"Bila nak ada anak?"
"Bila nak tambah anak?"
Nop. Ini bukan entry meroyan, jauh sekali nak merintih sebab dah tahun ke7 beraya takde anak. No no no ya. Jangan nak tuduh meroyan lah, topik ketinggalan zaman lah apa lah. Menda ni bukan berkaitan ketinggalan zaman ke apa ke. Ini realiti.
Entry ini saya editkan dari entry dari blog saya yang satu lagi.
Kena sesuaikan dengan tema blog lah kan.
Kat sini tema happy ceria seumpama stoberi kan.
Hihi.
Okay, berbalik pada soalan favourite masa raya.
Kan bebaru ni viral yg cakap jangan tanya soalan bila nak beranak, bila nak kawen tu.
Terima kasih pada yang prihatin dengan perkara itu.
Tapi, sebenarnya, menda tu tak cukup untuk menyedarkan orang ramai. Percaya lah.
Sbb kita akan berhadapan juga dengan mereka yang bertanya.
Itu yang buat geng TTC'ian takut menghadapi raya yer?
Saya rasa takde dah kot yang bermuram durja nak beraya ni.
Chill aje okay.
As childless couple, setiap raya pasti ada soalan tu dari saudara mara.
Memang la rasa terganggu mood raya. Terganggu mood pakai baju baru sedondon dengan famili. Mmg lah ada rasa nak sumbat sebiji ketupat yg tak buka kulit dalam mulut orang bertanya. Atau nak lagi best sumbatkan je sebatang lemang masih berbuluh tu.
Tapi, keep cool sudah. Mmg akan ada rasa getar dalam suara kita. Getar antara rasa sedih dan nak marah.
Kalau tak boleh bertahan, bangun dari tempat tu. Kalau di rumah orang kita pergi lah toilet ke. Kalau rumah sendiri, buat buat lah nak pergi ambil hidangan lain di dapur. Nanti otomatik orang tu akan perasan sendiri yang kita tak selesa dengan soalan dia.
Biar kita yang control the situation. Janganlah dari awal lagi, siap dah pikir ni.. sapa tanya aku bom kan muka. Sapa tanya aku bako kereta dia. Memang lah takkan buat menda tu semua. Giler ke hapa nak bako keta orang. Tapi bila kita otak kita fikir ayat camtu, menda tu dah jadi unsur negatif dalam diri kita. Lagi lah akan ada soalan macam tu.
Memang, kalau baru kawen itu soalan favourite orang. Nak taknak memang kita kena hadap. Cam weols dulu, lagi lah sbb masa tu dah nak dekat setahun kan. Takde apa pun lagi. Tapi, kami selamat sbb takde la sgt orang bertanya. Ada, bukan takde.
Tapi, belajar lah control sedari awal ni. Kita fikir yang positif. Kita cakap dalam hati kita, if ada orang bertanya aku nak senyum je. Jawab elok elok - InsyaAllah..coming soon makcik.
Kalau dia masih tak puas hati. Masih nak kata eh, apa nak tunggu lagi bla bla bla.
Bangun dari situ. Seperti yang saya bagitahu kat atas tu. Kalau tengah suap lontong pun, tinggalkan. Cakap, maaf saya nak ke tandas kejap.
Kalau dah 5 minit kita takde, pastu balik semula dia duk tanya lagi, baru buleh sumbat dalam mulut dia sebijik ketupat. Kau dah kenapa kan. Tak puas2 hati. Tua tak tua. Hahahahaha.
Jangan biarkan diri kita menderita kerana orang lain. Jangan biarkan entah sapa sapa rosakkan mood raya kita. Kan raya ni hari kemenangan kita. Kita mesti menang tau. Don't let other put us down.
Okay je lah uols. Rilek2 okey.
Rezeki lain lain banyak sangat Allah dah bagi. Kita kena #syukurselalu bab yang itu.
Allah cuma lambatkan rezeki zuriat tu. Itu pun sbb Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Chill ya.
Oh di kesempatan ini juga saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua.
Maaf zahir batin :)
Oh di kesempatan ini juga saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua.
Maaf zahir batin :)
2 juta komen
sangat positif! saya pun ikut positif sama walau xde kena mengena.. eh ada, org tanya nape pilih jadi surirumah.. tq kak! selamat hari raya! klu saya ter beraya kt kl, saya kasitau dulu ek, nak laksa takde sayo! haha!
Yuuppp betul sgt2 kak reen.. sebaiklah muka saya ni garang.. jadi org pun takut nak tanya sgt kat saya kot.. Hahah
Terima kasih atas komen anda :)