Pages

15 July 2015

Horlicks Ramadan Campaign : #sahurdenganhorlicks




*sticky post 48hours. Scroll down for new entry*

HoHoHo.
Tetiba la pulak kan nak ber ho ho ho bagai. Teringat dulu masa kecik kecik ada iklan Ho Ho Ho ni kan.
Pagi ini saya bersahur dengan Horlicks!
Korang pulak bagaimana?
Cewah! Ceria gitu. Tu lah. Sbb minum Horlicks sahur tadi, terus ceria.


Dah nak akhir akhir Ramadhan ni, makin malas pula kita nak masak untuk sahur kan. Jadi, minum Horlicks adalah pilihan yang tepat.  Sebab Horlicks adalah minuman yang penuh nutrisi. 
Bercerita tentang pengalaman saya berpuasa dan bersahur masa kecik-kecik dulu. Saya ni kategori malas bangun sahur sebenarnya. Hehe. Akhirnya ada pengakuan. Tapi, saya bukan jenis tidur mati susah nak bangun. Kalau mak kejut tu, terus bangun. Tapi, jangan suruh makan. Bukan taknak, tapi tak boleh masuk lah. Perut saya memang susah nak terima nasi pagi pagi tu.
Masa sekolah menengah pulak, saya duduk hostel, jadi, bersahur dalam kul 4pagi camtu. Abang dewan makan tu akan ketok2 periuk  dari dalam dining – sahur sahur sahur.
So, bangun lah kami dalam keadaan terpisat pisat. Sarung tudung gi menonong gi dewan makan. Nak taknak memang saya kena makan lah gak. Tapi, masa tu pun memang tak makan banyak. 
Sebab tu saya macam pelik tengok orang ada selera makan waktu sahur ni. Cam wah.. anda amazing.. gitu. Haha.

Masa bujang pun, saya bangun untuk minum air kosong sahaja. Sebab nak ambik berkat sahur.
Tapi, selepas bersuami, takkan saya nak biar je suami bersahur sorang kan. Suami saya pula perlu makan nasi. Jadi, saya harus bangun, panaskan nasi, panaskan lauk. Nasi, semua dah siap masak sebelum tidur. Lauk tu, kalau saya masak untuk berbuka, mmg saya lebihkan untuk sahur. Tapi, kalau dah habis, atau lauk beli (lauk beli mmg kami takkan bawa sampai sahur), saya goreng telur ke, ikan bilis ke, buat nasi goreng ke. Eh. Macam tak cukup nutrisi nih.  Eh, ada satu rahsia lagi. Kadang-kadang suami saya yang masak nasi goreng. Hihi.
Nama nak masak ayam masak lemak ke, asam pedas ke, mmg tidak lah kan.

Tapi, masalah nya waktu petang lah. Bila petang je mula nak pedih perut.  Kalau bising bising kat husband harus kena marah.  Yelah, masa sahur tak makan kan. Heheee. Eh, bukan taknak makan, tak boleh nak makan lah.
Sekarang, bila saya dah minum Horlicks ni, Alhamdulillah.. no more pedih perut pada waktu petang. Saya jadi lebih sihat mengharungi puasa seharian. Yey!

Jadi, sekiranya uols semua yang ada anak jenis susah nak makan pagi, dan hanya nak minum je, better buatkan mereka Horlicks yang lengkap dengan 23 vitamin dan mineral untuk keperluan seharian.
Eh. Bukan je untuk anak-anak, untuk uols sendiri pun boleh. Minum lah Horlicks ni supaya kita kekal sihat sepanjang bulan puasa ni. Takde la macam nak hangin je di office kan. Haha. (saya lah tu, bila pedih perut mula lah rasa nak hangin je).
Kalau anak anak jenis pemakan pun, takde masalah untuk kita selitkan secawan Horlicks panas yang penuh nutrisi ni.  Mudah je. 


Pilihan saya Horlicks Malt Coklat yang berkhasiat.


Just masukkan 3 sudu makan Horlicks coklat ke dalam mug. Nak lebih pun boleh..takde hal.


Tambahkan 170ml air panas (saya agak manja, tak boleh minum panas-panas ni. Saya jadikan minuman ni agak suam. Campur sedikit air suhu bilik. Tak panas, tak sejuk sgt. Hihi). Buleh adjust ikut citarasa masing-masing. Juga kalau suka lebih rasa susu, tambah dua sudu teh susu skim/tepung/cair ke dalam Horlicks. Saya tak berapa gemar minuman ada rasa susu yang “kuat” , so, saya lebih suka Horlicks O. Gitu. Eh, tak perlu letak gula pun dah okay tau.


Kacau sebati dan nikmatinya.



Tak susah kan. Kalau nak manja-manja dengan suami, suruh suami buat pun buleh. Oh. Satu lagi rahsia. Suami saya lagi sedap buat air dari saya tau (wah. Byk betul rahsia terkeluar dalam entry ni. Hihi)
Kalau nak buat yang sejuk pun buleh. Just tambah ais, dan goncangkan. Nikmat diminum waktu berbuka.

