Pages

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

11 February 2019

#KaptenRizqDiPerak : Jalan-Jalan Ipoh

Rizq balik kampung sempena CNY.
Dari KL lepas mak ayah kerja. Hari Khamis 31hb.
Kami jarang sangat lah balik lepas kerja ni. Tapi, memikirkan ada urusan nak dibuat pada 1hb (Jumaat) tu, makanya, kami balik terus.
Dan nak dijadikan kami terperangkap dalam jammed akibat kemalangan antara trailer dan bas (keratan akhbar Berita Harian).
3 jam stuck. Suppose dalam pukul 10 malam camtu boleh dah sampai kampung, tapi kami sampai jam 2pagi!
Naseb Rizq okay ja sepanjang jalan. Naseb juga kami berenti RnR utk berenti makan.
Masa jammed tu dia elok ja tgk youtube. Pastu tido lena :)

Balik kali ni lama jugak lah. Dalam 5 malam.
Mak Rizq ada urusan kat Pejabat Tanah. 
Pastu kami amik kesempatan jalan2 kat Ipoh.
Mak kata lama dah dia tak jalan2 kat Ipoh ni. Mak dulu sekolah asrama kat Ipoh. Tapi tu dulu la... kisah lebih 25 tahun yang lalu. Hehehe.
Rupanya memacam yang best ada di Ipoh sekarang ni.

Hari Ahad - 3hb Februari.
Dari rumah opah Rizq ke Ipoh dalam sejam.
Memula kiterang pegi sini.

Ala, macam kat Langkawi tu lah.
Tapi, Rizq tak penah pegi yg kat Langkawi tu.
Masa mak pegi dulu, Rizq dalam perut lagi. Heeee :D

Okay lah sini. Tidak lah besar macam kat Langkawi mak kata.
Tiket masuk RM15/adult.
4 tahun ke bawah free.
Ada byk juga trick art yang menarik.
Okay, meh Rizq share kan.



Lelain gambar mak ada share kt FB.
Trick house ni dekat dengan Kong Heng / Plan B.
Jalan kaki saja.
Celah2 tu ada deretan kedai yang cantik utk di ambil gambar.




Dekat kawasan Plan B tu pun cantik2 jugak.
Mak nak try makan ais kepal. Tak tahu nak letak perasa apa. Suruh orang tu letak semua perasa. 
Tapi rupanya tak sedap lah kalau letak byk2 perasa.
Kalau nak sedap, mintak je ais kepal gula melaka.
Ais kepal nya banyak. Mak share ngan ayah pun tak abis.
Rizq taknak. Rizq minum air masak ja.



Mak kata, tempat ni dekat kedai buku Mubarak Store.
Kedai buku legend ni dulu. Orang Ipoh sure tahu kedai ni.
So, kalau auntie, uncle nak pegi area sini, nak senang parking je area2 sebelah town hall (DBI) atau sebelah masjid tu. Tak jauh pun nak jalan2 kaki kalau parking situ. Kalau carik parking area2 celah kedai tu, limited sket parking dia.

Lps tu, pegi pula ke kedai laksa.
Katanya one of the best laksa in town.
Laksa Telur Goreng Bersarang - Taman Botani.
Nak pegi sini, memang kena guna google maps. Sbb mak pun tak pernah jejak.


Recommended!
Rizq pun makan byk.
Ayah punya laksa telur bersarang.
Mak punya takde sbb mak tak suka laksa taruk telur goreng.
Tapi kedai ni tak banyak meja. Kalau weekend or cuti panjang tu, kena menunggu lah meja kosong.

Then, ikut google maps kiterang pegi carik cendul kat Pengkalan.
Tapi, tapau bawa balik je. Perut dah penuh. Sebelum tu solat zuhur kat masjid pengkalan tu.
Dan google lagi utk pergi perkampungan kacang putih.
Masa ni Rizq tak larat da... tido dah dalam keta.
Mak borong maruku pulak.
Area ni mmg byk kedai2 jual maruku.
Mak beli kat kedai DNS.


Menarik juga Ipoh ni kan.
Tu pun mak kata byk tempat tak pegi lagi tu.
Tempat makan masa mak sekolah dulu - TKK pun tak pegi. Pastu tempat nak tgk wall art tu pun tak jumpa. Mana ntah.
Dia best kalau kita jalan kaki.
Tapi. Panas oih.

Oh. Selain ke Ipoh, kiterang ke Kuala Kangsar jugak.
Macam biasa - breakfast di warong pokok getah ni.


Sempat rasa laksa Deris jugak petang Jumaat tu.
So so ja yang ini. CKT dia okeh. Ada letak udang galah.

Gitu lah cerita cuti 5 hari di kampung kali ni.
:)

1 January 2010

~PnStoberi Di Ipoh~

Ha.
Ini citer thn [minggu] lepas.
Ada aku mekik2 kat facebook kata nak gi Penang.
Pehtu esuknya aku mekik2 kata tak jadi pegi sbb bangun kul 9 pagi.
Iyer. Aku mcm nak hangin.
Tp, aku cuma pujuk ati dgn berjalan2 di negeri sendiri shj.
Plus menonton chipmunks jugak.

Bawak Fatin skali. Ajak abang2 dia. Semua takmo ikut.
Al-maklum lah, memasing da anak bujang.
Apa barang ikut2 paksu, maksu kan.
Hoho.

Ini gmbr smbil nak tggu time tgk wayang. Kami makan dulu kat food court dia. Tp mengecewakan sbb makanan adalah tidak memuaskan hati.

Aku makan chicken chop yg mmg chop semangat aku nak makan, dan Fatin makan nasik ayam yg dia kata nasik je sedap [kan bebudak ni masih luhur kata2nya..jd acceptable]

Ini la rupa dia ciken cop tu. Mmg tak baik mengeji makanan tp nengok makanan ini pun membuat aku rasa tak lalu [seb bek tak mengandung, kalo tak mau la meloya]. Seb bek la berharga RM8.50 shj, kalo berbelas2 ringgit haros lah aku..aku..err aku apa yer. Aku makan fries saja. Lain2 tak abis.


Ini nasik ayam Fatin. See..mmg tak menyelerakan pun selain dari pinggan plastik yg digunakan. Gosh! takde ke melamine ke porcelain ke either or pinggan plastik yg lawa sket la [eh, melamine pun tak elok guna kan].

Jd tgk wayang dulu di JJ Ipoh.
Lps tu aku decide mao pusing2 Ipoh.
Lama da rasa tak pusing2 town Ipoh tu.
Mao mengimbau kenangan masa sekolah dulu.
Setiap ari Jumaat, pekan ini lah tpt kami ber outing.
Hebat sgt da rasanya kalo dpt gi 'pekan' [kami panggil pekan je kalo nak ke area2 bdr Ipoh tu]
Kalo ari Jumaat tu, lps abis sekolah tak makan lunch kat dining dah sbb nak makan nasi goreng ayam ngan ABC kat TKK.
Itu masa da sekolah pagi.
Kalo sekolah petang lak, ha..mmg terkocoh2 la nak balik tu. Sbb takut lambat. Aku rasa sapa lambat masuk hostel lepas outing kena denda. Aku tak pasti la tp kat facebook retu adalah Azfa ke sapa tah citer pasal kena basuh sarung kusyen tu. Aku adalah tidak pernah kena sbb balik tpt pada waktunya. Haha.
Ya, aku kan slalu je cepat2. Mmg aku suka soping, suka window soping, tp pergerakan aku adalah melaju. Hehe.

Dari JJ trus la masuk area pekan Ipoh. Aku pun bukan berapa arip sgt perihal jalan2 kat bdr Ipoh ni. Nak2 plak jalan tutup nak buat jematan la hapa la. Suh je my dear ikut signage tu. Tup2 trus smpai ke stesen ketapi Ipoh [oh, ternapak juga bangkai bas Sani Express yg xciden tu sbb masa k'org lalu tu paginya baru kejadian xciden, derang da bawak ke Balai Polis Ipoh].
So, smpai kat stesen ketapi Ipoh, berlagak mcm org bukan negeri Perak. Haha. Apa kes la berjalan smpai kat stesen ketapi nih. Da smpai tgk la mcmana nak beli tiket naik shuttle train tu sbb ada gak plan ngan my dear nak naik ketapi nati. Tp ada org kata tak buleh bli on d spot, kena booking dulu. Ye ke?? Zawi, cemna ah nak beli tiket dia?? ko pengguna setia ketapi ni kan.

Ini dia stesen ketapi Ipoh. Cantik bangunan dia. Ada nilai sejarah. Harap2 pihak yg berkenaan jagalah bangunan ni. Sbb aku tgk ada part2 yg mcm tak dijaga je. Sayang nih.


Kami yang bergambar mcm pendatang pelancong asing. Kat blkg tu ada pengantin melayu tgh tgkp gmbr. Ada gak pengantin cina hok pakai gown kembang2 tu tgkp gmbr gak tp tak napak dah derang kat mana. Ceaaa..outdoor kat stesen ketapi katanya. Alah, kalo photographer tu pro, kat ladang tebu blakang umah pun gmbr jadi lawa. Tp kalo photographer pun konon cam bagus je tp sebenarnya "out", outdoor kat paris pun leh jadi ke laut sanun [apa kes ttiba nak masukkan citer pasal PG, masih tidak puas ati kah?] Sudah la sudah [masuk lagu Khatimah Cinta]. Da sethn pun kan. Hikss.

Kat sini ada dipamerkan [?] pokok Ipoh. My dear kata amik la gmbr. Jd aku pun amik ini.


Tp yg bijak nya adalah aku tak amik gmbr pokok tu. Ha..bagus kan aku nih. Mao jd blogger tegar tp tah pehapa tah kekdahnya.

Fatin melompat.


Lepas itu kami ke sini.


Tpt ini lebih dikenali dgn nama TKK. Dulu kat sini la kami makan2 kalo outing tu. Specialization dia nasi ayam/nasik goreng ayam then ABC. Dulu sebelah sana jalan raya tu ada kedai buku n stationary. Dynamic nama dia kalo tak silap aku. Skang dah takde aku tgk. Da jadi kedai serbaneka jual2 segala pelampong la mainan la. Lor..tak buleh survive gak kedai2 gitu yer. Satu lagi kedai buku yg glamer kat Ipoh adalah Mubarak Book Store, ini aku pun tatau ada lagi ke tak. Tk napak lak masa lalu nak ke stesen ketapi tu.

Aku tk penah terlintas pun masa sekolah dulu nak bawak suami aku dtg sini. Hehe. Tk sgka yer. Hampir 15 thn gak meninggalkan zaman2 sekolah nih [err..baru 13 thn lah]


Jd aku pun order la ABC. Satu je sbb Fatin adalah batuk koh koh. Jd tak buleh minum ais. Kami order kat Teh O saje utk dia [yg paksu jugak kena abiskan].
ABC ini masih spti dulu. Yg bes bila dikorek2 ais tu akan jumpa temikai.


Sedap lah. Tk terlalu manis. Dulu yg glamer adalah kedai ABC Ah Yoong, tp kali ni aku tak kesitu. Aku pi makan kat mana eh. Alisan ke apa tah. Sbb ada kedai mee sebelah tu. Rasa nak makan mihun sup lak sbb tghari tu tak puas makan ciken cop yg da potong selera. Rega ABC ni berapa tah. RM2.00 kut. Dulu berapa inggit ah? singgit setgh ke [tkpe, jap lagi kawan2 lama aku mesti akan confirm kan rega dia]

Selesai suma sessi mengimbau kenangan lama, kami pun balik. Tp still tak puas ati sbb aku bukan nak jalan2 kat Ipoh ni..aku nak pi Penang lah. Penanggg.. Waaa..

Pnstoberi : sentiasa dlm ingatan

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign