kredit : Metro Online |
Luluh hati semua rakyat Malaysia bila baca berita pagi ni.
Walau banyak kes yang hampir serupa - kes meninggal di rumah pengasuh.
Tapi yang ni paling menyayat hati.
Semalam tgk ramai yg viral mencari Adam.
Tgk gambar Adam. Comel. Macam Rizq masa baya baya tu.
Sentiasa tersenyum. Badan sedang2. Tak gemuk. Tak kurus.
Mak nya pula dikatakan kerja syif kat hospital.
Baru hantar anak lepas raya, kat pengasuh baru tu.
Tup tup lps hantar petang tu, pengasuh call kata orang dah ambik baby tu.
Ya Allah. Tatau nak kata apa lah.
Memula kata anak dah hilang.
Report polis. Polis siasat. Terus agaknya takut, cakap pun salah salah (ko nak menipu polis kot..), terus polis geledah dalam rumah.
Nahhh... jumpa dalam peti ais.
Aku ingat peti ais besar la. Rupanya peti ais biasa yg 2 pintu. Kecik ja (nampak polis angkat dalam video tu). Ko sumbat pulak dalam bahagian freezer. Lahanat apa kau dah buat ni setannnnnn?
Ko memang setan dari setan kan?
Dalam pada tu ada juga yg komen "sabar... kita tatau apa berlaku.. kot budak tu terjatuh ke apa ke"
Weh. Dalam pada ni ada juga yang bersangka baik. Okeh. Takpe. Aku salute lah. Tapi, maaf la aku cakap, orang camni la yg kalau tak pakai seat belt, tak pakai car seat untuk anak pastu cakap kalau nak jadi, jadi jugak. Pastu jenis ni lah yg orang marah pegi beraya rumah orang tapi anak2 berkecah sana sini pi rendam kucing orang, pi pecahkan tv orang. Haih! Aku seboleh boleh taknak cakap pasal raya2 tu. Tapi, ni dah geram. Boleh plak ko nak suruh sangka baik pada pembunuh? Tak kesah lah dia tak niat ke apa. Tp yg buh dalam peti ais tu apa? Budak tu pi masuk sendiri?
Nonsense!!
Nonsense!!
Ko kalau terjatuh ke tersedak ke pengsan ke apa, kau tak boleh call mak pak dia dulu?
Atau setidak2 nya call ambulans?
Perlu letak dalam peti ais?
Pastu ada yg jawab pulak - ala..dah dia gabra.. tatau nak buat apa.
Huh! Memang malas nak komen lagi kalau cakap macam tu.
Anak kucing mampus pun kita tak sanggup nak buh dalam peti tu. Tu agaknya da beku kawan tu duk dalam freezer tu. Huwaaaaaa..... menangis aku tau.. sakitttt sangattt hati.
Ada juga yang kata lps kejadian tu, dia sempat lagi iklan cari anak asuhan (memang ada gambar orang screen cap - cuma ye ke lepas kejadian atau sebelum tatau lah. Aku join byk juga grup pengasuh ni. Nanti nak pi stalk).
Bodo!
Pastu ada yg reply, maybe dia ada sindiket jual organ gamaknya.
Ha.. kan.. dah memacam orang buat andaian.
Dan.
Seperti biasa - ada lah komen "itu lah, isteri ni elok duk umah ja jaga anak bla bla bla..."
Hurmmmmmmmm.........
Lantak kome lah. Wateva!
Cuma,
untuk kita yang keluar bekerja - please ibu ibu - saya mohon sangat - jadilah ibu ibu yang paranoid bukan ibu dettol. Sentiasa lah ada rasa bimbang dan was was. Dalam mencari orang untuk mengasuh anak kita, cari lah yang boleh dipercayai. Yang dikenali. Atau sekurang - kurangnya, kalau tak kenal pun, cari yang ada "tokoh" nak jaga budak.
Harap tidak lah carik yg kita kenal online online ni. No.. bukan lah kata tak boleh sampai yg bebetul mengasuh tu sampai tak boleh carik makan pulak sbb tak boleh iklan kat online.
Kalau kenal online pun, selidik lah latar belakang dia. Kalau rasa nak jadi pengintip pun, jadik lah. Biar lah orang kata kita paranoid ke apa. Heyyy.. ni bukan nak antar anak patung. Selidik lah dari jiran ke apa ke.
Dan.. kalau tak jumpa jugak pengasuh... hurmm.. terpaksa cakap jugak lah walau perit..
kalau tak jumpa pengasuh yg mcm tu - kita hantar lah borang permohonan cuti menjaga anak (utk kerja govt) atau cuti tanpa gaji. Ya, mmg bukan mudah, tapi, InsyaAllah ada rezekinya.
Me myself pun ambik CTG sebulan lagi tambahan kepada maternity leave 3 bulan tu. Walau masa tu dah ada pengasuh. (dan, kerana CTG sebulan tu, aku hilang seniority sebulan dan KGT pula hilang 3 bulan - tapi takpe lah. Rezeki Allah itu ada, kan. Rezeki anak ni, bukan mudah nak dapatkan).
Dalam hal ni, aku bersyukur sbb Allah permudahkan jalan dalam mendapatkan pengasuh.
Pengasuh Rizq adalah kenalan famili. Yang pernah mengasuh anak buah aku. Anak buah aku tu lah yg pertama dia asuh. Sekarang umur anak buah dah 24 tahun. Dulu anak buah panggil mama, now my son panggil nenek. Heehee.
Alhamdulillah, nenek jaga elok. Sabar dia layan kerenah Rizq yang selalu refuse botol. Sabar dalam mengendalikan ebm Rizq. Tapi, tidak lah kita take for granted. Hence, kena suspicious juga terkadang. Cuma tu lah..kadang macam segan sket lah nak cerewet2 sgt kan. Sbb orang kita kenal. Lepas tu, next year macam nak hantar Rizq pi playschool, tapi macam kesian pulak kat nenek. Nampak dia sayang ngan dak Rizq ni. Masa kami gi beraya rumah nenek, boleh nampak la cara dia tu. Ala.. serba salah pulak. Huhu.
Untuk ibu bekerja, Allah saja yang tahu betapa walangnya hati kami ketika meninggalkan anak dengan orang.
Tiap hari berdoa agar Allah permudahkan urusan orang yg menjaga anak kita. Dan anak kita pun baik baik saja dalam jagaan orang.
Utk adik Adam Rayqal. Syurga lah tempat mu nak.
Dan untuk ibu ayah Adam Rayqal, bersabar lah. Allah hantar ujian ini pada yang boleh menghadapinya. Ya, memang berat. Lalui lah dengan penuh keredhaan, InsyaAllah.. ada kemanisan di Sana nanti. Dan.. Adam Rayqal dah menanti di pintu syurga. Allahu.. sebaknya masa tulis ni. Dan pada si pelaku - semoga mendapat hukuman yang setimpal timpalnya. Biar jadi pengajaran pada yang lain.
End.
04.07.2018