Serius I tell uols, Horlicks Coklat ni memang sedap dan rasa berbeza. Sedap. My husband pun cakap sedap. Tak mustahil weols akan terus stick dengan Horlicks lepas ni. Lagipun, kan Horlicks ni pun dengan nutrisi yang diperlukan terutama untuk anak-anak yang sedang membesar dengan aktif.

Pilihan saya ketika waktu sahur. Horlicks panas dan kurma.


Mengapa Horlicks di bulan Ramadan?


Berpuasa sepanjang Ramadan merupakan cabaran, lebih-lebih lagi kepada anak-anak kecil.
Untuk menyediakan mereka menghadapi hari penuh pembelajaran dan penerokaan di bulan Ramadan, adalah penting untuk mereka makan dan minum dengan baik pada waktu Sahur.
Sebagai sebahagian daripada hidangan Sahur, Horlicks mengandungi nutrien-nutrien penting seperti kalsium, protein dan multi-vitamin supaya mereka bersedia mengharungi hari mendatang.
Sekiranya anda risau anak anda mungkin kekurangan nutrien sepanjang berpuasa, Horlicks juga sesuai sebagai hidangan semasa berbuka.
Horlicks padat dengan nutrisi untuk tumbesaran. Dan amat sesuai dijadikan pilihan kita bersahur. Horlicks mengandungi 23 sumber vitamin dan mineral penting untuk khasiat sepanjang hari. Nutrisi ini pernting untuk tumbesaran yang mana dirumus khas dengan vitamin dan mineral, susu, fiber, malted barlet dan gandum. Horlicks memberikan nillai nutrisi yang diperlukan kerana ia kaya dengan serat (jadi, kurang lah pedih perut kan). 
Yang penting anak-anak akan “stay alert”  semasa di sekolah dan menjalankan pelbagai aktiviti di bulan Ramadhan. Dan tak lupa… kurang lah merengek kelaparan. 

Contest
Baru baru ini juga Horlicks dengan melancarkan kempen – Horlicks Ramadan Campaign, #SahurDenganHorlicks iaitu inisiatif untuk mendidik ibu bapa dan anak-anak kepentingan untuk mengamalkan puasa secara sihat dan mulakan hari dengan sahur penuh nutrisi.  
Selain itu kempen ini juga adalah satu usaha berterusan Horlicks untuk meningkatkan kesedaran orang awam terutama ibu bapa untuk sarapan pagi yang sihat dan bernutrisi.
Jadi, selain dari bersarapan, Horlicks juga amat sesuai di minum waktu bersahur. Kira macam permulaan hari sihat dan bernutrisi lah kan.
In support of this campaign, Horlicks juga telah berkongsi tips menarik untuk Ramadhan ini dan memperkenalkan resepi yang berguna untuk Hari Raya dan Ramadhan – untuk ibu ibu menyediakan hidangan yang cepat dan untuk anak anak.

Pada bulan puasa ni, kita boleh join contest  - Horlicks Ramadan Experience Contest. Masih berlangsung sehingga 16 Julai 2015 (sehari sebelum raya).  Hanya kongsikan pengalaman menarik anak-anak anda berpuasa.  Atau boleh juga kongsikan pengalaman sahur uols sendiri. Masuk facebook page Horlicks untuk keterangan lanjut.
Horlicks’ FB Page:


Dalam facebook page Horlicks ni bukan sahaja ada peraduan tau. Banyak tips menarik, resepi hari raya dengan Horlicks dan juga baca pengalaman Ramadhan rakan-rakan kita yang lain.   Salah satu tips yang diberikan :


Jadi, jom join. Mana tahu, uols menjadi salah seorang pemenang bertuah dan memenangi 1 Tahun Bekalan Horlicks. Ha… jimat banyak tu. Cepat lah cuba. Mana tahu, ada rezeki bulan Ramadhan ni kan. Kongsikan pengalaman anak anda.
Boleh refer pengalaman adik Ilham ni. Comey! Paling kelakar bila dia Tanya balik “sahur tu apa?” “kalau dapat tangkap orang tak puasa, Ilham nak bagi tahu mama dia”. Cerdik kan… 
Ilham’s Ramadan Memories

Atau pun uols boleh ambik gambar bersahur dengan Horlicks dan hashtag #sahurdenganHorlicks (yeah, saya pun dah join kempen hashtag ni. Hihi)

Untuk maklumat lanjut,  sila lah ke laman web Horlicks


#sahurdenganhorlicks

4 juta komen

terus nk cr holick blk ni..hahahahahahaha

good luck .. cam ada stok horlicks je dalam peti sejuk hahaha .. tp buat ikut permintan biasalah kita orang ni ...

Harus nak mencari holick jugak lepas niiii....
sama lah dgn lia...tak boleh makan pepagi hari....
harap holick ni pun boleh membantu....
selalu makan coco crunch je...tu pun macam susah nak masuk....
tq kekda... =))

ho...ho...horlick.
nampak horlick kekDa terasa hendak beli horlick pula,
kita suka horlick skali cereal...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign