Pages

20 July 2018

Apa Yang Kita Perlu Dalam Hidup Ini?

Apa yang kita perlu?
40 tahun hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah. 
Apa yang kita dah buat?
Dan apa lagi kita perlu?
Kadang bila ada kes anak di dera - orang akan cakap - itu lah sbb aku pilih menjaga anak di rumah. Tak kerja.
Itu mungkin keperluan awak.
Dan, seharusnya tak sama apa yang diperlukan oleh orang lain.

Meh bercakap soal penulis sendiri lah. Which is me myself.
Aku perlu apa?
Buat masa sekarang - aku perlu bagi keselesaan untuk anak aku. Dan juga me-reward diri sendiri. Dan oleh sebab itu aku perlu kerja. Sebab dgn rezeki Allah bagi melalui kerja ini lah aku akan dapat semua tu. Memang lah rezeki tu ada di mana mana, tapi kalau anak tak sihat, nak masukkan kat hospital macam prince court tu agak tersedak lah utk membayar RM1k utk satu malam. Lain lah memang family uols memang dah kaya raya. Kami ni tak tergolong dalam golongan tu. 

Jadi.
Apa yang kita perlu.
Dah 40. Aku memang malas nak fikir pasal keperluan duit yang banyak.
Ya, duit tu memang lah keperluan.
Tapi, nak menyimpan berkepok kepok sampai terpaksa buat menda aku tak minat, tu memang aku tak minat. Atau nak menyimpan smpai tertahan kehendak sendiri. Tu pun aku taknak. Bukan itu visi dalam hidup aku.
Sekarang - aku baru kerja dalam 15 tahun gitu. Baru je lagi. 
Aku tak cakap, menyimpan duit tu tak penting dan tak perlu ya.
Itu sangat perlu.

Dan berbalik kepada "keselesaan untuk anak". So, memang ada saving utk aku sendiri dan Rizq Iskandar (sekarang ni saving di Tabung Haji n SSPN). Duit raya dia, duit sedekah orang pada dia - memang kami tak akan gunakan. Selagi ada daya dan kudrat kami, kami tak akan guna. Ini kami, tapi pada orang lain, aku sket pun tak kesah kalao orang nak guna duit anak. Dan takde la sampai nak mengatakan orang tu berdosa lah apa lah sbb guna duit raya anak. Terpulang. Ini cara kami. Even nak beli mainan anak dari duit raya pun tak. Mainan anak tugas kami. Kami lah yg akan belikan.
Sbb dulu, mak ayah aku sendiri tak pernah guna duit yg orang bagi. Aku tahu lah sbb bila aku dah tahu nilai wang, aku tgk buku akaun tu. Dan mak ayah juga dah bawa aku menunaikan haji pada usia aku 10 tahun. Simpanan dalam Maybank pun mak ayah dah buka dari kecik.
Tapi, saving Rizq ni kalau nak guna pun, mungkin untuk bawa dia menunaikan umrah. Itu memang janji aku dari dia dalam perut. Nak bawa dia pergi umrah. As soon as possible. Terima kasih pada yang memberikan sedekah utk dia. Moga korang terus dimurahkan rezeki. Dan dia pun kami dah daftar haji terus. Seterusnya saving  utk pembelajaran - SSPN which nanti dah masuk U, guna lah duit tu. Tak perlu meminjam dah. PTPTN ka apa ka.

Selain tu fokus utk reward diri ja.
Apa nak beli..beli.
Saving dah ada. Dan selebihnya beli lah apa kita nak. Apa yg memudahkan kita. Beli ja. Utk apa penat2 kerja tapi kita tahan kehendak kita. Hey. Bercakap soal kehendak ni, ko kena lah berpijak di alam nyata. Kau gaji begini, nak handbag bijan ka hermes ka, tu mmg melampau namanya. Tapi, kot takat CR ka CK ka, Coach ka sesekali, apa ada hal. Beli je lah. Nak tudung harga Neelofa beratus tu - beli ja. 
No! Bukan kata berlagak ka apa.
Maybe sbb aku dah 40 tahun kot. Dah mcm malas nak fikir nak simpan duit berkepuk2. Baik la beli apa kita nak sementara kita sihat.

