Pages

15 July 2015

Rebat Tol Sempena Hari Raya Tahun 2015

kredit gambar :PLUS

Kredit gambar : Dikbee.com

Hari raya kali ni PLUS tak pakai konsep diskaun. Dia pakai konsep "rebat" pulak. Ke memang tiap tahun dah guna rebat. Kurang pasti pulak. Takpe lah. At least ada kan.
Kalau diskaun dia terus dapat masa kita touch keluar dari tol.
Tapi, rebat kena tebus balik lah.

Makanya, kalau kita guna highway masa tarikh2 yang dia tulis tu, makanya dapat lah rebat dan boleh redeem. Itu pun ada la TnC dia kan. 
*Kena bayar guna kad bukan cash.
*Kena guna kenderaan kelas 1. Kalau balik kampung bawak lori tak dapek lah yer.
*Lepas tu perjalanan lebih dari 100km. Kalau uols duk KL, tapi kampung di Sg Buluh, tak dapek gak lah yer. Takkan la pulak kan. Haha.
*Untuk yang guna hway Plus dan Elite sahaja ya. Pantai timur tu kena tanya LPT lah. Haha.
*Nak redeem pun ada tarikh dia. Redeem dari 15 Ogos hingga 14 November.

Mungkin la dapat untuk 30% tu.
26.50 x 30% = RM7.95
Agaknya masa nak top up nanti dapat la kot balik RM7.95

Oleh itu, aku tak buleh guna kad zing la sbb kad zing bersekali dgn kad kredit. Takde "topap-topap" ni. Dia otomatik top up bila dah kurang dari RM50. Biasanya untuk balik kg mmg aku guna kad zing tu. Tapi, kalau untuk lalu hway balik kerja, guna kad biasa.
So, strategi kami adalah guna kad TnG biasa. Utk rebat tu. Kononnya lah.
Kot tak dapat, siap kau plus. Eh. kalau dapat tu, untung juga utk guna balik dari ofis (balik ofis kami guna AKLEH n DUKE). Buleh guna dalam 2 hari gak tu. Okay what.

Tepek entry ni supaya nanti bila tiba masa nak redeem, lps tu orang kaunter tu buat tatau, kita boleh tempek balik menda ni kat depan idung dia. Haha. 

Rebat tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada hari bukan puncak iaitu pada 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai untuk perjalanan jarak jauh melebihi 100 kilometer pada hari berkenaan.“Rebat tol sebanyak 50 peratus itu akan diberikan pada 13 dan 23 Julai sahaja, manakala pada 14 dan 22 Julai, orang ramai akan menerima rebat tol 40 peratus, sementara rebat tol 30 peratus pula akan diberikan kepada orang ramai pada 15 dan 21 Julai.“Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai pulang ke kampung sebelum Aidilfitri dan kembali selepas berhari raya,” katanya. Orang ramai boleh membuat penebusan rebat tol apabila menambah nilai kad elektronik pada 15 Ogos hingga 14 November di semua pusat khidmat pelanggan PlusKredit : Harian Metro

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign