(ini sepatutnya dah lama publish. Terlupa la ni. Duk dalam draft ja. So, kira halal lah ya baru nak publish ni).
Syawal 1439H telah lama berlalu.
Syawal 1439H telah lama berlalu.
Jadi, mari kita rangkumkan cerita raya kita untuk tahun 2018 ni.
Mak Rizq beraya di KL tahun ni.
#teamrayaKL
Tahun 2016 - berpantang, pun raya di KL.
Tahun ni pun raya di KL. Sbb suppose tahun ni kami beraya di Raub. Tapi, sbb mak kt kg takde sapa balik, so, mak datang raya kt KL. Pastu kami bawa mak balik beraya di Raub sekali. Takde la bermalam.
So, hari raya punya cerita.
Hari Jumaat. Ada juga lah sedara datang berkunjung.
Tak masak apa pun.
Just nasi impit kuah kacang, ayam masak serai/bali, rendang daging, beli lemang.
Boleh la. Saja tak buat kuah lodeh sbb nak buat masa raya kedua.
Pastu petang, pegi rumah kak ipar. Rumah mak dia kat Kuang. Lama gak lepak sana.
Raya kedua.
Masak kuah lodeh. Makan ngan nasik impit. Sedap om nom nom.
Pastu bawa mak beraya kat rumah sepupu kat Ampang.
Ingat nak pi lagi rumah lain, tapi macam dah malas pulak.
Raya ketiga.
Balik Raub.
Masa ni da start jammed dah. Orang ramai dah nak balik ke KL.
Kiterang pun kira sama men-sesak kan highway pantai timur tu.
Huhu.
Balik hari je ke Raub ni.
Raya keempat.
Abang dari Johor datang. Anak buah pun datang.
Kiterang buat laksa.
Raya kelima.
Abang pulak datang. Masak makaroni ja. Pastu masak tomyam n sekali lagi masak ayam bali. Adoi. Memang jadi signature dish juga ayam masak bali tu gamaknya.
Kali ni, ayam kiterang beli kat kedai Rosyam Noor tu. Hok duk orang viral tu lah. Sebenarnya nama kedai dia - ST Rosyam Mart. Okay la situ kalau nak beli ayam ka, ikan ka. Tapi cam sayur2 tu, TMG lagi best. Cam limited sket pilihan sayur2 dia.
Pastu raya di office pulak.
Cam biasa, melambak dah gambar dalam FB.
Antaranya ini lah.
Ni kiterang satu HR memang dah berpakat nak pakai hitam.
Ahkak punya idea la. Bukan la nak kata sbb ahkak nyer tema tahun ni hitam, pastu akak suh derang pun pakai hitam. Ahkak pun idak pakai baju raya ahkak. Saja lah nak buat kelainan kononnya. HR - hitam semua. Sekali ramai pulak pakai hitam. Sekali dgn catering catering pun pakai hitam (-_-"). Padan muko ekau. Haha.
Pastu ada persembahan by dept gak.
Dan tak memasal jugak lah kami ber paksa rela menyanyi. Gasak kau lah situ. Memula nak miming karaoke version tu. Sekali kau.. depa sabotaj ka misscomm ka apa ntah, pi mute suara. Ah sudah. Suara keluar tak keluar lah jadinya.
Lelain, ada lah gak pergi beraya2 ke rumah orang yang menjemput open house.
Rumah jiran dan rakan blogger :)
Rumah jiran dan rakan blogger :)
Rumah nenek (nenek yang jaga Rizq). Dia buat memakan utk kiterang ja. Utk yg anak2 dia jaga. Tu semua geng Rizq la tu. Tp sekarang nenek jaga Rizq, pastu ada sorang kakak umo 4 tahun (anak jiran nenek) dan juga cucu nenek sendiri - abang Mamat. Yang lelain dah sekolah dah tu. Dulu nenek jaga. Yang sorang perempuan tu, cucu nenek. Dak Rizq suka ngan kakak tu. Kakak zulaika :)
Dan kiterang mulanya mmg plan nak buat open house jugak bersekali birthday Rizq.
Tapi, cam dah jauh sgt jarak birthday nya.
Tunggu next year lah. InsyaAllah. Kita buat siap kambing bako segala eh.
Hehe.
Terima kasih atas komen anda :)