Nak gi travel, pegi.
Buat masa ni mmg target pergi umrah dulu. Sebab tu dah takde travel ke luar sekarang ni. Travel dalam negara ja.  Cam sekarang, setiap bulan kalau boleh kami nak bawa Rizq tido hotel. Jalan-jalan ja. Bukan nak pergi tempat memahal pun. Idokk..kami pergi ikut kemampuan kami ja.

Kalau dah beli barang pun, aku malas nak fikir dah mahal ke murah. Aku rasa ada keperluan, ada kemampuan nak beli, memudahkan hidup aku nak masak ka apa ka. Beli. Dah beli cukup. Kalau nak fikir mahal ke dak, balik modal ke dak, better takyah beli. Banyak ja barang aku beli sudahnya tak terpakai. Ni sekarang kiterang tgh duk aim kerusi Gintell. Haha.

Tapi, nak buat gini, kena pastikan kita dah dapat basic life kita. Kita boleh jadikan Teori Maslow tu sebagai penanda aras. Kalau kita dah settle kelima2 peringkat dalam teori ni, so, kita dah boleh bersenang lenang dah secara asas nya. Takyah fikir dah nak beli rumah ka, baru nak fikir perihal kerja ka.
Tapi, kalau target ko memang ko nak hidup camtu, teruskan.
Cam kiterang ni, kiterang mmg suka travel, suka bercuti, makanya kita akan let go lah menda2 tak penting pada kiterang. 

Tak lama lagi pun nak pencen dah.
Umur 40 ni pun dah boleh consider option dah.
Tengok lah nanti cemna.
Sekarang pun Alhamdulillah dengan rezeki Allah bagi ni. Bersyukur sangat dah ni. Tak senang tapi tidak juga terlalu susah. Tak perlu fikir any commitment. Pastu Allah bagi rezeki dapat menyusukan Rizq smpai 2 tahun - pun rezeki juga. Orang lain duk pening nak beli susu. Kami Alhamdulillah, tak perlu fikir. Pastu diapers ke hapa, senang, carik je kt Lazada. Murah banyak dari kat luar. Siap penghantaran percuma. Oleh kerana itu juga, kami tak berkira nak enroll Rizq kat any playschool yang ada (see, berbalik pada keselesaan untuk anak).

So, nak jadi pekerja ke, nak jadi surirumah ke, nak simpan duit banyak2 ke, buat lah. Yang penting kita tahu arah hidup kita. Dan kita happy dengan apa kita buat. Satu lagi, kena tahu, yang arah hidup orang lain tak sama tau dengan arah hidup kita. Kalau awak suka kan duit - mungkin bagi orang lain duit tu sebagai pelengkap kehidupan dia ja.

Dan oh! Above all. Jaga hubungan dengan pencipta. Habluminallah. Itu keperluan paling utama dalam hidup kita sebagai muslim.
Setiap hari mesti ada satu amal baik yang kita buat untuk diri dan utk orang lain.
Dalam plan juga ni nak join memana NGO - atau setidak tidaknya join xtvt dianjurkan.
Then, jangan pernah terlupa yang dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Itu wajib ya. Jangan lah culas dan ngelat. Dalam rukun Islam kita pun disebut. Jangan sesekali abaikan zakat. Dan pada yang bekerja tetap, si isteri terutamanya, jangan lah lupa zakat pendapatan setiap tahun. 

Teringat dulu, interview SSM kalau tak silap. Pejabat dia masa tu depan PWTC tu. Apa ke nama mall tu. Interviewer tu tanya "10 tahun lagi apa anda akan jadi". Aku blur masa tu. Memang aku tak fikir. Masa tu rasa umur dalam 25tahun kot. Dan sekarang. 15 tahun telah berlalu. Ya, aku masih penjawat awam rupanya. Tapi, rupanya dah 3 gred aku bertukar. Alhamdulillah. Mana tahu ada rezeki untuk terus berbakti kepada organisasi aku ni dgn gred lebih baik lagi. Kan? Mudah mudahan. 

Berbakti sambil mencari rezeki untuk keselesaan diri dan keluarga. Ya. Ini lah yang aku perlukan dalam hidup ini.
Saya dah ada jawapan untuk pertanyaan di atas.
Anda?

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign