Pages

16 February 2019

Happy 15th Work Anniversary

16 Februari 2019


Selamat ulang tahun ke 15 sebagai penjawat awam tetap dan berpencen.


Sekejap je rasa dah 15 tahun.
Sempena ke 15 tahun mari lah kita buat throw back sket ya.

16.2.2004 - mula report duty sebagai penjawat awam.
Masa tu umur kakak 25 tahun (mengikut tahun)
Dan jawatan masa tu ada lah di gred 27.
Kakak masuk ketika itu menggunakan diploma kakak walau masa tu kakak dah ada degree.
Kakak ditempatkan di HQ utk uruskan hartanah dan juga legal.
Bos kakak masa tu cakap, dia memang nak orang yg ada background legal utk dijadikan assistant dia. Alhamdulillah. Sbb memang subject legal masa akak study adalah "strong" result nya. Kakak memang minat legal. Tapi, tak kuasa lah nak jadi lawyer kan. Walau ada angan-angan ke arah itu. 

Tahun 2008, kakak bertemu jodoh dengan rakan seoffice.
Haha. Yang ni entah lah.
Kakak pun tak tahu cemna.
Nanti lah. Ada masa bebila kakak story. 
Ramai yang tak sangka. Eh. Bukan je orang lain, kakak sendiri tak sangka.

Tahun 2010 kakak naik gred.
Ada jawatan kosong di gred lantikan menggunakan ijazah.
So, apply. Ada rezeki Allah nak bagi. Dapat.
Dan kakak masih di unit yang sama.
Uruskan legal matters dan jaga hartanah.

Tahun 2012, kakak ditukarkan utk buat HR.
Dan Alhamdulillah, kakak dapat APC untuk tahun 2011 (yang dianugerahkan dalam majlis tahun 2012).

Tahun 2016, kakak bersalin dan lepas maternity leave, kakak sambung amik CMA sebulan yang tidak melayakkan tempoh perkhidmatan kakak. Jadi, kakak kehilangan kekananan selama sebulan.

Tahun 2018 - kenaikan gred secara TBBK. Yang ni tidak tertakluk kepada Pekeliling TBBK macam kumpulan Pelaksana tu ya. TBBK untuk PnP adalah tertakluk kepada PBM masing-masing. Cuma, kakak kan ada cuti sebulan CMA tu, makanya TBBK akak yang sepatutnya pada Jun beranjak kepada Julai. Dan secara otomatik, TPG kakak berubah dari April ke Julai. Ada effect kan? 3 bulan KGT hilang. Heeee.. tapi takpe lah. Kehadiran Rizq Iskandar lebih dari segala-galanya :)

So, ini semua apa yang kakak dapat sepanjang perkhidmatan kakak sebagai penjawat awam. Apa pula yang kakak dah bagi kepada agensi akak sepanjang tempoh itu?
:)

Takpe. InsyaAllah ada. Terutama bila berkhidmat dalam sektor yang menguruskan modal insan ni, InsyaAllah ada sesuatu yang kita berikan.
Sentiasa mengingatkan adik2 di bawah seliaan. Jangan sesekali mengeluh dalam kerja. Permudahkan urusan orang. InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita. 
10 tahun lagi 25 tahun perkhidmatan.
Boleh plan dah utk perancangan persaraan :D

12 February 2019

Check Car Seat Rizq

Sebelum cuti CNY tu, pi join car seat check.
Organized by CPSM.
Selalu jugak tgk depa ni buat event tapi tak pernah nak join.
Kali ni kebetulan takde apa nk buat, boleh la join.
Mula tu, penuh.
Sbb nya depa ni buat kat Graco Warehouse.
Tempat yg kami beli car seat dak Rizq.
Dia tulis situ, if sapa owner Graco yang beli kt dia, dapat free check. Kalau tak, kena bayar RM15. So, PM la Graco kt FB depa utk dapatkan no kod. Pastu depa nak gambar resit. Entah mana dah resit. Lama dah kot beli. Lagipun tu ayah Rizq yang bayar. Kot mak bayar, sure resitnya mak simpan. Pastu bagi je lah warranty card. Tak reply. Pastu takpe lah. Tak jadi lah.
Tup2 2,3 hari sebelum event, CPSM announce lagi kat FB depa ada tempat kosong lagi since ada peserta tak dapat join. So, buleh slot in.
Lekas2 la mak Rizq booking slot.
Bayar je lah RM15.

Amik slot jam 11 pagi.
Tapi, slot yg awal2 pun tak siap lagi.
Kat Graco ni, dia jual toys jugak. Maka, berkampung lah Rizq duk dalam kedai.
Dah sampai masa nak check car seat pun dia taknak bagi kerjasama baik.
Jenuh.

Sebab nak check seat ni, sbb rasa macam tak betul je ayah Rizq pasang.
Dulu, Rizq okay je selesa duduk dalam car seat ni.
Sekarang dia macam taknak.
So, nak betulkan kena lah dia ada dalam tu.
Mengamok taknak.
Lagi pulak kereta berenti.
Lagi dia cam, apahal aku nak duk dalam seat tu keta tak gerak. Kan?
Phew.
Lagi satu memang time tido dia.
Dia dah ngantuk.
Ni tgh mengamuk ni. Marah lah tu orang paksa dia. Haha.

Check semua. Expired date apa bagai.

Tempat car seat Rizq. Rizq guna Graco Extend2Fit.

Team CPSM check jugak lah.
Betulkan seat apa semua.
Rizq dah forward facing walau ikut berat suppose masih rear facing.
Ate, ingat dia mau ke kalao RF.

So, skrg dah betulkan. Remove alas yang ada. Sbb itu utk RF. Kalau FF tak perlu guna tu. Dah betulkan ikut level berat n tinggi dia.
Tu ari balik kg, dia dgn suka rela duk dalam car seat tu dah.
Selesa dah gamaknya.
Masa jem yang lama kiterang stuck tu pun, dia okay.
Duduk sambil tgk youtube.
Alhamdulillah lah.

Cuma skrg akai baru dia - dia taknak tido dalam car seat tu dah.
Kalau dulu, okay je berjam jam tido atas car seat tu.
Sekarang udah taknak. Adoi.
Memacam kan peel anak2.
Haha.
Apa pun, at least, kami ada awareness utk keselamatannya.
A big no no no duduk di depan sambil di pangku (mak pernah try, gayat oii. Memang gayat. Rasa macam tak secure langsung duduk depan sambil pangku anak)
But, no offence la mak mak yg dah biasa pangku anak.
Ikut lah keselesaan memasing.
Tapi, sebenarnya, hal keselamatan memang tiada kompromi.
Mak Rizq ni byk berpikir terlebih lebih.
Maklum lah. Ibu ibu paranoid namanya.
Terbayang pula macam cerita omputih tu (lupa pulak nama dia - yg bleh nampak bencana masa depan tu - lepas tu jadi pula pada kita. Mak Rizq sejak tgk citer tu, memang gayat sungguh la kalau duk belakang lori balak)

Utamakan keselamatan anak-anak dan diri kita.
Dalam kereta untuk anak bawah 12 tahun, tempatnya memang dalam car seat.
Tak perlu yang mahal melampau. Ada yg mampu milik. 
Pilihan di tangan kita.
Bukan berfikir yang negatif, tapi lebih baik beringat sebelum kena :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign