Pages

28 March 2020

Apa Khabar, Malaysia?

Lama sangat rasanya tak menjenguk.
Lama sangat rasanya tak menulis.
Last post - 20.02.2020.

Bermacam berlaku selepas tarikh cantik itu.
Pada 24 Februari - hari birthday ayah Rizq, berlaku nya sesuatu yg tidak disangka dalam kerajaan kita. Senang kami nak ingat.
Masa tu juga Hari Kraf Kebangsaan 2020 bermula.
Suppose PM ketika itu yang merasmi. Tp kita hanya merancang.
Seterusnya terbina kerajaan baharu dan kita dpt PM baru.

Dan awal Mac, negara dikejutkan dgn kes Covid19 yang semakin merebak.
Hingga lah sekarang - Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Dan kita kena bekerja dari rumah bermula 18 Mac 2020 tempoh hari.
Hurm.

Banyak nak ditulis.
Nanti lah.
Walau kena PKP, itu tidak bermakna kau duduk sesaja.
Memang benar2 I Work From Home (WFH).
Setiap hari ada saja isu nya.

Nanti lah I tuliskan pengalaman WFH ni.

Rindu nak menulis dlm blog ni.

20 February 2020

20.02.2020

Lamanya tak buka blog.
Dulu, walau tak sempat buat posting, sempat la scroll tgk newsfeed blog2 orang lain yang update tu. Skrg ni, buka blogger ni pun dah berapa lama ntah tak buka.
Busy amat.
Kalau di ofis, mmg kerja back to back.
Memang balik lewat.
I sampai rumah pun da pukul 8pm.
Takde dah la nak baca blog orang ke hapa.
Apatah lagi menulis blog sendiri.
Kalau kat rumah - tinggal beberapa jam ja utk bersama anak - harus lah mmg tak tgk langsung. Ada takde pun, tgk FB ja.

Relevan lagi ke blog ni?
Entah lah.
Tapi, bila ada kawan2 yg emel bertanya perihal HR, rasanya blog ni masih relevan lah.
Hingga kini masih ada yg bertanya.
Smlm pun ada.
Katanya dia follow blog ni juga.
Hi Puan Mira... :)

Memang minat la nak tulis byk2 macam dulu.
Tapi masa tidak mengizinkan lagi.
Juga, skrg ni semua I update dalam whats app status ja.
Hehe. I byk membebel dlm tu.
I tak gunakan FB story ka, IG story ka, I guna WA status tu.
Kalau nak tgk apa I bebelkan, pi lah tgk kat WA status I.
Tapi orang yg ada no I je lah bleh tgk.
Itu pun kalau I dah save no uols.
Tapi, ada jugak tau, I save no orang tu, tp orang tu hide I dari tgk status dia. Ada la rahsia2 dia taknak I tahu kot. I okay ja. I tahu pun orang tu, so, I pun hide jugak dia dari tgk status I. Kihkihkih.

Oraitz.
Next time lah ya kita bebel2 lagi.

Oh ya. Rizq Iskandar da 2 bulan di kindy.
Alhamdulillah. Dia sgt happy schooling.
Moga berterusan lah hingga ke dewasa.
Menjadi khalifah Allah yang mencintai ilmu.

:)

6 January 2020

Happy New Year 2020

Tak terlambat lagi rasanya utk ucapkan
Selamat Tahun Baru 2020.

Akhirnya, sampai juga kita ke tahun 2020, di mana satu ketika dahulu, kita rasakan jauhnya nak sampai. Tup tup..eh sampai juga. Di mana masa diperkenalkan dgn Wawasan 2020, kira-kira umo masa tu 40 tahun. Pastu macam eh, dah tua.
Tp, bila dah sampai. Takde la tua mana pun. Anak pun baru tadika. Eceh. Hahaha.

So, tahun 2020 disambut dgn satu famili semua tak sihat.
1hb tu kira macam okay ja.
Tup2 petang tu semua tetiba tak sihat.
Kesudahannya, Rizq demam malam tu. Ayah dia pun sama.
Dua2 orang dpt MC.
Dan mak Rizq pun dapat sekali.
Tp, 2hb tu mai jugak ofis kejap sbb ada urusan nak settle.

Ada bebudak baru masuk lapor diri.
Kena lah briefing sket.

3hb, Rizq still tak berapa kebah.
So, sambung cuti. Naseb cuti gantian ada 1 hari lagi.
Suppose Rizq da start school on 2hb tu. Tp sbb demam, tk dpt gi school. Padahal dia paling seronok tak sabar nak pergi sekolah.

Hari ni lah baru pergi.
Tu pun macam lemah je.


Demam tkde dah. Tp macam lemah.
Ingat petang ni nak bawa klinik gak lah.
Macam risau jugak. Tau je lah skrg musim influenza lah apa lah kan.
Minta jauh lah.
Tp rasanya macam dia kurang iron kot.

Masa amik td pun teacher dia kata dia byk diam. Selalu dia paling bising (masa orientasi tu ari yg 2 minggu tu). Dia lah paling aktif pusing sampai ke dapo. Huhu.
Awat ni nak... mak pulak risau aih.

Apa pun, moga tahun ni membawa kegembiraan dan kesihatan untuk kita sefamili.
Banyakkan lagi buat menda yang memberi manfaat kepada orang lain.
Banyakkan membantu orang.
See ya :)


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign