beli la masa dia promosi kat memana. Mmg murah la. Di akui oleh staff kat sana jugak.
Jadi utk keterangan lanjut pasal Bukit Merah Laketown Resort bleh terus ke website derang ini - Bukit Merah Resort
p/s : wieee.. da boleh buat blockquote - kredit to blog ini dan ini.
p/s : wieee.. da boleh buat blockquote - kredit to blog ini dan ini.












