Bila dah selesaikan yang wajib, baru lah lega :)
Alhamdulillah, tahun ni myDH turut sama berpuasa sunat bulan Syawal.
So, syok la sket ada member sesama berpuasa.
While dia puasa sunat, me buat lah puasa yang wajib.
Me memang niat puasa ganti ja. Takde la nak bersekali puasa sunat ke apa.
Takpe, prinsip me - settlekan lah yang wajib dulu.
Bermula puasa 23.7.2015. Direct terus 6 hari.
Sabtu Ahad pun gigih kami berpuasa.
Hari pertama kedua - beli je utk berbuka puasa.
Sabtu Ahad Isnin masak.
Sabtu.
MyDH request mi goreng.
Ha kau. Banyak nih sebungkus. Memang tak habis pun.
Pastu teringin lak sambal sardin. Buat lah. Buleh bawa ke sahur.
Ahad.
Ikan cencaru sumbat (our favourite dish nih and oso my signature dish. Hehe).
Kailan ikan masin. Ikan tenggiri takdak - campak ikan terubuk masin. Okay ja pun di "substitute" kan, tapi, kena jejaga. Tulang berselerak. Huhu.
Gulai lemak udang n buncis. Udang tak nampak. Kacang je banyak. Bawak ke sahur.
Bubur jagung. Sebab tengahari tu terbau orang buat pengat pisang. Nak carik pisang dah tak sempat. Bubur jagung je lah penghilang rasa teringin. Tu pun beli jagung tin adabi tu. Belasah la.
Nanti weekend ni carik pisang kat pasar tani lah. Buleh wat pengat (eh, tak pernah pernah suka pengat, tetiba nak buat kan. Haha).
Isnin.
Nasik lomak.
Yang simple, mudah, cepat dan menyelerakan.
Sampai rumah kul 6pm pun sempat lagi.
Sambal tu taruk bawang dan sket je ikan bilis .
Sambal tu taruk bawang dan sket je ikan bilis .
Selasa.
Beli kat pasau malam.
Beli kat pasau malam.
Dan Alhamdulillah, selesailah yang puasa yang wajib untuk saya pada tahun ini.
Hari ni baru 13 Syawal.
Masih ada masa lagi kalau nak berpuasa dalam bulan Syawal.
Samada buat yang wajib mahupun yang sunat.
Selesaikan segala hutang kita awal2, lepas tu dah selesa dah.
Takde la tergesa2 nak membayar hutang ujung2 bulan Rejab / Syaaban nanti.
Hehe (ai tak kata orang lain ya, sbb ai pun dedulu masa muda camtu gak perangainya. Dalam 3,4 tahun ni baru lah tersedar nak ganti awal2 dalam bulan Syawal).
Buleh buat yang sunat pula lepas2 ni. InsyaAllah.
5 juta komen
Wah..KekDa dh selesai ye? Yani hari ni last day berpuasa ganti. InshaAllah nanti sambung buat puasa sunat syawal...
btl2.. selesaikan yg wajib dulu nanti xde lah dkt2 nak puasa nu nak kalut ribut..
mee goreng tu nampak sangat menyelerakan:))
alhamdulillah...settle utang :-)
alhamdulillah kak awal selesai kan...lambt2 takot lupe kan :)
Terima kasih atas komen anda :)